Perenungan Firman
Hati dan jiwa manusia menentukan segalanya. Ia paling licik antara segala yang lain (Yeremia 17:9).
Perubahan yang sebenar harus berlaku dari dalam. Tiada kesungguhan dalam menjalankan tanggungjawab kepada Tuhan atau sekadar menuruti kehendak gereja tanpa kerinduan yang berkobar-kobar mempamerkan ciri salih tetapi hati jauh daripada Tuhan. Ketiadaan doa dalam kehidupan seharian, dan tiada keinginan untuk Tuhan. Hati yang dicemari oleh pengejaran akan keduniaan
Renungkan:
Tuhan menyelidiki hati kita dan melakukan pembedahan yang dalam serta kekal. Penyunatan hati kita yang menyatakan bukti pertaubatan (Luke 3.8)Pembebasan daripada cara pemikiran dunia. Telinga yang mendengar, mata yang melihat, hati yang merasa seperti Yesus, dan keinginan untuk taat.
Perkara Doa
Doakan supaya selalu ada pertaubatan hati setiap hari dalam kehidupan orang percaya.
Doakan supaya anak muda waktu ini memilih mengambil proses berubah secara berperingkat sehingga semakin percaya bahawa Tuhan mampu mengubah hati yang selalu dipengaruhi persekitaran.
Doakan supaya anak muda belajar mendengar dan melihat seperti Yesus melihat dan siap mentaati perintah Tuhan.
Eugene
Thankyou for this sharing . God Bless🙏🏻