top of page

Punca Masalah Iman


Matius 17:20a (AVB) Yesus menjawab, "Ini kerana kepercayaanmu tipis ....


Ibrani 11:6 (AVB) Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya.


Di dalam menjawab soalan murid-muridNya, Yesus menyentuh sesuatu yang sangat penting. "The heart of the problem, is the problem of the heart"


Kita lihat di sini, saudara-saudari:


Yesus tidak mengatakan, "Teknik yang kamu lakukan adalah tidak betul"

Masalahnya bukanlah metodologi.


Yesus tidak mengatakan, "Kamu tidak cukup berusaha"

Masalahnya bukanlah kekurangan usaha mereka untuk melakukannya.


Yesus tidak mengatakan, "Kamu tidak berapa bijak"

Masalahnya bukanlah kekurangan kepandaian atau kebijaksanaan.


Yesus tidak mengatakan, "Kamu tidak bertabah hati"

Masalahnya bukanlah ketekunan dan ketabahan.


Yesus juga tidak mengatakan, "Iblis terlalu kuat daripada kamu"

Masalahnya bukanlah berkenaan dengan kekuatan Iblis.


Faktor-faktor di atas bukanlah yang menyebabkan mereka gagal untuk menyembuhkan anak daripada roh iblis. Yesus menyatakan kepada mereka, di dalam ayat 20, ia adalah kerana kepercayaan mereka tipis atau kurang percaya.


Walaupun, perkataan Yesus adalah merujuk kepada kekurangan iman mereka, atau betapa kecilnya iman mereka, Yesus memberikan kita pencerahan yang lebih tentang iman yang kecil. Hari esok, kita akan lihat, apa yang Yesus katakan tentang iman yang kecil.


Elder Ann WK

Comments


bottom of page