top of page

Raja Daud Menari-Nari dengan Penuh Semangat untuk Menghormati Tuhan


2 Samuel 6:14-17 (AVB)

14Sebagai ungkapan syukur kepada TUHAN, Daud menari-nari dengan penuh semangat. Dia memakai jubah efod daripada kain linen.15Demikianlah Daud dan seluruh keturunan kaum Israel mengangkut tabut TUHAN dengan sorak-sorai diiringi bunyi sangkakala. 16Ketika tabut TUHAN memasuki Kota Daud, Mikhal anak Saul melihat melalui jendela lalu terlihat betapa Raja Daud sedang melompat-lompat serta menari-nari di hadapan TUHAN. Lalu dalam hatinya dia memandang rendah terhadap Daud. 17Tabut TUHAN itu dibawa masuk, lalu diletakkan di tempatnya, di dalam khemah yang dibentangkan Daud untuk itu, kemudian Daud mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian di hadapan TUHAN.


Pengajaran/Refleksi

Pasti ada sesuatu perkara yang membuat Raja Daud menari-nari dengan penuh semangat untuk menghormati TUHAN. Yang membuat Raja Daud berbuat demikian adalah kerana beliau dapat membawa Tabut Perjanjian kembali ke Yerusalem, sebab melalui keberadaan Tabut tersebut TUHAN akan memberkati Yerusalem seperti yang berlaku kepada Obed-Edom.


Marilah kita belajar daripada Raja Daud memuji dan menghormati TUHAN dengan tarian sepenuh hati kerana TUHAN telah memberikan ROH KUDUS-NYA kepada setiap kita yang percaya kepada-Nya. Ertinya TUHAN pasti akan memberkati kita secara jasmani dan rohani dalam kehidupan kita secara peribadi dan juga seluruh keluarga kita. Mari kita bergembira atas hadirat TUHAN dalam keluarga kita.


Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comentarios


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page