top of page

Saling Tolong Menolong Melawan Musuh atau Mengatasi Masalah


2 Samuel 10:9-14 (AVB)

  9Ketika Yoab melihat bahawa peperangan itu diatur untuk menyerangnya dari depan dan dari belakang, dia memilih beberapa orang Israel daripada kalangan yang terbaik dan mengatur barisan mereka untuk menghadapi orang Aram. 10Pasukan yang selebihnya diserahkannya kepada pimpinan Abisai, adiknya, yang mengatur barisan mereka untuk menghadapi bani Amon. 11Kata Yoab, “Jika orang Aram terlalu kuat bagiku, maka engkau harus datang membantu aku. Jika bani Amon terlalu kuat bagimu, maka aku akan datang membantu engkau. 12Kuatkanlah hatimu dan marilah kita bertabah hati demi bangsa kita dan demi kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik di sisi-Nya.” 13Kemudian majulah Yoab dan pasukan yang menyertainya untuk berperang melawan orang Aram. Lalu larilah orang Aram dari hadapannya. 14Apabila bani Amon melihat bahawa orang Aram melarikan diri, maka mereka pun lari dari hadapan Abisai lalu masuk ke dalam kota. Sesudah itu kembalilah Yoab daripada memerangi bani Amon, lalu tiba di Yerusalem.


PENGAJARAN/ REFLEKSI.

1. Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita saling tolong menolong satu sama lain untuk menentang musuh yang melawan kita, seperti Yoab dan adiknya Abisai melawan tentera Siria dan Amon.


2. Untuk kita menang melawan musuh kita harus tabahkan hati dan berjuanglah dengan berani. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik bagi-Nya. Akhirnya TUHAN memberi kemenangan kepada Yoab dan Abisai, sehingga musuh mereka lari lalu masuk ke dalam kota mereka.


Rahasia untuk mendapat kemenangan daripada TUHAN, kita harus berkerjasama atau saling menolong dan harus tabah hati menghadapi masalah dan cabaran! Datanglah kepada YESUS dan mohon pertolongan daripada-NYA. Halleluya dan amen!!


DOA

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page