top of page

Segala Perbuatan Baik dan Jahat Ada Balasannya Daripada TUHAN


1 Samuel 15:1-3, 8 (BM)

Pada suatu hari Samuel berkata kepada Raja Saul, "TUHAN telah menyuruh hamba untuk melantik tuanku menjadi raja umat-Nya Israel. Sekarang dengarlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa. Dia akan menghukum orang Amalek kerana nenek moyang mereka menentang umat Israel ketika umat Israel datang dari Mesir. Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai." Raja Saul menangkap Raja Agag, raja orang Amalek, dan membunuh semua orang Amalek.


Pengajaran/Refleksi

TUHAN AKAN MEMBALAS SEGALA PERBUATAN MANUSIA, YANG BAIK DAN YANG JAHAT. DALAM CERITA TERSEBUT DI ATAS, ORANG AMALEK DIHUKUM OLEH TUHAN, KERANA NENEK MOYANG MEREKA MENENTANG UMAT TUHAN KETIKA MEREKA DATANG DARI MESIR. TUHAN MENYURUH RAJA SAUL DAN PARA TENTERANYA MEMBINASAKAN DAN MENGHANCURKAN SEGALANYA.

(Mazmur 94:23; 62:13 TB)


PEMBALASAN ITU ADALAH HAK TUHAN.

Roma 12:19 TB: "Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman TUHAN."


Doa

Tuhan berikan kami hati yang sentiasa berharap kepada-Mu, dan menyerahkan segala persoalan hidup kami dan hak pembalasan hanya kepada-Mu, sekiranya ada orang yang berbuat jahat terhadap kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

コメント


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page