top of page

Segala Perbuatan Baik Dan Jahat Ada Balasannya Daripada Tuhan



1 Samuel 15:1-3, 8 (AVB)

Berkatalah Samuel kepada Saul, “Aku telah diutus oleh TUHAN untuk menobatkan engkau menjadi raja atas Israel, umat-Nya; oleh itu, dengarlah firman TUHAN. Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Aku akan membalas apa yang dilakukan orang Amalek terhadap orang Israel, kerana orang Amalek mengadang mereka di jalan setelah mereka keluar dari Mesir. Sekarang pergilah, seranglah orang Amalek. Tumpaskanlah segala sesuatu yang ada pada mereka. Jangan sayangi mereka, tetapi musnahkanlah lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, lembu dan domba, unta dan keldai.’ ”

Ditawannya hidup-hidup Agag, raja orang Amalek, tetapi seluruh rakyat Agag ditumpaskannya dengan mata pedang.


TUHAN AKAN MEMBALAS SEGALA PERBUATAN MANUSIA, YANG BAIK DAN YANG JAHAT. DALAM CERITA TERSEBUT DIATAS, ORANG AMALEK DIHUKUM OLEH TUHAN, KERANA NENEK MOYANG MEREKA MENENTANG UMAT TUHAN KETIKA MEREKA DATANG DARI MESIR. TUHAN MENYURUH RAJA SAUL DAN PARA TENTERANYA MEMBINASAKAN DAN MENGHANCURKAN SEGALANYA.


(Mazmur 94:23; 62:13 AVB)

PEMBALASAN ITU ADALAH HAK TUHAN.

Roma 12:19 AVB Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: “Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,” demikian firman Tuhan. 


Doa

Tuhan berikan kami hati yang senantiasa berharap kepada-Mu, dan menyerahkan segala persoalan hidup kami dan bahkan hak pembalasan hanya kepada-Mu, sekiranya ada orang yang berbuat jahat terhadap kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen!


Rev Ali Langgit



Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page