Teks
Rut 1:6-9 (BM)
Kemudian Naomi mendengar bahawa TUHAN telah memberkati umat-Nya dengan memberikan hasil tanaman yang baik kepada mereka. Oleh itu Naomi bersiap-siap untuk meninggalkan Moab bersama dengan kedua-dua orang menantunya. Mereka berangkat bersama-sama untuk balik ke Yehuda. Tetapi dalam perjalanan, Naomi berkata kepada kedua-dua orang menantunya, "Pulanglah ke rumah ibu kamu. Semoga TUHAN berbuat baik terhadap kamu seperti kamu telah berbuat baik terhadap aku dan terhadap mereka yang telah meninggal. Semoga TUHAN berkenan memberikan jodoh kepada kamu supaya kamu berumahtangga lagi." Setelah mengatakan demikian, Naomi mencium mereka sambil mengucapkan selamat tinggal. Tetapi Orpa dan Rut menangis tersedu-sedu.
Pengajaran/Refleksi
Ucapan berkat yang disebut Naomi kepada kedua menantunya:
Semoga TUHAN berbuat baik terhadap kamu seperti kamu telah berbuat baik terhadap aku dan terhadap mereka yang telah meninggal.
Semoga TUHAN berkenan memberikan jodoh kepada kamu supaya kamu berumahtangga lagi.
Mari kita ucapkan kata-kata berkat kepada sanak saudara dan bahkan orang lain senantiasa. Semoga TUHAN berbuat baik kepada setiap orang yang berbuat baik kepada orang lain.
Galatia 6:9 (BM)
[9] Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin.
Rev. Ali Langgit
Comments