top of page

Sentiasa dipenuhi dengan Roh Kudus



Kisah Para Rasul 1:8 (AVB) Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi."


Efesus 5:18 (AVB) Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh.


Lukas 11:13 (AVB) Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!


Apakah maksudnya? Maksudnya, kita menyerahkan kehidupan kita dan mendengar kehadiran roh kudus. We surrender ourselves and listen to the indwelling presence of the Holy Spirit.


Ingatkah kita, tentang pesanan Yesus kepada murid-muridnya seperti yang tertulis di dalam Kisah Para Rasul 1.

  1. Yesus memesankan kepada murid-muridnya supaya jangan meninggalkan Yerusalem.

  2. Dan untuk mereka menantikan apa yang dijanjikan oleh Tuhan,

  3. Yohanes telah membaptis dengan air,

  4. tetapi mereka akan dibaptiskan dengan Roh Kudus.

  5. Dan mereka akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atas mereka, dan mereka akan menjadi saksi di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.

  6. Oleh itu, apabila kita bergantung kepada Roh Kudus, kita akan mampu melakukan pekerjaan Tuhan.


Efesus 5:18 Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh.

  1. Bayangkan saudara, jikalau saya mempunyai gelas yang dipenuhi dengan air ini, kita akan katakan bahawa, gelas ini hanya separuh penuh.

  2. Jadi, gelas ini adalah penuh, hanya apabila air di dalam gelas ini, sampai ke bahagian atas gelas ini.


Firman Tuhan ini menyarankan kita untuk memenuhi diri kita dengan Roh !

  1. Apa yang menarik di sini, ialah di dalam perkataan asal Yunani ini, memenuhi adalah perkataan yang bermakna “memenuhi secara berterusan”

  2. Jadi kita harus dipenuhi dengan Roh secara berterusan.

  3. Dan apabila kita melakukan ini secara berterusan, ia akan menjadi tabiat.


Dan apabila kita dipenuhi Roh Kudus, seperti yang tertulis di dalam KPR 1:8, kita akan diberikan kuasa Dunamis.

  1. Dynamite power.

  2. Roh Kudus akan memperkasakan kita

  3. Roh kudus akan mengajar kita

  4. Roh Kudus akan memimpin kita

  5. Roh Kudus akan memberikan kita kedamaian Dsb.


Yesus sendiri, setelah dia digoda oleh Iblis selama 40 hari di padang gurun, memulakan pelayananya, dengan dipenuhi oleh roh kudus.

  1. Amen brothers and sisters ?


Apabila kita menerima Yesus secara peribadi, kita dengan akan menerima “indwelling presence of the holy spirit”

  1. Maksud saya ialah apabila kita menerima Yesus, Roh Kudus ada berdiam di dalam diri kita.

  2. Hari, ini, jikalau kita belum menerima Yesus sebagai juru selamat, inilah harinya, untuk kita menerima Yesus Kristus.

  3. Kita boleh doakan untuk saudara-saudari, untuk menerima Yesus.

  4. Saya cadangkan supaya anda menekan emoji angkat tangan di ruang komen, supaya kami dapat mendoakan untuk saudara dan saudari.

  5. Sila type emoji angkat tangan sekarang, kepada kita yang mahu menerima Yesus.


Satu lagi, perkara teman-teman sekalian.

  1. Apabila kita memilih untuk berdosa, kita memilih untuk berdosa kepada Roh Kudus yang di dalam kita.

  2. Roh kudus adalah salah satu peribadi tri-tunggal,

  3. Yang akan memampukan, membolehkan, memperkasakan dan memimpin kita melakukan pekerjaan Tuhan.


Ingatkah saudara, ada satu ketika, Yesus mengajar murid-muridnya tentang doa.

  1. Dan seterusnya menceritakan ibarat seorang yang pergi ke sahabatnya pada waktu malam untuk meminjamkan 3 buku roti.

  2. Dan bagaimana seorang itu, tidak segan-segan untuk berterusan meminta pinjaman roti daripada sahabatnya

  3. Dan kerana seorang itu, tidak berhenti-henti meminta sahabatnya untuk meminjamnya, sahabat tersebut memberikan pinjaman tersebut.

  4. Yesus mengatakan,

  5. Mintalah, kamu akan menerimanya

  6. carilah , kamu akan mendapatnya

  7. Ketuklah, dan pintu akan dibuka untuk mu.


Lukas 11:13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!


Jadi hari ini juga, mari kita minta supaya Tuhan memberikan kita kepenuhan Roh Kudus, kerana kita yang meminta, akan menerimanya….

  1. Dan kita lakukan ini secara berterusan ..

  2. Setiap hari kita minta supaya kita dipenuhi oleh Roh Kudus.


Elder Ann WK

Comentários


bottom of page