top of page

Serahkan Segala Rancanganmu Kepada Tuhan

Teks: Amsal 16:3


“Serahkanlah perbuatanmu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan terlaksana.”


Manusia boleh merancang pelbagai perkara dalam kehidupan, namun tanpa campur tangan dan pimpinan Tuhan, segala usaha boleh menjadi sia-sia. Penyerahan diri kepada Tuhan bermaksud kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan-Nya, dan tidak bersandar kepada kekuatan serta kebijaksanaan diri sendiri semata-mata.


Menyerahkan perbuatan kepada Tuhan tidak bermaksud kita bersikap pasif atau tidak berusaha. Sebaliknya, kita dipanggil untuk bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, sambil menjadikan Tuhan sebagai pusat dan pemimpin utama dalam setiap keputusan yang diambil. Kita berdoa sebelum melangkah, memohon hikmat-Nya, serta bersedia menerima kehendak-Nya, walaupun kehendak tersebut tidak selalu sama dengan rancangan kita sendiri.


Kesimpulan:


Janji Tuhan dalam ayat ini sangat jelas: apabila kita menyerahkan segala perbuatan kepada-Nya, Tuhan sendiri yang akan meneguhkan serta menggenapi rancangan kita menurut waktu dan cara-Nya yang sempurna. Apa yang Tuhan genapkan bukan sekadar kejayaan lahiriah, tetapi juga damai sejahtera, ketenangan hati, serta kehidupan yang memuliakan nama-Nya.


Doa

Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, kerana Engkau telah menyertai serta memberkati setiap usaha dan pekerjaan, perniagaan, persekolahan anak-anak kami, pelayanan, serta segala kegiatan kami sepanjang tahun 2025.


Dengan iman kepada Yesus Kristus, kami melangkah sepanjang tahun 2026 ini dengan keyakinan bahawa Engkau akan terus menjaga dan memelihara kehidupan kami, bahkan untuk selama-lamanya. Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page