top of page

Setiap Dosa Ada Akibatnya


2 Samuel 12:13-18 (AVB)

 13Jawab Daud kepada Natan, “Aku telah berdosa terhadap TUHAN.” Kata Natan kepada Daud, “TUHAN telah menjauhkan dosamu itu. Engkau tidak akan mati.  14Meskipun begitu, kerana dengan perbuatan ini engkau telah mencemuh TUHAN, maka anak yang dilahirkan bagimu itu pasti akan mati.” 15Setelah itu, pulanglah Natan ke rumahnya. Kemudian TUHAN menulahi anak yang dilahirkan oleh balu Uria bagi Daud sehingga anak itu menjadi sakit. 16Daud pun memanjatkan permohonan kepada Allah demi anak itu sambil berpuasa. Dia masuk ke dalam dan berbaring di lantai semalam-malaman. 17Lalu para tua-tua istananya datang untuk memintanya bangun dari lantai, tetapi dia tidak mahu. Dia juga tidak mahu makan bersama-sama mereka. 18Pada hari ketujuh anak itu meninggal. Para pegawai Daud berasa takut untuk memberitahunya bahawa anak itu sudah meninggal. Kata mereka, “Ketika anak itu masih hidup sahaja kita telah berbicara kepada baginda dan baginda tidak mahu mendengar kata-kata kita. Bagaimanakah pula kita dapat mengatakan kepada baginda bahawa anak itu sudah meninggal? Jangan-jangan baginda akan mencederakan dirinya.”


PENGAJARAN/ REFLEKSI.

1. Raja Daud telah menyedari bahawa dia telah berdosa, maka TUHAN telah mengampuninya, dan dia tidak akan mati.


2. Tetapi kerana Raja Daud telah menghina TUHAN dengan perbuatan, perzinahannya, maka anak lelakinya yang baru lahir itu akan mangkat. TUHAN juga membiarkan Batsyeba menjadi sakit tenat. Walaupun Raja Daud berdoa kepada Allah dan berpuasa semalam suntuk bagi kesembuhan anaknya, tetapi anaknya tetap mangkat seminggu selepas itu.


Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya menjauhi segala dosa, sebab perbuatan dosa pasti ada balasannya atau upahnya. Roma 6:23


DOA

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comentarios


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page