top of page

Tidak Ada yang Mustahil Bagi Tuhan(God Working Beyond Limits)

Teks

Hakim-Hakim 13:2-3, 5, 8-9 (BM)Pada masa itu, ada seorang lelaki bernama Manoah, yang berasal dari kota Zora. Dia seorang daripada suku Dan. Isterinya mandul. Pada suatu hari, malaikat TUHAN menampakkan diri kepada isteri Manoah dan berkata, “Selama ini engkau tidak mempunyai anak, tetapi tidak lama lagi engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Selepas anakmu lahir, jangan sekali-kali potong rambutnya kerana sejak hari kelahirannya, anak itu akan ditahbiskan kepada Allah sebagai orang Nazir. Dia akan mula membebaskan umat Israel daripada kekuasaan orang Filistin." Kemudian Manoah berdoa kepada TUHAN, “Ya TUHAN, semoga Engkau mengutus hamba-Mu itu datang lagi kepada kami, dan memberitahu kami apa yang mesti kami lakukan terhadap anak itu selepas dia lahir.” Allah mengabulkan permohonan Manoah. Malaikat Allah itu datang lagi kepada isteri Manoah ketika dia di ladang. Pada masa itu Manoah tidak bersama-sama isterinya.


Pengajaran/Refleksi

  1. Tidak ada yang mustahil dalam Tuhan, walaupun isteri Manoah dikatakan mandul, tetapi malaikat TUHAN mengatakan bahawa dia akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.

  2. Kelahirannya adalah untuk membebaskan umat TUHAN daripada kekuasaan musuh mereka.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page