
2 Samuel 3:7-9 (AVB)
7Saul memiliki seorang gundik bernama Rizpa anak Aya. Kata Isyboset kepada Abner, “Mengapakah engkau menghampiri gundik ayahku?” 8Maka sangat marahlah Abner kerana kata-kata Isyboset itu. Katanya, “Adakah aku ini kepala anjing dari Yehuda? Sampai kini aku telah menunjukkan kesetiaan kepada keluarga Saul, ayahmu, kepada saudara-saudaranya, dan kepada sahabat-sahabatnya. Aku tidak menyerahkan engkau ke dalam tangan Daud. Namun demikian, pada hari ini engkau menuduh aku bersalah dengan seorang perempuan! 9Biarlah Allah menjatuhkan azab kepada Abner, bahkan lebih lagi, jika aku tidak melakukan terhadap Daud seperti yang dijanjikan TUHAN kepadanya dengan bersumpah
Pengajaran/ Refleksi.
Jangan menuduh orang sebarangan jika tidak ada bukti yang terang-terangan, sebab itu akan membuat orang menjadi marah seperti yang berlaku kepada Abner yang dituduh oleh Raja Isyboset, anak Raja Saul menghampiri seorang gundik Raja Saul. Kemarahannya itu membuat Abner berpihak kepada Raja Daud mengalahkan Raja Saul dan keturunannya lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Daud adalah raja pilihan Tuhan untuk mengganti Raja Saul. Halleluya dan amin!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami supaya kami tidak menuduh sesama sebarangan jika tidak ada bukti kukuh. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments