top of page

Tuhan Ingat Segala Yang Kita Lakukan




“...TUHAN mengajar aku kerana aku melakukan yang benar; Dia memberkati aku kerana aku tidak bersalah......" Mazmur 18:21


Oleh kerana pemazmur yang sentiasa melakukan apa yang benar dan mentaati segala perintah Tuhan dan tidak berpaling daripada Tuhan maka Tuhan membalas segala perbuatannya dengan memberkatinya.


Ingat apa yang Paulus katakan didalam 1 Korintus 15:58 Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, hendaklah kamu teguh dan kukuh. Hendaklah kamu rajin bekerja untuk Tuhan, kerana kamu tahu bahawa semua yang kamu lakukan untuk Tuhan, tidak sia-sia.


Segala yang kita lakukan dalam TUHAN tidak sia-sia, Tuhan ingat segala apa yang kita lakukan untuk memuliakanNya, pada waktuNya kita akan menerima upah daripadaNya. Dengan itu janganlah jemu untuk berbuat baik.


Pemazmur berkata kepada kita bahawa oleh kerana kehidupannya yang sentiasa berkenaan kepadaNya iaitu perbuatannya yang benar, dan dia patuh kepada perintahNya, dan sentiasa mengingat hukum-Nya. Maka Tuhan memberikan kepadanya hadiah.


Sekiranya kita melakukan dan menjalani kehidupan yang serupa dengan apa yang pemazmur lakukan pasti Tuhan akan melakukan hal sama terhadap kita. Oleh itu jalanilah kehidupan yang berkenaan kepada sepanjang hidup kita.


Tuhan itu baik, Dia sentiasa ingat akan segala yang kita lakukan bagi kemuliaan namaNya, sebab tujuan hidup kita didunia ini adalah untuk memuliakan Tuhan.


Doa: Bapa yang di syurga, saya serahkan seluruh hidup saya kepada-Mu, pakailah saya sebagai alat-Mu untuk memuliakan nama-Mu. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, Amin. Oleh : Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page