top of page

Tuhan Itu Adil




“...TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.....” Mazmur 11:7


Pemazmur berkata bahawa “…Dia Tuhan yang adil, mengasihi keadilan dan sentiasa melakukan yang benar dan Dia mengasihi orang yang berbuat baik. Orang yang baik akan bersama denganNya dan melihat wajah-Nya.


Oleh kerana Dia adalah TUHAN yang baik dan adil maka Dia membela kepentingan dan mengasihi mereka yang berbuat baik dan jujur. Sebab bagi diriNya mereka adalah bagaikan biji mataNya yang perlu dilindungi.


Dengan itu Dia tidak mahu sesiapa yang akan menyentuh mereka sebab mereka bagaikan biji mata-Nya dan perlu dijaga dari ditindas dan dilukai oleh orang dunia ini. Mereka adalah karya anugerah-Nya sendiri.


Oleh itu orang yang jujur sentiasa melihat kepadaNya dan mengenal diriNya, sebab mereka tahu bahawa didalamNya mereka memperolehi keamanan dan ketenangan. diluarNya mereka akan terancam oleh itu untuk menikmati keamanan mereka terus diam didalamNya.

Ingat Allah kita bukanlah Allah yang pilih kasih tetapi Dia Allah yang Kudus, Dia tidak bertolak ansur terhadap dosa. Dia sangat membenci dosa, oleh itu kita harus menolak segala dosa dengan menjalani kehidupan yang memuliakan Tuhan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu dan menyerahkan kehidupan saya kepadaMu untuk memuliakan namaMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Σχόλια


bottom of page