Tuhan Laksanakanlah Janji-Mu untuk Kami
- Komuniti Digital 05

- Apr 30, 2025
- 1 min read

2 Samuel 7:25-26 (AVB)
25Maka sekarang, ya TUHAN Allah, biarlah firman yang Kauucapkan tentang hamba-Mu ini dan tentang keluarganya teguh untuk selama-lamanya. Lakukanlah seperti yang Kaufirmankan itu. 26Semoga nama-Mu diagungkan untuk selama-lamanya, dan orang akan menyebut, ‘TUHAN alam semesta ialah Allah atas umat Israel,’ dan semoga keluarga hamba-Mu Daud kukuh di hadapan-Mu.
Pengajaran/Refleksi
1. Firman Tuhan hari ini mengatakan bahawa, TUHAN adalah Allah Maha Kuasa, bagi umat-Nya dan nama-Nya termasyhur untuk selama-lamanya.
2. Tepatilah janji-Mu ya TUHAN bagi kami dan keturunan kami umat-Mu, untuk sepanjang masa dan laksanakanlah apa yang sudah Engkau janjikan bagi kami di dalam Alkitab.
TUHAN YESUS, Engkaulah TUHAN kami yang MAHA KUASA dan TERMASYHUR selamanya. Laksanakanlah janji-Mu untuk kami ya TUHAN, sesuai kehendak-Mu.
Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita umat-Nya, sama seperti TUHAN YESUS memberkati keluarga Raja Daud.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit




Comments