top of page

Tuhan Melihat Penderitaan Kita dan Mendengar Tangisan Kita


1 Samuel 9:6, 16 (BM)

Hambanya menjawab, "Tunggu dulu! Di kota ini ada seorang hamba Allah. Dia sangat dihormati orang kerana apa sahaja yang dikatakannya selalu benar-benar terjadi. Marilah kita pergi berjumpa dengan dia. Barangkali dia dapat memberitahu kita di mana keldai-keldai itu." "Esok pagi kira-kira waktu begini, Aku akan mengutus seorang lelaki daripada suku Benyamin berjumpa dengan engkau. Lumurilah kepalanya dengan minyak sebagai tanda untuk melantiknya menjadi raja umat-Ku Israel. Dia akan membebaskan umat-Ku daripada orang Filistin. Aku sudah melihat penderitaan umat-Ku, dan Aku sudah mendengar tangisan mereka minta tolong."


Pengajaran/Refleksi

  1. Saudara dalam Yesus Kristus, jika saat ini saudara-saudari menghadapi kesulitan atau pergumulan, ingatlah bahawa Tuhan melihat penderitaan dan mendengar tangisan kita. Marilah kita membawa semua masalah kita kepada-Nya; Dia akan mendengarkan keluhan dan tangisan kita.

  2. Dalam setiap masalah atau pergumulan yang saudara hadapi, janganlah melarikan diri atau mengabaikannya, tetapi datanglah kepada Tuhan dan berdoalah kepada-Nya. Tuhan berkata, "Aku sudah melihat penderitaan kita sebagai umat-Nya dan sudah mendengar tangisan kita."


Hallelujah dan Amin! Mari kita terus percaya bahawa Tuhan yang penuh kasih akan bertindak untuk membebaskan kita, umat-Nya, dari segala beban dan penderitaan.


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya datang kepada-Mu dalam segala kesulitan kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comentários


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page