Tuhan Memberi Kemenangan Kepada Umat-Nya
- Komuniti Digital 05
- 3 days ago
- 1 min read

2 Samuel 8:2, 5-7 (AVB)
2Raja Daud juga mengalahkan orang Moab. Dia menyuruh mereka berbaring di tanah lalu mengukur mereka dengan tali. Barisan orang sepanjang dua ukuran tali itu dibunuh manakala barisan yang sepanjang satu ukuran tali dibiarkan hidup. Kemudian orang Moab menjadi hamba Daud dan harus mempersembahkan ufti kepadanya. 5Maka datanglah pula orang Aram dari Damsyik untuk menolong Hadadezer, raja Zoba, tetapi Daud berjaya menumpaskan dua puluh dua ribu orang daripada kalangan Aram itu. 6Kemudian Daud menempatkan pasukan pendudukan di Aram Damsyik. Orang Aram pun menjadi taklukan Daud dan wajib mempersembahkan ufti kepadanya. TUHAN mengurniakan kemenangan kepada Daud ke mana-mana sahaja dia pergi. 7Daud mengambil perisai-perisai emas yang digunakan oleh para pegawai Hadadezer dan membawanya ke Yerusalem.
PENGAJARAN/REFLEKSI
1. Firman Tuhan hari ini adalah mengenai TUHAN memberi Raja Daud kemenangan di mana sahaja baginda berperang. TUHAN memberi kekuatan dan kemenangan kepada Raja Daud sehingga beliau membunuh ramai sekali orang tawanannya. Mereka yang masih hidup akan takluk kepada Raja Daud dan harus membayar ufti kepadanya.
Musuh kita pada saat ini, bukanlah manusia yang memiliki darah dan daging tetapi, kuasa kegelapan atau iblis (Efesus 6:12)
Kita berharap dalam Yesus Kristus kita akan mendapat kemenangan demi kemenangan atas segala kuasa kegelapan.
TUHAN YESUS, telah mengalahkan kuasa maut dan kuasa iblis di KAYU SALIB. Terima kasih TUHAN YESUS, untuk kuasa-Mu yang telah memberikan kemenangan kepada kami anak-anak-Mu. Halleluya dan amen!!
DOA
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comments