top of page

Tuhan Memberkati Keluarga yang Menyimpan Tabut Perjanjian

Apr 23, 2025
1 min read

2 Samuel 6:11-13 (AVB)

   11Tiga bulan lamanya tabut TUHAN tinggal di rumah Obed-Edom, orang Gat itu, dan TUHAN memberkati Obed-Edom serta seluruh keluarganya. 12Kemudian kepada Raja Daud dikhabarkan demikian, “TUHAN memberkati keluarga Obed-Edom dan semua miliknya kerana tabut Allah itu.” Maka pergilah Daud mengangkut tabut Allah itu dari rumah Obed-Edom ke Kota Daud dengan penuh sukacita. 13Apabila para pengangkat tabut TUHAN itu melangkah maju enam langkah, dia mengorbankan seekor lembu dan seekor anak lembu yang tambun.


Pengajaran/Refleksi

1. Tabut Perjanjian adalah lambang kehadiran TUHAN. Makanya orang yang percaya kepada TUHAN dalam Yesus Kristus akan mengalami kuasa dan berkat TUHAN dalam kehidupan dan keluarga mereka, iaitu berkat jasmani dan rohani, yang kelihatan dan bahkan yang tidak kelihatan.


2. FIRMAN TUHAN mengatakan,


“7Diberkatilah orang yang bergantung pada TUHAN, yang menaruh kepercayaannya pada TUHAN.” (Yeremia 17:7 AVB). Orang percaya disebut sebagai anak-anak TUHAN. (1 Yohanes 3:1)


Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN YESUS KRISTUS dalam kehidupan mereka, kerana IA akan memberkati mereka dengan berkelimpahan secara rohani dan jasmani. Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap umat-Nya di mana saja kita berada, seperti TUHAN memberkati keluarga Obed-Edom yang menyimpan Tabut Perjanjian.


Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Related Posts

See All
Hiduplah sebagai Umat Tuhan

“Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efe

 
 
 
Kita ialah Umat Allah

“ Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Ef

 
 
 
Hidup Kita Harus Dijiwai oleh Kasih

“Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.” Efesus 5:2 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efes

 
 
 

Comments


bottom of page