top of page

Tuhan Memilih Orang Biasa, Menjadi Orang Luar Biasa


2 Samuel 7:1-3, 8-9 (AVB)

 1Setelah raja menetap di dalam istananya dan TUHAN mengurniakan ketenteraman kepadanya daripada semua musuh di sekelilingnya, 2berkatalah raja kepada nabi Natan, “Lihatlah, aku ini tinggal dalam rumah kayu araz walhal tabut Allah tinggal di dalam khemah.” 3Jawab Natan kepada raja, “Lakukanlah segala sesuatu yang tuanku niatkan, kerana TUHAN menyertai tuanku.”8Maka sekarang, beginilah yang harus kaukatakan kepada hamba-Ku Daud, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Aku telah mengambil engkau dari padang ragut, daripada tugas menggiring kawanan domba, untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, iaitu atas Israel.9Aku telah menyertai engkau ke mana-mana pun engkau pergi dan telah melenyapkan semua musuhmu daripada hadapanmu. Aku akan membuat namamu besar, seperti nama orang besar yang ada di bumi.


Pengajaran/Refleksi

1. Saudara dalam Yesus Kristus, Allah memilih Daud menjadi raja Israel, walaupun beliau hanya orang biasa sahaja, iaitu hanya sebagai penjaga domba, di padang.


TUHAN melindungi Raja Daud daripada segala gangguan musuh, sehingga beliau dapat menetap di istananya.


TUHAN juga telah menyertai beliau ke mana saja dia pergi, dan TUHAN telah mengalahkan musuhnya ketika dia bertempur. TUHAN akan menjadikan dia termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia.


Kiranya TUHAN YESUS memakai dan memilih kita menjadi alat-Nya untuk melakukan kehendak-Nya di bumi ini dan menjadikan kita termasyhur seperti Raja Daud.


Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comentários


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page