top of page

Tuhan Menjadi Bapa Kepada Umat-Nya


ree

2 Samuel 7:14-17 (AVB)

 14Aku akan menjadi Bapanya dan dia akan menjadi anak-Ku. Jika dia melakukan kesalahan, Aku akan mengajar dia dengan rotan yang digunakan orang dan dengan pukulan yang diberikan anak-anak manusia. 15Namun demikian, kasih abadi-Ku tidak akan dijauhkan daripadanya, seperti Kujauhkan daripada Saul, yang telah Kusingkirkan di hadapanmu. 16Keluargamu dan kerajaanmu akan kekal selama-lamanya di hadapan-Ku. Takhtamu akan kukuh selama-lamanya.” ’ ” 17Selaras dengan semua firman dan selaras dengan semua penglihatan ini, demikianlah yang disampaikan Natan kepada Daud


Pengajaran/Refleksi

1. TUHAN akan menjadikan umat-Nya sebagai anak-Nya. Sebagai Bapa Dia akan menghukum anak-anak-Nya jika mereka berbuat salah.


2. TUHAN juga akan tetap mengasihi mereka sesuai dengan janji-Nya, kerana DIA tetap memegang janji-Nya, dan tidak seperti apa yang TUHAN lakukan kepada Saul yang telah disingkirkan-Nya.


Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita, sebagai anak-anak-Nya seperti TUHAN YESUS memberkati melindungi dan memberkati Raja Daud.


Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit


Comments


bottom of page