top of page

Tuhan Penolong Kita yang Setia


2 Samuel 5:3, 6, 10, 12 (AVB)

   3Demikianlah semua tua-tua Israel datang menghadap raja di Hebron. Lalu Raja Daud mengikat perjanjian dengan mereka di Hebron, di hadapan TUHAN, dan mereka melantik Daud menjadi raja atas Israel. 6Kemudian raja dan orangnya pergi ke Yerusalem mendatangi orang Yebus, penduduk negeri itu. Orang Yebus berkata kepada Daud, “Engkau tidak mungkin masuk ke sini. Bahkan orang buta dan orang tempang dapat mengusirmu.” Fikir mereka, “Daud tidak dapat masuk ke sini.” 10Maka kebesaran Daud semakin bertambah, kerana TUHAN, Allah alam semesta, menyertainya. 12Maka sedarlah Daud bahawa TUHAN telah mengukuhkan dia sebagai raja atas Israel dan telah mengangkat martabat kerajaannya demi Israel, umat-Nya.


Pengajaran/Refleksi

Jangan sekali-kali bersikap sombong seperti orang Yebusi, yang berkata kepada Raja Daud, "Engkau tidak sekali-kali dapat masuk ke dalam kota mereka, bahkan orang buta dan tempang pun dapat mengusir Raja Daud". Raja Daud semakin lama semakin kuat kerana TUHAN, ALLAH YANG MAHA KUASA menolong dia. Maka itu kerajaannya menjadi makmur untuk kepentingan umat TUHAN.


Sebagai umat pilihan TUHAN, janganlah takut kerana TUHAN ALLAH YANG MAHA KUASA akan menolongmu untuk mengatasi masalah dan mengalahkan lawanmu!


Halleluya dan amen!!

Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page