Teks
Hakim-Hakim 15:18-20 (BM)
Selepas itu Simson berasa sangat dahaga, lalu dia berseru kepada TUHAN, "Engkau telah memberi aku kemenangan yang besar ini. Tetapi sekarang, haruskah aku mati kerana dahaga, sehingga ditangkap oleh orang Filistin yang tidak mengenal Engkau?" Kemudian Allah membuka satu lubang di Lehi, lalu air keluar dari situ. Simson minum, lalu menjadi segar semula. Oleh itu, mata air itu dinamakan Mata Air Hakor. Mata air itu masih ada di Lehi. Simson memimpin umat Israel selama dua puluh tahun semasa orang Filistin menguasai negeri itu.
Pengajaran/Refleksi
Setelah Simson mengalahkan seribu orang musuhnya, dia berasa sangat dahaga kerana tidak ada air di sana. Dia berseru kepada TUHAN minta air daripada TUHAN yang Maha Kuasa. Syukur, kerana TUHAN mendengar seruannya, dan TUHAN memberikan air kepadanya di Lehi. Setelah Simson minum air, dia menjadi segar semula.
Firman TUHAN hari ini mengajar kita bahawa TUHAN senantiasa mendengarkan seruan doa kita, seperti Dia mendengar doa Simson. Jika hari ini saudara ada pergumulan hidup dan keluarga, ingat bahawa TUHAN sedia mendengar doa kita yang percaya kepada-Nya. Jika TUHAN telah mendengar doa Simson, kita percaya Dia juga akan mendengar seruan kita. Haleluyah dan Amin!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amin.
Rev. Ali Langgit
Comments