top of page

Tuhan Sendiri Pernah Ditolak dan Dicacimaki


1 Samuel 8:8-9, 18-19, 21 (BM)

Sejak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau, sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku juga. Oleh itu kabulkanlah permintaan mereka; tetapi berikanlah amaran yang tegas kepada mereka, dan beritahukan cara raja mereka itu akan memperlakukan mereka." Pada masa itu kamu akan bersungut kerana raja kamu, raja yang kamu pilih sendiri. Tetapi TUHAN tidak akan mempedulikan sungutan kamu." Umat Israel tidak mahu menghiraukan kata-kata Samuel, malahan mereka berkata, "Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja." Samuel mendengar segala kata-kata mereka, lalu memberitahukannya kepada TUHAN.


Pengajaran/Refleksi

  1. TUHAN berkata, "Aku telah membawa umat-Ku keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa." TUHAN sendiri pernah ditolak, dicacimaki, dan dibenci oleh umat-Nya. Apa lagi, Tuhan Yesus, jauh lebih teruk daripada kita.

  2. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau (Samuel), sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku, kata TUHAN. Samuel membenarkan mereka memiliki seorang raja tetapi hidup mereka akan dikuasai oleh raja tersebut. TUHAN tidak akan mempedulikan sungutan mereka.


Jika saat ini saudara seperti Samuel yang ditolak atau dilawan oleh umat Tuhan, yang kamu pimpin atau layani, bersabarlah. Sebab Tuhan sendiri pun telah mengalami perkara tersebut. Saya percaya bahawa Tuhan melihat apa yang terjadi dan Ia akan menolong saudara untuk membebaskan saudara daripada dipermalukan. Tetaplah melayani Tuhan dengan setia.


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami bersabar memimpin umat-Mu walaupun mungkin kami ditolak oleh mereka. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page