top of page

Tuhan Sungguh Agung, Ia Raja dan Satu-Satu-Nya Tuhan


2 Samuel 7:21-24 (AVB)

    21Demi firman-Mu dan atas kehendak-Mu sendirilah Engkau telah melakukan segala hal yang besar ini dan memberitahukannya kepada hamba-Mu ini. 22Oleh sebab itu, Engkau Yang Maha Besar, ya TUHAN Allah, kerana tidak ada yang seperti Engkau. Tidak ada Allah selain Engkau, menurut segala sesuatu yang kami dengar dengan telinga kami. 23Bangsa manakah di bumi ini seperti umat-Mu Israel, satu-satunya bangsa yang ditebus oleh Allah untuk menjadi umat-Nya? Dia menegakkan nama bagi-Nya dengan melakukan hal-hal yang besar dan takjub, di hadapan umat yang ditebus-Nya dari Mesir, daripada bangsa-bangsa serta tuhan-tuhan mereka. 24Engkau telah mengukuhkan umat-Mu Israel bagi diri-Mu sendiri untuk menjadi umat-Mu untuk selama-lamanya dan Engkau, ya TUHAN, menjadi Allah mereka.


Pengajaran/Refleksi

1. Firman Tuhan hari ini mengatakan bahawa, TUHAN itu sungguh agung, TUHAN Raja dan satu-satunya TUHAN.


2. TUHAN tiada tandingan di seluruh muka bumi ini dan telah menyelamatkan umat-Nya daripada perhambaan serta menjadikan mereka umat-Nya sendiri dan bahkan sudah memasyhurkan nama TUHAN di seluruh dunia.


3. TUHAN telah menjadikan mereka umat-Nya selama-lamanya dan TUHAN sudah menjadi Allah mereka.


TUHAN YESUS, Engkaulah TUHAN yang sungguh Agung, Raja dan satu-satu-Nya TUHAN yang kami sembah dan percayakan.


Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita umat-Nya, sama seperti TUHAN memberkati keluarga Raja Daud.


Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page