top of page

Tuhan yang Hidup Menyelamatkan Kita Daripada Segala Bahaya


2 Samuel 3:37-39 (AVB)

 37Pada hari itu tahulah seluruh rakyat dan seluruh orang Israel bahawa pembunuhan Abner anak Ner tidak berpunca daripada raja.38Kemudian berkatalah raja kepada para pegawainya, “Tidakkah kamu tahu bahawa pada hari ini gugur seorang pemimpin, seorang besar di Israel? 39Tetapi aku ini sekarang masih lemah, sekalipun sudah dinobatkan menjadi raja, manakala kalangan itu, yakni anak-anak Zeruya, jauh lebih kuat daripada aku. Semoga TUHAN membalas kepada orang yang berbuat jahat setimpal dengan kejahatannya.” Pengajaran/Refleksi

Dalam dunia ini memang banyak sekali perkara yang mahu mengganggu kita secara jasmani dan rohani. Doa saya kiranya TUHAN YESUS melindungi dan menyelamatkan kita daripada segala bahaya dan yang jahat. Kiranya roh dan malaikat TUHAN membungkusi setiap kita dengan kuasa-Nya, supaya yang jahat tidak dapat mengganggu kita.

Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page