1 Samuel 7:12-15, 17 (BM)
Kemudian Samuel mendirikan sebuah batu di sempadan antara Mizpa dan Sen. Dia berkata, "TUHAN sudah menolong kita dengan sepenuhnya." Oleh itu dia menamakan batu itu "Batu Pertolongan." Demikianlah orang Filistin dikalahkan. Selama Samuel hidup, TUHAN mencegah orang Filistin menceroboh kawasan Israel. Semua kota Israel yang telah ditaklukkan oleh orang Filistin, dari Ekron sampai Gat, dikembalikan kepada Israel. Dengan itu Israel mendapat kembali seluruh wilayah mereka. Orang Israel dan orang Amori pun hidup dengan damai. Samuel memerintah Israel seumur hidupnya. Selepas itu dia selalu pulang ke rumahnya di Rama. Di sana dia juga menjadi hakim umat Israel. Di Rama, dia membina sebuah mazbah untuk TUHAN.
Pengajaran/Refleksi
Setelah TUHAN menolong umat-Nya mengalahkan musuh, Samuel mendirikan sebuah Batu dan menamakan batu itu, "Batu Pertolongan." TUHAN menolong umat-Nya dengan sepenuhnya.
TUHAN mencegah musuh umat-Nya menceroboh kawasan mereka selagi Samuel masih hidup. Samuel membina sebuah mazbah di rumahnya untuk TUHAN.
Perkara-perkara tersebut mengajar kita untuk mengandalkan TUHAN sepenuhnya, kerana DIA adalah Penolong kita yang sungguh!!! HALELUYAH DAN AMEN!!
Doa
Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang memberitahu kami bahawa Engkau adalah TUHAN Pertolongan kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments