Forum Posts

alfredtaib123
Jul 08, 2021
In Kesaksian
Saya telah dilahirkan anak lelaki kepada keluarga saya di Malaysia. Keluarga kami mempunyai tradisi keagamaan dan politik yang panjang dan penting di Malaysia. Sebagai orang-orang kenamaan agama kami telah memainkan peranan utama dalam semua aspek kehidupan seharian kami. Saya telah dibesarkan mengikut segala cara dan adat agama kami, upacara-upacara penyucian, doa, puasa dan sebagainya. Tetapi saya juga mempunyai kesempatan untuk kerap mengembara dan bermastautin semasa kecil di berbagai-bagai negara asing dan menimba ilmu pengetahuan mengenai kebudayaan-kebudayaan dan agama-agama yang berlainan. Saya berpeluang berkenalan dengan penganut-penganut agama-agama lain dan teramat ingin tahu, yang manakah satu-satunya agama yang betul. Memang jelas tidak mungkin adanya Tuhan yang Esa tetapi ada pula pelbagai jalan untuk mengenal Dia kerana ajaran dan perintah-perintah setiap agama itu kerap bercanggah; maka tidak mungkinlah Tuhan yang sama yang memberi ajaran agama-agama tersebut kepada manusia. Renungilah alam ciptaan-Nya! Belajarlah hukum-hukum fizik. Setiap hari kita dapat menikmati seorang Pencipta dengan kebijaksaan, pengetahuan dan logik yang tidak terbatas! Selanjutnya, Pencipta ini tidak mungkin begitu mengelirukan dan kelam kabut seperti yang dilambangkan oleh agama-agama di dalam dunia ini. Saya teringat kepada satu peristiwa ketika berumur enam tahun. Oleh kerana darjatnya ayah sering ke merata-rata tempat sehingga kadang-kadang saya tidak bertemu dengannya untuk berbulan-bulan. Pada suatu hari, saya amat merinduinya dan ingin bertemunya. Terlintas pada fikiran saya pula untuk berdoa kepada Tuhan agar membawa ayah pulang. Tetapi pada ketika itu, timbul pula masalah yang besar! Saya tidak erti langsung bagaimana berdoa kepada Allah untuk keperluan yang khusus. Saya tidak mampu berdoa kepada Allah untuk hasrat itu dalam tertib yang berpatutan, disusuli dengan ayat-ayat yang betul dan teratur bentuknya. Saya hanya mengenal Tuhan sebagai Tuhan yang sangat, sangat jauh. Dia Tuhan Kudus yang hanya dapat dijangkau melalui pendalaman dan mematuhi perintah-perintah di dalamnya, upacara-upacara penyucian yang betul serta Bahasa Arab yang betul. Sebaliknya, saya mempelajari bahawa agama Kristian itu sebagai agama yang mudah, berasaskan kasih dan maaf - yang sentiasa sedia menerima mereka yang lemah dan tidak layak. Saya selalu kagum apabila menonton filem-filem Kristian semasa kecil. Sebagai contoh, dalam kisah Quo Vadis, golongan orang Kristian yang ditindas dan diseksa oleh orang Rom, dengan hati yang rela sedia memaafkan perbuatan orang Rom yang keji itu. Golongan orang Kristian itu kemudiannya telah dibuang untuk dibaham singa-singa buas yang lapar di gelanggang perlawanan (amphitheater). Berhadapan dengan maut, mereka mula memuji dan menyembah Tuhan mereka. Saya dapat merasai satu tenaga kuat yang tidak dapat dijelaskan tersebar daripada kumpulan Kristian itu. Mereka lemah, namun kuat. Mereka menghadapi maut, tetapi pasti akan hidup untuk selama-lamanya. Saya sangat kagum tetapi juga keliru. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berdoa dengan neutral dan memohon kepulangan ayah tidak lewat dari esok. Pada keesokan harinya, terdapat ketukan di pintu. Ketika saya membuka pintu, terlihatlah wajah ayah yang bersenyum ke arah saya. Ayah memaklumkan bahawa dia mahu memeranjatkan kami dengan kepulangannya! Alangkah gembiranya perasaan saya dan saya tahu bahawa doa saya itu telahpun dikabuli Allah. Pada waktu itu, saya sudah yakin akan kewujudan Tuhan. Tetapi masih terletak pada hati saya azam untuk mengetahui siapakah Tuhan yang sebenarnya! Ketika di tanahair, saya dapati bahawa adat istiadat dan hukum-hukum agama saya sukar dituruti. Terdapat beribu-ribu lagi perintah-perintah yang harus ditaati sehingga saya menjadi sangat takut sekiranya melakukan kesilapan dan seterusnya gagal. Maka, saya tidak dapat menemui ketenteraman jiwa. Pada satu ketika, saya telah menerima sebuah Al-Kitab dan mula membacanya. Saya membaca keempat-empat Injil Matius, Markus, Lukas dan Yahya di dalam Perjanjian Baru. Setiap ayat yang dibaca menyeru kepada hati saya. Saya dapati bahawa di depan Allah, kita semua pendosa. Tidak kira betapa kuat dan tekunnya kita cuba memenuhi kehendak hukum-hukum itu, kita tidak mungkin akan berjaya. Ini kerana Allah itu lebih Kudus dari yang disangka. Cuma satu dosa memadai dalam hidup kita untuk membatalkan kemasukan kita ke dalam Syurga. Tambahan pula saya mengakui bahawa saya telah berdosa sekurang-kurangnya sekali di dalam hidup saya. Tetapi Allah telahpun berfirman: Efesus 2:8 (AVB) Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah *** Pada satu hari, ayah dan saya sakit tenat. Saya telah menemui beberapa orang doktor, tetapi mereka semua tidak berjaya menentukan jenis penyakit itu. Biarpun saya memakan semua ubat yang diberikan, saya merasa letih dari hari ke hari. Saya telah hilang berat badan sebanyak dua belas kilogram dan terasa bahawa sudah hampir tiba masanya untuk menemu ajal. Kemudian barulah saya mula berdoa kepada Tuhan. Saya mengaku segala dosa-dosa saya dan memohon ampun dari Tuhan. Saya menerima korban yang diberi Tuhan melalui anaknya Yesus Kristus dan kematian Yesus sebagai ganti saya untuk dosa-dosa saya. Walaupun saya tidak terdaya untuk makan, berdiri atau melakukan apa-apa perkara yang fizikal - saya berupaya untuk berdoa dan bersedia untuk bertemu dihakim-Nya pada Hari Kiamat buat selama-lamanya. Memanglah menjadi hasrat saya untuk ke syurga. Setelah empat atau lima hari terlantar di dalam bilik tanpa rawatan, saya dimasukkan ke dalam hospital. Di masa yang sama, ayah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada satu pagi, saudara-mara saya telah mengejutkan saya dari tidur dan menyampaikan berita sedih bahawa ayah telahpun meninggal dunia... Punca rasmi kematian arwah ayah ialah kerana lemah jantung. Tetapi sebenarnya, doktor-doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit yang dihidapi kedua-dua ayah dan saya. Terdapat khabar angin bahawa kami berdua telah diracun ataupun mangsa-mangsa ilmu sihir. Saya percaya bahawa saya masih hidup kerana firman-Nya di dalam Markus 16:17-18 yang berbunyi : Markus 16:17-18 Tanda-tanda ini akan menyertai mereka yang percaya: Dengan nama-Ku mereka akan menghalau roh-roh iblis, dan mereka akan bertutur dalam bahasa-bahasa baru. Mereka akan memegang ular tanpa mudarat. Kiranya mereka terminum racun, mereka tetap selamat. Mereka akan meletakkan tangan pada orang sakit dan orang itu akan sembuh. Beberapa tahun kemudian saya telah menghidap penyakit batin pula dan pakar psikologi tidak dapat membantu saya. Saya terkenang akan kepada Tuhan, yang mampu menolong dalam situasi-situasi yang rumit; Tuhan yang menyebabkan orang yang beriman kepada-Nya rela memaafkan musuh-musuh mereka dan menyembah Dia ketika berhadapan maut di gelanggang lawan itu (amphitheater); Allah yang mampu memulihkan apabila seorang itu terminum racun dan juga yang rela membantu ketika kemasyghulan. Secara kebetulan isteri saya telah membawa saya ke upacara ibadat seorang Evangelist (pengkhabar Berita Baik) Amerika (Ray Jennings). Di sanalah kami sekeluarga menukar kepercayaan kepada agama Kristian. Si Evangelist itu menumpangkan tangannya di atas saya lalu berdoa untuk penyembuhan saya. Dengan serta-merta, saya dipulihkan menurut firman Allah: "Kepada mereka yang percaya akan diberi tanda-tanda ini: ... jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh" Pada hari ini saya bergerak dengan kehadiran Tuhan dalam hidup saya dan saya tahu bahawa Dia bersama saya. Kerana itu, saya mahu kita semua tahu bahawa Tuhan yang Esa dan benar yang diperkisahkan Al-Kitab itu akan juga bersama-sama kamu apabila kamu membuat keputusan untuk mengikut cara yang ditunjukkan Yesus Kristus.
Kesaksian Chariah content media
7
0
25
alfredtaib123
Jul 07, 2021
In Kesaksian
Saya dididik oleh ibubapa saya mengenali dan mengamal agama saya. Saya tidak pernah meragui atau menyoal ajaran agama saya yang telah diajar semenjak kecil lagi. Tetapi pada suatu hari semasa saya menuntut diuniversiti, seorang rakan kuliah saya yang beragama Kristian bertanya soalan ini kepada saya, " Jika kamu mati sebentar lagi, tahukah kamu samada kamu akan ke syurga atau neraka?" Saya tersentak dengan soalan ini kerana tiada siapa pun pernah menyoal saya mengenai perkara ini. Namun demikian saya cuba juga menjawap soalannya. Jawapan saya kepada soalan itu adalah "Saya tidak tahu. Kewajipan saya adalah memenuhi semua amalan dalam agama saya dengan harapan Tuhan akan menerimanya dan apabila saya mati saya harap segala amalan ini akan menyelamat saya dari api neraka". Rakan saya seterusnya berkata "Bagi orang Kristian, kami tahu bahawa bila kami mati kelak kami akan ke syurga." Saya terdiam mendengar jawapannya. Dalam hati saya berfikir betapa bongkaknya rakan saya ini. Semenjak perbualan kami itu saya sering kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya itu. Apa yang menyebabkan orang Kristian begitu pasti mengenai nasib mereka di akhirat nanti? Soalan inilah yang mendorong saya untuk membaca kitab Injil. Setelah membaca kitab Injil, dua perkara yang menarik perhatian saya adalah: (1) Roma‬ ‭3:23-25‬ ‭AVB‬‬ “Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.” Jelas dari ayat ini, manusia diselamatkan oleh iman kita kepada Yesus Kristus. Ini bukan merupakan hasil usaha kita melainkan berkat Allah. Dengan ini tiada siapa pun boleh memegahkan diri mereka dengan amalan mereka. Kita semua tiada perbezaan dihadapan Tuhan yang Maha Kuasa dan Adil kerana Yesus yang telah menebus segala dosa kita. Saya sedar setelah membaca ayat ini bahawa manusia tidak dapat menyelamatkan diri mereka daripada dosa kerana memang sifat manusia—kita tidak dapat mencapai tahap kesucian tanpa satu dosa pun. Oleh kerana itulah Yesus disalib kerana hanya dengan kematiannya dosa manusia dapat ditebus. (2) Matius‬ ‭23:25-26‬ ‭AVB‬‬ “Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.” Disini jelas Yesus membenci sifat hipokrit didalam amalan agama. Saya tahu melalui pengalaman saya sendiri betapa senangnya untuk sembahyang berkali-kali, berpuasa tetapi dalam hati saya penuh dengan perasaan hasad dengki terhadap orang lain dan dibelakang orang saya mencaci atau bercakap buruk mengenai mereka. Saya sedar setelah membaca ayat ini betapa benarnya apa Yesus berkata mengenai sifat manusia yang semulajadi. Oleh kerana sifat manusia ini yang tidak pernah jauh dari dosa—sebab itulah manusia tidak ada keupayaan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri daripada bala api neraka. Dan hanya dengan kematian Yesus dosa manusia dapat ditebus. Allah telah memberi manusia penyelesaian kepada dilema manusia. Kita hanya perlu percaya dan menerima hakikat bahawa Yesus Krisyus lah jalan pengampunan dosa kita kerana tanpanya kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Setelah memikirkan semua yang telah saya baca dalam kitab Injil, saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Kristian. Semenjak hari itu, saya tidak pernah kesal dengan keputusan ini.
Kesaksian Madeline content media
4
1
39