top of page

Forum Posts

Sandra Tagal
Aug 20, 2021
In Inspirasi & Renungan
Minggu ini, minggu yang mencabar. Ditengah tengah badai pandemik yang tidak menentu di dalam negara ini, kita menghadapi kemelut politik yang bergejolak, berita tentang kematian yang mengejut, paparan suasana yang menyedihkan di Afghanistan dan gempa bumi yang berlaku di Haiti. Hati, minda dan jiwa menjadi letih. Akan kah semua ini berakhir? Bilakah semua ini berakhir? Ditengah tengah semua ini, saya tiba tiba menerima satu lagu yang indah di dalam whatsapp group angkatan muda di kampung saya. Lagu Satu Kota Tanpa Malam. Saat mendengar lagu dan membaca lirik tersebut, airmata saya tidak berhenti mengalir. Ya, di atas semua penderitaan yang di hadapi dalam dunia ini, ada satu tempat yang dijanjikan Tuhan kepada orang yang percaya kepada-Nya. Tempat yang tiada tangisan kesedihan, tiada kesakitan, tiada penderitaan, tiada kesunyian dan tiada perpisahan. Satu Kota Tanpa Malam. Tempat yang Tuhan sediakan untuk orang orang yang percaya, mengakui Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamatnya dan hidup sesuai dengan Firman Tuhan. Saudara, bagaimana untuk pergi ke Kota Tanpa Malam ini? Terima Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamatmu dan hidup sesuai dengan Firman Tuhan. Tidak ada syarat lain. Mari, tujukan mata kita kepada pengharapan ini. Satu hidup yang kekal di Kota tanpa malam. Wahyu 21:1-27 Semoga di berkati!
Satu Kota Tanpa Malam content media
5
1
2k

Sandra Tagal

Editor
Admin
More actions
bottom of page