top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6127)
KD Post (3258)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Mazmur 91:1 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·9 August 2021Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa.3110
- Yeremia 17:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·24 August 2021Sembuhkanlah aku, ya Tuhan, maka aku akan sembuh. Selamatkanlah aku, maka aku akan selamat, kerana Engkaulah yang kupuji.318
- TETAPLAH BERSYUKURIn Kehidupan Kristian18 August 2021puji Tuhan, ada banyak alasan untuk kita mensyukuri kehidupan kita sekarang: “Tetapi syukurlah kepada Allah yang telah memberi kita kemenangan melalui Tuhan kita Yesus Kristus.” (1 Korintus 15:57)31
- RespectIn Inspirasi & Renungan·11 March 2023Jangan menghakimi seseorang, tetapi mulailah untuk menghargai karya orang lain.. Hargailah Anugerah Tuhan Yesus yang telah menyelamatkan kita..3119
- Keadaan Kewangan Keluarga yang SihatIn Keluarga·20 November 2021Oleh Ron Blue dan Jeremy L. White Januari sudah sampai. Masa membuat azam tahun baru. Tetapi adakah anda perasan? Di sebalik semua perbincangan pada musim tahun baru tentang menurunkan berat badan, bersenam dengan lebih kerap, mengemaskan almari dan melunaskan hutang, hanya segelintir orang yang mengambil langkah pertama dan yang paling jelas ke arah mencapai objektif mereka – kita tidak menetapkan matlamat bertulis yang bermakna untuk diri kita sendiri. Akibatnya, keazaman kami cenderung lenyap apabila minggu pertama bulan Februari tiba. Jika anda benar-benar mahu melaksanakan perubahan besar dalam hidup anda, anda perlu bersungguh-sungguh dan proaktif mengenainya. Pendekatan reaktif (iaitu tabiat biasa kami) tidak akan berjaya. Ini benar terutamanya apabila ia berkaitan dengan pengurusan kewangan. Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menguruskan rumah tangga tahu bahawa kedudukan kewangan yang baik adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan setiap keluarga. Dalam erti kata lain, kewangan keluarga bukanlah sesuatu untuk dipermain-mainkan atau dibiarkan begitu sahaja. Jika kedudukan kewangan anda telah mencapai tahap di mana anda mendapati diri anda berasa cemas dengan ketibaan setiap bil baru – jika anda lazimnya berhutang dan tidak dapat tidur pada waktu malam dan tertanya-tanya bagaimana hendak menyara hidup – inilah masa untuk mengambil tindakan. Ingat, keputusan kita yang menentukan nasib kita. Jangan hanya risau tentang masalah dan kesulitan kewangan anda. Ambillah tindakan tegas dan hadapinya – sekarang juga, sebelum ilham tahun baru hilang! Membuat Rancangan anda Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa anda membuat rancangan belanjawan yang boleh dilaksanakan. 1. Pertama, pastikan anda mengamalkan asas perancangan kewangan. Pengarang dan pakar perancangan kewangan Ron Blue mengatakan bahawa ia “semudah 4 - 5 – 6”: a. Empat prinsip perancangan yang unggul untuk kejayaan kewangan: • Berbelanja kurang daripada pendapatan anda. • Elakkan hutang. • Kekalkan kecairan (yakni sediakan simpanan kecemasan). • Tetapkan matlamat jangka panjang. b. Lima kegunaan asas wang: • Membuat kebajikan. • Cukai. • Pembayaran balik hutang. • Menyimpan/melabur. • Memilih gaya hidup. c. Enam matlamat kewangan jangka panjang yang biasa: • Kebebasan kewangan. • Menderma dengan maksimum. • Penghapusan hutang. • Pilihan gaya hidup. • Keperluan keluarga. • Memulakan perniagaan. 2. Berdasarkan garis panduan ini, luangkan sedikit masa bersama pasangan anda untuk menulis beberapa matlamat atau objektif kewangan khusus untuk tahun yang akan datang. Senarai anda mungkin termasuk “membiayai perbelanjaan perumahan kami,” “membuka akaun simpanan,” “lunaskan hutang kad kredit,” “menderma lebih kepada badan amal,” atau “membiayai yuran university untuk tahun pertama anak kami.” Proses ini amat penting untuk menjayakan sebarang penyediaan belanjawan. Anda tidak dapat mencapai tujuan anda tanpa matlamat yang ditentukan dengan terperinci. 3. Langkah seterusnya ialah merangkakan belanjawan anda. Langkah ketiga inilah yang menggerakkan proses ini ke arah yang lebih ketara dan praktikal. Anda boleh mulakannya dengan bertanya pada diri sendiri dua soalan mudah: “Apakah yang saya belanjakan sekarang?” dan “Apakah yang ingin saya belanjakan?” Tujuan soalan pertama ialah untuk membuat penilaian yang teliti terhadap amalan kewangan anda. Soalan kedua adalah tahap di mana rancangan perbelanjaan atau belanjawan baru anda benar-benar mula terbentuk. 4. Langkah keempat ialah penilaian semula. Sebaik sahaja anda merangka suatu belanjawan yang anda anggap sebagai realistik, laksanakannya, dan buat penyelarasan jika perlu, selama dua belas bulan. Pada penghujung masa itu, ambillah percutian hujung minggu untuk meneliti keputusan dan menentukan sama ada rancangan anda masih berkesan. Adakah ia memberi anda simpanan yang selesa – iaitu adakah anda mengakhiri tahun dengan wang tunai tambahan? Atau adakah anda gagal dan akhirnya terpaksa menanggung hutang? Jika anda mendapati diri anda berhutang, sudah tiba masanya untuk memperhalusi rancangan anda sekali lagi. Dalam erti kata lain, anda perlu memutuskan di mana anda boleh membuat potongan perbelanjaan. (Petunjuk: mulakan dengan perbelanjaan yang “tertakluk kepada budi bicara”, seperti hiburan dan belian barangan mewah.) 5. Kelima, adalah penting untuk memasukkan simpanan sebagai salah satu perbelanjaan bulanan. Dalam erti kata lain, kami menggalakkan anda untuk mendisiplinkan diri dengan mengekalkan kecairan kewangan. ‘Kecairan’ hanyalah istilah lain untuk tunai yang sedia ada. 6. Akhir sekali, jika hutang telah menjadi masalah, anda juga harus memasukkan beberapa jenis strategi pembayaran balik ke dalam pelan belanjawan bulanan anda. Ikuti strategi lima langkah ini untuk mengurus hutang dengan cekap dan mulakan penghapusan hutang sama sekali: • Tentukan kedudukan anda dari segi kewangan. Dalam erti kata lain, tentukan jumlah hutang anda, termasuk gadai janji rumah dan sebarang pinjaman kereta. • Berhenti menanggung lebih banyak berhutang. Jika perlu, potonglah kad kredit anda untuk mencapai matlamat ini. • Berdasarkan aliran tunai dan perbelanjaan sara hidup anda, rangkakan pelan pembayaran balik. Tentukan berapa banyak wang yang anda boleh gunakan untuk membayar balik hutang setiap bulan. Cuba hapuskan hutang yang lebih kecil dahulu. • Gunakan pelan ini sebagai sebahagian daripada belanjawan bulanan anda. • Wujudkan akauntabiliti. Buat laporan tetap tentang kemajuan anda kepada rakan yang dipercayai atau penasihat kewangan. • Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda mencapai matlamat anda (tetapi jangan menanggung hutang apabila melakukannya!). ________________________________________ Dipetik daripada Complete Guide to Faith-Based Family Finances, diterbitkan oleh Tyndale House Publishers. Hak Cipta © 2008, Ron Blue dengan Jeremy L. White, CPA. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin.3131
- Roma 8:32 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·30 July 2021Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela?3116
- Salib Si AkuIn Inspirasi & Renungan·18 July 2021O Tuhan, keraskanlah diriku terhadap si aku, Dia pengecut yang suka menangis Suara sedihnya memancing emosi simpati, Dia pemburu kesenangan, santai dan riang Photo Credit: Shawn Gray Si aku, pengkhianat utama terhadap diriku, Temanku yang paling tidak setia Musuhku yang paling mematikan, Penghalang langkah, kemanapun ku pergi Hanya Tuhan berkuasa mengekang si aku, Mengangkat beban beratku Mematahkan belengguku, Syukur, lepas dan bebaslah aku. (Christian Rossetti)3114
- Mengenal Dan Melayani Allah Yang BerdaulatIn Kesaksian·4 July 2022Akan tetapi, Musa berkata kepada Allah, "Siapakah hamba-Mu ini sehingga hamba harus pergi menghadap Firaun dan membawa orang Israel keluar dari Mesir?" - Keluaran 3:11 Pada 30 August 2019 ketika Tuhan memberikan kepastiaan tentang panggilan-Nya, saya seperti Musa juga bergumul dengan masalah identiti diri. Fokusnya hanya tentang kelemahaan, kekurangan diri dan keluarga, ketidakmampuan, tidak yakin ketika berbicara dengan orang lain sehinggakan yang terkadang apa yang dibicarakan disalah ertikan. Siapakan aku ini Tuhan? Jika tanpa perkerjaan Roh Kudus yang membulatkan hati untuk percaya, tidak mungkin saya mampu menyaut panggilan tersebut. "Akulah Aku," jawapan Allah kepada Musa. Tuhan tidaklah menyatakan sama seperti yang di katakan kepada Musa, tetapi maksudnya adalah sama, iaitu penyataan tentang siapa diri Allah. Tuhan kita sangatlah personal, kini telah hampir tiga tahun berlalu banyak penwahyu atau penyataan peribadi-Nya dinyatakan secara khusus dalam hidup ini dengan pelbagai cara melalui perkerjaan Roh Kudus. Kesannya membawa iman saya ke tahap demi tahap yang tinggi. Selepas cuti Gawai yang panjang di kampung, saya mengalami deman dan batuk yang panjang hampir seminggu. Joyce dan Eldad juga turut serta demam. Daripada pengalaman diri, saya bukan jenis yang mudah demam ataupun deman panjang, malah ketika rawatan dahulu saya tidak pernah demam. Oleh kerana demam yang teruk, fizikal, emosi saya terganggau sehinggakan mempengaruhi hubungan saya dengan Tuhan. Roh diri mulai lemah dan lelah, mudah untuk menuruti keinginaan diri daripada menyenangkan hati Tuhan. Pada Khamis 23 Jun 2022, dua minggu lalu, seperti kebiasaan saya menghadiri ibadah tengahari di kampus, hanya datang dengan fizikal yang belum segar sepenuhnya roh yang lesu. Ketika lagu penyembahaan dinyanyikan dibahagian lirik "menyintai-Mu Tuhan sepenuhnya"(bahagian ini suara saya kecil, kerana saya malu kepada Tuhan), tetapi di lirik "hidup untuk-Mu selamanya", suara ada sedikit lebih kuat. Kerana itu memang mimpi ku. Tiba-tiba, tanpa saya duga ada kuasa hadirat Allah turun menjamah yang membuatkan air mata saya mengalir. Jamanan Roh Kudus itu bukannya penyegar biasa, tetapi sebuah pengurapan yang memberi impak yang besar kepada perubahan fizikal(disembuh dari demam), emosi, jiwa dan roh saya. Urapan tersebut memberi impak seperti dalam Roma 8 dan Isaiah 10:27(KIV) ...and the yoke shall be destroyed because of the anointing. Ada kekuatan oleh Roh Kudus untuk melawan keinginan daging, membawa kepada fasa hubungan yang dengan Tuhan lebih intim dan visi yang lebih besar. Allah yang mengurapi. 27 Jun sehingga 1 Julai lalu(Isnin hingga Jumaat) kami ada kursus kajian alkitab induktif yang sangat mengubah cara pandang kami terhadap alkitab yang lebih terperinci sehinggkan mengubah hati dan membesarkan iman. Hari Khamis dan Jumaat kami banyak mengkaji, merenung dan berbincang lebih mendalam tentang kitab 1 Raja-Raja, kerajaan dan raja-raja Utara & Selatan, Raja Ahab dan juga Nabi Elia. Petang Khamis tersebut saya mulai larut dalam wahyu Tuhan kerana Roh Kudus mulai berbicara kepada saya tentang peribadi Allah Israel, Abraham, Ishak dan Yakub. Di akhir kelas tengahari Jumaat, saya berjabat tangan mengucapkan syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pengajar Dr. Loh Kim Cheng. Di akhir ucapan tersebut muncul rasa kagum yang indah sehingga air mata mengalir dan tanpa diduga keluar dari mula saya perkataan, Allah Kita Berdaulat! Begitulah awal semester dua ini, bagaimana cara Allah oleh Roh Kudus menyatakan peribadi-Nya secara khusus untuk siapa diri saya. Allah yang menyertai dengan kesempurnaan. Dengan sukacita, saya juga rindu untuk mengongsikan peribadi Allah yang selama hampir tiga tahun ini Dia nyatakan, agar iman saya dan keluarga dipelengkapi untuk panggilan yang mulia dan kudus. Ketika kami sekeluarga balik ke kampung isteri di Kapit, kami mengunakan Saga FLX melalui laluan balak dan jalan tanah merah yang dimata orang kampung sangat mustahil, hanya kenderaan 4X4 saja mampu. Tetapi sekali lagi, saya dengan isteri merasakan Allah dalam kesetiaan-Nya menunjukkan peribadi-Nya sebagai Allah yang menyertai dengan kesempurna. Kami sekeluarga selamat pergi dan balik mengunakan Saga FLX. Allah yang bertanggungjawab, seawal 2020 Roh Kudus berbicara dari firman-Nya bagaimana Allah yang memanggil dan bertanggungjawab memelihara Abraham. Allah yang cemburu, ketika saya membaca Hosea Roh Kudus sangat kuat mengungkapkan perihal memiliki persekutuan intim dalam hadirat-Nya. Roh-Nya sangat kuat dirasai cemburu jika perkara lain lebih penting kedudukan Dia adalah Allah dan Raja dalam hidup. Aku milik kepunyaan Allah, ketika saya bangun pagi lirik lagu Kumiliki Mu(JPCC) muncal dalam hati saya, padahal saya tidak pernah mendengar lagu yang telah lama keluar 2017. Allah menunjukkan hidup saya milik Dia secara multak. Allah yang boleh dipercayai. Ketika 2021, ketika kuliah bermula secara zoom, Roh Kudus sentiasa menguatkan hati melalui Mazmur 121:1-2 Aku mengangkat mataku ke bukit –dari manakah datangnya pertolongan untukku? Pertolongan untukku datang daripada Tuhan, yang menjadikan langit dan bumi. Itu sebuah jaminaan yang sempurna. Jiwa dan rohku sungguh rindu untuk mengenali, hidup dalam persekutuaan intim dan melayani Allah yang berdaulat sampaikan hubungan yang "saling mempercayai". TUHAN MEMBERKATI ***nantikan kesaksian yang lain menyusul.3138
- Kisah CintaIn Keluarga·8 August 2021Salah satu cara yang baik untuk mengekalkan percintaan selepas bulan madu adalah dengan mengingati kenangan-kenangan istimewa yang anda kongsi antara satu sama lain. Bercakaplah tentang perkara 'pertama': pada hari pertama kali anda bertemu, tarikh pertama janji temu anda dan semua pengalaman lain pertama anda. Lihatlah kembali gambar-gambar lama semasa anda berdua berjanji temu. Mungkin ini dapat memberi inspirasi kepada anda idea-idea untuk menghidupkan kembali detik-detik kegemaran anda berdua. Kongsikan memori kegemaran anda dengan pasangan anda, dia pasti akan tersentuh oleh perhatian yang anda berikan! Perkara terbaik mengenai kisah cinta anda adalah bahawa ia adalah unik buat hidup kamu berdua. Kisah cinta anda akan menjadi inspirasi kepada anak-anak anda. Semoga mereka dapat menangkap ajaran tuhan tentang apa itu cinta sejati dari ibu bapa meraka.3124
- INSTRUMENTAL FLUTE | KASIH YANG SEMPURNA cover by PaulzNreeIn Pujian & Penyembahan·29 August 20213196
- Yesus berkuasa mengampuni dosaIn Inspirasi & Renungan·19 September 2021Renungan Harian Markus 2: 1-12 1Beberapa hari kemudian, Yesus pulang ke Kapernaum dan tersebarlah khabar itu. Khabar apa ini? Khabar itu ialah Yesus sudah menyembuhkan seorang pesakit kusta. Yesus telah beritahu orang yang disembuhkan itu jangan beritahu siapa pun mengenai hal itu. Orang itu tak dengar atau lupa atau sangat teruja. Dia menyebar luas berita tentang kesembuhannya. Dan akibat daripada itu banyak orang mungkin ratus-ratus orang berhimpun di rumah tempat tinggal Yesus. Mustahil mahu masuk. Ada empat sekawan membawa seorang lumpuh mahu jumpa Yesus. Tak dapat masuk ikut pintu. Maka mereka panjat bumbung, buka atap dan turunkan si lumpuh ke bawah. Satu peristiwa menarik berlangsung. 5Ketika Yesus melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu telah diampunkan." 6Ahli-ahli Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, 7"Lancangnya orang inii mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!" 8Tetapi Yesus segera mengetahui dalam roh-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu berkata, "Mengapa kamu berfikir begitu dalam hatimu? 9Manakah yang lebih mudah dikatakan kepada orang lumpuh itu: 'Dosamu telah diampunkan,' atau, 'Bangun, angkat tikarmu dan berjalan'? 10Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa..." Dia berkata kepada orang lumpuh itu, 11"Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah." 12Di hadapan mata mereka semua, orang lumpuh itu pun bangun, mengangkat tikarnya lalu segera berjalan ke luar. Apakah yang kita boleh belajar dari peristiwa ini ? 1. Yesus mengakui dia ada kuasa mengampuni dosa. Implikasi pengakuan ini ialah Dia ialah Allah. Atau dia sama status dengan Allah. Yesus claim dia adalah Ilahi. 2. Yesus gelarkan dirinya sebagai Anak Manusia. Dan suara dari langit (suara Allah) berkenan dia sebagai “ Anak Ku.” (Markus 1:11 Ini bermaana Yesus ada dua gelaran – Anak Allah dan Anak Manusia. Tujuan Markus lapurkan hal ini ialah dua gelaran ini tepat menghuraikan Yesus – Allah dalam bentuk manusia. Applikasi laporan ini ialah kita harus tanya mengapa Allah menjadi manusia? 3. Dalam ay. 9 Yesus tanya satu soalan: “9Manakah yang lebih mudah dikatakan kepada orang lumpuh itu: 'Dosamu telah diampunkan,' atau, 'Bangun, angkat tikarmu dan berjalan'? Yesus tidak jawab tetapi kita tahu soalan macam ini bermaksud jawaban ialah: “ Dosamu telah diampunkan” lebih muda. Mengapa? Ada beberapa kemungkinan. 1) Dalam ay. 2 Yesus sedang menyampaikan firman. Tiba-tiba si lumpuh muncul. Yesus sampaikan firman khusus untuk dia. 2) Pada asasnya, sakit penyakit ialah akibat dari kejatuhan manusia purba. (Di samping kutuk yang lain). Tetapi kita tahu, ada setengah penyakit bukan disebabkan oleh dosa. Ada orang dilahir buta untuk kemuliaan Allah. Bagi si lumpuh ini, kemungkinan kelumpuhannya ialah kerana dosa dia. Maka kalau dosanya diampunkan, lumpuhnya akan hilang. Mungkin Yesus bermaksud macam ini. Ada applikasi untuk kita. Kalau seorang sakit percaya Yesus penyakitnya boleh sembuh. Saya tidak kata pasti sembuh. Sembuh tak sembuhh terpulang kepada Yesus. (Kita sudah terangkan hal ini dalam perkongsian RH sebelum ini, Markus 1: 35-45). Saya pernah nampak orang sakit percaya Yesus dan terus sembuh. Saya juga pernah nampak orang percaya Yesus tetapi tidak sembuh. Dan saudara saya sendiri di doakan terus sembuh tetapi tidak percaya Yesus sampai hari ini. 4. 10Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa..." Dia berkata kepada orang lumpuh itu, 11"Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah." Apakah pelajaran dari 2 ayat ini? Yesus sudah claim dia sama taraf dengan Allah. Dalam 2 ayat ini, dia buktikan claimnya. Orang yang claim dia Ilahi mesti boleh lakukan perkara supernatural. Yesus sudah banyak kali sembuhkan orang sakit. Ini ialah pertamakali dia kata dia hendak buktikan claimnya benar. Orang itu bangun dan ambil tikarnya dan berjalan. Claim dibuktikan. Kesimpulan: Yesus ilahi. Sekian perkongsian. Siapa ini Yesus? Benarkah dia Anak Allah?3147
- KITA ADALAH MILIK KEPUNYAAN TUHANIn Inspirasi & Renungan·19 August 2021Yesaya 43:1b "Janganlah takut, sebab Aku telah menebus engkau, Aku telah memanggil engkau dengan namamu, engkau ini kepunyaan-Ku." Saudara dan yang percaya kepada Tuhan Yesus, kita yang telah di tebus dengan darah Yesus yang mahal KITA ADALAH MILIK KEPUNYAAN TUHAN. Kalau Tuhan yang memiliki kehidupan kita maka Tuhan yang menjamin hidup kita, Dia menyertai hidup kita melewati apapun dalam hidup kita. Terpujilah nama Tuhan 🙏 Amen.3130
bottom of page








