top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6127)
KD Post (3258)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Amsal 3:5-6 (AVB) Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·12 July 20213118
- 7 Cara Meningkatkan Kesihatan Mental Keluarga andaIn Keluarga·24 September 2021Mengetahui bagaimana meningkatkan kesihatan mental adalah urusan seisi keluarga. Berikut adalah tujuh kaedah meningkatkan kesihatan mental keluarga supaya anda dapat menghadapi cabaran hidup yang tidak diduga. Setiap anggota keluarga kami mendapat keselamatan dan keselesaan dari pasang surutnya aliran kehidupan harian. Aktiviti yang jadi kebiasaan kami berfungsi selaras dengan irama dalaman tubuh untuk menyediakan kerangka kesejahteraan mental. Namun, apabila situasi baru mengganggu irama kehidupan, ‘rentak biologi’ kita jadi kucar-kacir atau tekanan tambahan muncul – menyebabkan kesihatan mental jadi goyah. Kami tertanya-tanya, “Bagaimana menjaga kesihatan mental keluarga saya setiap masa, baik atau susah?” Berikut adalah tujuh cara meningkatkan kesihatan mental keluarga anda supaya mereka dapat menangani cabaran hidup yang tidak diduga: Cara Meningkatkan Kesihatan Mental Keluarga anda 1. Tidur Setiap ibu atau bapa yang baru dapat mengesahkan bahawa tidur adalah mustahak untuk kesihatan. Tanpa tidur yang cukup, irama biologi kita jadi kucar-kacir. Kita jadi mudah marah, murung, tidak dapat memberi perhatian dan hidup kita tiada halatuju. Kami berasa sukar mengawal emosi dan akan mengharungi sehari suntuk dengan perasaan penat dan geram. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan kemerosotan mental, termasuk halusinasi. Gangguan kepada kitaran bangun dan tidur sering merupakan petanda keadaan kesihatan mental yang tersembunyi. Gangguan mungkin termasuk tidur berlebihan atau tidak cukup tidur, atau rasa sangat mengantuk pada waktu siang. Kami mudah jadi marah apabila tidak dapat tidur nyenyak akibat gangguan. Tidur penting untuk membolehkan otak kita menyimpan kenangan, mengatasi tekanan harian, dan memulihkan kecergasan. Tidur mengembalikan ‘kilauan’ kepada kita. Amalan tidur dan bangun pada waktu yang tetap adalah tabiat penting bagi keluarga kita dan membantu menjaga irama biologi supaya ia tetap stabil. Ini juga merupakan salah satu kaedah terbaik untuk meningkatkan kesihatan mental. Tiada pengganti untuk tidur malam yang lena. Salah satu peristiwa penting dalam pengalaman keibubapaan yang awal adalah ketika bayi akhirnya tidur sepanjang malam. 2. Sentuhan yang menenangkan hati Sentuhan fizikal meningkatkan oksitosin dan dopamin dalam otak kita. Mereka adalah dua hormon yang memberi kesan baik kepada kesihatan mental. Oksitosin, yang dikenali sebagai hormone ‘rasa sejahtera’, mengeratkan hubungan antara manusia. Ia meningkatkan rehat, memupuk kepercayaan pada orang lain dan kestabilan psikologi. Dopamin mengawal perasaan seronok dan kepuasan. Kedua-dua hormon ini membantu memastikan irama biologi kita berfungsi dengan baik. Bayi berasa selesa bila dipegang, digegarkan, dan dililit dengan kain. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yatim yang tiada hubungan fizikal yang konsisten menderita secara emosi dan psikologi. Sentuhan fizikal adalah suatu keperluan asas. Pelukan memang diperlukan untuk mewujudkan keselesaan dalam hubungan sesama manusia. Oleh itu, berpegangan tangan dengan orang yang dikasihi adalah salah suatu ciri hubungan yang intim dan saling mempercayai. Apabila kata-kata gagal, pelukan dapat menyampaikan maksud yang diingini. Sentuhan yang menenangkan ada dalam keluarga yang berhubung dengan cara yang munasabah – pelukan, bergusti secara gurauan atau saling mengurut bahagian belakang tubuh. Haiwan peliharaan sering kali merupakan ahli keluarga yang penting dan memberi sokongan emosi dan hubungan yang menenangkan hati. Manfaat memelihara haiwan dapat dibuktikan dengan bertambahnya bilangan haiwan peliharaan yang memberi sokongan dari segi emosi. Membelai seekor anjing atau kucing memberi kesan yang sama seperti berinteraksi dengan bayi yang comel – ia melepaskan oksitosin dan dopamin ke dalam otak kita. Kita berehat, dan tekanan darah turun. Kita selangkah lebih dekat menuju kedamaian. Perasaan dipegang oleh orang lain adalah salah satu cara memanfaatkan kesihatan mental keluarga. Kita harus tahu apa yang menjaga kita dari segi fizikal, emosi dan rohani. Salah satu faktor utama dalam peningkatan kesihatan mental adalah rasa kekitaan, yang menjadi asas bagaimana kita memahami harga diri dan nilai kita. Setiap ahli keluarga mesti tahu bahawa, walaupun apa pun huru hara yang timbul, dia masih dikira sebagai ahli keluarga. 3. Renungan dan Meditasi yang tenang Salah satu cara meningkatkan kesihatan mental keluarga ialah mewujudkan rutin yang memberi ruang untuk membuat renungan dan meditasi secara tenang, baik sebagai keluarga atau individu. Di dalam unit keluarga, kita belajar bagaimana menjadi orang berdaya tahan yang mengatasi masalah – mahir dalam seni menghadapi gagal tanpa menjadi orang yang gagal. Kita belajar bagaimana menangani konflik dan memproses emosi kita, seperti kemarahan, kesedihan, kekecewaan, dan ketakutan. Kami membangunkan kebijaksanaan emosi melalui interaksi keluarga, dan ini mendorong interaksi yang sihat dengan orang lain. Menulis buku catatan harian mengenai aktiviti kita adalah kaedah yang paling berharga untuk meningkatkan kesihatan mental. Perbuatan ini memupuk ketabahan dalaman untuk menghapuskan pemikiran negatif yang menjejaskan kesihatan mental. 4. Luangkan masa di luar rumah Banyak keluarga mendapati bahawa aktiviti luar rumah memberikan rasa damai sejahtera (walaupun kita mungkin bergurau bahawa terdapat binatang buas di sana). Ia juga dapat memberikan pengalaman mengujakan yang indah untuk dikongsi bersama misalnya insiden binatang buas menyertai makan tengah hari semasa perkelahan. Orang Jepun menggalakkan amalan shinrin-yoku – yakni ‘mandi hutan’ atau menikmati suasana hutan. Pengalaman berada di luar rumah dan di tengah-tengah alam semulajadi seringkali melibatkan pelbagai deria anda (penglihatan, sentuhan, pendengaran, bau, rasa), menjadikannya pengalaman yang memberi keseimbangan emosi. Ia adalah cara hebat untuk meningkatkan kesihatan mental keluarga. Apabila keluarga aktif di luar rumah, mereka juga jauh dari panggilan teknologi yang menggodakan. Isyarat telefon bimbit sukar didapati semakin jauh kita meninggalkan rumah, dan ini akan menghadkan masa merenung skrin alat elektronik. Pendedahan yang kerap kepada skrin boleh mengganggu irama biologi kita. 5. Tetapkan Temujanji untuk bermain Buatlah keputusan untuk menjadualkan temujanji untuk bermain dalam rutin keluarga. Setiap minggu, buatkanlah rancangan untuk berjalan kaki ke air terjun, naik basikal di sekitar rumah, atau bermain badminton di halaman belakang. Permainan tak berstruktur mewujudkan masa untuk meluahkan perasaan secara kreatif, menikmati detik bersama orang tersayang, dan ini menghasilan kenangan masa kecil yang bertahan seumur hidup. Detik-detik ini menolong kita menghadapi perjuangan yang tidak dapat dielakkan dalam setiap kehidupan seorang insan. Sedarilah betapa pentingnya permainan, gelak ketawa, dan aktiviti yang tidak terlalu mengira waktu. Kita mungkin memanggilnya "main", tetapi ia harus dikira juga sebagai sejenis senaman, salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan mental. 6. Senaman Tubuh kita dicipta untuk bergerak! Aktiviti fizikal penting untuk kesihatan mental. Manfaat senaman bukan setakat penambahbaikan kekuatan otot, koordinasi badan, keseimbangan dan sifat berdaya tahan. Bersukan memupuk keyakinan diri, sifat kepimpinan dan memberi rasa pencapaian. Kajian menunjukkan bahawa senaman dapat memberi manfaat seperti antidepresan dalam kes kemurungan ringan hingga sederhana. 7. Pemakanan yang baik Setelah bermain dan bersenam bersama keluarga di luar rumah, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan. Penyahhidratan dapat mengubah otak dari anggur jadi kismis. Otak anda jauh lebih sihat ketika ia ada cukup air. Air dan makanan adalah bahan bakar yang sangat baik untuk badan dan otak kita. Kita semua tahu apa jenis makanan yang paling berkhasiat. Itulah salah satu sebab mengapa ibu bapa menghadkan pemakanan gula oleh anak mereka. Dan mengapa alkohol merosakkan otak. Kekurangan zat makanan boleh merosakkan fungsi otak, dan ketoksikan logam berat dapat menyebabkan seseorang jadi tidak siuman. Watak Tukang Topi Gila (‘Mad Hatter’) dalam karya Lewis Carroll, Alice’s Adventures in Wonderland jadi gila kerana terdedah kepada raksa yang digunakan dalam proses membuat topi. Hari ini, keracunan raksa kerap terjadi akibat makan ikan yang tercemar. Dari banyak segi, kita adalah ‘produk’ yang dihasilkan dari cara pemakanan kita. Pemilihan makanan berkhasiat menyediakan bahan binaan terbaik untuk sel kita, termasuk sel otak. Otak kita bergantung pada nutrien yang stabil. Kalau makanan kita kurang zat, otak yang menderita. Apabila otak sakit, begitu juga dengan kesihatan mental kita. Kita semua pernah berasa tidak selesa setelah makan berlebihan dan siapa yang tidak menjadi “marah dan lapar” ketika ‘melangkau’ waktu makan? Nutrien membantu badan kita mengatur irama biologi dengan lebih cekap. Makanan Menyatukan Keluarga Makanan, dalam peranan terbaiknya, menyatukan keluarga. Menikmati rutin makan bersama adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan mental. Kerjasama semasa menyediakan makanan meningkatkan ikatan kekeluargaan, mencipta kenangan tentang cubaan memasak (anda boleh memesan pizza jika cubaan memasak ‘soufflé’ tidak berjaya), dan memberi peluang kepada semua untuk berkongsi apa yang ada dalam fikiran mereka ketika di meja makan. Makanan membuat kita rasa aman dengan mengurangkan naluri kita untuk ‘bertarung, lari, atau menjadi kaku’ bila menghadapi ancaman. Sebaliknya, sistem saraf ‘parasimpatis’ kita bertindak mengawal keadaan. Kita jadi lebih rela menyatakan kepada orang lain tentang perjuangan dalaman, membincangkan konflik dalaman, dan menghadapi cabaran hidup. Kita berhubung dengan orang lain dengan cara yang menjalinkan semula ikatan persaudaraan, menguatkan semangat kekitaan, dan menolak sama sekali pemikiran negatif bahawa kita bersendirian dan orang lain tidak memahami kita. Bersantap bersama-sama memberi peluang untuk mengubah cara kita menilai setiap keadaan hidup dan membolehkan pendekatan yang sesuai untuk menghadapi cabaran hidup. Kemahiran ini adalah kaedah yang baik untuk meningkatkan kesihatan mental. Tanggungjawab seisi Keluarga Kajian tentang cara meningkatkan kesihatan mental adalah urusan seisi keluarga. Nikmatilah rutin harian semasa mengharungi pelbagai musim kehidupan. Dapatkan rehat yang secukupnya. Nikmatilah hubungan erat akibat sentuhan fizikal yang menenangkan dan luangkan masa untuk berfikir. Hayatilah keindahan alam semulajadi dan luangkan masa dalam permainan dan senaman. Makanlah makanan yang berkhasiat dan menyihatkan badan. Tajamkan fikiran anda. Hiduplah dengan baik. Sekiranya anda atau mana-mana ahli keluarga mempunyai pertanyaan mengenai kesihatan mental atau memerlukan pertolongan menghadapi apa-apa musim kehidupan ini, hubungi +603 3310 0792 © 2020 Dr. Patricia Landry. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin. Asalnya diterbitkan di focusonthefamily.com. Pembelajaran oleh suami isteri bagaimana terus memberi perhatian pada cinta sejati walaupun menghadapi cabaran adalah suatu komitmen. Ikuti Focus on Marriage Assessment yang percuma untuk memahami kekuatan hubungan anda dengan pasangan dan juga di mana perlunya berlaku penambahbaikan bila mengharungi pelbagai musim perkahwinan.3131
- Iman Di Tengah Pandemik (Part 1)In Inspirasi & Renungan·9 August 2021Pr Datin Rosmaidah Justin: Teks : Mark 2 : 1 – 12 Shalom selamat pagi semua jemaat Tuhan. Pada pagi ini saya masih membawa kita untuk merenungkan Firman Tuhan “ Memposisikan Iman kita ditengah Pandemik “ Ada 6 prinsip Rohani yang saya kongsikan hari ini dan esok secara bersiri diantaranya ialah: A. Pertama Iman yang Kreatif • Kata “Kreatif” itu berasal dari kata “Create” ertinya Menciptakan.Jadi kreatif itu adalah “kemampuan seseorang untuk menciptakan sesuatu yang diperoleh dari hasil sebuah pemikiran” • Faktor berpikir Kreatif ini sebenarnya ada dalam diri setiap manusia secara personal dan kondisional, karena Tuhan Allah sendiri yang adalah Sang Creator telah Menciptakan dan menyediakanNya didalam hati kita (1 Kor 2:9) • Melalui Pembacaan kita diatas terlihat bahawa : Ke 4 Orang itu memiliki “Idea yang kreatif ” untuk membawa orang lumpuh itu tepat di depan Yesus, sehingga Yesus sendiri memuji Iman mereka. Itulah “Iman yang Kreatif” (ayat 4 – 5) • “Kita tetap berusaha dan terus berkarya meskipun Pandemik masih tetap ada”. Itulah Iman yang Kreatif. B. Kedua Iman yang Pro-Aktif • Kata Pro Aktif bererti : “Tidak sekedar memiliki “Inisiatif” tetapi suatu tindakan yang lebih aktif. • Hal ini dibuktikan ke 4 orang yang membawa “Orang Lumpuh”, itu kepada Yesus. Mereka berusaha dengan aktif dan kerjasama yang solid meskipun menghadapi Kondisi yang sulit (3–4) • Iman yang Proaktif adalah sebuah tindakan Iman yang mampu menembusi berbagai rintangan dan halangan, tidak stagnan. Tuhan menghendaki Iman yang ProAktif ini ada pada kita dalam menghadapi Persoalan ditengah Pandemik ini C. Ketiga Iman yang Sensitif • Sensitif itu bererti kepekaan. Iman yang Sensitif di sini bertindak dengan pantas berdasarkan kepekaan rohani atas keperluan orang lain Ke 4 orang ini Sensitif terhadap kondisi Orang Lumpuh yang memerlukan Kesembuhan, sehingga mereka bertindak untuk membawanya pada Yesus • Bagaimana dengan kita ? Tindakan apa yang kita lakukan sebagai tindakan iman atas keperrluan org lain . Tuhan tetap Menunggu tindakan kita sebagai Langkah Iman yang Kreatif , Proaktif, dan Sensitif. Tuhan Yesus memberkati! #solideogloria Pr Datin Rosmaida S-Justin3116
- Filipi 4:6In Kehidupan Kristian·11 September 2021Jangan kuatir3136
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#10)In Manifesto Kerajaan Allah·8 October 2021Menunaikan, Bukan Menghapuskan Taurat (Bahagian 2) 17"Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya. 18Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku. (Matius 5:17-18, AVB) Yesus telah mengisytiharkan bahawa dia datang, bukan untuk menghapuskan Taurat tetapi menunaikannya. Dengan pengisytiharaan tersebut, kedudukan Hukum Taurat di dalam Firman Tuhan dan di dalam dunia ini masih dikekalkan. Tuhan Yesus meneguhkan pengisytiharaan tersebut dengan memberi satu bukti dan satu amaran atau janji. Bukti tentang kedudukan Hukum Taurat yang tidak berubah, selagi langit dan bumi lama ini wujud, ialah ciri Firman Tuhan yang pasti terkabul. Apa yang diwahyukan dan dinubuatkan oleh Allah di dalam Firman-Nya pasti akan menjadi nyata. 19Allah bukanlah manusia sehingga Dia berbohong, bukan anak manusia sehingga Dia menyesal dan berubah fikiran. Jika Dia berfirman, tidak akankah Dia lakukannya? Jika Dia berbicara, tidak akankah Dia laksanakannya? (Bilangan 23:19, AVB) Oleh sebab Allah tidak mungkin berbohong dan tidak mungkin menyesal serta mengubahkan fikiran-Nya, maka apa yang telah difirmankan-Nya tetap kekal dan tidak akan dihapuskan. Maka, Tuhan Yesus mengatakan dengan begitu tegas bahawa, “selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku.” Titik (jot) atau huruf (tittle) yang paling kecil yang dimaksudkan oleh Yesus ialah huruf yod dalam bahasa Yahudi. Huruf ini adalah seperti tanda koma (tengok gambar di bawah). Maka, dengan pernyataan Yesus ini, dia telah menekankan dengan tegas sekali bahawa apa yang dinyatakan di dalam seluruh Firman Tuhan (termasuk Hukum Taurat), tidak mungkin akan dibatalkan atau dihapuskan. Tambahan pula, apa yang Tuhan Yesus telah lakukan ialah dia telah menunaikan keperluan Hukum Taurat (seperti yang telah diterangkan dalam Bahagian 1, “Menunaikan, dan bukan menghapuskan”). Lantaran ini, Tuhan Yesus memberi amaran bahawa orang yang melanggar hukum yang terkecil dan mengajar orang lain untuk berbuat demikian, kerana mereka fikir bahawa Hukum Taurat telah dihapuskan dan tidak diguna pakai lagi, akan dianggap sebagai golongan yang paling rendah dalam kerajaan Allah. 19Dengan demikian, jika seseorang melanggar hukum yang terkecil pun dan mengajar orang lain melanggarnya, dia akan tergolong antara mereka yang paling rendah dalam kerajaan syurga. Sebaliknya, jika seseorang mematuhi Taurat dan mengajar orang lain turut patuh, dia akan menjadi orang yang mulia dalam kerajaan syurga. (Matius 5:19, AVB) Sebaliknya, orang yang mematuhi Hukum Taurat dan mengajar orang lain untuk berbuat demikian, dijanjikan akan menjadi orang yang mulia dalam kerajaan syurga. Adakah ini bermaksud bahawa kita, sebagai orang salih dalam era baru Perjanjian Baru, mesti mengikuti semua 2000 lebih hukum Taurat dalam Perjanjian Lama? Soalan ini adalah amat penting dijawab dengan betul supaya kita tidak akan “dibelenggu oleh kuk perhambaan semula.” 1Demi kemerdekaan Kristus telah memerdekakan kita. Oleh itu, berpegang teguhlah kepada kemerdekaan yang telah diberikan oleh Kristus kepada kita, dan jangan biarkan diri dibelenggu oleh kuk perhambaan semula. (Galatia 5:1, AVB) Dalam pada itu, kita mesti membezakan tiga jenis hukum Taurat: Hukum Taurat jenis istiadat - Contoh-contoh Hukum Taurat jenis istiadat ialah cara mengorbankan binatang untuk dosa manusia, istiadat untuk imam-imam mendekati hadirat Allah di dalam Khemah Suci atau Bait Allah dan lain-lain seperti yang terkandung di dalam buku buku-buku Keluaran dan Imamat. Hukum Taurat jenis sivil - Undang-undang yang diguna pakai untuk mentadbirkan negara atau bangsa Israel. Hukum Taurat jenis moral - Peraturan-peraturan berkaitan dengan apa yang betul dan salah mengikut pandangan Allah, bukan mengikut pandangan manusia. Hukum Taurat Jenis Istiadat Tuhan Yesus telah menunaikan keperluan Hukum Taurat jenis istiadat apabila dia mengorbankan diri-Nya sebagai korban yang suci dan sempurna. Maka, suatu era baru telah lancarkan oleh Tuhan Yesus yang dipanggil sebagai Perjanjian Baru. Tuhan Yesus melakukan ini pada malam sebelum dia dihukum mati, semasa dia memperkenalkan sakramen jamuan suci: 19Kemudian Yesus mengambil roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-murid-Nya, sambil berkata, "Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan kepada-Ku." 20Demikian juga, sesudah makan, Dia mengambil cawan sambil berkata, "Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku yang ditumpahkan bagimu. (Lukas 22:19-20, AVB) Maka, hari ini, kita sebagai orang salih tidak perlu mengamalkan istiadat-istiadat yang terkandung di dalam Perjanjian Lama, bukan kerana hukum-hukum itu telah dihapuskan, tetapi kerana Tuhan Yesus telah menunaikannya. Hukum Taurat Jenis Sivil Bagaimana pula dengan Hukum Taurat jenis sivil? Hukum Taurat jenis sivil boleh diamalkan dalam keadaan yang tertentu, iaitu jika hukum-hukum itu sesuai dengan undang-undang negara kita. Contohnya, undang-undang sivil yang berkaitan dengan hukuman mati bagi mereka yang didapati dan dihakimi bersalah kerana membunuh orang lain, boleh diikuti jika ianya selaras dengan undang-undang negara kita. Namun begitu, jika Hukum Taurat jenis sivil tidak selaras dengan undang-undang negara kita, maka kita boleh memilih sama ada kita ingin patuhi atau tidak. Contohnya, setiap lima puluh tahun, semua hutang dan perhambaan dalam komuniti Israel dihapuskan dengan amalan yang dikenali sebagai Tahun Pembebasan (Imamat 25:8-22). Dalam hal ini, undang-undang negara kita memang tidak selaras dengan Hukum Taurat sivil ini. Maka, amalan ini tidak boleh diguna pakai sama ada jika kita penghutang atau pemiutang. Tetapi, jika kita mahu menggunakannya dalam kes tertentu dan menggunakan prinsip hukum sivil ini, anda bebas untuk berbuat demikian, tetapi anda tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut anda. Maka, jika ada orang yang berhutang dengan anda, dananda membatalkan hutang itu kerana belas kasihan, itu merupakan pilihan bebas anda. Hukum Taurat Jenis Moral Dalam kes Hukum Taurat jenis moral pula (seperti yang dirumuskan dalam Sepuluh Perintah Allah dalam Keluaran 20:1-17), sempadan yang digariskan oleh Allah untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah, masih diguna pakai. Walau pun Tuhan Yesus telah menunaikan semua keperluan hukum moral ini bagi pihak kita, namun begitu secara praktikal, kita masih perlu mematuhinya. Hal ini sedemikian kerana sebagai umat Allah dan orang salih, kita perlu menunjukkan perubahan dalam kehidupan kita, supaya gaya hidup dan perbuatan kita selaras dengan kehendak moral Allah. Jika kita melanggar hukum moral Allah, bagaimanakah kita boleh menjadi saksi Allah yang baik? Oleh sebab itu, di antara sembilan sikap hati yang indah dan pengisytiharaan Yesus bahawa dia telah menunaikan, bukan menghapuskan Taurat, dia telah menyeru kita menjadi garam bumi dan cahaya dunia: 13"Kamu ialah garam bumi. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang. 14Kamu ialah cahaya dunia ini. Kota di atas bukit tidak mungkin tersembunyi. 15Tiada siapa memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu; tentu dia meletakkannya di atas kaki pelita untuk menerangi seisi rumah. 16Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapan orang ramai, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik lalu memuji Bapamu yang di syurga." (Matius 5:13-16, AVB) Tuhan Yesus menyeru kita untuk memuliakan Allah dengan kehidupan dan perbuatan yang baik dalam kalangan orang ramai. Rumusan dan perintah Tuhan Yesus yang diberikan di dalam bahagian ini, berbunyi demikian: 20Maka Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya, kamu tidak akan memasuki kerajaan syurga jika kesalihanmu tidak lebih daripada kesalihan ahli Taurat dan orang Farisi." (Matius 5:20, AVB) Pernyataan ini sangat mengejutkan kerana kesalihan ahli Taurat dan orang Farisi memang terkenal sebagai amalan yang sangat ketat dan sukar untuk diikuti. Mereka telah membentuk sistem sendiri untuk mematuhi semua 613 peraturan yang telah dikenal pasti oleh mereka daripada Hukum Taurat. Setiap peraturan pula diperincikan lagi dengan bahagian-bahagian yang sangat spesifik untuk diamalkan dalam hampir semua situasi yang mungkin dihadapi oleh seseorang pengamal Hukum Taurat. Maka, seseorang yang ingin mematuhi semua 613 peraturan yang ditetapkan oleh ahli Taurat dan orang Farisi ini, akan dibebankan dengan 613 peraturan dan ribuan lagi peraturan yang dibentuk oleh manusia. Sudah tentu, keadaan ini menjadikan seseorang berada dalam keadaan yang dibelenggu oleh kuk perhambaan, seperti yang dinyatakan oleh Paulus dalam Galatia 5:1 di atas. Namun begitu, Tuhan Yesus mengatakan bahawa, kesalihan kita mesti melebihi kesalihan ahli Taurat dan orang Farisi jika kita ingin memasuki kerajaan syurga (Allah)! Bagaimanakah kesalihan kita boleh melebihi kesalihan mereka yang sudah mengamalkan gaya hidup Hukum Taurat yang begitu tinggi sehingga ianya mustahil untuk diikuti dan dipenuhi? Tuhan Yesus akan menjelaskan hal ini dalam isi kandungan khutbah-Nya dengan contoh-contoh yang diambil daripada kehidupan kita. Kita akan memahami bagaimana Tuhan Yesus menerangkan kesalihan kita yang akan melebihi kesalihan ahli Taurat dan orang Farisi dalam pertimbangan kita yang seterusnya. Namun begitu, saya ingin memberi prinsip penting yang diguna pakai oleh Tuhan Yesus dan berbeza dengan amalan ahli Taurat dan orang Farisi: Hukum Taurat moral mesti dipatuhi dengan ikhlas dari hati kita, iaitu dari niat di dalam ke perbuatan di luar, dengan bantuan Roh Kudus. Dalam pada itu, kita bukan hanya ingin mematuhi Hukum Taurat moral dengan perbuatan dan tingkah laku luaran sahaja. Apa yang berlaku di dalam hati kita juga diambil kira. Jadi, kita bukan hanya menguruskan tingkah laku sahaja, tetapi motivasi dan niat hati kita juga mesti murni. Contohnya, Hukum Taurat yang melarang kita membunuh, sebenarnya tidaklah begitu susah untuk dipatuhi. Kebanyakan orang di dunia ini tidak akan membunuh orang lain secara fizikal. Tetapi, Tuhan Yesus menaikkan taraf peraturan ini dengan mengatakan bahawa, Hukum Taurat moral ini dilanggar apabila kita marah dan “membunuh” orang di dalam hati kita (sila baca Matius 5:21-26). Sudah tentu, kita tidak mampu dan tidak sanggup untuk memenuhi segala-gala Hukum Taurat moral, jika dilihat dalam konteks hati kita yang sangat licik. 9Hati itu licik melebihi segala sesuatu, bahkan sangat parah – siapa dapat mengetahuinya? (Yeremia 17:9, AVB). Oleh sebab itu, Tuhan Yesus telah membekalkan kita dengan penyelesaian-Nya untuk semua orang salih-Nya. Pertama, Dia telah menunaikan semua keperluan Hukum Taurat moral dari dalam ke luar, bagi pihak kita. Kedua, Dia telah memberi kita perbenaran-Nya untuk menjadi orang yang salih: 21Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat, perbenaran Allah telah dinyatakan. Hukum Taurat dan para nabi telah memberikan kesaksian tentang hal itu. 22Perbenaran Allah hanya melalui iman kepada Yesus Kristus bagi semua yang percaya. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapa pun. (Roma 3:21-22, AVB) 1Oleh yang demikian, kerana kita telah diperbenar melalui iman, kita telah berdamai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. 2Melalui-Nya kita telah mencapai dengan iman kasih kurnia yang meliputi kita sekarang. Dan kita bersukacita dengan harapan akan kemuliaan Allah. (Roma 5:1-2, AVB) 1Dengan demikian, sekarang tidak ada hukuman bagi orang yang ada dalam Kristus Yesus. 2Kerana melalui Kristus Yesus hukum Roh kehidupan telah membebaskanku daripada hukum dosa dan kematian. 3Apa yang tidak dapat dilakukan oleh Taurat kerana lemahnya tabii manusia, telah dilakukan oleh Allah dengan menghantar Anak-Nya dalam bentuk manusia berdosa untuk menjadi persembahan menebus dosa. Dengan demikian Dia menghukum dosa dalam diri manusia berdosa. 4Allah berbuat demikian supaya kita dapat menunaikan kehendak-kehendak hukum dalam diri kita dengan sepenuhnya, mengikut kehendak Roh dan bukan mengikut kehendak sifat tabii. (Roma 8:1-4, AVB) Ketiga, Tuhan Yesus memberi kita Penolong, iaitu Roh Kudus, yang hidup di dalam kita, untuk membantu kita menjadi orang yang salih: 16Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan mengurniaimu Penolong yang akan menyertaimu selama-lamanya. (Yohanes 14:16, AVB) 26Namun demikian, Penolong, iaitu Roh Kudus yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu. (Yohanes 14:26) 26Apabila Penolong, Roh Kebenaran daripada Bapa, yang Kuutus kepadamu datang, Dia akan bersaksi tentang-Ku. (Yohanes 15:26, AVB) 7Apa yang Kukatakan kepadamu ini benar; untuk kepentinganmu, baiklah Aku pergi. Selagi Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepadamu. Jika Aku pergi, Aku akan mengutus-Nya kepadamu. (Yohanes 16:7, AVB) Pembantu ini akan mengajar, menasihati, membetulkan, melatih, mendorong, membimbing, mengarahkan dan menguatkan kita dalam semua cabaran dan godaan hidup ini. Beginilah Tuhan Yesus menunaikan Taurat, dan bukan menghapuskannya, bagi pihak kita. Kita akan meneliti dengan lebih lanjut bagaimana prinsip ini digunakan dalam bentuk sikap hati yang indah, khususnya dalam konteks perhubungan kita dengan orang lain.3182
- Ajarlah Aku BerdoaIn Bayu Pengharapan·17 August 2021Renungan: Lukas 11:1-13 “Pada suatu hari Yesus sedang berdoa di suatu tempat. Ketika Dia berhenti berdoa, berkatalah para murid-Nya kepada-Nya, “Tuhan ajarlah kami berdoa, sama seperti yang diajarkan Yohanes kepada murid-muridnya.” (ayat 1) Manakah yang lebih penting? Doa dapat mengubah situasi kita atau mengubah suasana hati kita? Betapa sering kita datang ke hadirat Tuhan untuk meminta agar Tuhan mengubah situasi dan bukan sikap kita. Sebenarnya suasana hati kita yang perlu diubah terlebih dahulu sebelum situasi kita diubah. Mukzizat apakah yang patut kita hargai dalam kehidupan doa kita? Bukankah doa mengajar kita lebih bergantung kepada Tuhan? Bukankah kita mempelajari bagaimana bersikap tenang dan tidak kepanasan seperti cacing kena api selepas berdoa? Gembirakah anda kerana anda sudah tidak banyak bersungut-sungut lagi kerana kehadiran Tuhan memberi pengharapan? Bukankah di hadirat-Nya kita belajar agar jangan terlalu banyak mencaci orang lain? Kita sudah belajar lebih mengampuni orang lain dan lebih berhati-hati agar kita tidak terbawa dalam pencobaan. Adikku Melody Tan ada kesaksian yang berbunyi demikian, “Tahun 2003 telah menjadi tahun yang penuh ujian untuk kami sekeluarga. Suamiku, Leom Jiew Fook, meretakkan kepalanya kerana terjatuh tiba-tiba dan terhantuk kepalanya pada lantai yang keras. Doktor mengesyaki pendarahan dalam yang mungkin berbahaya. Aku memiliki sedikit tenaga untuk menghadapi semua cabaran ini. Aku dan anak- anakku hampir kehilangan bapa mereka kalau Tuhan tidak bercampur tangan. Doa yang dipanjatkan kepada Tuhan telah menyembuhkan suamiku. Sebulan kemudian anak bongsuku diserangi oleh penyakit Kawasaki dan sewaktu membawa anak kami, Dora, ke hospital kami telah melanggar sebuah lori besar!” Sebagai anggota keluarga, aku banyak panik dan ketakutan apabila melihat kakak ipar saya mengerang dalam kesakitan. Puji Tuhan, krisis yang melandai kami mengajar kami berdoa bersungguh-sungguh dan berharap kepada Tuhan. Mukzizat doa ini mengajar kami lebih bergantung kepada Tuhan dan menghargai setiap detik yang diberikan Tuhan dalam kehidupan kami. Krisis ini mengajar kami bahawa Tuhan adalah kota benteng kami dan gunung batu kami. Doa telah mengajar kita untuk bersikap tenang ketika krisis mengetuk pintu kami. Peristiwa ini mengajar kami untuk menyedari bahawa nyawa kami dimilik oleh Tuhan sendiri. “Dan Allah, sumber segala kasih karunia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus kepada kemuliaan-Nya yang kekal, akan melengkapi, meneguhkan, menguatkan dan mengokohkan kamu, sesudah kamu menderita seketika lamanya.” (1 Petrus 5:10). Damai jiwaku Usah gelisah walau jalanmu susah Tuhan memahami semuanya Tuhan, ajarlah aku bersabar Ajar aku ambil selangkah iman Sebentar semua kekeliruan Akan menjadi terang Dan aku lebih bersandar kepada Engkau lagi Doa: Tuhan, ajarlah aku berdoa dan berharap kepada Engkau pada waktu krisis. Doa Meminta Pertolongan Daripada Tuhan Semoga Engkau memberi aku Pertolongan-Mu dalam segala tugasku Pimpinan-Mu dalam kekeliruanku Perlindungan-Mu dalam segala mara bahaya Damai sejahtera-Mu dalam segala penderitaanku Dengan perantaraan Yesus Kristus, Tuhan kami Santo Augustin (354-430)3160
- Panggilan Lewi. Markus 2: 13-17In Inspirasi & Renungan·21 October 2021Markus 2:13-17 13Yesus pergi lagi ke pinggir laut. Ramai orang datang kepada-Nya lalu Dia mengajar mereka. 14Ketika Yesus berjalan di situ, Dia terpandang seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku," lalu Lewi bangun mengikut-Nya. 15Selepas itu, Yesus makan di rumah Lewi. Ramai pemungut cukai dan orang berdosa mengikut Yesus dan ramai antara mereka turut makan bersama Yesus serta murid-murid-Nya. 16Ahli Taurat daripada golongan Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para murid Yesus, "Mengapa Dia makan bersama pemungut cukai dan 'orang berdosa'?" 17Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa." Lewi ialah pemungut cukai. Pemungut cukai bekerja untuk kerajaan Roma. Antara mereka adalah yang tidak jujur dan kutip lebih untuk diri sendiri. Maka mereka dibenci oleh masyarakat Israel. Tetapi orang ini yang dipinggir masyrakat, dipanggil Yesus. Yesus menjadi kawan dia. Maka Lewi adakan satu jamuan. Kawan-kawan dia iaitu pemungut cukai yang lain dan juga orang berdosa datang ke rumah Lewi. Yesus dan muridnya turut hadir. Golongan Farisi mengkritik Yesus katakan dia adalah kawan kepada orang yang dibenci dan orang berdosa. Jawaban Yesus di ayat 17 ada applikasi untuk kita. 1. Kita semua orang yang sakit dari segi spiritual. Maka kita perlu pertolongan Doktor Yesus. Kesakitan spiritual kita ialah dosa dan kita perlu keampunan dari Yesus. Tidak semestinya kita dianggap orang berdosa oleh masyarakat untuk di kira sebagai orang berdosa. Pendapat Allah yang tentukan samaada kita berdosa atau tidak. Bukan pendapat masyarakat. Kaum Farisi mungkin anggap diri mereka tiada dosa dan layak untuk menghina orang berdosa dan kritik Yesus. Akan tetapi dalam pandangan Allah mereka juga orang berdosa. Adakah kamu berfikir sebagai Farisi? Jangan. 2. Kalau kamu ialah orang dipinggir masyarakat (seperti orang yang datang ke Urban Fellowship di Jalan Petaling di Kuala Lumpur.) saya hendak kamu tahu bahawa kamu datang ke tempat yang betul. Yesus tidak tolak kawan-kawan yang di pinggir masyarakat. DUMC pun tidak tolak orang di pinggir. Sebab itu DUMC mulai Urban Fellowship. Kamu boleh datang ke DUMC di PJ pun kamu tidak di tolak. Selamat datang ke DUMC kalau kamu tidak ada kawan. DUMC ialah wakil Yesus antara banyak lagi wakil Yesus. Di banding dengan Lewi, di mana kamu? Lebih berdosa daripada Lewi atau kurang? Kalau kamu lebih berdosa dari Lewi, kamu patut tahu Yesus menerima seorang pencuri yang disalib bersama Yesus di Golgota. (Lukas 23:43). Kurang daripada Lewi? Golongan Farisi pun dikira berdosa (Matius 23:27-28) Sekian. 17Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa."31230
- Choice, Chance, ChangeIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·29 March 20231654
- OrdinaryIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 February 20231612
- Python Data Types and VariablesIn Doa·26 January 2024How does Python handle data types, and what is the significance of variables in Python programming?1646
- Konferensi Komuniti Digital Hari 1In Pemuridan Digital·8 October 20212351
- KARYA TERBESAR | Instrumental Flute cover by PaulzNreeIn Pujian & Penyembahan19 August 2021Wow .. ini Paul kah ? So good 👍🏼👍🏼👍🏼23
bottom of page








