top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- RENUNGAN MOTIVASI KRISTIANIn Kehidupan Kristian·19 August 202131782
- Kristus di Carey 2- Kisah AmbonIn Kesaksian·12 July 2021Shalom! Berikutan mukjizat pertama yang di naiksaksikan oleh pak Chita, maka terbukalah mata hati kami tentang hakikat kebenaran ajaran Tuhan Yesus pada muridNya , dulu dan kini. Seterusnya lagi, kisah mukjizat dan usaha Tuhan Allah di Carey . Isteri Chita bernama Ambon ada jatuh sakit dan perlu bantuan untuk di hantar ke klinik di pelabuhan Klang. Pada waktu itu jerebu tebal menyelubungi nusantara dan Semenanjung. Di Pulau Carey, jerebu begitu tebal sehingga terbau asap pedih dan minyak tanah meresap ke dalam kereta walaupun tingkap tertutup. Hampir semua anak muda serta seisi keluarga di kampung turut sakit , batuk, lelah dan demam. Ketika menghala ke kampung waktu jerebu, saya amat sedih dan mengeluh, memikirkan situasi anak- anak yg sakit. Belikan ubatan sebanyak mana pun tiada gunanya jika jerebu masih mengkapankan kampung. Semasa saya mengeluh, Tuhan Yesus berbisik di hati saya, "Nak! Apa yang aku pesankan tentang iman yang sebesar biji sawi?" Saya di ingatkan firman di injil Matius 17:20 AVB Yesus menjawab, "Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat ucapkan kepada gunung, 'Beralihlah ke situ!' maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu. Saya masih sangsi dan menjawab, "Tuhan! Itu dulu ....itu gunung! Batu boleh angkut! Ni sekarang! Ni asap di angkasa ni macam mana boleh!" Tapi Tuhan menjawab," Kan dah aku firmankan? Habis! Kau Tunggu apa lagi?Bikin lah!" Dengan ketakutan dan separa percaya saya membisik, "Dalam nama Tuhan Yesus, aku perintahkan jerebu tebal ini alihkan diri dari angkasa dan mendap ke dasar laut!😱 Amin!!" Selepas itu, saya sampai dan masuk ke kawasan kampung yang berteduhkan pohon sawit untuk membawa mak Ambon ke klinik. Apabila, kami sampai kembali ke jalan besar di mana tiada pohon , saya sedar bahawa pagi dah terang terik disinari suria. Tiada langsung jerebu lagi di pulau Carey dan disepanjang jalan ke pelabuhan Kelang yg jaraknya 20km. Kami semua hairan dan kagum atas keajaiban, karunia dan kepimpinan Allah Maha Esa! Kehebatan Allah jauh melebihi kemampuan kita dapat sangkakan. Mulai hari itu juga, mak Ambon dan pak Chita mula gelarkan kami anak! Segala Puji syukur pada Tuhan Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus! Amin! Banyak lagi perbuatan hebat yg Tuhan Yesus lakukan. Ini salah satu darinya Yohanes 1:4-5 AVB Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.7437
- KARYA TERBESAR | Instrumental Flute cover by PaulzNreeIn Pujian & Penyembahan·19 August 20217454
- Penolong Dalam KesesakanIn Muda Mudi·20 April 2024“Hatiku hancur apabila mengenangkan masa lalu, semasa aku pergi bersama-sama orang ramai ke Rumah TUHAN, dan aku berjalan di depan perarakan, dengan sorak-sorai dan lagu pujian.” MAZMUR 42:5 BM #KomunitiDigital #Lawas #SeminarGenZ&Alpha8154
- TARIAN, SENI KREATIF DAN PROFETIK (Part 1)In Tarian Profetik & Seni Kreatif·21 August 2021Setiap kali menyembah Tuhan melalui tarian, saya merasakan hadirat-NYA yang luarbiasa dan saya mengalami kekuatan yang baru dalam roh saya. Saya mengingati satu pengalaman di mana selepas Ibadah Ahad, ada seorang ibu datang kepada saya dan berkata "Saya sangat diberkati setiap kali kamu menari. Saya merasa ada kekuatan yang baru dan dihiburkan dengan tarian kamu. Jangan pernah berhenti menari ya" sambil menangis memeluk saya. Saya sedar keberadaan diri saya pada ketika itu yang mana pada masa itu saya menari dengan hati yang hancur di hadapan Tuhan. Banyak perkara yang sedang berlaku pada masa itu dalam hidup saya dan saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan isi hati saya kepada orang lain. Saya hanya berserah penuh dalam hadirat Tuhan melalui tarian dan bersembunyi dibalik Salib-NYA. Tuhan Allah bekerja pada saat kita benar-benar menari dengan motivasi hati yang benar di hadapan-NYA. Ada satu ketika, saya tidak melayani dan duduk di kerusi jemaah. Saya menikmati suasana penyembahan pada waktu itu dengan berdiam diri dan tiba-tiba bahu saya dicuit. Saya mendongak dan suami saya memberi isyarat kepada saya melihat Pastor kami yang berada di depan. Pastor kami memberi isyarat untuk saya menari dan saya mentaati dia. Saya mulai menari bersama-sama tim penari pada waktu itu dan suasana dalam ruangan ibadah berubah. Ada tangisan kelepasan, kesembuhan dan penuaian jiwa terjadi. Semuanya kerana cinta kasih Tuhan kepada kami semua pada waktu itu. Walaupun saya tidak memakai pakaian menari pada waktu itu, saya taat dan menari dengan sepenuh roh, jiwa dan raga saya. Terobosan terjadi apabila kita taat dengan otoritas. Ketaatan adalah level tertinggi dalam penyembahan. Apabila kita menari dengan segenap hati, seluruh sel tubuh badan kita sujud kepada kedaulatan yang Mahakuasa. Tubuh kita ini adalah senjata kebenaran dan ampuh apabila kita benar-benar mengasingkan tubuh kita untuk Tuhan. "Dan janganlah kamu menyerahkan anggota-anggota tubuhmu kepada dosa untuk dipakai sebagai senjata kelaliman, tetapi serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang, yang dahulu mati, tetapi yang sekarang hidup. Dan serahkanlah anggota-anggota tubuhmu kepada Allah untuk menjadi senjata-senjata kebenaran." Roma 6:13 TB "Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu! 1 Kor 6:19-20 TB Apabila kita mengetahui kebenaran ini, maka kita akan sedar bahawa seindah manapun props atau costume yang kita guna pakai, ianya bukan ukuran kualiti tarian kita. Kualiti tarian kita bergantung sepenuhnya pada keintiman kita dengan Tuhan dengan melakukan disiplin rohani, berdoa dan tertanam dalam Firman Tuhan. Bagaimana mungkin kita dapat menari menyembah Tuhan apabila kita tidak pernah jatuh cinta dengan Dia? Dia hanya mahu hati kita. Dia tidak peduli seindah mana pun props dan costume kita kerana dia ada seluruh keindahan Sorga menyembah Dia. Yang Dia mahu adalah hati kita yang sujud dalam penyembahan yang benar kepada Dia. Hati yang benar-benar hancur di hadapan-NYA. Apabila kita menyedari kebenaran ini, maka atmosfera di sekeliling kita akan berubah dan ada penuaian jiwa terjadi. Apabila menari dengan props, ramai yang akan menganggap itu adalah tarian profetik. Apabila kita menari dengan menggunakan props, maka itu adalah seni kreatif. Tetapi apabila kita menggunakan seni kreatif ini dalam doa dan penyembahan kita kepada Tuhan dengan pimpinan Roh Kudus kita disertai dengan deklarasi Firman maka itu adalah doa dan tarian profetik. Tarian profetik menuntut keintiman kita dengan Tuhan Yesus, iaitu sumber penyembahan itu sendiri. Dia adalah Firman itu sendiri. Kita hanya alat untuk menyampaikan isi hati Tuhan dan Firman-NYA melalui tarian. "Sembahlah Allah! Karena kesaksian Yesus adalah roh nubuat." Wayhu 19:10B TB Penggunaan Seni Kreatif dalam tarian termasuk rebana, panji-panji dan lain-lain props apabila disertai dengan pengetahuan Firman akan membuat tarian itu melepaskan kuasa yang ilahi dari Sorga. Tarian profetik tidak semestinya berlaku setiap kali, hanya apabila Roh Kudus yang memimpin dan ada gerakan yang sama dari otoritas pasukan. Berhati-hati dengan roh yang ada pada kita, bukan semuanya berasal dari Roh Kudus. Dan apabila itu hanya daripada kedagingan kita sahaja, maka yang keluar melalui tarian kita hanyalah persembahan semata-mata. Apabila kita menari dalam Roh dan Kebenaran, maka yang akan bekerja ialah Roh Kudus dan pekerjaan Roh yang benar akan terjadi. "Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia." 1 Yoh 4:1 TB Bagaimana kita menguji roh yang ada pada kita? Dengan menyelidiki seturut Firman-NYA. Mengerti dan belajar bagaimana tunduk di hadapan Tuhan dan dihadapan manusia/otoritas maka itu yang akan membuat iblis gementar kerana satu hal yang iblis tidak dapat buat adalah tunduk. Dia tidak dapat tunduk dengan Tuhan. Dia dapat meniru urapan, dia dapat meniru yang namanya mujizat, dia dapat beri berkat, dia dapat goncangkan semuanya kerana dia ada kuasa tetapi dia tidak dapat dan tidak mengerti apa ertinya Kasih, ertinya tunduk, ertinya mengabdi kepada Allah. Itu yang membuat dia gementar dan kalah. "Karena itu tunduklah kepada Allah, dan lawanlah Iblis, maka ia akan lari dari padamu! Mendekatlah kepada Allah, dan Ia akan mendekat kepadamu." Yak 4:7-8 TB Marilah menari untuk Tuhan dan mengenal apa yang Dia mahu. Jadilah penari yang menghormati dan menghargai hadirat Tuhan kerana apabila kita bertekun menghargai hadirat Tuhan maka Dia akan tuntun kita untuk naik ke next level iaitu penari yang dapat mengenal dan mengerti akan isi hati-NYA. Jangan jadikan tarian kita biasa-biasa dan meniru tari-tarian yang dunia buat tanpa mengetahui sejarah tarian itu sendiri. Di mana pun kita berada jadikan tarian dan penyembahan itu sebagai gaya hidup kerana yang kita sembah ialah Yesus Raja di atas segala raja. Haleluyah! Amen! "When the enemy comes in like a flood, The Spirit of the Lord will lift up a standard against him." Isaiah 59:19B NKJV *Beberapa petikan ayat di atas diambil daripada Buku Unbroken, hasil karya saya.73656
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#3)In Manifesto Kerajaan Allah·20 August 2021(b) Bersedih 4Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. (Matius 5:4, AVB) Apabila seseorang sedar bahawa dia miskin rohani kerana dosa-dosanya serta mempunyai sikap hati yang hancur dan remuk, sudah tentu dia akan bersedih. Kesedihan yang jujur ini ialah dorongan untuk mengubah arah daripada menuju dan membuat dosa kepada Allah dan kesucian. Dalam kata lain, kita menjadi cukup sedih tentang dosa kita sehingga kita rela mengubah arah kita daripada melakukan dosa-dosa itu dan meninggalkannya. Paulus menulis tentang hal ini: 10Kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah membawa taubat dan penyelamatan, maka tidak harus disesali. Sebaliknya, kesedihan dari dunia ini membawa maut. 11Perhatikan bahawa kesedihanmu itu selaras dengan kehendak Allah. Betapa hebatnya yang dicetuskan dalam dirimu: kesungguhan, keinginan membersihkan diri daripada tuduhan, kemarahan, ketakutan, kerinduan, semangat, dan usaha menegakkan keadilan. Dari segala segi kamu telah membuktikan dirimu suci dalam hal ini. (2 Korintus 7:10-11, AVB) Paulus mengatakan bahawa terdapat dua jenis kesedihan yang boleh berlaku di dalam seseorang Kristian yang melakukan dosa. Yang pertama ialah kesedihan dari dunia ini yang membawa maut. Kesedihan jenis ini adalah kesedihan yang bertumpu kepada diri sendiri. Contohnya, apabila dosa seseorang Kristian terbongkar, dia rasa sedih kerana dia hilang air muka dan reputasinya. Dalam kata lain, dia sedih kerana dia tertangkap dalam dosanya, bukan kerana dia berdosa. Dalam pada itu, dia sebenarnya tidak bertaubat, serta tidak membuat keputusan untuk mengubah fikiran dan arahnya. Orang begini masih terjerat dan terikat kepada dosa-dosanya. Maka, pada penghujungnya dia akan mengalami kematian rohani. Yakobus menerangkan proses dosa ini yang membawa kematian: 12Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya. 13Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata, "Godaan ini datang daripada Allah." Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa. 14Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri. 15Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian. (Yakobus 1:12-15, AVB) Kita boleh membayangkan proses dosa ini sebagai proses turun sebuah gelongsor. Setiap godaan mesti ada umpan yang menarik. Oleh sebab itu, dosa menarik nafsu atau sifat tabii kita. Dosa menjanjikan kenikmatan segera, tetapi kenikmatan itu sebenarnya untuk sementara sahaja (jangka pendek). Langkah pertama, iaitu umpan godaan, adalah seperti kita sedang berdiri di tempat tertinggi sebuah gelongsor, sambil mempertimbangkan sama ada kita ingin turun gelongsor itu atau tidak. Jika kita terus berfokus kepada umpan itu, nafsu jahat kita akan menjadi lebih kuat sehingga kita terjerat. Apabila kita mengambil langkah untuk turun gelongsor dosa itu, kadar perkembangan proses dosa akan meningkat dengan cepat sekali. Langkah seterusnya ialah kita membuat pilihan untuk menurut keinginan nafsu itu. Pada masa itulah, kita dilanda dengan kelupaan akan Allah dan segala prinsip kesucian. Kita hanya menumpu perhatian kepada memenuhi keinginan nafsu kita. Apabila kita melakukan keinginan nafsu itu, kita telah jatuh ke dalam dosa. Ambil perhatian bahawa, perasaan digoda bukanlah dosa. Kita hanya berdosa apabila kita menggigit umpan itu! Seperti yang telah diterangkan, dosa menjanjikan kenikmatan segera, tetapi untuk jangka pendek sahaja. Apabila seorang Kristian melakukan dosa, dia akan dilanda oleh perasaan bersalah di dalam hatinya. Inilah keadaan yang sungguh sengsara bagi seorang salih dan dia mesti bertaubat dengan segera melalui proses pertaubatan. Kalau dia tidak berbuat demikian, sebaik sahaja kenikmatan itu telah berlalu, suatu perasaan ketidakpuasan yang lebih kuat akan muncul di dalam hatinya. Godaan untuk mengulangi dosa yang sama akan menjadi lebih kuat, dan jika dia tidak betul-betul bertaubat, akhirnya dia akan mengulangi dosa yang sama. Dosa itu sudah mula berakar di dalam hatinya. Dosa yang berulang-ulang begini akan bertumbuh dan menjadi matang sebagai “benteng-benteng yang kuat” di dalam hati orang itu: 4Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng-benteng, 5mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus, 6serta bersedia menghukum segala keingkaran terhadap Allah apabila ketaatanmu disempurnakan. (2 Korintus 10:4-6, AVB) Jika keadaan ini tidak ditangani dengan tegas dengan bantuan Roh Kudus, orang itu akan mengalami kematian rohani. Dia akan menjadi semakin selesa dengan dosa, dan keadaan ini akan membuka pintu kepada godaan-godaan lain yang lebih teruk lagi. Iman orang itu akan luntur dan menjadi sejuk. Dia sebenarnya hidup dalam kemunafikan dan kegelapan. Jika keadaan mendua hati ini berkelanjutan, dia mungkin menjadi murtad, iaitu kematian rohani yang paling ekstreme. Apakah langkah yang paling penting untuk menghentikan proses jatuh dalam dosa ini? Sudah tentu pada langkah pertama! Jangan turun gelongsor dosa itu. Apabila kita membuat keputusan untuk turun gelongsor dosa, amatlah susah untuk menghentikan proses dosa itu. Sama seperti graviti akan menarik kita turun gelongsor itu, begitulah hawa nafsu dan daging kita akan menarik kita ke dalam lubang kegelapan dosa. Sebab itu, kita mesti insaf akan kemiskinan rohani kita dengan hati yang jujur. Seterusnya, kita mesti bersedih, membenci, menolak, meninggalkan dan menutup pintu kepada dosa-dosa itu. Kita mesti bertegas menceraikan kita daripada dosa-dosa itu melalui proses pertaubatan. Inilah yang dimaksukan oleh Paulus apabila dia menyeru semua orang salih yang melakukan dosa untuk melalui kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah. 11Perhatikan bahawa kesedihanmu itu selaras dengan kehendak Allah. Betapa hebatnya yang dicetuskan dalam dirimu: kesungguhan, keinginan membersihkan diri daripada tuduhan, kemarahan, ketakutan, kerinduan, semangat, dan usaha menegakkan keadilan. Dari segala segi kamu telah membuktikan dirimu suci dalam hal ini. (2 Korintus 7:11, AVB) Orang ini bukan sahaja sedar bahawa dia telah melakukan dosa, tetapi dia begitu sedih kerana dia melukai hati Allah dengan perbuatannya. Kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah ini menjadi pendorong yang sangat kuat untuk mengubah arah dan meninggalkan dosa itu. Paulus memberi beberapa ciri seorang yang melalui kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah: Dia mempunyai kesungguhan untuk berpaling daripada dosa itu serta memutuskan perhubungan dengan dosa itu. Dia mempunyai keinginan untuk mengakui dosanya dan memohon agar darah Tuhan Yesus menyucikannya daripada segala dosa dan menebus semua dosa supaya tidak wujud apa-apa tuduhan lagi. Dia juga begitu marah dan benci dengan dosa itu. Dia mula menganggap dosa itu sebagai musuhnya, dan bukan kawannya. Dia memiliki sikap takut kepada Allah, iaitu dia begitu menyanjung tinggi Allah yang Maha Suci sehingga dia tidak tergamak untuk menjejaskan nama baik Allah dengan dosa. Dia mempunyai kerinduan untuk hidup sebagai seorang yang suci di hadapan Allah dan manusia. Dia begitu bersemangat untuk hidup bebas daripada dosa itu dan membuat komitmen dalam hatinya untuk hidup dalam kesucian dan kebebasan menurut bimbingan Roh Kudus. Dia berusaha untuk menegakkan keadilan di dalam hidupnya melalui proses pertaubatan yang berterusan. Bersedih merupakan langkah susulan kepada hati yang hancur dan remuk. Langkah ini merupakan titik perubahan arah yang jelas dan ketara dengan memutuskan perhubungan dengan dosa tertentu. Tuhan Yesus menjanjikan bahawa penghiburan Allah pasti akan datang apabila seseorang bersedih kerana Allah akan mencurahkan pengampunan-Nya dan membersihkannya daripada segala dosa. Seterusnya, kebebasan akan mula dikecapi dan diisytiharkan. 19Oleh itu, bertaubatlah dan berpalinglah kepada Allah, supaya dosa-dosamu dihapuskan dan supaya masa yang memberikan kesegaran datang kelak daripada Tuhan. (KPR 3:19, AVB) Hasil kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah ialah kita mengubah arah daripada kehidupan yang berdosa kepada kehidupan yang suci. Bukankah itu yang kita ingini dan idamkan? Tugasan: Sila baca dan mempertimbangkan tentang Simon, seorang ahli sihir di Samaria yang dibaptis apabila dia mendengar Injil dan melihat kuasa penginjil Filipus (Kisah Para Rasul 8:9-24). Pada pendapat anda, adakah Simon telah sedar akan miskin kerohanian dan terus bersedih? Mengapa? Apakah kita memiliki keinsafan dan persepsi yang Alkitabiah terhadap dosa kita hari ini?6576
- MimpiIn Kehidupan Kristian·22 July 2021Bilangan 12:6b menyatakan "Aku akan berfirman kepadanya dalam mimpi". Dalam mimpi ini, seorang lelaki melihat saya dan mengambil saya untuk bekerja, dia mengatakan bahawa saya adalah orang yang tepat untuk melakukannya. Pangkalan kerja adalah di Semenanjung, saya akan diminta melakukan perjalanan ke seluruh semenanjung. Tugas utama adalah membuat dan meletakkan plat kenderaan iaitu 'Cell Group' di kereta. Lelaki itu mengatakan ini adalah cara untuk menyebarkan Injil. Adakah Tuhan berbicara dengan anda dalam mimpi? Kongsikan mimpi anda.41077
- BERJALAN BERSAMA YESUSIn Inspirasi & Renungan·21 August 20217149
- Hadassah Redeeming Blood GarmentIn Tarian Profetik & Seni Kreatif·8 July 2021Jubah ini dikenali sebagai ‘Hadassah Redeeming Blood Garment.’ Jubah ini berbicara tentang karya penebusan yang dilakukan oleh Yesus di atas kayu salib untuk semua orang. Warna merah ini melambangkan darah Yesus yang tercurah dan menyucikan kita dari segala dosa dan pelanggaran. Di sisi skirt ini adalah sebuah riben panjang, yang mengingatkan Hadassah tentang rusuk Yesus yang ditikam sewaktu disalibkan sehingga mengalirkan darah dan air (Yohanes 19:34). Selendang yang mempunyai manik-manik emas pula melambangkan air mata setiap penari, yang tercurah saat berdoa di dalam setiap tarian mereka kepada Tuhan. Di sepanjang pelayanan Hadassah ini, banyak penari-penari yang datang dengan pelbagai latar belakang. Banyak yang membawa bagasi masa silam yang melukakan, yang mengintimidasi, yang menuduh dan sebagainya yang membuatkan mereka merasa tidak layak untuk melayani Tuhan yang kudus. Ini adalah tuduhan-tuduhan yang selalu dilemparkan oleh iblis kepada anak-anak Tuhan. Oleh itu, jubah ini yang adalah sebagai satu tanda pengistiharan bahawa setiap penari Hadassah telah ditebus dan disucikan dengan darah Yesus. Semua ikatan kisah silam, telah pun dihancurkan. Kini mereka boleh menari dan melayani Tuhan dengan penuh kebebasan. 1 Petrus 2:24-25 “Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu. Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.” Selain itu, jubah ini juga akan selalu memberi peringatan kepada Hadassah untuk selalu memeriksa jubah rohani mereka setiap hari. Jubah rohani kita boleh menjadi kotor apabila kita mula menjauh daripada Tuhan dan melakukan perbuatan yang tidak menyenangkan hati Tuhan. Inilah waktu untuk kita memeriksa, apakah jubah yang sedang kita pakai hari ini? Zakharia 3:3-4 “Yosua mengenakan pakaian yang kotor ketika dia berdiri di hadapan malaikat itu. Lalu malaikat itu bersabda kepada mereka yang berdiri di hadapannya, "Tanggalkanlah pakaian yang kotor itu daripadanya." Dia bersabda pula kepada Yosua, "Lihat, aku telah menjauhkan kesalahanmu, dan aku akan mengenakan pakaian pesta kepadamu." Inilah jubah penebusan yang Hadassah, di mana Tuhan telah menjauhkan dosa dan kesalahan mereka dari dalam hidup mereka.71107
- Puisi Perjuang Kanser - Keterbatasan KanserIn Inspirasi & Renungan·17 July 2021Sebuah kalimat yang mungkin paling menakutkan bagi seorang persakit adalah: "Anda menderita kanser." Kalimat ini biasanya membuat hati kita ketakutan separuh mati. Walaupun teknologi untuk merawat penyakit ini telah mengalami kemajuan pesat, namun proses penyembuhannya tetap memerlukan waktu yang lama dan menyakitkan, sehingga banyak pesakit tidak dapat bertahan. Seorang yang beriman teguh kepada Kristus, Dan Richardson, telah kalah dalam berjuang melawan kanser. Akan tetapi dari hidupnya dia menunjukkan bahawa walaupun tubuh jasmaninya dihancurkan oleh penyakit, namun jiwanya tetap menang. Puisi di bawah ini dibacakan saat upacara pemakamannya: Kanser itu sangat terbatas Ia tak dapat melumpuhkan kasih, Ia tak dapat menghancurkan harapan, Ia tak dapat merosak iman, Ia tak dapat mengambil kedamaian, Ia tak dapat meruntuhkan keyakinan, Ia tak dapat menghapus persahabatan, Ia tak dapat memadamkan kenangan, Ia tak dapat mendiamkan keberanian, Ia tak dapat menyerang jiwa, Ia tak dapat memendekkan hidup kekal, Ia tak dapat memadamkan Roh, Ia tak dapat melemahkan kuasa kebangkitan. Jika suatu penyakit berbahaya yang tidak ada rawatan menyerang Anda, jangan biarkan penyakit itu menyerang jiwa Anda! Tubuh kita boleh saja sangat menderita dan kita harus bergumul hebat. Namun dengan mempercayai kasih Allah Bapa, jiwa kita akan tetap kuat. Musuh terbesar kita bukanlah penyakit, melainkan sikap yang putus asa!! Mazmur 91:5 Engkau tak usah takut terhadap kedahsyatan malam, terhadap panah yang terbang di waktu siang, berjuanglah! berjuanglah ! - Roma 5:5 ...Pengharapan tidak pernah mengecewakan.56146
- Ambang KeremajaanIn Inspirasi & Renungan·21 July 2021Topik: Ambang Keremajaan (Eps 1) Berbicara tentang keremajaan, itu pasti sangat tidak asing bagi kita semua. Nah, apakah keremajaan? Secara dasar, menempuh keremajaan merupakan salah satu peringkat kehidupan yang sangat penting. Hal ini kerana, pada peringkat inilah perubahan dan peralihan dari remaja terjadi, fasa ke fasa sehingga pembentukkan keperibadian seseorang itu terjadi dan pastinya memberi impak besar terhadap kehidupan seterusnya. Persoalan pertama; Tahukah anda berapakah usia remaja? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, REMAJA terdiri dari dua kategori iaitu Remaja Awal yang berumur antara 10 -14 Tahun; Remaja Akhir yang berumur 15 - 20 Tahun. Nah, di fasa keremajaan inilah seseorang itu mengalami masa krisis terutama dalam identiti dan kekeliruan tujuan kehidupan. Pastinya akan muncul segala macam pertanyaan yang seakan akan mencabar akal, sehingga mereka akan mencuba bermacam cara untuk membuktikan sesuatu yang diragui mereka. Saya juga remaja, punya fasa yang dimana saya ingin mencuba sesuatu yang baharu. Dan saya percaya juga anda pernah mengalaminya. Banyak "drama-drama" kehidupan seperti, percintaan, patah hati, ingin kebebasan, mahu penampilan yang bagus dan sebagainya... Sebelum kita memasuki kedalaman, saya ada satu cerita yang saya fikir menarik untuk dikongsikan… Cerita ini bermula dengan seorang anak muda bernama Alexis yang merupakan anak kepada Pajuan dan Monisa yang pada saat ini berumur 17 Tahun. Alexis sangat taat kepada ibu bapanya, bahkan dia seorang yang jujur dan sangat suka hadir ke gereja. Pajuan merupakan seorang Kristian sejak lahir tetapi dia merupakan Kristian suam kuku, manakala, Monisa dikatakan sebagai seorang Kristian yang taat dan merupakan pelayan gereja. Setiap minggu, keluarga ini akan pergi ke gereja. Monisa selalunya akan berada atas mimbar, Alexis pula selalu duduk di kerusi barisan hadapan, namun Pajuan selalu duduk kerusi paling belakang. Ketika ibadah raya berlansung, Pajuan akan focus dengan telefon pintarnya. Di rumah pula, Pajuan merupakan seorang yang panas baran sehingga satu kali dia pernah memukul Alexis sehingga lebam. Pajuan juga suka berjudi dan minum minuman keras. Hampir setiap malam Pajuan akan pergi ke tempat kawanya untuk berjudi. Jika kalah, maka dia akan meninggikan suara dan memarahi Alexis dan Monisa. Pada suatu hari, Ketika Alexis balik dari kelas tambahan, di telihat ayahnya dengan perempuan lain. Di situ, hatinya remuk dan sangat kecewa dengan sosok seorang ayah yang dia miliki. Dia berfikir bahawa ayahnya, Pajuan, sangat jijik dan dia mulai menternak perasaan benci terhadap ayahnya. Akibat dari hal ini, Alexis berubah. Dia pandai menipu Ibunya, dia mula bergaul dengan rakan yang negatif. Lama kelamaan, dia mulai pandai merokok secara diam dan selalu minum minuman keras…… bersambung......6334
- Song for MalaysiaIn Doa·19 August 2021Mari kita sama-sama doakan untuk negara Malaysia. “lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka.” (2 Tawarikh 7:14 AVB) *Prayer Worship Song - MALAYSIA* We are standing in the presence of a Great and Mighty God We bow in adoration unto You With hearts humbled broken Full of gratitude to You We lift our hands to praise and honor you Lord we come as a nation Gathered here to bless Your Holy Name We declare You reign in Malaysia Let Your Kingdom come Lord Your will be done Let Your Spirit fall on Malaysia We are gathered at the throne room of our Holy Sovereign King We lift our states and leaders up to You As our praise and prayer ascend Like incense up to You Lord hear our cry and grants us a breakthrough Lord we come as Your people Gathered here to praise Your Holy Name We declare Your will in Malaysia Let Your kingdom come Lord Your will be done Let Your Fire fall on Malaysia Let Your Fire fall Fresh anointing oil Holy Fire burn Pour out Your Spirit Lord Lord we come as a nation Gathered here to Bless Your Holy Name We declare Your will in Malaysia Let Your kingdom come Lord Your will be done Let Your Spirit fall on Malaysia Lord we come as Your people Gathered here to praise Your Holy Name We declare Your will in Malaysia Let Your kingdom come Lord Your will be done Let Your Fire fall on Malaysia Let Your kingdom come Lord Your will be done Let Your Fire fall on Malaysia. AMEN.63214
bottom of page










