top of page

Cari

3216 results found with an empty search

  • Mengatasi Kebimbangan

    'Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.’ (Roma 8:28-39, ayat 28). Renungan Hari ini, saya ingin berkongsi bagaimana Allah telah membantu saya mengatasi masalah kebimbangan kronik (melampau). Biar saya membuat hujah tentang bantahan yang mungkin disuarakan oleh sesetengah pihak. Sesetengah pihak mendakwa bahawa kehidupan tanpa kebimbangan tidak dapat dipraktikkan. Namun begitu,saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Dengan kasih karunia Allah, saya telah ikuti prinsip-prinsip berikut sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip ini, saya telah berubah daripada seorang yang selalu bimbang, kepada seorang yang beriman dan penuh keyakinan. Adalah tidak salah untuk ada kebimbangan tetapi saya menerangkan tentang kebimbangan melampau yang menganggu kehidupan anda. Prinsip pertama adalah berdepan dengan masalah dan kebimbangan yang mengganggu anda, jangan mengelak! Apabila orang Kristian berdepan dengan masalah, ada yang berpura-pura bahawa masalah tidak wujud dan tidak mahu merasakan kesakitan. Apabila kita menafikan masalah dalam hidup kita, keperibadian kita akan terjejas. Oleh itu, kesanggupan anda berdepan dengan masalah dan merasakan kesakitan sebelum anda bertindak adalah penting. Prinsip kedua adalah Allah bersama dengan anda dalam apa jua keadaan yang anda hadapi di mana-mana sahaja. Setiap kali kebimbangan melampau muncul, Allah bersama anda dan telah berjanji untuk mendatangkan kebaikan dalam hidup anda. Anda mungkin akan memetik teks pembacaan hari ini dengan sewenang-wenangnya sebagai ‘ubat’ penghiburan. Namun, anda mungkin berkata dalam hati anda, “Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia; tetapi lama lagi untuk melihat kebaikan dalam kehidupan saya.” Penyataan ini tidak akan menghiburkan anda. Percayalah bahawa Allah dapat bekerja dalam segala sesuatu dalam kesusahan dan kegembiraan anda. Ayat Rujukan: Yes.43:1-7; 46:3-4; Dan. 3:19-27 Doa: Ya Bapa, tolonglah saya hidup walaupun saya masih mempunyai kebimbangan. Saya tidak menyia-nyiakan tenaga saya dalam kebimbangan melampau. Semoga saya fokus kepada kenyataan bahawa Engkau bersama saya sehingga saya boleh menyingkirkan kebimbangan kronik seperti badan yang sihat menyingkirkan kuman. Dalam nama Yesus. Amin. Rev Gerawat Maran

  • Doa Untuk Gereja

    Matius 23:15 Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun demikian, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu. Bahan doa: Celikkan mata pemimpin gereja agar memiliki hati Yesus dan bukan hati Farisi dan Ahli Taurat. Agar pemimpin meneladani Yesus dalam memimpin gereja Tuhan. Dipenuhi Roh Allah dan bukan roh duniawi. Doa: Bapa kami datang menghadap-Mu hari ini, mengucap syukur kerna kedaulatan-Mu atas gereja dan umat yang telah Kau tebus dengan darah Anak-Mu Yesus Kristus. Datanglah Kerajaan-Mu atas gereja-Mu, Jadilah kehendak-Mu yang kudus atas umat-Mu sendiri. Kami rindu Engkau bertakhta dan memerintah penuh atas umat kepunyaan-Mu dan pulihkanlah orang-orang yang Engkau pilih menjadi pemimpin atas umat-Mu Tuhan agar jangan ada roh keserakahan dunia ini yang merasuki hati kami, namun hati hamba yang rela melaksanakan kehendak Bapa serta menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan segenap hati dan kekuatan kami. Jauhkanlah kiranya kami dari hati orang Farisi dan Ahli Taurat yang berjuang untuk hal-hal munafik tetapi biarlah hati kami kedapatan benar dihadapan-Mu, Ya Allah kami yang mempercayakan jiwa-jiwa kepada kami untuk kami layani. Agar kami tidak berkuasa terhadap mereka tetapi mempercayakan Roh-Mu membimbing hidup mereka kepada seluruh kebenaran yang memerdekakan mereka sepenuhnya. Yesus yang kami kagumi, berikanlah kami hati-Mu, agar teladan-Mu benar-benar menguasai kami sehingga kami memilih untuk berkata; ‘Makanan-Ku itu melaksanakan kehendak Dia (Bapa) yang mengutus-Ku dan menyelesaikan pekerjaan-Nya (Yoh. 4:34). Biarlah kami bersukacita bersama-sama jiwa-jiwa yang kami bawa dan hadapkan kepada-Mu. Kiranya kerinduan-Mu menjadi kerinduan hati kami dan buat kami mengerti akan cinta-Mu itu agar cinta kasih itu yang membakar kami untuk mengasihi jiwa-jiwa yang perlukan cinta yang sejati itu. Terima kasih untuk cinta-Mu buat kami. Kami berdoa biar keTujuh Roh Allah berkuasa penuh atas hidup kami agar keangkuhan hidup tidak menguasai kami namun kami berjalan dalam kemuliaan oleh penebusan Yesus. Ketika kami berjalan bersama Roh Allah maka hal-hal yang besar kami alami dan penuhlah sukacita-Mu dalam kami. Dalam Nama Yesus Yang Hidup kami berdoa, Amen! Pr Linda Misak

  • 5: Yesus Dihakimi Pilatus

    Lukas 23:1-25 (AVB) Yesus di hadapan Pilatus 1 Semua anggota Majlis Agama bangun lalu membawa Yesus menghadap Pilatus. 2 Mereka mula menuduh Dia, "Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!" 3 Pilatus bertanya kepada Yesus, "Adakah Engkau Raja orang Yahudi?" Yesus menjawab, "Begitulah seperti katamu." 4 Pilatus berkata kepada ketua-ketua imam dan orang ramai itu, "Aku tidak mendapati-Nya bersalah." 5 Tetapi mereka semakin mendesak, "Dia menghasut orang di seluruh Yudea supaya memberontak dengan ajaran-Nya. Dia memulakannya di Galilea dan sekarang telah sampai ke tempat ini." Yesus di hadapan Herodes 6 Setelah Pilatus mendengar hal ini, dia bertanya sama ada Yesus seorang Galilea. 7 Ketika Pilatus mengetahui Yesus berasal dari jajahan pemerintahan Herodes, dia menyuruh supaya Yesus dibawa kepada Herodes kerana pada masa itu Herodes ada di kota Yerusalem. 8 Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. 9 Jadi, Herodes mengemukakan banyak soalan kepada Yesus tetapi Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. 10 Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat tampil ke hadapan dan melemparkan tuduhan terhadap Yesus. 11 Herodes dan askar-askarnya menghina Yesus dan sebagai ejekan mengenakan pakaian indah pada-Nya lalu menghantar-Nya kembali kepada Pilatus. 12 Semenjak hari itu, Herodes dan Pilatus bersahabat; mereka bermusuhan sebelum itu. Yesus dijatuhi hukuman mati 13 Pilatus memanggil ketua-ketua imam, para pemimpin masyarakat dan orang ramai 14 lalu berkata kepada mereka, "Kamu telah membawa orang ini kepadaku dan mengatakan Dia menyesatkan rakyat. Aku telah menyoal-Nya di hadapanmu dan aku tidak mendapati Dia bersalah atas satu pun tuduhanmu. 15 Herodes pun tidak mendapati Dia bersalah, kerana Dia dihantar kembali kepada kami. Tiada apa-apa yang dilakukan-Nya sehingga Dia patut dijatuhi hukuman mati. 16 Oleh itu, aku akan menyebat-Nya, kemudian membebaskan-Nya." 17 Pada setiap Perayaan Paskah Pilatus akan membebaskan salah seorang tahanan bagi mereka. 18 Tetapi semua orang berteriak, "Bunuh Dia! Bebaskan Barabas bagi kami." 19 (Barabas telah dipenjarakan kerana terlibat dalam satu rusuhan yang berlaku di kota dan kerana pembunuhan.) 20 Pilatus hendak membebaskan Yesus. Oleh itu, dia berseru kepada orang ramai sekali lagi. 21 Tetapi orang ramai itu berteriak-teriak lagi, "Salibkan Dia! Salibkan Dia!" 22 Pada kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka: "Apakah kesalahan-Nya? Aku tidak mendapati Dia bersalah sehingga patut dikenakan hukuman mati. Oleh sebab itu, aku akan menyebat-Nya dan kemudian membebaskan-Nya." 23 Tetapi orang ramai itu terus-menerus berteriak dengan kuat supaya Yesus disalib. Akhirnya, mereka berjaya. 24 Pilatus memutuskan supaya tuntutan orang ramai itu dilaksanakan. 25 Dia membebaskan orang yang dikehendaki mereka, orang yang dipenjarakan kerana terlibat dalam rusuhan dan pembunuhan, tetapi Yesus diserahkannya untuk diperlakukan menurut kehendak mereka. Tahukah anda, ada tiga peristiwa utama yang berlaku semasa paskah. Penghakiman/Perbicaraan Yesus Kristus Kematian Yesus Kristus Kebangkitan Yesus Kristus. Hari ini, kita tumpukan kepada penghakiman atau perbicaraan Yesus Kristus. Yesus sebenarnya melalui 6 perbicaraan/penghakiman. Dalam malam pengkhianatan, Yesus dihakimi 6 kali. Yesus dibawa ke hadapan Hanas (bapa mertua Kayafas) Kayafas (Imam Besar) Sanhedrin (Makamah Agung Agama) Pilatus (Gabenor Yerusalem) Herodus (Gabenor Galilea) Pilatus kembali. Akhir 6 penghakiman dan perbicaraan tersebut, mereka tidak dapat menentukan kesalahan Yesus Kristus. Jikalau kita mengikut piawaian undang-undang hari ini, adalah tidak mungkin Yesus akan disabitkan di mana-mana makamah, kerana tidak ada bukti kesalahanNya yang boleh dikemukanan. Maksudnya, mereka tidak mempunyai bukti untuk menyalahkan Yesus. Akhirnya, mereka mensabitkan Yesus atas tuduhan yang Yesus mengaku bahawa Dia adalah Anak Tuhan. Di dalam bahagian Firman Tuhan Lukas 23:13-24, Pilatus mengatakan bahawa dia tidak mendapati Yesus bersalah, dia mahu melepaskan Yesus. Tetapi orang-orang Yahudi, terutama sekali Sanhedrin, meminta supaya Yesus dihukum. Pada setiap perayaan Paskah, Pilatus akan membebaskan salah seorang tahanan bagi mereka. Semua orang berteriak, bebaskan Barabas dan bunuh Yesus. Sanhendrin menganggap Yesus sebagai ancaman besar kepada kuasa pemerintahan mereka ke atas orang Yahudi. Yesus mengajar orang ramai bahawa keselamatan adalah melalui anugerah Tuhan dan bukan melalui kepatuhan kepada ajaran yang ditetapkan Sanhedrin. Mungkin ajaran tersebut akan menjejaskan kepimpinan mereka. Mungkin ajaran tersebut akan melemahkan kuasa pemimpin agama. Mungkin juga ajaran Yesus akan memberikan ancaman kepada wang pencarian mereka. 1 Petrus 1:18-19 (AVB) Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas tetapi darah Kristus yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya. Pada hari paskah, menurut perjanjian lama (Imamat 1:3), persembahan korban bakaran haruslah dipersembahkan dari korban yang tiada celanya. Yesus adalah korban kita yang tiada cacat celanya (1 Petrus 1:19). Yesus telah melalui 6 perbicaraan dan setiap perbicaraan, mendapati bahawa Yesus adalah tidak bersalah dan berdosa. Setiap daripada kita, apabila bersemuka dengan Yesus, harus membuat keputusan. Samada dia adalah seorang pembohong, samada dia adalah seorang yang gila (lunatic) atau Tuhan. Tidak cukup untuk kita menyatakan bahawa Yesus adalah seorang guru yang baik, kerana Yesus menyatakan, Akulah Tuhan dan satu-satunya jalan ke syurga. Orang baik tidak akan mengatakan demikian melainkan dia adalah kebenaran. Yohanes 12:47 (AVB) Sekiranya seseorang mendengar kata-kata-Ku tetapi tidak mematuhinya, Aku tidak akan menghukumnya. Aku datang bukan untuk menghukum dunia ini tetapi untuk menyelamatkannya. Renungan Mengapakah Tuhan membenarkan Yesus dibunuh, walaupun dia tidak bersalah? Apakah sifat Tuhan yang boleh kita renungkan dan pelajari? Apakah reaksi kita apabila diperkenalkan dengan Yesus? Apakah kita percaya kepada Yesus? Siapakah yang boleh kita kongsikan tentang Yesus? Doa Tuhan, hari ini, ialah hari untuk mengingatkan kami bahawa Engkau adalah korban untuk kami. Korban yang sempurna, dan tiada cacat cela. Kami yang berdosa, telah menyebabkan Engkau harus pergi ke kayu salib. Kerana kasih Mu engkau disalibkan. Kerana keadilan Mu, engkau disalibkan. Terima Kasih Tuhan atas anugerah Mu yang begitu besar untuk kami. Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa, Amen. Elder AWK

  • 4: Petrus Menyangkal Yesus

    Lukas 22:54-62 (AVB) 54 Setelah menangkap Yesus, mereka membawa Dia ke rumah imam besar. Petrus pun mengikut dari jauh. 55 Mereka memasang api unggun di tengah-tengah halaman rumah itu lalu duduk di sekeliling. Petrus juga duduk antara mereka. 56 Apabila seorang hamba perempuan melihat Petrus duduk berdekatan dengan api unggun, dia memandang kepadanya dan berkata, "Orang ini juga bersama Dia." 57 Tetapi Petrus menyangkal katanya, "Perempuan, aku tidak mengenal Dia!" 58 Sejurus selepas itu, seorang lain pula melihat Petrus lalu berkata, "Ya, engkau seorang daripada mereka itu." Tetapi Petrus menjawab, "Bukan, aku bukan!" 59 Kira-kira sejam kemudian, seorang lain pula berkeras mengatakan, "Tentulah orang ini juga bersama Dia kerana dia juga seorang Galilea." 60 Tetapi Petrus berkata, "Aku tidak memahami apa yang kaukatakan." Pada ketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. 61 Tuhan berpaling dan memandang kepada Petrus lalu Petrus pun teringat akan apa yang dikatakan Tuhan kepadanya bahawa, "Sebelum ayam berkokok pada hari ini, engkau akan menyangkal Aku sebanyak tiga kali." 62 Petrus pun keluar lalu menangis dengan amat kesalnya. Apabila Yesus ditangkap, Petrus adalah di antara mereka yang mengikut dari jauh. Seperti yang telah dinyatakan Yesus sebelumnya, Petrus akan menyangkal Yesus tiga kali. Petrus adalah murid Yesus yang tidur bersama dengan Yesus, berjalan dengan Yesus, melihat mujizat Yesus, mendengar pengajaran Yesus, melihat Yesus berjalan di atas air dan sebagainya. Petrus menunjukkan kemanusian yang lemah, apabila menyangkal Yesus kerana takut untuk ditangkap. Banyak umat Kristian di dunia yang sekarang ini, sedang menghadapi penganiayaan dan penghinaan oleh mereka yang tidak percaya. Penganiayaan bunuh di abad ini, adalah lebih banyak daripada jumlahan penganiayaan bunuh abad-abad yang sebelumnya. Apabila kita berhadapan dengan kegagalan, nampaknya tidak ada kebaikan yang boleh kelihatan. Tetapi Tuhan sentiasa boleh menggunakan kegagalan kita untuk kemulianNya. Malah kegagalan yang terburuk kita boleh menjadi kejayaan terbesar kita. Yesus menyatakan kepada Petrus. Lukas 22:32 (AVB) Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu. Yesus melakukan 3 perkara untuk membantu kita di dalam kegagalan: Yesus berdoa untuk kita. Dia menyatakan bahawa Dia telah berdoa untuk Petrus. Yesus percaya kepada kita. Yesus akan menggunakan kegagalan kita. Sebelum Petrus gagal (menyangkal Yesus 3x), Yesus telah memberikannya visi bagaimana Tuhan boleh menggunakan kegagalan Petrus untuk kebaikan. Yesus tahu Petrus akan menyangkalNya 3x tetapi Dia juga tahu, bahawa Petrus akan kembali. Yesus menunjukan belas kasihan (mercy). Yesus lebih mahu menunjukkan belas kasihannya kepada kita apabila kita memintanya. Sebab itu di dalam Yohanes 21, Petrus dipulihkan. Selepas kegagalan Petrus, Yesus mati dan bangkit pada hari ke-3, Yesus mengingatkan Petrus bagaimana kebaikan boleh datang daripada kegagalan. Yohanes 21:15-17 (AVB) 15 Selepas sarapan bersama-sama, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, "Simon anak Yohanes, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku lebih daripada mereka ini?" Petrus menjawab, "Ya Tuhan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu." Yesus berkata kepadanya, "Berilah anak-anak domba-Ku makan." 16 Bagi kali kedua Yesus bertanya, "Simon anak Yohanes, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku?" Petrus menjawab, "Ya Tuhan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu." Yesus berkata kepadanya, "Peliharalah domba-domba-Ku." 17 Bagi kali ketiga Yesus bertanya kepadanya, "Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi-Ku?" Petrus sedih kerana Yesus bertanya kepadanya bagi kali ketiga, "Adakah kamu mengasihi-Ku?" Lalu dia menjawab, "Tuhan, Engkau mengetahui segala-galanya. Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu!" Yesus berkata kepadanya, "Berilah domba-domba-Ku makan. Tiga kali Yesus bertanya kepada Petrus, “Adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku”. Matius 16:18 (AVB) Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya. Tuhan membina gerejaNya di atas seorang yang gagal. Apakah yang akan kita menjadi, daripada kegagalan kita? Inilah pilihan kita. Renungan: Adakah masanya kita menyangkal Yesus di dalam hidup kita? Adakah kita menghadapi kegagalan yang amat sekali sekarang? Apakah respon kita? Apakah respon Petrus mengajar kita untuk melakukan yang sama? Bagaimana dengan Yudas? Apakah perbezaan respon Yudas dan Petrus. Doa: Tuhan, saya adalah anak Mu. Saya tahu, janji Tuhan ialah Tuhan tidak akan meninggalkan saya. Saya menyerahkan hidup saya ke tangan Mu. Saya mengaku, saya telah menjalani hidup mengikut kehendak diri saya dan bukan kehendak Tuhan. Berikan kami kekuatan untuk mengetahui bahawa kegagalan saya adalah batu loncatan untuk kejayaan yang telah Engkau sedia untuk saya. Ubahlah saya menjadi seorang yang lebih menjadi seperti Kristus. Dalam nama Yesus Kristus saya berdoa. Amen. Elder AWK

  • Berdoa Untuk Keluarga

    Ayat firman Tuhan: Maleakhi 2:15-16 (AVB) Bukankah Allah menjadikan mereka satu? Jiwa dan roh mereka milik-Nya. Apakah yang dicari-Nya? Dia mencari keturunan yang salih. Oleh sebab itu jagalah dirimu, dan janganlah ada antara kamu yang mengkhianati isteri dari masa mudamu. “Aku membenci perceraian,” demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, “juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat.” Perkara Doa: 1. Sepakat berdoa untuk keturunan yang salih. 2. Sepakat berdoa untuk keutuhan rumahtangga 3. Sepakat berdoa untuk suami dan isteri yang setia Doa: Bapa di syurga, dikuduskanlah nama-Mu. Terpujilah Englau Tuhan sang pencipta langit, bumi, laut serta segala isinya. Ajaib perbuatan-Mu, sungguh menghairankan. Kami mengkagumi Engkau Tuhan. Bapa, kami bersyukur kepada atas rahmat-Mu yan baru setiap hari. Pagi ini sekali lagi kami mengakui dan menyatakan betapa baiknya Engkau Tuhan. Kasih-Mu atas berkesudahan. Haleluyah! Bapa, betapa besar rencana-Mu atas manusia. Engkau telah menciptakan dari debu kepada makhluk yang hidup. Manusia ciptaan-Mu yang paling unik kerana Engkau ciptakan menurut gambar dan rupa-Mu. Ya Tuhan, dari sisi manusia (adam) Engkau telah membangun seorang penolong yang sepadan dengannya iaitu hawa yang menjadi isteri adam, pasangan hidup adam. Terpujilah nama-Mu. Bapa, kerajaan-Mu datanglah dan terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Bapa adalah kehendak agar tujuan dari kesatuan roh, jiwa dan tubuh lelaki dengan wanita iaitu sebagai suami isteri ialah supaya mereka mendapat keturunan yang salih, generasi ilahi iaitu umat yang sejati. Oleh itu ya Bapa, kami berdoa agar orang Percaya mengerti tujuan hakiki Allah dalam perkhawinan. Kami berdoa agar generasi anak-anak orang Percaya masa kini kiranya dijamah Roh Kudus agar mereka diubah menjadi generasi ilahi. Kami berdoa sungguh-sungguh agar bayi-bayi sedang dalam kandungan rahim wanita akan mendengar kebenaran friman-Mu yang dibaca dengan suara yang jelas oleh ibu dan bapanya dan firman-Mu mulai tersimpan dalam memori bayi-bayi. Kami rindu anak-anak ini kelak akan percaya dan mengenal Engkau Bapa Yang kekal, Yesus Kristus sebagai Tuhan dan juruselamat mereka. Bapa, kami bedoa agar rumahtangga orang Percaya tetap utuh dan kukuh kerana dibangun atas dasar kasih Kristus kepada jemaah. Ya, sekalipun ada cabaran datang seperti angin, hujan dan banjir, namun rumahtangga mereka tetap berdiri teguh kerana dibina atas firman-Mu iaitu denga mendengar dan melakukan perintah-Mu. Ya Bapa, tolonglah suami isteri agar saling merendahkan diri, saling mengasih, saling mengampuni, salin mendoakan dan saling memberkati. Kiranya setiap keluarga orang Percaya menghargai kesatuan roh, jiwa dan tubuh yang dijadikan oleh Allah dalam perkhawinan yang kudus. Biarlah setiap keluarga orang Percaya berkata tidak kepada perceraian. Ya Bapa, tolonglah para suami agar mereka ada pengawalan diri atau penguasaan diri. Biarlah mereka menyedari betapa pentingnya menjaga kekudusan bilik suami isteri. Kami persilakan Roh Kudus memimpin mereka agar hati mereka tetap setia kepada isteri dan tidak mengkhianati isteri. Jauhlah kiranya para suami orang Percaya daripada melakukan kekerasan, memukul dan mendera isteri baik secara fizikal mahupun secara jiwa. Biarlah mereka berkata tidak kepada apapun bentuk godaan seks. Biarlah mereka berkata tidak kepada keinginan mata, keinginan daging dan keangkuhan hidup. Kiranya para isteri juga menolak jebakan iblis dengan untuk memiliki hubungan terlarang dengan lelaki lain. Bapa, kami memohon agar para suami dan isteri memiliki hati yang takut akan Tuhan. Jujur, saling mempercayai dan saling menjaga. Kiranya keluarga orang Percaya pada hari ini berpegang pada prinsip monogami iaitu hanya kematian yang memisahkan suami isteri. Biarlah keluarga orang Percaya menjadi garam bumi dan terang bumi. Terpujilah nama-Mu. Dalam nama Yesus, amin. Pr Hamjah @ Hamzah Sabin

  • 1: Yesus Berdoa di Getsemani

    Markus 14:27-42 Tonton Video Alkitab Lumo-AVB. Markus 14:27-31 Petrus akan menyangkal Yesus Markus 14:27-31 (AVB) 27 Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Malam ini, kamu semua akan goyah kerana-Ku, seperti yang telah tersurat: 'Aku akan merebahkan Gembala, dan kawanan domba akan bertempiaran.' " 28 "Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akan mendahului kamu ke Galilea." 29 Petrus berkata kepada-Nya, "Kalaupun semua yang lain goyah, aku tidak akan goyah." 30 Yesus berkata kepadanya, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, pada malam ini sebelum ayam berkokok dua kali, kamu akan menyangkal-Ku tiga kali." 31 Tetapi Petrus berkata dengan lebih tegas lagi, "Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu." Semua yang lain pun berkata demikian. Markus 14:32-42 Yesus Di Getsemani Markus 14:32-46 (AVB) 32 Mereka sampai di suatu tempat yang dinamakan Getsemani. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Duduklah di sini sementara Aku berdoa." 33 Dia membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes bersama-Nya, dan Dia mula berasa gundah dan resah. 34 Dia berkata kepada mereka, "Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini, dan berjagalah." 35 Dia pergi jauh sedikit lagi, lalu merebahkan diri ke tanah, dan berdoa kalau dapat, saat itu diedarkan daripada-Nya. 36 Kata-Nya, "Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kau lakukan. Edarkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun demikian, bukanlah kehendak-Ku tetapi kehendak-Mu yang terlaksana." 37 Kemudian Dia kembali kepada murid-murid-Nya dan mendapati mereka tertidur, lalu Dia berkata kepada Petrus, "Simon, kamu tidurkah? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga? 38 Berjaga dan berdoalah, takut nanti kamu tergoda. Memang rohani rela, tetapi jasmani lemah." 39 Dia pergi berdoa lagi, dengan kata-kata yang sama. 40 Apabila Dia kembali, didapati-Nya mereka telah tertidur lagi, kerana mata mereka amat mengantuk. Mereka tidak tahu apa yang hendak dijawab kepada-Nya. 41 Setelah Dia datang kepada mereka bagi kali ketiga, Dia berkata, "Adakah kamu masih tidur dan berehat? Cukuplah! Waktunya sudah tiba. Lihat, Anak Manusia sedang dikhianati dan diserahkan ke tangan orang berdosa. 42 Bangunlah! Mari kita pergi! Lihat, pengkhianat-Ku sudah tiba!" Yesus berdoa di Bukit Zaitun supaya Bapa menjauhkan cawan penderitaan daripadaNya - maksudnya, kematianNya di atas salib. Ini menunjukkan kemanusiaan Yesus Kristus (Lukas 22:39-46). Bayangkan, bertapa besarnya beban Yesus apabila Dia tahu bahawa Dia harus mengambil tempat kita, di atas salib. Dia berdoa, jikalau Bapa berkenan, untuk supaya dia tidak berhadapan dengan cawan penderitaaan. Di dalam kesengsaraanNya, Yesus berdoa, peluhNya seperti darah menitik ke tanah. Yesus menyatakan, walaubagaimanapun, biarlah kehendak Bapa yang terlaksana dan bukan kehendakNya. Akan tiba masanya, di dalam kehidupan kita, di mana kita harus memilih untuk melakukan kehendak Tuhan atau kehendak diri kita. Ini adalah untuk menunjukkan tahap komitmen dan ketaatan kita kepada Tuhan, dan juga kondisi hati kita yang sebenarnya. Kita renungkan hari ini, apabila kita berhadapan dengan kesengsaraan, kesakitan dan cabaran, Yesus telah mengajar kita 3 perkara. #1: Kita Mengingatkan Diri Dengan Kuasa Tuhan Yesus menyatakan, “Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kau lakukan.” Dia tahu bahawa Tuhan dapat melakukan segala-galanya, dalam setiap situasi. Tuhan adalah berkuasa atas segala-galanya.Tuhan mahu mengingatkan kita hari ini, supaya, pertama kalinya, menyakinkan diri kita dengan kuasa Tuhan. #2: Minta Dengan Passion Yesus merebahkan diri ke tanah, dan berdoa kalau dapat, saat itu diedarkan daripada-Nya. Yesus berdoa di sana supaya Bapa menjauhkan cawan penderitaan daripadaNya - maksudnya, kematianNya di atas salib. Ini menunjukkan kemanusiaan Yesus Kristus (Lukas 22:39-46). #3: Menerima Rancangan Tuhan Yesus menyatakan walaupun Dia tidak mahu menghadapi kesengsaraan, Dia juga menyatakan walau bagaimanapun, biarlah kehendak Tuhan yang terlaksana. Kita minta supaya Tuhan melaksanakan kehendaknya di dalam kehidupan kita - rancangan Tuhan, tujuan Tuhan and perspektif Tuhan, walaupun kita harus menghadapi kesengsaraan. Renungan Mengapa pentingnya untuk kita memulakan doa dengan mengingatkan diri tentang kuasa Tuhan. (Affirm God’s Power) Bagaimana kita boleh berdoa dengan passion? Apakah keadaan situasi sekarang, dimana kita harus membuat pilihan? Doa Tuhan hari ini, saya merendahkan diri di hadapan Tuhan untuk Tuhan memberikan kami perspektif Tuhan, menyatakan rancangan Tuhan dan menunjukkan tujuan Tuhan untuk hidup saya. Ada kalanya kami berhadapan dengan pilihan untuk menyenangkan hati Tuhan dan taat dengan panggilan Tuhan atau mengikut isi hati kami sendiri. Biarlah hamba mu, sentiasa intim dengan Tuhan dan mengikut jejak langkah Yesus. Kami doakan semua ini di dalam nama Yesus Kristus. Amen. Elder AWK

  • 2: Yudas Mengkhianati Yesus

    Lukas 22:47-53 Tonton video Alkitab Lumo AVB Lukas 22:47-53 (AVB) 47Ketika Yesus masih berkata-kata, sekumpulan orang datang. Yudas, salah seorang dua belas murid-Nya memimpin mereka. Dia menghampiri Yesus untuk mencium-Nya. 48 Yesus berkata kepadanya, "Yudas, adakah dengan ciuman engkau mengkhianati Anak Manusia?" 49 Apabila murid-murid Yesus melihat apa yang akan terjadi, mereka bertanya kepada Yesus, "Tuhan, haruskah kami serang mereka dengan pedang kami?" 50 Seorang daripada mereka menyerang hamba imam besar, dan menetaknya sehingga terputus telinga kanannya. 51 Tetapi Yesus berkata, "Biarkanlah mereka." Lalu Yesus menyentuh telinga orang itu dan menyembuhkannya. 52 Kemudian Yesus berkata kepada ketua-ketua imam, ketua-ketua pengawal Bait Suci dan tua-tua yang telah datang untuk menangkap-Nya, "Perlukah kamu datang dengan pedang dan belantan untuk menangkap Aku seolah-olah Aku ini seorang penyamun? 53 Semasa Aku bersama kamu setiap hari di dalam Bait Suci, kamu tidak berani pula menangkap Aku. Tetapi inilah masa kamu dan masa kuasa kegelapan." Yudas, bukan sahaja telah menjadi satu karakter yang sangat dibenci di dalam sejarah dunia, tetapi dia juga telah mengingatkan kita bahawa setiap kita akan terjerumus ke dalam godaan. Kepada kita yang percaya, kita mengkhianati Tuhan yang memberikan kita hidup, apabila kita jatuh ke dalam dosa. Betapa besarnya pengkhianatan kita kepada Tuhan, apabila kita dengan sengaja memilih untuk berdosa. Dengan sengaja memilih untuk berpaling daripada keyakinan rohani kita (Lukas 22:47-48). Yudas adalah salah seorang 12 murid Yesus yang dipilih. Dia dimuridkan bersama dengan Yohanes, Petrus dan yang lain. Dia berjalan dan tidur bersama dengan Yesus dan murid-muridNya. Dia duduk di kaki Yesus dan belajar daripadanya. Dan kerana hatinya tidak ditransformasikan sepenuhnya oleh Roh Kudus, dia jatuh apabila digoda oleh Iblis. Sebagai orang yang percaya, kita haruslah memeriksa diri kita (2 Korintus 13:5) 2 Korintus 13:5 (AVB) Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri. Tidakkah kamu tahu Kristus Yesus ada dalam dirimu? Kecuali kamu gagal. Tetapi … tahukah kita bahawa Yesus berdoa untuk pemulihan kita. Tidak kita betapa buruk dosa yang telah kita lakukan, pemulihan di dalam Yesus Kristus adalah tidak mustahil dengan doa. Tuhan boleh menggunakan kegagalan kita untuk membantu orang lain. Petrus adalah contoh di mana dia dipulihkan oleh kegagalannya. Yesus tahu, Petrus akan menyangkalnya. Yesus juga tahu bahawa Petrus akan dipulihkan dan membantu orang lain melalui kegagalannya. Lukas 22:32 (AVB) Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu. Tuhan tahu tentang kesalahan dan kegagalan kita lebih awal daripada kita tahu sendiri. Tuhan kita adalah Tuhan yang memulihkan. Dia boleh menggunakan setiap situasi di dalam hidup kita untuk kita gunakan untuk membantu orang lain juga. Renungan Fikirkan situasi di mana kita telah terjerumus ke dalam dosa. Apakah perasaan Tuhan apabila kita “mengkhianati” Tuhan dengan dosa kita. Apakah ia akan membantu kita apabila kita mengetahui bahawa Yesus berdoa untuk kita? Fikirkan situasi di mana Tuhan boleh menggunakan kesilapan kita yang lepas untuk membantu orang lain. Doa Tuhan, saya rendahkan diri di hadapan Tuhan. Saya minta ampun dengan segala kesalahan saya, baik dengan fikiran, perbuatan dan percakapan. Kami telah mengkhianati Tuhan dengan dosa yang telah saya lakukan dengan sengaja. Ampuni saya Tuhan. Gunakan juga, Tuhan, kesilapan yang telah kami lakukan, untuk kami membantu mereka yang lain, yang melalui kesilapan yang sama. Kami doakan semua ini, di dalam nama Yesus Kristus. Amen. Elder AWK

  • 3: Yesus Dikutuk

    Matius 26:57-68 Tonton video Alkitab Lumo-AVB Matius 26:57-68 (AVB) 57 Orang yang menangkap Yesus membawa-Nya kepada Imam Besar Kayafas. Di situ ahli Taurat dan tua-tua telah berhimpun. 58 Petrus mengikut dari jauh ke bahagian laman dalam rumah imam besar, lalu masuk dan duduk dalam kalangan hamba di situ untuk melihat kesudahan perkara itu. 59 Ketua-ketua imam dan seluruh Majlis Agama berusaha mencari kesaksian terhadap Yesus supaya dapat membunuh-Nya. 60 Tetapi mereka tidak berjaya sungguhpun ramai saksi palsu yang tampil. Akhirnya dua orang saksi tampil 61 dengan kesaksian: "Orang ini telah berkata, 'Aku dapat memusnahkan Bait Allah dan membinanya semula dalam tiga hari.' " 62 Imam besar berdiri lalu berkata kepada Yesus, "Tidakkah Kamu mahu menjawab apa-apa? Apakah yang didakwakan oleh mereka ini terhadap-Mu?" 63 Tetapi Yesus berdiam diri. Imam besar berkata kepada-Nya, "Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?" 64 Yesus berkata kepadanya, "Benarlah seperti katamu. Namun demikian, Aku berkata kepadamu, kemudian hari kelak kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Maha Kuasa, dan datang dalam awan di langit." 65 Kemudian imam besar mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, "Dia telah melafazkan kata-kata kufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya! 66 Bagaimana pendapatmu?" Mereka menjawab, "Dia patut dibunuh." 67 Setelah itu, mereka meludahi muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya. 68 Mereka berkata, "Bernubuatlah pada kami, hai Kristus! Siapa yang memukul-Mu?" Mereka yang menangkap Yesus membawaNya kepada Imam Besar Kayafas, di mana ahi-ahli Taurat dan tua-tua telah berhimpun. Petrus, mengikut Yesus dari jauh. Ketua-ketua imam dan seluruh Majlis Agama berusaha untuk mencari bukti untuk membunuhNya. Tetapi, mereka tidak berjaya, walaupun ramai saksi-saksi palsu yang tampil. Kayafas bertanya kepada Yesus, “Adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?” Yesus menjawab, "Benarlah seperti katamu. Namun demikian, Aku berkata kepadamu, kemudian hari kelak kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Maha Kuasa, dan datang dalam awan di langit." Kayafas, mengoyakan pakaiannya dan menyatakan bahawa Yesus telah melafazkan kata-kata kufur. Dan keputusan telah diluluskan bahawa Yesus harus mati. Selepas itu, mereka meludahi muka Yesus dan memukulNya. Ada beberapa sebab mengapa mereka mahu Yesus dibunuhkan. Yesus menentang autoriti dan memanggil mereka hipokrit (munafik) Yesus melanggar hukum pemerhatian Sabat. Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat, tetapi orang Yahudi pada ketika itu, melihat “pekerjaan” tersebut adalah dilarang pada hari Sabat. Yesus bersama dengan orang-orang yang “kotor” dan “jijik” seperti orang yang berdosa, pelacur dan pemungut cukai. Yesus menyatakan bahawa Dia adalah Anak Allah dan Mesias yang dinantikan. Pemimpin Yahudi tidak boleh menerima kenyataan tersebut. Orang yang melafazkan kata-kata kufur (blasphemy) akan dihukum mati dengan merejam (stoning). Bayangkan, Yesus tidak berbuat salah apa-apa pun, tetapi, dia dilemparkan kutukan, dipukul dan diludahi. Peristiwa ini mengingatkan kita supaya kita tidak meninggikan diri kita dengan menghakimi orang lain. Ya, Alkitab memanggil kita untuk memberikan hormat kepada mereka yang berkuasa, tetapi kehendak Tuhan dan Firman Tuhan haruslah menjadi yang pertama dan utama di dalam hidup kita. Yohanes 3:17 Allah mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan. Pernahkan kita berfikir, siapakah yang menyebabkan Yesus mati di atas salib. Ada dua jawaban. Pertama, ialah Allah. Alkitab menyatakan bahawa ini adalah rancangan Tuhan dari awal, bermula dari korban yang terawal sampai kepada korban yang terakhir. Alkitab telah menyatakan bahawa Yesus akan mati di atas salib ratusan tahun sebelumnya. Kedua, ialah kita semua. Kita yang menyebabkan Yesus mati di atas salib. Roma 4:25 (AVB) Dia telah diserahkan kepada kematian kerana dosa kita dan dibangkitkan semula kepada kehidupan untuk pembenaran kita. Kerana Yesus mati di atas salib, dosa kita diampui. Alkitab menyatakan bahawa tiada lagi hukuman bagi orang yang ada di dalam Kristus. Roma 8:1 (AVB) Dengan demikian, sekarang tidak ada hukuman bagi orang yang ada dalam Kristus Yesus. Renungan Yesus mengambil tempat kutukan mati kita di atas salib. Apakah perasaan anda? Apakah respon kita? Dengan mengetahui bahawa Yesus telah mengambil tempat kita, apakah yang akan anda serahkan kepada Yesus? Doa Tuhan, saya serahkan hidup saya ke tangan Mu. Saya orang yang berdosa. Engkau adalah Tuhan yang adil. Upah dosa ialah kematian. Pada masa yang sama, Engkau adalah Tuhan yang mengasihi saya. Kerana keadilan dan kasih, Yesus harus mengambil tempat saya yang telah dikutuk. Terima kasih atas pengorbanan Mu. Ajar kami, supaya mulai hari ini, saya akan menjadi lebih seperti Kristus. Di dalam nama Yesus Kristus, kami berdoa. Amen. Elder AWK

  • Tuhan ialah Gembala

    “..TUHAN ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa..”.....” Maz 23:1 Pemazmur menggambarkan hubungan dirinya dengan Allah bagaikan seorang gembala dengan domba-dombanya, pemazmur berkata demikian kerana dia pernah menjadi gembala yang menjaga domba-dombanya. Oleh kerana pengalaman pemazmur secara peribadi sebagai seorang gembala yang menjaga domba-domba diladang maka pemazmur mulai memahami peranan Allah terhadap hidupnya. Bagaimana seorang gembala yang menjaga kawanan domba. Peranaan gembala adalah memberi perlindungan kepada domba-dombanya daripada serangan bintang-binatang buas, selain itu gembala juga memimpin domba-domba ke tempat yang berumput yang hijau dan ke tempat air yang tenang. Mengenal peranan Allah sebagai gembala terhadap kehidupan peribadi kita akan menyebabkan diri seseorang itu tidak merasa bebas daripada ketakutan dan ada keraguan, hati merasa. Dengan itu kenalilah Tuhan adalah gembala hidup kita. pengalamannya sebagai seorang gembala. menggambarkan Allah bagaikan gembala bagi hidupnya kerana kehidupan pemazmur terlindung dan selamat, sebab Tuhan menjaga dirinya. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini sekiranya kita meletakkan Tuhan sebagai gembala peribadi hidup kita pasti kita aman dalam perjalanan iman kita. Doa: Bapa yang di surga, terima kasih kerana menjadi gembala bagi kehidupan saya, oleh kerana Engkau adalah gembala hidup saya maka hati saya menjadi tenang dan aman, terima kasih Tuhan kerana menjadi gembala hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

bottom of page