Support Us
Support Us
Cari
3261 results found with an empty search
- Pendamai Manusia
Matius 5:9 (AVB) Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. Salah satu skill set kehidupan yang penting yang harus kita pelajari di dalam hidup kita ialah: Bagaimana untuk kita menyelesaikan konflik (ataupun conflict resolution)? Bagaimana mendamaikan perhubungan yang tegang (ataupun relationship restoration), saudara? Jikalau kita tidak belajar skillset ini, kita tidak akan hidup dengan aman. Hidup kita akan sengsara. Kerana manusia di dalam dunia ini adalah orang yang tidak sempurna. Dan konflik akan tentu berlaku, setiap hari di dalam hidup kita. Oleh itu, kita harus tahu bagaimana untuk mengendalikan konflik. Mengendalikan konflik di dalam rumah tangga kita: Perhubungan di antara suami isteri Perhubungan di antara ibu-bapa dan anak-anak. Perhubungan di antara saudara-mara Dsb. Kita juga harus tahu bagaimana mengendalikan konflik di dalam komuniti kita: Di dalam gereja kita Di dalam Cell Group kita Di tempat perumahan dan hostel kita. Dan juga mengendalikan konflik di antara kawan-kawan kita, rakan-rakan sepekerjaan kita dan juga rakan-rakan seperniagaan kita dsb. Masalahnya, walaupun skillset ini paling penting untuk kehidupan kita di dunia ini, tidak ada orang yang mengajar kita untuk menyelesaikan konflik di marketplace ataupun syarikat kita. Tidak ada kelas/subjek yang mengajar bagaimana untuk menyelesaikan konflik di sekolah. Tidak ada ibu-bapa, yang mengajar anak-anak tentang bagaimana mengendalikan konflik di rumah. 5 langkah praktikal yang boleh kita lakukan apabila kita berhadapan dengan konflik: #1: Kita memulakan langkah yang pertama. Kita tidak menunggu orang lain untuk datang kepada kita di dalam konflik. Kita yang memulakan langkah pertama. (The first step) Semasa kita berhadapan dengan konflik, kita boleh membelikan seseorang itu, secawan kopi atau teh tarik atau lunch/dinner dan makan bersama. Yesus, sendiri, mengambil langkah pertama menunjukan belas kasihan kepada kita. Roma 5:8,10b (AVB) 8 Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. 10b kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Anak-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya! Yesus memulakan langkah yang pertama. Kita boleh memulakan pengakuan kita terlebih dahulu, walaupun sakit dan kebanyakan salahnya adalah di pihak lain. Kita tidak berfokus kepada mengapa kita terluka hati? Tetapi Kita fokus kepada penyembuhan perhubungan. Kita percaya jikalau kita melakukan ini, situasi yang tegang akan menjadi tenang. Pembawa damai adalah orang yang memulakan langkah pertama, seperti Yesus. #2: Kita berdoa untuk kebijaksanaan Tuhan. Yakobus 1:5a Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka. Tuhan bersedia memberikan kita hikmat yang datang daripada syurga. Tuhan akan memberikan kita kebijaksanaan untuk menentukan tempat yang sesuai, masa yang sesuai perkataan yang sesuai dan cara yang sesuai. Yakobus 1:5a (AVB) Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka. Amsal 25:11 Seperti buah epal emas bertata perak, demikianlah kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya. Cara dan masa kita bertutur ada kuasanya. Oleh itu, adalah penting, untuk kita meminta kebijaksanaan Tuhan Untuk kita memberikan perkataan yang sesuai dan cara penyampaian yang sesuai dan dengan kasih sayang dan kesucian hati. Hikmat kita bergantung kepada Tuhan di dalam kita mendamaikan manusia. #3: Kita cuba memahami kesakitan dan perspektif orang lain. Setiap orang akan mempunyai kesakitan hati di dalam setiap konflik. Orang yang di dalam kesakitan hati akan menyakiti orang lain. (hurt people will hurt people) Sebab itu, kita sebagai seorang pembawa damai haruslah “rise above the situation”. Kita naik ke atas situasi konflik, dan cuba memahami kesakitan dan perspektif orang lain. Francis Assisi, pernah mengatakan “Seek to understand before you seek to be understood. Iaitu “kita harus cuba untuk memahami sebelum kita difahami.” Filipi 2:4-5 4 Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. 5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Kita harus mempunyai perspektif yang seimbang, bukan sahaja melihat dari perspektif diri kita sendiri, Tetapi juga melihat dari perspektif kesakitan hati orang lain. Ya, ini bertentangan dengan pola pemikiran dunia yang mementingkan diri sendiri sahaja. Semua perkataan dunia bermula dengan aku, aku dan aku. Mari kita, tukar cara penyelesaian kita. Kita seimbangkan perspektif kita di dalam konflik. Apabila kita melakukan ini, kita akan diberkati. Filipi 2:4-5 (AVB) 4 Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjagakepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. 5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus. #4: Kita bercakap dengan penuh kasih sayang. Efesus 4:15 Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus. Kebenaran sahaja, tidak cukup. Ia bukanlah sahaja mengenai apa yang kita katakan, tetapi bagaimana kita mengatakannya. Jikalau kita bercakap dengan cara yang menyinggung hati seseorang, walaupun benar, ia tidak akan diterima dengan baik. Mereka akan menjadi “defensive”, menolak segala cadangan kita. Oleh sebab itu, Alkitab menyarankan kita bercakap benar, dan di dalam penuh kasih sayang. Efesus 4:15 (AVB) Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus. #5: Kita memberikan fokus yang lebih kepada rekonsiliasi dan bukan sahaja resolusi. (Focus on reconciliation and not resolution) Jikalau kita terlalu fokus kepada resolusi sahaja, kita tidak akan berjaya. Kerana adalah mustahil untuk mencari resolusi di dalam setiap perselisihan atau disagreement. Sebab semua orang adalah berbeza. Tetapi, apabila kita mempunyai posisi hati yang fokusnya ialah kepada rekonsiliasi atau perdamaian, fokus perbincangan kita ialah untuk memperbaiki perhubungan. Apabila perhubungan diperbaiki, yang lain akan diselesaikan, sama seperti apa yang Allah lakukan, mendamaikan kita kepada Allah melalui Yesus Kristus, terlebih dahulu, dan dengan itu, proses penyucian akan menurut sama. Sebab itu, fokusnya ialah rekonsiliasi, lebih daripada resolusi. Di dalam dunia yang banyak konflik ini: Peperangan Perpecahan Pergaduhan Prejudis Racism Perkauman atau perpuakan Terrorism dsb. Perkara yang paling penting yang boleh kita lakukan di dalam dunia ini ialah untuk menjadi pembina jambatan dan bukan pembina dinding. Kita semua dipanggil untuk menjadi agen rekonsiliasi. Orang yang mendamaikan manusia. Saudara, 2 Kor 5:18 Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu. Kita yang di damaikan dahulu kepada Allah melalui Kristus, telah diberikan tugas amanah yang mulia, iaitu menjadi agen perdamaian. Inilah kunci berkat yang ke-7, kita menjadi orang yang mendamaikan manusia dan dengan itu, kita akan dipanggil anak-anak Allah. 2 Kor 5:18 (AVB) Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu. DOA Tuhan, kami minta pertolongan Tuhan untuk kami memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga untuk menjadi orang yang mendamaikan manusia: Supaya kami bersifat murni dan mencintai kedamaian Supaya kami lemah lembut dan ramah-tamah. Supaya kami mempunyai buah perbenaran yang hasilnya datang daripada benih kedamaian yang disemaikan oleh orang yang mencintai kedamaian. Supaya kami setia melakukan amanah yang engkau berikan kepada kami, iaitu pelayanan perdamaian. Inilah doa kami. Di dalam nama Yesus kami berdoa. Amen. Soalan Renungan: 1. Bagaimana kita boleh menjadi pendamai manusia? 2. Pernahkah anda berada di dalam konflik yang sangat mencabar dan bagaimanakah respon anda? Kongsikan. Elder Ann WK
- Suci Hati
Yesaya 55:2 Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk sesuatu yang bukan makanan, dan hasil jerih lelahmu untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah Aku baik-baik dan makanlah apa yang baik. Biarlah kamu bersenang-senang dengan hidangan yang kaya khasiatnya. Matius 5:8 (AVB) Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah Kita semua tidak sempurna. Kita membuat banyak kesilapan Kita membuat perkara yang tidak seharusnya kita lakukan Kita menyerah kalah kepada godaan Kita hilang sabar dsb Jikalau kita tidak berhati-hati, senang untuk kita masuk ke dalam “self condemnation” Iaitu kita mengecam diri kita sendiri. Suara iblis akan mengatakan yang kita tidak akan berjaya dan Tuhan tidak akan memberkati kita. Kita fikir, untuk kita mendapat nikmat dan berkat Tuhan, kita memerlukan “perfect performance”, “persembahan yang sempurna” Tetapi, Alkitab mengatakan: 2 Tawarikh 16:9a Sesungguhnya, mata Tuhan menjelajah seluruh bumi untuk memberikan kekuatan kepada orang yang tulus hati terhadap-Nya. Tuhan tidak mencari orang yang perbuatannya sempurna tetapi Tuhan mencari orang yang yang tulus hatinya. 2 Tawarikh 16:9a (AVB) Sesungguhnya, mata Tuhan menjelajah seluruh bumi untuk memberikan kekuatan kepada orang yang tulus hati terhadap-Nya. Tuhan tidak memandang kepada: Kecantikan kita Kekacakan kita Kepandaian kita Ijazah kita Harta benda kita dsb. Tetapi, lebih mementingkan kondisi hati kita Nabi Nuh, Abraham, Musa, Daud, Paulus dsb, semua mereka adalah orang yang tidak sempurna dengan standard Tuhan. Daud contohnya, adalah seorang yang berzina dan yang mengaturkan pembunuhan suami Betsheba. Tetapi, mereka semua disenaraikan di dalam “Hall of Fame” atau “dewan kemahsyuran” seperti yang tertulis di dalam buku Ibrani. Nabi Nuh adalah seorang yang benar - a righteous man. Abraham adalah seorang yang penuh dengan iman, dengan rela mengorbankan anaknya Ishak. Musa adalah seorang yang penuh dengan iman juga, yang digunakan Tuhan untuk membebaskan umat Israel daripada penghambaan. Daud adalah seorang yang menyenangkan hati Tuhan (A man after God’s heart). Paulus, pula adalah seorang “apostle” yang digunakan Tuhan untuk menyebarkan berita baik kepada “gentiles”, orang bukan Yahudi. Tuhan lebih mementingkan “keadaan hati kita” lebih daripada “dosa kehidupan kita”. Dia melihat mengapa kita melakukan sesuatu, dan bukan apa yang kita lakukan. Jadi hari ini, saudara, Tuhan mahu mengingatkan kita tentang kondisi hati kita. Hati yang suci akan diberkati Tuhan. Bukan performance atau pencapaian kita. Persoalannya, apakah berkat Tuhan apabila kita suci hati? Berkat #1: Kita hidup dengan penuh keyakinan (Confident). Apabila kita mempunyai kemurnian hati, kita menjadi seorang yang disukai ramai orang. Kerana kita tidak perlu hidup dengan berpura-pura. Kita tahu siapakah kita di dalam Kristus. Kualiti ini bukan sahaja menarik orang lain tetapi juga memberikan kita keselesaan dan keyakinan diri. Amsal 10:9 Orang yang hidup dalam keikhlasan, aman jalannya, tetapi sesiapa memesongkan jalannya akan diketahui juga. Apabila kita hidup dengan keikhlasan, jalan kita aman dan kita berdiri di atas dasar yang kukuh. Amsal 10:9 (AVB) Orang yang hidup dalam keikhlasan, aman jalannya, tetapi sesiapa memesongkan jalannya akan diketahui juga. Di dalam marketplace, satu nilai yang penting di dalam perniagaan adalah integriti, keikhlasan hati. Lebih daripada kewangan atau kebolehan atau kemampuan. Kita diperingatkan, berkat yang pertama, hati yang suci, adalah keyakinan diri, kita tidak perlu berkata, satu perkara kepada seseorang dan perkara yang lain kepada orang lain. Integriti kita kuat dan tidak seperti lalang. Kita berdiri di atas dasar yang kukuh. berkekalan. Amsal 20:7 Orang benar yang hidup dalam keikhlasan, begitu berbahagia sekali keturunannya! Keturunan-keturunan kita akan diberkati apabila kita berhati suci dan ikhlas. Kita akan mewariskan sesuatu yang berkekalan. Apabila kita dipanggil Tuhan satu hari nanti: Harta benda kita akan dibahagikan kepada keluarga kita. Semuanya akan dibelanjakan habis. Kerja kita di pejabat akan diberikan kepada orang lain. Segala “trophy” atau “piala” kita kumpul, mungkin akan dibuangkan ke dalam tong sampah Tetapi karakter kita, akan diwariskan kepada kehidupan orang lain yang akan diwariskan kepada generasi yang lain. Amsal 20:7 (AVB) Orang benar yang hidup dalam keikhlasan, begitu berbahagia sekali keturunannya! Berkat #2: Kita akan mendapat ganjaran yang berkeabadian (eternity). Matius 25:21 Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’ Saudara, kita lihat perkataan yang sedikit. Kita selalu fikirkan ganjaran Tuhan adalah tentang perkara-perkara yang besar, tetapi, Tuhan mementing, kesetiaan dengan mengurus yang sedikit. Menguruskan dengan keikhlasan, ketulusan, kemurnian dan kesucian hati. Inilah berkat yang ke-3 kesucian hati, ganjaran yang berkeabadian. Matius 25:21 (AVB) Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’ Berkat #3: Kita akan dekat dengan Tuhan. Mazmur 24:3-4 Siapa yang boleh naik ke bukit Tuhan ? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya? Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu. Kita yang bersih tangan dan murni hati adalah orang yang boleh naik ke bukit Tuhan. Di dalam Yakobus 4:8, Alkitab menyarankan kita untuk membuat yang sama iaitu mendampingi Allah, dan Allah akan mendampingi kita. Kita basuh bersih tangan dan kita sucikan hati kita. Dan ini boleh kita lakukan dengan pertolongan Roh Kudus. Dan apabila kita menerima Yesus sebagai Juru Selamat. Dengan kemurnian hati: Kita akan menikmati hadirat Tuhan. Kita akan melihat Tuhan. Kita dapat dekat dengan Tuhan Mazmur 24:3-4 (AVB) 3 Siapa yang boleh naik ke bukit Tuhan ? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya? 4 Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu. Berkat #4: Kita akan mencapai “destiny” kita. 1 Samuel 16:7 Tetapi firman Tuhan kepada Samuel, “Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.” Jikalau kita mahu mencapai destini kita, kepada potensi kita yang sepenuhnya untuk dipilih dan dipanggil Tuhan, kita harus menjaga kesucian hati kita. Seperti, Tuhan memilih Daud. Manusia melihat pandang rupa, perawakan dan penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati. Jadi, untuk kita menuju ke arah rancangan dan destini kita, marilah kita sucikan hati kita dengan pertolongan Roh Kudus. 1 Samuel 16:7 (AVB) Tetapi firman Tuhan kepada Samuel, “Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.” Kita telah belajar tentang kunci yang ke 6, iaitu hati yang suci. Dan apabila kita hidup dengan kesucian hati, hidup kita akan diberkati: Kita akan hidup dengan penuh keyakinan (Confident) Kita akan mempunyai “legacy” (warisan) yang berkekalan. Kita akan mendapat ganjaran yang berkeabadian (eternity) Kita akan dekat dengan Tuhan Kita akan memenuhi destini kita. Satu perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapat hati yang suci ialah dengan dengan menyerahkan diri kita kepada Yesus Kristus, dan kita minta Tuhan melakukan penyucian hati kita, seperti doa di dalam Mazmur 51:10 Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku. DOA Tuhan, terima kasih, atas Firman mu. Hari ini, kami minta pertolongan Tuhan untuk memberikan kami hati yang murni. Supaya setiap pemikiran kami datang daripada kemurnian hati Supaya setiap perbuatan kami datang daripada kesucian hati Supaya setiap kehendak kami datang daripada ketulusan hati Supaya setiap kelakuan kami datang daripada keikhlasan hati. Kami tidak mampu melakukan semua ini tanpa pertolongan Roh Kudus. Dan inilah doa kami, supaya Tuhan memampukan kami. Terima Kasih Tuhan, inilah doa kami. Di dalam nama Yesus Kristus, Amen. Soalan Renungan: 1. Bagaimanakah kita menyucikan hati kita? 2. Apakah berkat berkat yang disediakan untuk orang yang suci hati? Elder Ann WK
- Berpengasihan
Matius 5:7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. Kunci yang ke-5, ialah sifat berpengasihan, ataupun belas kasihan, yang saya yakin akan mencabar polar pemikiran dan paradigma kita. Persoalan yang pertama ialah mengapa harus kita menunjukkan sifat belas kasihan? Matius 5:7 (AVB) Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 3 sebab mengapa kita harus menunjukkan sifat belas kasihan: Sebab #1: Kerana Tuhan telah menunjukkan belas kasihan kepada kita (Matius 18). Tuhan mahu kita untuk “pass-it-on” atau mewariskan belas kasihan yang telah kita terima daripada Tuhan. Mari lihat tentang perumpamaan di dalam Matius 18, ada seorang hamba yang berhutang dengan seorang raja. Raja itu berasa kasihan kepadanya lalu menghapuskan segala hutangnya dan membebaskannya. Tetapi, hamba ini, walaupun ditunjukkan belas kasihan oleh Raja, tidak membuatkan yang sama kepada rakan hamba yang lain. Dia memerintahkan rakannya dipenjarakan sehingga mereka menjelaskan hutangnya. Apabila, raja tersebut mendapat tahu bahawa, hamba yang tidak berpengasihan tersebut membuat kejam, walaupun dia dihapuskan hutang dan diampuni, Raja tersebut murka dan menitahkan supaya hamba yang tidak berperikemanusiaan itu dipenjarakan dan dihukum sehingga semua hutangnya dibayar. Kerana sepatutnya hamba tersebut mengasihani rakannya sebagaimana raja telah mengasihani dia. Marilah kita menunjukkan belas kasihan kerana kita telah diberikan belas kasihan terlebih terdahulu. Sebab#2: Kerana kita akan memerlukan belas kasihan untuk masa hadapan (Yakobus 2:13) Kita akan membuat banyak kesilapan di dalam hidup kita. Dan kerana itu, kita memerlukan belas kasihan Tuhan. Kita memerlukan kasih kurnia Tuhan. Dan apabila kita menerima belas kasihan Tuhan, yang keluar daripada perhubungan kita dengan Tuhan akan membolehkan kita mengamalkan belas kasihan. Sebab#3: Kerana kita akan mendapat kebahagian (Matius 5:7, Amsal 19:17 ) Apabila kita memberikan belas kasihan kepada orang lain, kita akan berbahagia. Ia akan memberikan kita kepuasan yang tidak terhingga. Alkitab ada mengatakan bahawa sesiapa yang mengasihani orang miskin adalah seperti memberikan pinjaman kepada Tuhan , dan Tuhan akan membalas jasa baik kita. Ini adalah “privilege” yang Tuhan berikan kita untuk membantu mereka yang miskin. Persoalan yang lebih penting ialah bagaimana boleh kita menunjukkan belas kasihan kepada orang lain? Supaya kita menukarkan pola pemikiran kita daripada yang duniawi kepada yang syurgawi. Supaya kepercayaan kita bukan secara teori, tetapi praktikal yang boleh kita lakukan setiap hari. 5 langkah praktikal yang boleh kita praktikkan di dalam hidup kita untuk menjadi agen belas kasihan kepada dunia. #1: Berpengasihan bermakna kita membantu orang yang di dalam kesedihan. Yesus pernah menceritakan tentang ibarat seorang Samaria yang baik hati. Ada 3 orang di dalam perumpamaan ini: Seorang imam Seorang suku bangsa lewi Seorang samaria Saudara, orang yang mengasihi sesama manusia di dalam perintah agung ialah orang samaria, kerana dia menunjukkan belas kasihan kepada seorang yang malang tersebut. Manakala, imam dan suku bangsa lewi tidak menunjukkan sikap berpengasihan langsung. Amsal 3:27 Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya. Belas kasihan bermakna kita memberi kepada mereka yang memerlukan, bukan kerana kelayakan mereka. Kita juga tidak layak menerima belas kasihan Tuhan, tetapi kerana kasih kurnianya yang besar, kita orang orang berdosa menerima belas kasihan Tuhan. Roma 12:8 mengatakan bahawa kita yang diberkati haruslah memberikan kepada orang lain dengan murah hati dan dengan belas kasihan. Alkitab mengatakan bahawa kita lakukan semua ini dengan sukacita. Kita yang diberkati, haruslah memberkati. Amsal 3:27 (AVB) Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya. #2: Berpengasihan bermakna kita memberikan orang lain peluang yang kedua (second chance) Apabila orang melukakan perasaan kita, perkara yang pertama yang melintas fikiran kita ialah untuk membalas dendam. Tetapi, Tuhan memberikan kita belas kasihan dan Mikha 7:18-19, adalah sikap belas kasihan Tuhan kepada kita. Mikha 7:18-19 18 Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi. 19 Dia akan kembali mengasihani kita, Dia akan menginjak-injak kesalahan kita. Engkau akan membuang segala dosa kami ke laut yang dalam. Tuhan kita adalah Tuhan yang baik. Dia akan mengasihani kita dan meninjak-injak kesalahan kita, dan membuangkan segala dosa kita ke lautan dalam. #3: Berpengasihan bermakna kita melakukan yang baik kepada mereka yang kita benci. Ini adalah bertentangan dengan pola pemikiran dunia. Lukas 6:36 36 Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan. Ayat yang sebelumnya (ayat 35) Adalah berkenaan dengan mengasihani dan berbuat baik kepada musuh kita dan orang yang menyakiti hati kita. Adalah berkenaan dengan meminjam wang kepada orang (dengan tidak mengharapkan apa-apa). Adalah berkenaan dengan berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang yang zalim. Kita diperingatkan untuk mengasihi orang yang tidak kita suka seperti, musuh, orang zalim dsb. Lukas 6:36 (AVB) 36 Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan. #4: Berpengasihan bermakna kita berbuat baik kepada mereka yang menyinggung kita, supaya injil diberitakan. Kita haruslah lebih fokus kepada memenangi jiwa orang lain kepada Kristus daripada kita memenangi dengan hujah-hujah kita atau “debate” kita. Yudas 1:22-23 22 Amalkan sikap belas kasihan kepada orang yang kurang yakin. 23 Berusahalah menyelamatkan orang daripada api. Namun demikian, tunjukkan belas kasihan sesama manusia dengan gentar. Bahkan bencilah pakaian mereka yang dinodai oleh hawa nafsu duniawi. Kita menginjili dengan penuh belas kasihan tetapi kita lakukan semua ini dengan kebenaran di dalam Yesus Kristus, dan menyelamatkan mereka daripada api kehancuran. #5: Berpengasihan bermakna kita membina jambatan kasih kepada mereka yang dipandang rendah. Ini adalah “intentional mercy” ataupun “belas kasihan yang dilakukan dengan sengaja.” Kita lakukan ini kepada: Kepada mereka ditindas, Kepada mereka dikeji, Kepada mereka dianiaya, Kepada “rejects of society”, Kepada “orang yang ditolak oleh masyarakat” Kepada mereka “orang buangan” atau “outcast”. Kepada mereka yang tidak popular. Apabila orang farisi mempersoalkan mengapa Yesus makan bersama dengan pemungut cukai, Iaitu orang yang dipandang rendah oleh orang Yahudi pada ketika itu Kerana pemungut cukai adalah terkenal dengan penipuan dan orang yang berdosa.. Yesus menjawab di dalam Matius 9:13 bahawa Tuhan menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan. Maka Dia datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang yang berdosa.” Ini adalah pernyataan Yesus yang dia petikkan dari Hosea 6:6 Yesus mengajar mereka bahawa apa yang Allah inginkan adalah belas kasihan dan bukan korban sembelihan. Kita harus membina jambatan kepada mereka yang dipandang rendah. Kepada mereka yang berdosa. Cara pemikiran Alkitab adalah bertentangan dengan pola pemikiran dunia. Kita memerlukan pertolongan Tuhan. Kita membantu orang yang di dalam kesedihan. Kita memberikan orang lain peluang yang kedua dan seterusnya. Kita melakukan yang baik kepada mereka yang kita benci. Kita berbuat baik kepada mereka yang menyinggung kita. Kita membina jambatan kasih kepada mereka yang tidak popular. Inilah kunci yang ke 5 yang menukarkan paradigma pemikiran kita dan minta pertolongan Tuhan untuk memberikan kita kebijaksanaan yang murni. Sebagai pengakhiran, sesi ini dengan berdoa Yakobus 3:17. Mari kita berdoa: DOA: Tuhan, terima kasih, atas Firman mu. Hari ini, kami minta pertolongan Tuhan untuk kami menukarkan pola pemikiran kami daripada keduniaan kepada yang berasal dari syurga. Supaya kami bersifat murni, Supaya kami mencintai kedamaian, Supaya kami lemah lembut dan ramah-tamah. Supaya kami bersikap belas kasihan serta mengamalkan segala jenis perbuatan baik. Supaya kami tidak bersikap berat sebelah dan tidak munafik atau bertalam dua muka. Dan supaya kami mampu melakukan semua itu, dengan pertolongan Roh Kudus. Terima Kasih Tuhan, inilah doa kami.. Di dalam nama Yesus Kristus, Amen. Yakobus 3:17 Sebaliknya, apabila seseorang memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga, maka dia bersifat murni, mencintai kedamaian, lemah lembut dan ramah-tamah. Dia juga bersikap belas kasihan serta mengamalkan segala jenis perbuatan baik. Dia tidak bersikap berat sebelah dan tidak munafik atau bertalam dua muka. Matius 9:13 Kajilah erti ayat ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.’ Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa. Soalan Renungan: 1. Apa yang anda faham tentang 3 sebab mengapa kita harus menunjukkan sifat belas kasihan? 2. Apakah diantara 5 langkah praktikal yang anda rasa perlu diperbaiki dalam hidup anda secara peribadi? Kongsikan. Elder Ann WK
- Lapar & Dahaga Kebenaran
Matius 5:6 (AVB) Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. Mengapa harus kita mementingkan perbenaran, saudara? ● Kawan-kawan kolej kita tidak kisah tentang perbenaran. ● Jiran-jiran kita pun tidak kisah tentang perbenaran. ● Rakan seperkejaan kita tidak kisah tentang perbenaran. ● Kebanyakan orang di dunia pun tidak kisah tentang perbenaran Tetapi… Amsal 12:28 Hidup ada di jalan yang benar, dan di jalan itu tidak ada yang menuju maut. ● 2 sebab mengapa perbenaran adalah penting di dalam hidup kita: Sebab pertama: ia adalah satu-satunya jalan menuju kepada kehidupan kekal iaitu, jalan ke syurga. Sebab kedua: ia adalah satu-satunya jalan untuk kehidupan kita di dunia yang sekarang ini. Sebab pertama adalah berkenaan dengan posisi kerohanian kita di mata Tuhan dan sebab kedua ialah berkenaan dengan perlakuan gaya hidup kita di dunia ini. Mari kita “journey together”, sama-sama belajar, kunci berkat yang ke-4, iaitu “lapar dan dahaga akan perbenaran.” Kita renungkan bahagian firman Tuhan ini, dengan bertanyakan 2 soalan: 1. Bagaimana Tuhan membenarkan kita secara rohani? (Posisi kerohanian kita) 2. Bagaimana kita dapat mengekalkan kelaparan dan kedahagaan rohani kita, untuk Tuhan, untuk sepanjang hidup kita? (Perlakukan gaya hidup kita) Soalan #1: Bagaimana Tuhan membenarkan kita secara rohani? ● Yang pertama: adalah berkenaan dengan posisi kita. ● Ia adalah berkenaan dengan perhubungan kita dengan Tuhan ● Roma 1:17 Kerana di dalamnya perbenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Orang benar akan hidup dengan iman.” ● Kita diperbenarkan kerana iman kita kepada Tuhan dan bukan kerana perbuatan diri kita. Kita tidak menjadi lebih benar, dengan membuat perbuatan lebih baik ataupun kita tidak menjadi kurang benar, dengan membuat perbuatan lebih jahat. ● Kita diperbenarkan, melalui iman kita kepada Tuhan. Roma 1:17 (AVB) Kerana di dalamnya perbenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Orang benar akan hidup dengan iman.” Yesus mengatakan “Akulah kebenaran”. ● Bukan sahaja, dia mengajar yang benar, ● atau mengatakan yang benar, ● tetapi Yesus adalah kebenaran ! Kebenaran adalah bergantung kepada seorang peribadi, iaitu Yesus Kristus. Oleh itu, posisi kita secara rohani adalah bergantung kepada siapa Tuhan dan kasihnya kepada kita dan tidak bergantung kepada perbuatan kita. ● Kita tidak boleh membuat kasih Tuhan kepada kita lebih ataupun kurang. ● Kerana Tuhan kita adalah kasih. God is love. Soalan #2: Bagaimana kita dapat mengekalkan kelaparan dan kedahagaan rohani kita ? ● Supaya besok kita akan mengenal Tuhan lebih mendalam daripada hari ini. ● Supaya minggu depan kita akan menjadi lebih dekat dengan Tuhan daripada minggu yang lepas. ● Supaya tahun depan, kita akan menjadi lebih bijak dan rapat dengan Tuhan daripada tahun yang sebelumnya. Kemampuan kita mengekalkan kelaparan dan kebahagiaan kita adalah bergantung kepada posisi kita yang pertama. Hanya apabila kita menerima Yesus secara iman, barulah kita mampu melakukan bahagian yang kedua ini. Doktor akan mengatakan jikalau kita tidak mempunyai selera makan (appetite), maknanya kita sakit: ● Apabila kita sakit dan demam selera makan kita akan turun. ● Kehilangan selera makan, akan memberikan kita tanda, bahawa ada sesuatu yang tidak mengena, dengan kehidupan ataupun badan kita. Sama juga secara rohani. ● Jikalau kita tidak selera untuk mengenal Tuhan, ● Jikalau kita tidak dahaga akan perbenaran Tuhan, Ada sesuatu yang tidak mengena dengan kerohanian kita. ● Kita tidak sihat secara rohani. ● Tubuh rohani kita memerlukan perlakuan gaya hidup yang baru. New life-Style. Persoalannya, apakah New Life Style rohani kita? Iaitu apakah Gaya hidup rohani kita yang baru? 5 langkah praktikal yang boleh kita lakukan, untuk kita sentiasa berada di dalam keadaan kelaparan dan kedahagaan akan perbenaran. Langkah yang boleh kita lakukan: #1: Kita Ingat tentang kasih Tuhan kepada kita. Setiap hari, kita ingatkan diri kita betapa besar kasihnya kepada kita. Kerana lebih kita mengenali bahawa Tuhan mengasihi kita, lebih kita akan mengasihi Tuhan. Ada kalanya saudara, kita mengatakan masalah rohani kita ialah kerana kita tidak mengasihi Tuhan secukupnya. Tetapi, izinkan saya katakan bahawa, punca masalah kita bukanlah kerana kurang mengasihi Tuhan, tetapi masalah kita, ialah kita tidak mengenali kasih Tuhan yang sebenarnya. Efesus 3:17-19 17 Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, 18 akan mengerti bersama semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus, 19 dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. ● Apabila kita mengenali kasih Tuhan, kita akan dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. ● Jikalau kita benar-benar mengenali kasih Tuhan untuk kita, kita tidak ada pilihan lain kecuali mengasihi-Nya. Jadi untuk kita mengekalkan kelaparan dan kedahagaan kita, kita harus mengenali dan ingat betapa besarnya kasih Allah untuk kita. Efesus 3:17-19 (AVB) 17 Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, 18 akan mengerti bersama semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus, 19 dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. #2: Kita berhenti makan makanan yang tidak berkhasiat (junk food) Kita harus berhenti makan spiritual junk food. Jikalau kita mahu memenuhi kekosongan hidup kita dengan Gaji kita Status kita Kejayaan kita Seks Posisi kita Kekayaan kita Harta benda kita Kekosongan kita tidak akan dipenuhi. Kekosongan kita hanya boleh dipenuhi melalui seorang peribadi, iaitu Yesus Kristus. Amsal 15:14 Hati orang yang berpengertian mencari pengetahuan, tetapi mulut orang yang bebal menelan kebodohan. Jangan kita telan atau makan yang bodoh atau junk food di dalam bahasa harian kita. Jikalau kita selalu berfikir tentang sukan, politik, business, duit, kerjaya, hobi dsb kita tidak akan ada kelaparan dan kehausan untuk Tuhan. Semua, itu tidak salahnya, tetapi: jikalau kita hanya memenuhi perut rohani kita dan dahaga rohani kita dengan spiritual junk food, badan rohani kita tidak akan sihat. Marilah kita makan dengan makan rohani yang berkhasiat, seperti yang tertulis di dalam Yesaya 55:2 Amsal 15:14 (AVB) Hati orang yang berpengertian mencari pengetahuan, tetapi mulut orang yang bebal menelan kebodohan. #3: Kita bersama dengan orang yang seiman Agar kita senantiasa berada dalam keadaan lapar dan dahaga akan perbenaran. Amsal 2:20 Dengan demikian engkau dapat menempuh jalan orang baik-baik, dan tetap berada di jalan orang benar. Maksudnya, jikalau kita mahu berjalan di dalam jalan kebenaran, kita harus bersama dengan orang yang baik- baik. Gereja dan kelompok sel adalah tempatnya. Mereka akan memastikan kita berjalan di jalan orang yang benar. Bila kita luangkan masa dengan orang yang lapar rohani, kerana mereka akan mendorong kita sentiasa lapar dan dahaga akan makanan dan minuman rohani. Amsal 2:20 (AVB) Dengan demikian engkau dapat menempuh jalan orang baik-baik, dan tetap berada di jalan orang benar. #4: Kita membaca Firman Tuhan setiap hari. Alkitab adalah makanan rohani kita. Alkitab mengatakan bahawa firman Tuhan adalah roti, daging, susu dan madu. Alkitab menggunakan metafor, Firman Tuhan sebagai makanan. Matius 4:4 Yesus menjawab, “Telah tersurat: ‘Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah. 1 Petrus 2:2 Seperti bayi yang baru lahir, hendaklah kamu selalu haus akan air susu suci firman Allah, supaya kamu bertumbuh subur sehingga beroleh penyelamatan. Kita perlu membaca Alkitab setiap hari: 2 Tim 3:16 Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah , dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran. Perhatikan di sini, Firman Tuhan adalah untuk mendidik ke arah kebenaran. Bagaimana kita mengekalkan selera rohani kita ke arah perbenaran? Dengan membaca Alkitab setiap hari #5: Kita menjadikan Tuhan sebagai no.1 tujuan hidup kita. Bukan kejayaan, Bukan kegembiraan, bukan berkat. Mazmur 63:1 Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari- Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui- Mu, di tanah gersang tandus tanpa air. ' Daud menulis Mazmur ini di padang pasir Judah. Jikalau kita di dalam padang pasir kerjaya kita. Jikalau kita di dalam padang pasir perhubungan suami-isteri atau perhubungan dengan orang lain Jikalau kita di dalam padang pasir punca pendapatan Jikalau kita di dalam padang pasir emosi kita, Kita mencari hadirat Tuhan, kita dahagakan perbenaran Tuhan. Matius 6:33 Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. Kerajaan Allah dan perbenaran-Nya menjadi: Prioriti hidup kita Tujuan utama kita Nombor 1 di dalam hidup kita Siapakah perbenaran? Yesus Kristus, kerana Dia adalah benar. Inilah kunci berkat yang ke-4, “Kita lapar dan dahaga akan perbenaran”. Dan kita akan dipuaskan. Dan ini hanya diperolehi dengan perhubungan kita dengan Yesus Kristus. Dan apabila kita berada di dalam sikap ini, kita akan diberkati. Matius 6:33 (AVB) Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. DOA Tuhan, terima kasih, atas Firman-Mu. Hari ini, kami minta pertolongan Tuhan untuk kami terus lapar dan dahaga tentang perbenaran Tuhan dan “aktivatkan” selera kami untuk perkara-perkara yang rohani. Ajar kami untuk sentiasa berada di dalam kedahagaan dan kelaparan makanan rohani. Supaya kami ingat tentang betapa besarnya kasih Allah untuk kami. Supaya kami tidak lagi telan makanan yang tidak berkhasiat tetapi yang berkhasiat. Supaya kami sentiasa bersama dengan orang yang beriman Supaya kami sentiasa rindukan pembacaaan dan renungan firman Tuhan Supaya kami menjadikan Kristus sebagai nombor 1 di dalam hidup kami. Dan dengan pertolongan Roh Kudus, kami mampu melakukan semua itu. Terima Kasih Tuhan, inilah doa kami. Di dalam nama Yesus Kristus, Amen. Soalan Renungan: 1. Apakah antara 5 langkah praktikal yang perlu anda perbaiki dalam hidup anda? 2. Pernahkah anda merasa lapar dan haus rohani? Kongsikan. Elder Ann WK
- Lemah Lembut
Matius 5:5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. Ini adalah pernyataan yang sangat “extravagant” (murah hati) yang diberikan Tuhan kepada kita. Kita yang lemah lembut akan mewarisi bumi. ini adalah pernyataan yang mencabar pemikiran kita juga. Apakah anda benar-benar mempercayainya? Yesus menyatakan “Akulah kebenaran” Bukan sahaja, dia mengajar yang benar, atau mengatakan yang benar, tetapi Yesus adalah kebenaran ! Jikalau Yesus mengatakan bahawa orang yang lemah lembut akan mewarisi dunia, itulah yang benar kerana dia adalah kebenaran. Tiada yang palsu datang daripada nya. Di dalam dunia yang mencabar ini, kita fikirkan bahawa lemah lembut adalah satu kelemahan. Sebaliknya saudara, orang yang lemah lembut adalah orang yang paling kuat di dalam dunia ini. Orang yang lemah adalah : Orang yang sombong Orang yang bangga Orang yang memaksa Orang yang kasar dsb. Kelemahlembutan, bukanlah kelemahan, tetapi adalah satu kekuatan di dalam kawalan. (Meekness is not weakness, but strength under control). Dalam metafora: Orang yang lemah lembut adalah seolah-olah seperti seekor kuda liar yang telah dijinakkan. Seekor kuda yang liar, adalah seekor kuda yang penuh dengan kekuatan. Ia akan menendang sesiapa yang duduk di atasnya. Tetapi jikalau kuda yang liar ini dilatih dan dijinakkan, kuda ini dapat digunakan oleh tuan-empunya kuda tersebut Maksudnya, tuan-empunya kuda dapat menunggang dan menggunakan kuda ini untuk tugasan yang disediakan oleh pemiliknya. Sama juga dengan kita, kita semua yang dahulunya liar, jikalau kekuatan kita di kawali seperti kuda liar yang dijinakkan. Sekarang boleh digunakan oleh master (Boss) kita, iaitu Allah kita. Apabila kita merendahkan diri dan mempunyai sikap lemah lembut, Iaitu, dengan mempunyai kekuatan di dalam kawalan, Tuhan dapat menggunakan kita untuk kemuliaan-Nya, sesuai dengan rancangannya. Lebih daripada itu, janji Tuhan kepada kita, adalah “kita akan mewarisi bumi”! Kita sudah lihat, bahawa, kekuatan yang di dalam kawalan ini boleh digunakan oleh Tuhan untuk kemuliaan-Nya. Inilah kunci berkat yang ke-3 yang Tuhan berikan kepada kita. Sikap lemah lembut datangnya daripada Tuhan dan bukan kekuatan diri kita sendiri. Ia adalah hasil buah Roh yang diperolehi melalui perhubungan kita dengan Tuhan. Galatia 5:22-23 (AVB) 22 Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini. Persoalannya, apakah berkat yang Tuhan berikan kepada orang yang lemah-lembut? #1: Kita akan di diberkati Tuhan. Kita tahu beatitudes yang ke-3 ini berkenaan dengan orang yang lemah lembut, akan mewarisi dunia! Mazmur 37:11 Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi dan akan bersukacita dengan kesejahteraan yang melimpah-limpah. Ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai yang dipromosikan dunia. Dunia selalu mengatakan bahawa orang yang agresif, tamak, bangga, kasar, menekan dan sebagainya akan menang. Tetapi Alkitab mengatakan orang yang lemah lembut akan menarik berkat Tuhan. Jadi mari kita tukar paradigma kita hari ini, selaras dengan Firman Tuhan. Mazmur 37:11 (AVB) Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi dan akan bersukacita dengan kesejahteraan yang melimpah-limpah. #2: Kita akan menenangkan kemarahan dan memadamkan konflik. Sikap lemah lembut akan memadamkan konflik. Kelemahlembutan adalah seperti air yang dicurahkan kepada api kemarahan. Ia adalah seperti penawar kepada konflik. Pernahkah anda berada di dalam situasi konflik dan perselisihan-faham yang tegang? Amsal 15:1 (AVB) Jawapan yang lemah lembut meredakan murka, tetapi perkataan yang tajam membangkitkan amarah. Di dalam otak manusia, ada neuron yang kita katakan “mirror neurons” ataupun neuron cermin: Apabila kita marah, orang yang berhadapan dengan kita akan marah Apabila kita bertutur dengan suara yang lembut, orang yang berhadapan dengan kita, juga akan membuat yang sama. Jadi saudara, sikap kelemah-lembutan kita akan memadamkan amarah dan menjadi penawar kepada konflik. Kita menukar suasana yang tegang menjadi tenang. #3: Kita mampu meyakinkan orang lain Amsal 25:15 (AVB) Dengan kesabaran seorang penguasa pun dapat diyakinkan, dan lidah yang lembut dapat mematahkan tulang. Ini adalah salah satu skill-set yang jarang di ajar di marketplace, tetapi, Alkitab mengatakan kelemah- lembutan akan meyakinkan orang lain. Juga, di dalam penginjilan kita, kita harus memberikan jawaban dengan lemah lembut. 1 Petrus 3:15 (AVB) Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat. Kita memberi jawaban iman kita dengan lemah-lembut. Amsal 25:15 (AVB) Dengan kesabaran seorang penguasa pun dapat diyakinkan, dan lidah yang lembut dapat mematahkan tulang. 1 Petrus 3:15 (AVB) Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat. #4: Kita akan memperoleh kehormatan Amsal 29:23 (AVB) Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan. Mungkin anda pernah mendengar tentang mendiang Mother Theresa. Mother Theresa adalah seorang perempuan yang kecil, 5 kaki tingginya. Seorang Nun dari Romania. Apabila beliau berdiri di hadapan pemimpin-pemimpin dunia, semua pemimpin akan memberikannya hormat. Mengapa? Kerana dia adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Amsal 29:23 (AVB) Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan. Jikalau, kita mahu belajar, sikap rendah hati, mari kita libatkan diri di dalam membantu mereka-mereka yang tertindas dan memerlukan bantuan. Seperti Mother Theresa. Lebih kita membantu mereka yang benar-benar memerlukan, kita akan belajar “humility” dan kelemah- lembutan. #5: Kita akan menjadi pemimpin yang baik seperti Yesus Harvard Business Schools ada pernah mengatakan bahawa “the best leaders are humble leaders.” Iaitu pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang rendah hati. Jikalau kita mahu belajar menjadi pemimpin yang baik, kita harus mempunyai sikap lemah lembut. Pemimpin teragung, Yesus - adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Matius 11:29 (AVB) 29 Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Yesus mengatakan bahawa dia adalah lemah lembut dan rendah hati. Musa, seorang pemimpin yang digunakan Tuhan, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Abraham Lincoln, bekas presiden Amerika Syarikat, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Martin Luther King seorang pemimpin “civil rights movement” (Gerakan hak sivil) yang menentang penindasan warna kulit, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Mahatma Gandhi , seorang peguam yang berjaya membebaskan India daripada penjajahan British, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Inilah kunci yang ke-3 dari 8 berkat Tuhan di dalam hidup kita, iaitu kelemah-lembutan. Walaupun dunia mengajar kita untuk menjadi agresif,tamak dan menekan tetapi Yesus mengatakan kelemah-lembutan adalah karakter yang harus kita kejar: kerana dengan kunci ini, kita akan diberkati. Tuhan kita, pencipta kita, tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia adalah Tuhan yang baik. Doa: Tuhan, terima kasih atas firman mu. Hari ini, kami telah mempelajari “beautitudes” yang ketiga, iaitu kami diberkati apabila kami mempunyai sikap lemah-lembut . Kami berdoa campur tangan Tuhan mengajar kami sikap lemah-lembut: Supaya kami akan diberkati Tuhan Supaya kami mampu menenangkan kemarahan dan memadamkan konflik Supaya, kami mampu meyakinkan orang dan memberikan berita baik, iaitu, injil dengan efektif. Supaya, kami akan memperolehi kehormatan Supaya, kami akan menjadi pemimpin yang baik seperti Yesus. Terima kasih Tuhan, hari ini, kita minta campur tangan Tuhan di dalam kehidupan kami dan ajar kami kelemah-lembutan. Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa, Amen. Soalan Renungan: 1. Apakah yang anda dapat dari pembelajaran ini mengenai kelemah lembutan? Bagaimana anda mengaplikasikannya dalam hidup anda? 2. Berikan contoh orang di sekeliling anda yang anda rasa menunjukkan nilai kelemah lembutan. Elder Ann WK
- Bersedih
Anda juga boleh gunakan renungan ini sebagai renungan harian atau digunakan untuk melakukan discovery bible study secara peribadi atau bersama dengan teman-teman kita di dalam atau di luar kelompok sel. 5 langkah untuk kita melakukan DBS: S.O.A.R.S Scripture (Firman Tuhan untuk hari ini) Observation (Pemerhatian kita tentang firman Tuhan hari ini) Application (Apa yang boleh kita aplikasikan di dalam hidup kita) Response (Doa kita di dalam meresponi firman Tuhan) Sharing (Siapa yang boleh kita kongsikan firman Tuhan ini) Hidup kita di dalam dunia ini bukan senang, kerana kita hidup di dalam dunia yang “broken”, yang hancur. Sejak daripada kejatuhan Adam dan Hawa ke dalam dosa, dunia yang kita hidup sekarang ini bukanlah yang sempurna. Cuaca tidak sempurna. Tubuh kita tidak sempurna. Kita akan dijangkiti virus dan penyakit dsb Ekonomi dunia tidak sempurna kerana ketamakan manusia. Perhubungan tidak sempurna Perhubungan suami-isteri tidak sempurna Oleh itu, di dalam hidup kita, kita tentu akan menghadapi kekalahan dan kekecewaan. Tidak ada yang terkecuali. Persoalannya, bagaimana kita boleh bangkit mengatasi masalah kita? Rise up above our problems. Matius 5:4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Apakah yang terlintas di dalam fikiran anda, apabila Yesus mengatakan bahawa kita yang bersedih akan diberkati? Berkat Tuhan di dalam kesedihan kita, ialah kita akan mendapat penghiburan. Matius 5:4 (AVB) Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Sebelum kita bermula, kesedihan yang saya bicarakan di sini adalah menyentuh tentang 2 jenis kesedihan: Yang pertama - kesedihan kita tentang dosa Kita patah hati dan menyesal tentang perbuatan dosa kita. Yang kedua - kesedihan kita tentang hidup yang kita alami, seperti kehilangan seseorang yang kita kasihi. Pengkhotbah 3:1,4 1 Bagi segala sesuatu ada musimnya, dan bagi sesuatu apa pun di bawah kolong langit ada waktunya. 4 ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk ketawa; ada waktu untuk meratap; ada waktu untuk menari. Alkitab mengatakan ada masa kita untuk bersedih dan ada masa untuk kita bersuka-cita. Tuhan mengatakan bahawa hidup kita adalah tidak akan penuh dengan sukacita setiap waktu sahaja, tetapi ada masanya kita bersedih. Persoalannya, bagaimana Tuhan memberkati orang yang bersedih? #1: Allah akan membawa kita dekat kepadaNya. Di dalam kesedihan kita, Tuhan akan membawa kita dekat kepadaNya. Mazmur 34:18 Tuhan merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal. Tuhan sentiasa rapat dengan orang yang patah hati. Inilah berkat Tuhan apabila kita di dalam kesedihan. Ibrani 13:5b …. “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.” Tuhan tidak akan meninggalkan kita dan membiarkan kita. Di dalam kesedihan kita, kita harus sedar bahawa Tuhan ada bersama dengan kita. Rapat dan dekat dengan kita. Berkat Tuhan di dalam kesedihan, ialah untuk membawa kita kepadanya. Mazmur 34:18 (AVB) Tuhan merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal. Ibrani 13:5b (AVB) …. “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.” #2: Allah akan bersedih dengan kita. Kita mempunyai kemampuan untuk bersedih kerana kita diciptakan di dalam imej Tuhan. Kita bukan binatang yang tidak mampu bersedih. Di dalam kesedihan kita, Tuhan akan bersedih dengan kita. Di dalam Yohanes 11:33, apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang bersamanya, turut mengalirkan air mata, Yesus sungguh hiba dan terharu. Di dalam terjemahan lain, apabila Maria menangis, hati Yesus tersentuh dan Yesus juga mula menangis kerana Dia mengasihi Lazarus. Kesedihan adalah bukti kasih. Yesus menangis, kerana dia mengasihi Lazarus. Hari ini, ketahuilah bahawa Tuhan mengasihi kita, sebab itu Tuhan akan bersama dengan kita. #3: Allah memberikan kita keluarga Tuhan Hidup kita bukanlah bersendirian. Kita memerlukan teman-teman seiman di dalam kesedihan kita. Gereja dan Cell Group adalah tempatnya. Roma 12:5,10,15 5 begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki. 10 Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; 15 Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. Kita saling mengasihi, menghormati, bergembira dan menangis. Kita memerlukan keluarga Tuhan. Tuhan akan sediakan. Roma 12:5,10,15 (AVB) 5 begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki. 10 Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; 15 Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. #4: Allah menggunakan kesedihan untuk pertumbuhan kita. CS Lewis pernah mengatakan, Tuhan berbisik di dalam kegembiraan kita, tetapi Tuhan berteriak di dalam kepahitan kita. Roma 8:28 Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya. Di sini kita lihat, di dalam semua hal, Tuhan bekerja untuk kebaikan kita, termasuk di dalam kesedihan kita. kesedihan dan kesusahan yang kita alami adalah sedetik tetapi ia akan membawa kita ke kemuliaan yang tanpa bandingannya. (2 Korintus 4:17-18) Tuhan kita adalah Tuhan yang baik. Roma 8:28 (AVB) Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya. #5: Allah menggunakan kesedihan untuk kita membantu orang lain. Jangan kita membazirkan pengalaman kesedihan dan kepahitan kita. Tuhan boleh menggunakan kesedihan dan kepahitan kita untuk memberkati orang lain. Tuhan mahu kita berpaling fokus kita daripada masalah kita kepada memberkati orang lain. Paulus mengatakan : 2 Korintus 1:4 Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah. Inilah Tuhan kita. Tuhan mahu menghiburkan kita di dalam kesedihan supaya kita mampu menghiburkan orang lain yang mengalami yang sama. Panggilan hidup kita adalah lebih besar daripada kehidupan diri kita sendiri. 2 Korintus 1:4 (AVB) Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah. Jadi saudara, jikalau kita sedang mengalami kesedihan, Tuhan mengatakan diberkatilah kita, kita akan dihiburkan. Bukan dengan penghiburan manusia, tetapi sumber penghiburan datang daripada Tuhan sendiri. Kita telah sama-sama belajar, beberapa cara di mana Tuhan memberkati kita di dalam kesedihan. Inilah kunci berkat yang kedua, apabila kita sedih, Tuhan yang akan menghiburkan kita. Tuhan kita adalah Tuhan yang baik. DOA Tuhan, terima kasih atas firman mu. Hari ini, kami telah mempelajari “beautitudes” yang kedua, iaitu kami diberkati apabila kami bersedih dan kami akan dihiburkan. Kami minta campur- tangan Tuhan di dalam kesedihan kami supaya kami dihiburkan. Supaya kami dibawa dekat dengan Tuhan Supaya kami mendapat belas kasihan Tuhan Supaya Tuhan menyediakan keluarga Allah untuk kami. Supaya karakter kami bertumbuh Supaya kami mempunyai kekuatan untuk memberkati orang lain yang memerlukan penghiburan, Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen. Soalan Renungan: 1. Ceritakan satu momen yang menyedihkan dalam hidup anda. Dari sana apa yang anda pelajari dan berkat yang anda alami dalam kesedihan anda? 2. Daripada 5 point “Bagaimana Tuhan memberkati orang yang bersedih”, yang manakah paling relevan dengan anda? Kenapa? Elder Ann WK
- Miskin Kerohanian
Yesus memulakan kotbah ini dengan menyatakan 8 cara untuk menerima berkat Tuhan ke dalam hidup kita. Yesus mempersiapkan 8 syarat untuk kita menerima berkat Tuhan. Di dalam Matius 5. Yesus melihat ramai orang, pada satu ketika, lalu dia pun mendaki ke atas bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-muridnya kepadaNya Dan dia mula mengajar. Inilah yang akan kita hayati di dalam 8 sesi. Ajaran Yesus yang mengenai “Hidup di dalam berkat Tuhan.” Mereka semua datang untuk mendengar tentang kerajaan Allah. Dan Yesus berbicara kepada orang ramai dengan penuh otoriti. Sebelum kita bermula, 8 berkat ini bukanlah datang daripada kekuatan dan kemampuan kita sendiri, tetapi, adalah melalui Yesus Kristus. Inilah masanya saudara kita sedar dan memberikan komitmen hidup kita kepada juru selamat kehidupan kita. Amen saudara. Jikalau kita belum pernah menerima Yesus sebagai Juru Selamat kita, inilah masanya untuk kita berbuat demikian. Pelajaran 1 : Mari kita membaca: Matius 5:3 Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Perkataan “berkat” di dalam bahasa Yunani, ialah “happiness” atau “kegembiraan”. Tetapi ia bukanlah perkataan yang hanya menyatakan kepuasan dan keseronokan, tetapi satu perasaan sukacita yang mendalam dan tulen yang boleh kita alami. (It is the deepest and purest form of joy one can experience) Perkataan miskin pula, di dalam ayat 3 ini , bukanlah : tentang keadaan ekonomi dan nilai fizikal kita, Ataupun tentang kerendahan nilai kita. Tetapi adalah berkenaan dengan kemiskinan kita dengan “aset rohani” (spiritual assets). Yesus ada memberikan satu perumpamaan ataupun ibarat di dalam Lukas 18:9-14, yang membandingkan doa seorang Farisi dengan seorang pemungut cukai. (pemungut cukai pada ketika itu, terkenal dengan penipuan dan mereka bekerja dengan kerajaan yang “corrupt”). Orang Farisi masuk ke bait suci lalu berdoa bahawa dia: Bukanlah orang yang tamak Bukanlah orang yang menipu Bukanlah orang yang berzina Bukan seperti pemungut cukai, Dia berpuasa 2x seminggu. Dan memberikan persepuluhan Orang Farisi memberikan senarai “aset rohani” Nya kepada Tuhan. Seolah-olah dia menunjukkan kekayaan rohaninya, berbanding dengan pemungut cukai. Kita lihat, berbanding dengan pemungut cukai: Dia berdiri jauh sedikit di Bait Suci Dia tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada. Dan berkata “Ya, Allah, kasihilah hamba, orang yang berdosa ini”. Dia mengaku bahawa dia adalah seorang yang “miskin rohani” Yesus berkata di dalam ayat 14, Lukas 18:14 “Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” Tiada salahnya kita ditinggikan tetapi hanya siapa yang meninggikan kita: Jikalau kita meninggikan diri sendiri, kita akan direndahkan. Jikalau Tuhan yang meninggikan kita, kita berdiri di atas dasar yang kukuh. Lukas 18:14 (AVB) Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” Jadi saudara, hari ini, jikalau kita mahu diberkati, kita harus mempunyai sikap “kemiskinan rohani”. Ini adalah sikap yang bergantung kepada Tuhan. Apabila Yesus mengatakan, “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.” Ini berbicara tentang ketergantungan kita kepada Tuhan. Bukan diri kita sendiri, tetapi kita bergantung kepada Tuhan. Beberapa langkah bagaimana kita hidup bergantung kepada Tuhan : Kita bergantung kepada hikmat Tuhan, bukan diri kita. Bagaimana kita mencari hikmat Tuhan? Melalui Alkitab. (Amsal 14:12, 3:5-7). Kita bergantung kepada kekuatan Tuhan, bukan kekuatan kita (Yesaya 40:31, Mazmur 71:16a, Mazmur 73:26, 2 Korintus 12:8-10) Kita bergantung kepada masa yang ditentukan Tuhan, bukan masa kita. (God’s timing) (Pengkhutbah 3:11a, Yesaya 60:22b, Mikha 7:7) Kita bergantung kepada pembelaan Tuhan bukan kita. Kadang-kadang kita disalah-fahamkan. Biar Tuhan yang membela kita. (1 Petrus 2:23, Mazmur 2:12) Kita bergantung kepada kekayaan Tuhan dan bukan kita. (Filipi 4:19, Yohanes 10:10b) Inilah “The Beatitudes” iaitu “Ucapan Bahagia” yang pertama. Kesimpulan : Ia adalah dasar untuk 7 berkat yang seterusnya. Semua yang lain, tidak akan kita fahami jikalau kita tidak menyedari bahawa, kebergantungan kita adalah kepada Tuhan dan hanya Tuhan. Kita adalah manusia biasa yang miskin rohani. Sumber kekayaan rohani kita adalah Tuhan sendiri. Soalan Renungan 1. Apakah kemiskinan rohani yang anda rasa ada dalam hidup anda? 2. Jika ada, apakah tindakan yang anda akan lakukan? dalam hidup kita. Elder Ann WK
- Doa Yabes
Oleh Pr Andrew Jalong
- S'gala Hormat : Malaysian Worship Collective
S’GALA HORMAT | Malaysian Worship Collective Lirik & Melodi: Cray Maxwell Produser Eksekutif: Gina Yap Lai Yoong Produser: Phoebe Tsen Penggubah Muzik: Hezron Diman Vokal: Cray Maxwell Suara Latar: Ivy Ong & Jordan Quek Keyboard & Synth: Christopher Sarapin Gitar Elektrik: Rento Dinsim Bass: Hezron Diman Dram: Neil Nicholas Masrin Adunan Muzik: Icco Elnoel Mastering: Nick Lee Video Lirik: Gina Yap Lai Yoong ℗&© 2021 Four Forty Records Performed by the Malaysian Worship Collective Mengenai Penulis/Penggubah Lagu Cray Maxwell adalah penyanyi dan penulis lagu dari Kota Belud, Sabah. Beliau aktif melayani Tuhan dalam pelayanan pujian dan penyembahan sejak tahun 2008. Beliau adalah salah seorang anggota ‘Vitamin M’ di mana mereka bekerjasama dalam projek ‘Bina Harapan Malaysia’ untuk menulis, menyanyi dan menghasilkan lagu-lagu patriotik. Lagu ‘Malaysiaku’ adalah hasil karya beliau. Pada tahun 2018, mereka mengadakan konsert amal dari utara (Pulau Pinang) ke selatan (Johor) untuk mempromosikan perpaduan dan semangat patriotik untuk Malaysia. Antara penglibatan beliau dalam pelayanan termasuklah acara Malaysian Gospel Music bersama dengan DUMC Bahasa Worship (2018), Festival Duduk Rumah Konsert bersama dengan Zee Avi, Sada Borneo, dan banyak lagi artis tempatan (2020). Pada tahun 2021, lagu beliau S’gala Hormat dirakam dan diterbitkan dengan kerjasama Four Forty Records dan Komuniti Digital. Lagu kedua untuk tahun 2021 adalah Bersinar ft Rosyten Lapongan. Kini, Cray melayani di DUMC Bahasa sebagai pemuzik dan pemimpin pujian. Beliau juga seorang kakitangan sepenuh masa di DUMC sebagai Eksekutif Video. Untuk maklumat lanjut tentang lagu ini, layari https://www.komuniti-digital.com JIka anda berminat untuk menggunakan lagu ini untuk pelayanan anda, sila emel kami di worship@fourfortyrecords.com Mengenai Malaysian Worship Collective Untuk sekian lama, Tuhan telah memberikan lagu-lagu pujian dan penyembahan kepada Malaysia — lagu-lagu dalam bahasa ibunda kami; lagu-lagu yang diurapi oleh Roh Kudus. Namun begitu, setakat ini, terlalu sedikit lagu-lagu ini dikongsi di luar gereja masing-masing dan tidak mencapai gereja Malaysia secara menyeluruh. Pada tahun 2018, hati kami membara dengan panggilan Tuhan untuk mengumpulkan para pemimpin pujian, penulis dan penggubah lagu, pemuzik dan pendoa syafaat dari latar belakang denominasi Kristian yang berlainan untuk mengangkat suara dan irama Malaysia dalam penyembahan di alam rohani. Pelayanan kami termasuk produksi lagu, kursus penulisan lagu, bengkel pujian dan penyembahan, penyediaan sumber berkaitan penyembahan, dan pimpinan pujian dan penyembahan. Ikuti kami di halaman
- Kesediaan Mengikut Yesus
Oleh Pr Sam Surendran
- Lindungilah aku
“...Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri; sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu, lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku..,.... Maz 17:8-9 Sewaktu pemazmur dikepung oleh musuh-musuhnya yang ingin menghancurkan hidupnya maka pemazmur berdoa kepada Tuhan untuk memohon perlindungan daripada segenap usaha musuh-musuh terhadap dirinya. Dengan itu dia memohon kepada Tuhan agar Dia melindungi dirinya seperti biji mata-Nya dengan menyembunyikan dirinya di bawah naungan sayap-Nya. Menyelamatkan dirinya daripada orang jahat yang berusaha membinasakan dia. Pemazmur tahu bahawa perlindungan yang pasti hanya ada didalam Tuhan, itulah sebabnya dia datang kepada Tuhan untuk melindungi dan menyelamatkan dirinya. Bagaimanakah dengan diri anda pada hari ini? Apakah anda datang kepada Tuhan untuk perlindungan sewaktu anda dikelilingi orang yang berusaha ingin memusnahkan hidup anda. Apakah tindaka yang anda ambil? Ingat orang yang menempatkan dirinya di dalam perlindungan Tuhan akan merasa aman sebab Tuhan yang bersama-sama dengannya. Dalam Tuhan hati kita tenang dan aman. Oleh itu datanglah kepada Tuhan untuk perlindungan dan pertolongan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pertolongan dan perlindungan daripadaMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie
- Memiliki Sikap Dan Roh Yang Sama Seperti Daniel
Oleh Pr Andrew Jalong Silek












