top of page

Suci Hati


Yesaya 55:2 Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk sesuatu yang bukan makanan, dan hasil jerih lelahmu untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah Aku baik-baik dan makanlah apa yang baik. Biarlah kamu bersenang-senang dengan hidangan yang kaya khasiatnya.


Matius 5:8 (AVB) Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah


Kita semua tidak sempurna.

Kita membuat banyak kesilapan

Kita membuat perkara yang tidak seharusnya kita lakukan

Kita menyerah kalah kepada godaan

Kita hilang sabar dsb


Jikalau kita tidak berhati-hati, senang untuk kita masuk ke dalam “self condemnation” Iaitu kita mengecam diri kita sendiri.


Suara iblis akan mengatakan yang kita tidak akan berjaya dan Tuhan tidak akan memberkati kita. Kita fikir, untuk kita mendapat nikmat dan berkat Tuhan, kita memerlukan “perfect performance”, “persembahan yang sempurna”


Tetapi, Alkitab mengatakan:


2 Tawarikh 16:9a Sesungguhnya, mata Tuhan menjelajah seluruh bumi untuk memberikan kekuatan kepada orang yang tulus hati terhadap-Nya.

Tuhan tidak mencari orang yang perbuatannya sempurna tetapi Tuhan mencari orang yang yang tulus hatinya.


2 Tawarikh 16:9a (AVB) Sesungguhnya, mata Tuhan menjelajah seluruh bumi untuk memberikan kekuatan kepada orang yang tulus hati terhadap-Nya.

Tuhan tidak memandang kepada:


Kecantikan kita

Kekacakan kita

Kepandaian kita

Ijazah kita

Harta benda kita dsb.


Tetapi, lebih mementingkan kondisi hati kita

Nabi Nuh, Abraham, Musa, Daud, Paulus dsb, semua mereka adalah orang yang tidak sempurna dengan standard Tuhan.


Daud contohnya, adalah seorang yang berzina dan yang mengaturkan pembunuhan suami Betsheba. Tetapi, mereka semua disenaraikan di dalam “Hall of Fame” atau “dewan kemahsyuran” seperti yang tertulis di dalam buku Ibrani.


Nabi Nuh adalah seorang yang benar - a righteous man.

Abraham adalah seorang yang penuh dengan iman, dengan

rela mengorbankan anaknya Ishak.

Musa adalah seorang yang penuh dengan iman juga, yang digunakan Tuhan untuk membebaskan umat Israel daripada penghambaan.

Daud adalah seorang yang menyenangkan hati Tuhan (A man after God’s heart).

Paulus, pula adalah seorang “apostle” yang digunakan Tuhan untuk menyebarkan berita baik kepada “gentiles”, orang bukan Yahudi.


Tuhan lebih mementingkan “keadaan hati kita” lebih daripada “dosa kehidupan kita”. Dia melihat mengapa kita melakukan sesuatu, dan bukan apa yang kita lakukan.


Jadi hari ini, saudara, Tuhan mahu mengingatkan kita tentang

kondisi hati kita. Hati yang suci akan diberkati Tuhan. Bukan performance atau pencapaian kita.


Persoalannya, apakah berkat Tuhan apabila kita suci hati?



Berkat #1: Kita hidup dengan penuh keyakinan (Confident).


Apabila kita mempunyai kemurnian hati, kita menjadi seorang yang disukai ramai orang. Kerana kita tidak perlu hidup dengan berpura-pura.

Kita tahu siapakah kita di dalam Kristus.


Kualiti ini bukan sahaja menarik orang lain tetapi juga memberikan kita keselesaan dan keyakinan diri.


Amsal 10:9 Orang yang hidup dalam keikhlasan, aman jalannya,

tetapi sesiapa memesongkan jalannya akan diketahui juga. Apabila kita hidup dengan keikhlasan, jalan kita aman dan kita berdiri di atas dasar yang kukuh.


Amsal 10:9 (AVB) Orang yang hidup dalam keikhlasan, aman jalannya, tetapi sesiapa memesongkan jalannya akan diketahui juga.


Di dalam marketplace, satu nilai yang penting di dalam perniagaan adalah integriti, keikhlasan hati. Lebih daripada kewangan atau kebolehan atau kemampuan.


Kita diperingatkan, berkat yang pertama, hati yang suci, adalah keyakinan diri, kita tidak perlu berkata, satu perkara kepada seseorang dan perkara yang lain kepada orang lain.

Integriti kita kuat dan tidak seperti lalang. Kita berdiri di atas dasar yang kukuh. berkekalan.


Amsal 20:7 Orang benar yang hidup dalam keikhlasan, begitu

berbahagia sekali keturunannya!


Keturunan-keturunan kita akan diberkati apabila kita berhati suci dan ikhlas.

Kita akan mewariskan sesuatu yang berkekalan.


Apabila kita dipanggil Tuhan satu hari nanti:

Harta benda kita akan dibahagikan kepada keluarga kita. Semuanya akan dibelanjakan habis.

Kerja kita di pejabat akan diberikan kepada orang lain.

Segala “trophy” atau “piala” kita kumpul, mungkin akan

dibuangkan ke dalam tong sampah


Tetapi karakter kita, akan diwariskan kepada kehidupan orang lain yang akan diwariskan kepada generasi yang lain.


Amsal 20:7 (AVB) Orang benar yang hidup dalam keikhlasan, begitu berbahagia sekali keturunannya!


Berkat #2: Kita akan mendapat ganjaran yang berkeabadian (eternity).


Matius 25:21 Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’


Saudara, kita lihat perkataan yang sedikit. Kita selalu fikirkan ganjaran Tuhan adalah tentang perkara-perkara yang besar, tetapi, Tuhan mementing, kesetiaan dengan mengurus yang sedikit.


Menguruskan dengan keikhlasan, ketulusan, kemurnian dan kesucian hati.


Inilah berkat yang ke-3 kesucian hati, ganjaran yang berkeabadian.


Matius 25:21 (AVB) Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’


Berkat #3: Kita akan dekat dengan Tuhan.


Mazmur 24:3-4 Siapa yang boleh naik ke bukit Tuhan ? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya? Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu.


Kita yang bersih tangan dan murni hati adalah orang yang boleh naik ke bukit Tuhan.


Di dalam Yakobus 4:8, Alkitab menyarankan kita untuk membuat yang sama iaitu mendampingi Allah, dan Allah akan mendampingi kita.


Kita basuh bersih tangan dan kita sucikan hati kita. Dan ini boleh kita lakukan dengan pertolongan Roh Kudus. Dan apabila kita menerima Yesus sebagai Juru Selamat.


Dengan kemurnian hati:


Kita akan menikmati hadirat Tuhan.

Kita akan melihat Tuhan.

Kita dapat dekat dengan Tuhan


Mazmur 24:3-4 (AVB) 3 Siapa yang boleh naik ke bukit Tuhan ? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya? 4 Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu.

Berkat #4: Kita akan mencapai “destiny” kita.


1 Samuel 16:7 Tetapi firman Tuhan kepada Samuel, “Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.”


Jikalau kita mahu mencapai destini kita, kepada potensi kita yang sepenuhnya untuk dipilih dan dipanggil Tuhan, kita harus menjaga kesucian hati kita.


Seperti, Tuhan memilih Daud.


Manusia melihat pandang rupa, perawakan dan penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.

Jadi, untuk kita menuju ke arah rancangan dan destini kita, marilah kita sucikan hati kita dengan pertolongan Roh Kudus.


1 Samuel 16:7 (AVB)

Tetapi firman Tuhan kepada Samuel, “Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.”

Kita telah belajar tentang kunci yang ke 6, iaitu hati yang suci.


Dan apabila kita hidup dengan kesucian hati, hidup kita akan diberkati:


Kita akan hidup dengan penuh keyakinan (Confident)

Kita akan mempunyai “legacy” (warisan) yang berkekalan.

Kita akan mendapat ganjaran yang berkeabadian (eternity)

Kita akan dekat dengan Tuhan

Kita akan memenuhi destini kita.


Satu perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapat hati yang suci ialah dengan dengan menyerahkan diri kita kepada Yesus Kristus, dan kita minta Tuhan melakukan penyucian hati kita, seperti doa di dalam Mazmur 51:10 Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku.


DOA

Tuhan, terima kasih, atas Firman mu. Hari ini, kami minta pertolongan Tuhan untuk memberikan kami hati yang murni.


Supaya setiap pemikiran kami datang daripada kemurnian hati

Supaya setiap perbuatan kami datang daripada kesucian hati

Supaya setiap kehendak kami datang daripada ketulusan hati

Supaya setiap kelakuan kami datang daripada keikhlasan hati.


Kami tidak mampu melakukan semua ini tanpa pertolongan Roh Kudus.

Dan inilah doa kami, supaya Tuhan memampukan kami. Terima Kasih Tuhan, inilah doa kami. Di dalam nama Yesus Kristus, Amen.


Soalan Renungan:


1. Bagaimanakah kita menyucikan hati kita?


2. Apakah berkat berkat yang disediakan untuk orang yang suci hati?


Elder Ann WK

bottom of page