top of page

Cari

3261 results found with an empty search

  • Bolehkah Saya Mendengar Lagu Duniawi?

    Mungkin ramai yang mengetahui tentang kewujudan acara muzik sekular iaitu anugerah Grammy (Grammys) yang selalu diadakan setiap tahun. Grammys, adalah anugerah yang disampaikan oleh Akademi Rakaman Amerika Syarikat untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri muzik. Ramai orang menganggap Grammy sebagai anugerah paling berprestij dan penting dalam industri muzik di seluruh dunia. Sebagai acara sekular, Grammys sudah sedia maklum akan pasti mempromosikan hal-hal duniawi dan itu adalah sesuatu yang kita sebagai orang Kristian, sudah sedia maklum. Namun saya ingin respon kepada kontroversi yang terjadi pada Grammys 2023 dimana seorang penyanyi terkenal dan teman duetnya, memenangi Grammy Duo Pop/Persembahan Kumpulan Terbaik untuk lagu mereka ‘Unholy’ (Tidak Kudus). Persembahan bintang pop dan teman duetnya bagi lagu mereka "Unholy" mendapat reaksi yang paling banyak. Lagu Unholy yang mereka persembahkan itu berbicara mengenai seorang bapa curang terhadap isterinya dengan seorang pelacur. Dari tajuk lagu saja kita sudah tahu lagu ini memang bersifat duniawi dan bukan untuk didengar oleh orang Kristian, apalagi anak-anak muda. Apa yang menarik adalah pakaian dan tema persembahan mereka pada malam tersebut, dimana mereka mengenakan pakaian yang melambangkan unsur-unsur kegelapan khususnya imej setan yang ditonjolkan oleh mereka berdua sepanjang persembahan. Memang mudah untuk melihat persembahan mereka sebagai duniawi —dalam erti kata yang sebenarnya—mesej dan nilai yang ingin mereka tonjolkan di sebalik persembahan mereka adalah sama seperti "syaitan". Bagi orang kristian, kita mungkin tidak terpengaruh dengan fesyen atau penampilan mereka namun kita harus berhati-hati kerana ideologi yang mereka sampaikan mungkin akan masuk ke dalam fikiran kita dan komuniti kita jika kita tidak berhati-hati. Dua hal yang saya ingin sampaikan di sini. Pertama, kenali dan fahami maksud keduniawian. Jangan hanya batasi keduniawan dari konteks muzik dan persembahan di pentas atau di media sosial sahaja. Dalam Kolose 3:5-6, Paulus menulis “matikanlah dalam dirimu segala yang bersifat dunia (duniawi): perbuatan cabul, kecemaran, hawa nafsu, keinginan jahat dan tamak haloba, yang sama dengan menyembah berhala. Disebabkan semua inilah kemurkaan Allah akan menimpa anak-anak derhaka.” Di sini kita lihat bahawa hal-hal duniawi tidak hanya terbatas pada dunia hiburan sahaja. Banyak lagi hal-hal dipersekitaran kita yang mempromosikan keduniawian. Kita harus sangat berhati-hati dengan sesuatu yang kelihatan “baik” di luar namun penuh dengan sifat keduniawian didalamnya. Paulus sendiri memberitahu kepada jemaat di Korintus “…Iblis sendiri menyamar sebagai malaikat cahaya. Oleh itu, bukanlah suatu hal yang menakjubkan jika pelayan-pelayannya menyamar sebagai pelayan-pelayan yang benar.” 2 Korintus 11:14-15 Kedua, kita harus sedar bahawa iblis berusaha untuk ‘normalize’ (menormalkan) dosa dan segala hal-hal yang membawa kepada dosa. Sebagai seorang yang pernah menjadi pemusik profesional lebih dari 15 tahun, saya melihat ramai orang Kristian menganggap bahawa cara berpakaian, menyanyikan lagu-lagu tertentu, menyokong gaya hidup dan pendapat-pendapat dari artis dunia itu diperbolehkan dan mereka tidak melihat apa-apa masalah dalam hal tersebut. Ini adalah sesuatu yang menakutkan kerana saya sendiri melihat bagaimana dalam diam-diam, senikata lagu duniawi yang mereka hafal dan nyanyikan itu perlahan-lahan masuk ke dalam fikiran mereka sehingga itu dimanifestasikan dalam kehidupan seharian mereka, termasuklah dalam cara berpakaian mereka. Tidak kurang ramai orang kristian, khususnya di negara-negara barat, yang melihat persembahan kedua penyanyi terkenal tersebut sebagai berani terbuka dan memperjuangkan hak kebebasan individu. Ramai yang menganggap bahawa persembahan mereka di Grammys adalah sesuatu yang “biasa” (sebab mereka tidak kenal Tuhan) namun yang penting mereka (penyanyi tersebut) memiliki hati yang baik. Mereka berjuang untuk mempertahankan gaya hidup dan komuniti LGBTQ mereka. Pemikiran seperti ini jelas salah kerana Tuhan sendiri melarang kita untuk berkompromi dengan dosa. Terutamanya dalam fikiran kita. Pertanyaan untuk kita semua, adakah tanpa kita sedari, kita sudah menormalkan dosa dalam kehidupan sehari-hari? Mungkin kita tidak berpakaian seperti Smith & Petras, mungkin kita tidak menjalani hidup seperti mereka berdua namun iblis boleh saja mempengaruhi kita bila kita tanpa sedari atau dengan sengaja, memberi peluang kepada perbuatan cabul, hawa nafsu, ketamakan dan penyembahan berhala untuk masuk kedalam hati dan fikiran kita. Berhati-hati dengan tipu muslihat iblis ini! Melarang anak-anak muda dari mendengar lagu-lagu penyanyi tersebut dan lagu-lagu yang bersifat duniawi yang lain hanyalah salah satu cara untuk menangani serangan iblis. Namun apa yang penting, kita sebagai orang percayai harus dilengkapi dengan kebenaran firman Tuhan, dikelilingi dengan komuniti orang percaya dan digembalakan oleh pastor di gereja lokal kita masing-masing. Sebagai penutup, 1 Petrus 5:8 “Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa.” Iblis akan menggunakan banyak cara untuk mempengaruhi anak-anak Tuhan. Dunia hiburan hanyalah salah satu daripadanya. Persiapkanlah diri kita dan gereja kita untuk melawan segala bentuk tipu muslihat iblis dalam kehidupan sehari-hari. Penulis : Pr Wagner Daniel

  • Ketekunan

    Oleh Pr Andrew Jalong Silek

  • Kekudusan

    Oleh Pr Andrew Jalong Silek

  • Tuhan Mengenal Hatinya

    “...Engkau mengenal hatiku. Apabila Engkau datang kepadaku pada waktu malam, dan memeriksa aku dengan teliti, tidak akan Kaudapati niat yang jahat pada diriku..,.... Maz 17:3 Pemazmur berkata bahawa Tuhan telah menguji hatinya, dan mengunjunginya pada waktu malam dan memurnikannya. Dia juga tidak menemui apa-apa pun niat yang jahat pada dirinya. Dia sungguh-sungguh mengenal hatinya. Sebab pemazmur tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain, namun dia mentaati perintah Tuhan dan tidak melakukan keganasan. Dia sentiasa menjalani kehidupan yang menurut petunjuk-Nya, demikian juga dia tidak pernah menyeleweng. Oleh itu pemazmur terus berdoa kepada Tuhan dan mencurahkan isi hatinya kepada Allah dengan cara berseru kepada-Nya untuk memohon agar Tuhan menjawab doanya, dan berpaling kepadanya dan mendengar kata-katanya. Tuhan tahu hati setiap kita, tidak ada yang tersembunyi dihadapanya, segalanya terbuka dihadapan Tuhan. Oleh itu kita harus menjaga hati kita suci dihadapanNya setiap hari agar kita dapat bersekutu denganNya. Sebab Dia Allah yang kudus, oleh itu harus hidup kudus Apakah hati kita hari ini berkenaan dihadapan Tuhan? Oleh itu selidikilah hati kita dihadapan Tuhan dengan mengakui dosa dan sujud dihadapanNya dengan menyerah hidup kita kepadaNya. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu agar saya layak masuk dalam hadiratMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie

  • Tuhan Membelanya

    “...Engkau akan membela aku, kerana Engkau tahu apa yang benar...,.... Maz 17:2 Di saat Pemazmur sedang mengalami kesusahan yang besar dan terancam bahaya oleh daripada musuh-musuhnya, dia hanya berserah kepada Allah melalui doanya, dengan menjadikan Tuhan tempat dia bernaung dan mencari perlindungan. Pemazmur bertindak dengan datang kepada Tuhan dan berserah kepadaNya, kerana dia tahu bahawa Tuhan sentiasa bersama dengannya sepanjang malam dan melihat dia sampai ke dalam hatinya.. Oleh itu dia mencurahkan seluruh isi hatinya kepada Allah dengan cara berseru “..dengarkanlah, TUHAN! Biarlah perkaraku yang benar mendapat perhatian di depan pengadilan-Mu, dan adililah perkara itu) dan berikanlah telingaMu kepada doaku...” Sewaktu Tuhan menguji hatinya dan menyelidiki dirinya pada waktu malam, Tuhan mendapati bahwa dia tulus ikhlas; perkataannya sesuai dengan fikirannya. Allah mengenal dirinya benar, sebab Dia telah menguji hatinya. Dengan itu Dia membela dirinya sepanjang malam. Sekiranya kita hidup benar dan tulus dihadapan Tuhan, maka kita tidak perlu takut sewaktu kita melalui berbagai ancaman, sebab Dia Tuhan yang mengenal hati kita akan menjaga dan melindungi kita. Doa: Bapa yang di surga, terima kasih kerana menjadi pembela hidup saya sepanjang hidup saya, ajar saya untuk berserah dan bergantung kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie

  • Ku Berdoa (Feat Juwita Suwito, Pete Kallang)

    Doa untuk Malaysia oleh Malaysian Worship Collective Ku Berdoa (feat. Juwita Suwito, Pete Kallang) Ku berdoa dan bersyukur Bagi dirimu biarpun cabaranmu agak mustahil Ku berdoa dan bersyukur Bagi k’luargamu biarpun kesukaran bertalu-talu Ku percaya Yesus kan bantu Percayalah, terimalah Campur tangan Tuhan menyempurnakan Percayalah, berharaplah Pada Tuhan yang satu Yesus Kristus pasti membantu Kuberdoa dan bersyukur bagi bangsamu Biar pun keadaan tidak menentu Ku percaya Yesus kan bantu Disinilah Yesus ada Datanglah untuk terima Disinilah Yesus ada Datanglah untuk menyembah Ku percaya Yesus kan bantu

  • Apakah Hubungan Homoseksual Suatu Dosa?

    Kitab Injil kerap memberitahu kita bahawa aktiviti homoseksual adalah suatu dosa (Kejadian 19:1-13; Imamat 18:22; Roma 1:26-27; 1 Korintus 6:9). Roma 1:26-27 mengajar dengan spesifik bahawa hubungan homoseksual adalah akibat penafian dan penentangan terhadap Tuhan. Apabila seseorang terus hidup di dalam dosa dan ketidakpercayaan kepada Tuhan, Kitab Injil menyatakan bahawa Tuhan membiarkan orang itu menjadi lebih jahat dan jatuh akhlak bagi menunjukkan kepada mereka bahawa kehidupan tanpa Tuhan adalah tidak bermakna dan tiada harapan. 1 Korintus 6:9 mengisytiharkan bahawa mereka yang menjalin hubungan homoseksual tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kerajaan Tuhan. Tuhan tidak mencipta seseorang dengan keghairahan homoseksual. Kitab Injil menyatakan bahawa seseorang menjadi homoseksual disebabkan oleh dosa (Roma 1:24-27), dan juga akibat pilihan mereka sendiri. Seseorang mungkin dilahirkan dengan kecendorongan terhadap homoseksual seperti terdapat orang yang dilahirkan dengan kecendorongan terhadap keganasan dan dosa-dosa lain. Tetapi ini tidak bermakna orang itu mempunyai hak untuk berdosa mengikut suka hati sendiri. Jika seseorang dilahirkan dengan kecendorongan untuk naik marah, adakah ini bermakna mereka boleh naik marah? Pasti tidak! Sama seperti dalam perkara homoseksual ini. Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak menyatakan bahawa hubungan homoseksual ialah suatu dosa yang lebih serius daripada dosa lain. Semua dosa tidak dibenarkan oleh Tuhan dan menimbulkan kemarahan Tuhan. Hubungan homoseksual hanya ialah salah satu daripada banyak perbuatan berdosa yang disenaraikan di 1 Korintus 6:9-10 yang akan menyebabkan orang itu terpisah daripada kerajaan Tuhan. Mengikut Kitab Injil, pengampunan dosa daripada Tuhan juga diberikan kepada meraka yang menjalin hubungan homoseksual, seperti kepada orang yang berzina, penyembah patung, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Tuhan juga berjanji akan memberikan kuasa untuk mengatasi segala dosa termasuk dosa homoseksualiti, kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus untuk penyelamatan mereka (1 Korintus 6:11; 2 Korintus 5:17).

  • Bayu Pengharapan : Meniti Pengharapan Baru

    Renungan: Yohanes 3:1-21 “Jangan engkau hairan, kerana Aku berkata kepadamu: kamu harus dilahirkan kembali.” (ayat 7) Api pelita bersinaran semakin pudar di tengah-tengah kesunyian malam.Seorang anak comel sedang menyeret kerusi tinggi, mengisi pelita dengan minyak seraya memandang dewa-dewa yang disembah keluarganya. “Siapakah di antara kamu Tuhan? Beritahu aku...” bisik anak itu seraya memandang sederet berhala di mezbah rumahnya. Sesetengah dewa itu kelihatan tersenyum keriangan khususnya dewa kekayaan, ada pula yang berwajah bengis. Anak kecil ini bersenyum dengan dewa yang tersenyum namun ketika dia memandang dewa perang yang berwajah bengis, dia bergegas turun dari kerusinya dengan bergementaran. Walaupun anak kecil ini kuat berdoa, dia tetap diserangi roh-roh jahat setiap malam sehingga dia hidup dalam ketakutan. Siapa Tuhan? Itulah pertanyaannya yang pertama. Anak kecil ini juga tinggal berhampiran rumah mayat hospital. Ratapan dari rumah mayat menyayatkan hati anak ini. Apakah erti hidup ini? Mengapakah kita mesti mati? Itulah pertanyaannya. “Teman kita sudah meninggal dunia kerana kereta yang dinaikinya terbabas setelah melanggar kereta lain,” kata seorang temannya. Kedinginan rumah mayat di hospital serta kekakuan mayat teman-temannya yang tidak bermaya mencengkam nafas anak remaja ini. “Tuhan, di manakah Engkau?” Anak remaja itu berdoa bersungguh-sungguh dan bersinggah di sebuah gereja berdekatan rumahnya untuk berbincang dengan pastornya. Pada suatu malam, setelah didoakan oleh sekumpulan pemuda-pemudi, mata rohaninya tercelik dan dia memahami Yohanes 3:16. Pada pukul 3 malam itu, Tuhan membangunkan anak remaja ini dan dia dapat berasa kehadiran-Nya serta memahami Yohanes 3:16. Dia memahami bahawa Tuhan Yesus datang ke dunia ini untuk menebus dosanya dan memberi dia kehidupan kekal. Pertemuan yang ajaib ini membawa pengharapan baru dalam kehidupan saya untuk meniti kehidupan ini dengan pengharapan baru. Sudahkah anda mengalami kasih dan pengharapan Tuhan dalam kehidupan anda? Sejak Tuhan Yesus Penyelamat aku terima Hatiku penuh dengan lagu yang baru Oh sungguh ajaib Oh sungguh indah Kini aku meniti pengharapan baru Doa: Tuhan, celikkan mata rohaniku sehingga aku dapat memahami kasih-Mu yang kekal.

  • You Are My Sun And My Shield | Malaysian Worship Collective

    YOU ARE MY SUN AND MY SHIELD | Malaysian Worship Collective Lyrics & Melody: Devorah Chan Executive Producer: Gina Yap Lai Yoong Producer: Phoebe Tsen Arranger: Elisha Tiga Lead Vocal: Devorah Chan Backing Vocals: Kathy Lum, Phoebe Tsen & Tommy Thai Piano: Janice Li Electric Guitar: Jude Limus Bass: Jude Limus Drums: Raymond Voo Shofar: Devorah Chan Gendang: Garry Yee Mixing: Elisha Tiga Mastering: Nick Lee Lyric Video: Gina Yap Lai Yoong ℗&© 2021 Four Forty Records Performed by the Malaysian Worship Collective About The Songwriter My journey as a follower of Jesus Christ started after Form 5. I had listened to many Bible stories before when I was attending Sunday school at a neighbourhood church and had said many sinner’s prayers through those evangelistic booklets that I had received. However, I only became a Christian when I was at Full Gospel Tabernacle, Taman Bukit Indah, along Old Klang Road when I made a conscious decision to follow Jesus Christ. I learned to serve God and to have fellowship with believers when I started to attend INTI Christian Fellowship at the Subang Jaya campus. Before I went to the States to pursue my studies, I followed my college seniors to attend Full Gospel Assembly (FGA) at Jalan Kuchai Lama. When I came back from the States, I went back to FGA. Later, I went to a prophetic church to learn the works of prophetic ministries. When it was time for me to move on, I went back to FGA. Due to the constant changes in my work schedule, I have also started to attend other church services and fellowship meetings organized by Calvary, SIB, Glad Tidings, and Reformed Evangelical Church of Klang Valley, in order to ensure the learning of the Word of God and being in fellowship with the believers continue. I have always made myself available to be part of a choir, dance group, drama club, performing arts, or worship team where possible. Currently, I am focusing on producing my own songs and developing other talents so that people will be blessed and inspired to do the same in their own ways. By doing this, I believe the kingdom of God within us will expand and God will be glorified through us. For more information about this song, head over to https://www.komuniti-digital.com/mala... If you are interested to use this song for your ministry/church programs, drop us an email at worship@fourfortyrecords.com About The Malaysian Worship Collective In past years, God has given Malaysia songs of praise and worship - songs in our various heart languages; songs anointed by the Holy Spirit. But to date, very few of these have risen beyond the silos of their immediate circles of believers. In mid-2018, an urgency began to burn in our hearts to bring together worship leaders, songwriters, musicians, and intercessors from different denominational backgrounds to resound a Malaysian voice of worship in the heavenly realms. Stay updated with us on www.facebook.com/MYWorshipCollective Our mission is to (1) introduce Malaysian worship songs, (2) equip worship ministries, and (3) raise a Malaysian voice of worship. If these resound with you, drop us a note at worship@fourfortyrecords.com #MYWorshipCollective#MalaysianWorship#MalaysianMusic#MalaysianSongs

  • Mabuk Sebelum Fajar Menyinsing

    1 Petrus 2:9 AVB Tetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang.

  • Bario Revival - Sinar di sebalik gunung

    Yohanes 3:8 Angin bertiup semahunya. Kita mendengar bunyinya, tetapi tidak tahu dari mana datangnya dan ke mana perginya. Demikianlah juga dengan orang yang dilahirkan oleh Roh Kudus." Begitu juga dengan kebangkitan rohani, bila, di mana dan dengan siapa Dia menerobosnya terserah kepada kehendak Tuhan yang berdaulat. Kita hanya perlu menyediakan dan meletakkan diri kita sahaja.

bottom of page