top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- SeksualitIn Keluarga·4 September 2021Seksualiti Ramai lelaki Kristian mempunyai kehidupan seksual di luar perkahwinan baik di alam nyata, on-line atau pun di alam fantasi. Ramai wanita Kristian membenarkan fikiran mereka melantasi alam fantasi yang melebihi batas. Dan sayangnya, seperti Adam dan Hawa di Kejadian 3, ramai saudara-saudara seiman hidup dalam keadaan yang takut, sunyi dan malu. Bagaimana dengan anda? Dalam dunia yang amat seksual, Gereja Yesus Kristus mesti mengajar pengikut Kristus mengenai topik ini. Harapan biblical harus diberikan kepada semua pengikut Yesus. Lebih banyak perkahwinan perlu mengalami pengampunan, kebebasan, harapan dan keberanian Injil tentang seksualiti. Berikut adalah beberapa pengajaran dari Alkitab untuk kita semua. 1) Seksualiti adalah sebahgian dari ciptaan Allah yang sempurna Alkitab mengajar kita bahawa seks bukanlah masalah ataupun benda yang memalukan; sebaliknya ia adalah hadiah dari tuhan. Yesus tidak menderita dan mati di atas salib untuk membebaskan kita dari seks tetapi untuk membebaskan kita dari dosa seksual. Masalah kita bukan kerana kita adalah makhluk seksual. Masalah kita adalah kerana kita menyembah apa yang dicipta lebih daripada Pencipta (Roma 1:25) (we worship the creation more than the creator). Seks adalah perkara yang baik dan indah, tetapi keberahian untuk perkara yang baik ini menjadi perkara yang buruk dan berbahaya apabila ia menjadi perkara terutama yang mengawal hati dan fikiran kita. 2) Peruntukan Salib adalah cukup untuk membersihkan kita dari segala dosa termasuk dosa seksual Kita percaya bahwa Yesus mati untuk menebus semua dosa kita. Kebangkitannya membawa janji pengampunan dan kebebasan, tetapi ramai daripada kita mempunyai pemikiran yang salah iaitu kematian dan kebangkitan Yesus masih tidak mencukupi untuk menebus dosa seksual. Alkitab tidak menyiifatkan dosa seksual sebagai sesuatu yang berbeza daripada dosa - dosa lain. Dosa seksual memang membawa akibat sosial dan peribadi yang berbeza dan lebih nyata, tetapi ia masih lagi dosa. Dalam Roma 1, Paulus menyenaraikan dosa seksual bersama dengan iri hati, sombong, gosip dan tipu daya. Ini tidak bererti kita mengecilkan dosa seksual tetapi kita perlu ingat bahawa peruntukan salib memang mencukupi. Ingatlah, peruntukan salib bukan sahaja cukup untuk membersihkan kita dari dosa seksual malah ia pasti boleh membantu kita untuk mengatasi dosa-dosa seksual. 3) Anda tidak perlu menghadapi pertempuran ini sendiri. Kerahsiaan gelap dosa seksual boleh membuat anda berasa terasing, salah faham dan ditolak oleh saudara seiman. Mungkin anda berasa bersendirian, tetapi mustahil bagi anda untuk bersendirian kerana anda adalah anak Tuhan dan anda adalah anggota badan Kristus. Allah juga telah menempatkan kita di Gerejanya kerana dia tahu bahwa perjalanan kita ke kesucian seksual adalah perjalanan bersama Komuniti Kristian. Seperti kata Paulus dalam Ephesus 4:16, semua anggota tubuh yang berlainan itu tersusun rapi, dan seluruh tubuh itu dihubungkan oleh sendi-sendi yang sudah tersedia. Jika anda ingin mengalami kemenangan di dalam kehidupan anda, anda memerlukan saudara seiman untuk membantu anda melihat diri anda dari kaca-mata Alkitab kerana dosa membutakan anda. Anda juga memerlukan orang yang akan menyayangi dan mencabar anda apabila hati anda lemah.4042
- Mengenali Tarian ProfetikIn Tarian Profetik & Seni Kreatif·1 April 2023Saya berasal dari Ba Kelalan dan membesar di kalangan komuniti yang telah mengalami pekerjaan Kebangunan Rohani di dalam sekitar 80-an. Sewaktu berlaku kebangunan Rohani di Ba Kelalan (Gelombang ke-2) dimana Tuhan memanifestasikan kuasa-Nya melalui mujizat dan tanda tanda ajaib di Ba Kelalan dan Gunung Murud, saya mendengar sendiri dari orang orang yang mengalaminya secara peribadi walaupun waktu itu saya berada di Lawas sebab masih bersekolah rendah. Satu hal yang saya perhatikan dan tangkap, Tuhan itu sangat spesifik dan detail. Contohnya, Tuhan mengkehendaki jemaat melakukan pakaian seragam dengan sedemikian sedemikian warna, bentuk dan sebagainya. Dan setiap butiran, mempunyai maksud tersendiri. Bahkan mereka di beri lagu lagu baru yang di nyanyikan dimana lagu lagu itu sangat di urapi dan membawa kesan yang luarbiasa di hati umat umat Tuhan. Satu waktu, saya diperkenalkan oleh seorang hamba Tuhan yang saya hormati dengan satu pelayanan yang di panggil "Tarian Profetik". Pada mulanya, saya merasa sangsi dan ragu ragu terutama melihat props atau alat alat tarian yang bermacam seperti bunga, bantal berbentuk hati, baju baju tarian yang berwarna warni dan sebagainya. Saya bahkan tidak terbuka dengan hal hal sedemikian namun saya tidak menolaknya juga. Hanya memandang dan memerhatikan. Di satu pertemuan, semua kami yang hadir diminta untuk maju kehadapan untuk di doakan. Saya antara orang yang terakhir maju ke hadapan dan saya berdiri di belakang orang orang yang telah maju terdahulu dengan membantu para usher untuk menyambut mereka yang rebah di doakan. Tiba tiba ada seorang penari yang memegang bantal berbentuk hati (Yang melambangkan hati). Dia menari dan menari. Saat dia mengelilingi saya, airmata saya terus mengalir dan saya terus menangis dan menangis - saya tidak faham apa yang berlaku dengan saya pada waktu itu. Tetapi apa yang saya rasakan pada waktu itu, seolah olah hati saya di jamah dan merasakan Tuhan bekerja dari dalam. Perasaan yang sangat luarbiasa dan istimewa! Sepanjang 2 hari berikutnya saya terus mula mendalami isi tarian ini dan senang saya memahaminya kerana apa yang telah saya alami di Ba Kelalan telah mengajar saya untuk memerhatikan hal hal yang kecil dan detail itu. Jika kita membaca di Perjanjian Lama dan Baru - Tuhan sangat spesifik dan detail. Itu sebabnya, untuk menjadi seorang penari profetik - satu perkara yang asas dan wajib adalah membaca, mendalami FIRMAN TUHAN dan BERDOA. Melalui pelayanan Tarian berunsurkan profetik ini juga membawa saya kepada pengertian yang lebih mendalam di alam supernatural yang membantu saya untuk berdoa dengan lebih strategik dan berkuasa. Semua bentuk tarian dan gerakan harus berlandaskan Firman Tuhan sebab itu adalah Firman yang hidup dan berkuasa. Firman-Mu lampu bagi kakiku dan cahaya bagi jalanku. - Mazmur 119:105 Tuhan memberkati! Sandra@Hadassah Dance Ministry40489
- Waspadalah... Serigala | Beware of the WolfIn Kehidupan Kristian·14 July 2021https://www.youtube.com/watch?v=qZPLnZcyXIY Playlist (5 Bahasa) Berwaspadalah...Serigala Petikkan ayat-ayat dari Matius 7:15-19, Kisah Para Rasul 20:28-31, 2 Kor 11:13-15, 2 Petrus 2:1, 3, Hosea 4:60717
- Kesetiaan TUHAN melindungi dan membela kuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 October 2021Dia akan menaungi engkau dengan sayap-Nya; engkau akan selamat dalam pemeliharaan-Nya; kesetiaan-Nya akan melindungi dan membela engkau. MAZMUR 91:4 BM https://bible.com/bible/402/psa.91.4.BM303
- Ratapan 3:22-23 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 October 2021Kerana kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tidak akan pudar. Semuanya baru setiap pagi. Besarnya kesetiaan-Mu!302
- Adakah anak-anakmu berasa Murung?In Keluarga·11 October 2021Kanak-kanak tidak menghadapi tekanan yang sama seperti orang dewasa, tetapi pada hakikatnya mereka boleh mengalami kemurungan dan kesannya sama seperti orang dewasa. Namun demikian, kita harus sedar bahawa kanak-kanak mungkin menunjukkan gejala yang berbeza daripada orang dewasa. “Saya berasa murung, Linus. Saya perlukan kata-kata galakan untuk menaikkan semangat.” (Snoopy, Come Home, 1972) “Saya berasa murung. Saya tahu saya harus bergembira, tetapi sebaliknya yang berlaku.” (A Charlie Brown Christmas, 1965) “Saya mengalami kemurungan yang mendalam. Apa yang harus aku buat?” (Komik Peanuts, 1959) Dalam pelbagai komik, rancangan televisyen dan juga filem, kita semua pernah mendengar Charlie Brown mengucapkan kata-kata sedemikian. Dia sering kali meluahkan isi hatinya di “gerai psikiatri” sementara kepunyaan Lucy. Jawapan Lucy biasanya seperti ini: “Hentikanlah sikap ini, Charlie Brown! Sila bayar yuran rawatan – lima sen”. Tentulah kita ketawa pada saat-saat ini. Jalan cerita komik Peanuts berlaku dalam dunia yang hanya dihuni oleh kanak-kanak. Satu-satunya petunjuk bahawa dunia ini ada orang dewasa ialah ketika kita mendengar “suara orang dewasa” yang ganjil dan berbunyi seperti trompet tetapi tidak digambarkan dengan jelas dalam komik tersebut. Oleh itu, kita geli hati bila melihat Charlie Brown mengunjungi “pakar psikiatri”” dan bercakap mengenai kemurungan. Sebenarnya, itu adalah masalah orang dewasa! Tapi betulkah tanggapan ini? Kita mungkin ingat bahawa kanak-kanak tidak mungkin murung kerana mereka tidak menghadapi tekanan yang sama seperti orang dewasa: Bil yang perlu dibayar. Tarikh akhir menghabiskan projek di tempat kerja. Konflik dalam hubungan. Perang, skandal, kematian dan huru hara yang dilaporkan dalam berita waktu malam. Cabaran membesarkan anak! Sebagai ibu bapa, kami cuba melindungi anak-anak dari tekanan sedemikian untuk selama mungkin. Lagipun, kanak-kanak memang berdaya tahan, bukan? Mereka biasanya dapat mengatasi apa sahaja cabaran hidup yang muncul … bukan? Sebenarnya, kanak-kanak boleh mengalami kemurungan dan kesannya sama seperti orang dewasa. Kemurungan klinikal adalah gangguan berterusan yang mengganggu perasaan seseorang sehingga memberi kesan buruk kepada anggota badan. Kanak-kanak tidak kebal terhadapnya, walaupun mereka mungkin menunjukkan gejala kemurungan yang berbeza daripada orang dewasa. Mengenal pasti Kemurungan Tidak seperti Charlie Brown, anak-anakmu, terutama jika mereka masih kecil, tidak akan mengumumkan, “Saya berasa murung.” Sekiranya seorang kanak-kanak mengalami kemurungan klinikal, emosinya belum cukup matang untuk menyatakannya secara lisan. Sebaliknya, anda akan melihat tanda-tanda yang jelas dalam tingkah lakunya. Complete Guide to Baby & Child Care yang diterbitkan oleh Focus on the Family menyenaraikan petanda-petanda yang mungkin menunjukkan bahawa anak anda berasa murung: • Kesedihan atau keresahan yang berterusan, yang mungkin disertai dengan tangisan yang kerap dan berulang. • Hilang semangat atau minat terhadap perkara yang dahulunya adalah aktiviti kegemaran. • Penarikan diri dan pengasingan yang menjadi-jadi dari keluarga dan rakan-rakan. • Prestasi sekolah yang buruk: markah peperiksaan yang menjunam, hilang minat terhadap kerja sekolah dan sering tidak hadir di sekolah. • Menjadi marah, bertengkar, komen tidak sopan atau permusuhan yang ketara terhadap semua orang di rumah. • Keluhan berulang kali tentang perasaan bosan atau letih. • Salah laku secara terang-terangan: menyalahgunakan dadah atau alkohol, melarikan diri, melakukan hubungan seks, pergaduhan, vandalisme atau aktiviti anti social yang lain. Memang, ini tidak bermaksud bahawa semua sikap dan tindakan negatif adalah gejala kemurungan. Namun demikian, tindakan tatatertib oleh ibu bapa yang betul merangkumi kesediaan untuk mempertimbangkan sama ada terdapat kemurungan jika seorang anak atau remaja menunjukkan tingkah laku buruk yang tidak dijangka dan berterusan. Gejala Emosi dan Fizikal Selain dari petunjuk-petunjuk dalam kelakuan yang disebut di atas, terdapat gejala emosi dan fizikal lain yang mungkin menunjukkan bahawa anak anda sedang mengalami kemurungan. Petunjuk-petunjuk Emosi tersebut merangkumi: • Renungan diri tanpa henti – Anak-anak, dan terutama remaja, kadangkala muram dan bersikap introspektif. Tetapi kemurungan dapat meningkatkan kecenderungan semula jadi ini dan menjadikannya sesuatu yang memudaratkan. • Imej diri yang negatif – Setiap orang kadangkala cenderung mengkritik diri sendiri. Akan tetapi, usia remaja boleh membawa kepada sikap sedemikian dengan tumpuan yang lebih kepada penampilan fizikal. Namun begitu, kemurungan boleh menyebabkan kritikan diri tanpa henti dan berlebihan dan bukan hanya terhad kepada penampilan fizikal, tetapi juga merangkumi kecerdasan, kecekapan dan harga diri. • Kerisauan – Setengah kanak-kanak adalah perisau semula jadi. Sikap risau yang munasabah adalah biasa, bahkan diperlukan. Tetapi kegelisahan yang berkait dengan kemurungan boleh melumpuhkan dan mengganggu aktiviti harian. • Berputus asa –Kanak-kanak cenderung mengalami perasaan putus asa kerana mereka kurang pengalaman dan kematangan untuk mengenali pasang surutnya masa baik dan masa buruk yang berlaku sepanjang hidup. Sebagai orang dewasa, anda mungkin berasa terkilan kerana sikap anak anda yang berpendapat bahawa matematik adalah halangan yang tidak dapat diatasi, atau ketika remaja anda berfikir bahawa putus cinta seolah-olah “hari kiamat”. Tetapi cubalah melihat situasi yang dialaminya melalui kaca mata dan pengalaman mereka. Petunjuk fizikal mungkin merangkumi: • Kesukaran tidur dan gangguan tidur yang lain – Masalah tidur bukan semestinya menunjukkan bahawa anak anda murung, tetapi kemurungan selalunya melibatkan malam-malam di mana tidur tidak nyenyak. Sebaliknya, pemulihan keadaan kepada tidur yang normal selalunya memberi kita harapan bahawa anak semakin pulih dari kemurungan. • Perubahan selera – Kehilangan selera makan, penurunan berat badan dan kelaparan tanpa henti semuanya mungkin tanda-tanda kemurungan. • Masalah fisiologi – Keletihan, sakit kepala, pening, mual, sesak nafas, jantung berdebar-debar, susah menumpukan perhatian dan sakit badan yang tiada punca ketara semuanya mungkin petunjuk kemurungan. Sudah tentu, semua ini mungkin merupakan gejala masalah kesihatan lain yang serius. Sekiranya tiada penyakit serius yang dapat dikesan, ibu bapa harus mempertimbangkan kemungkinan anak mereka menderita kemurungan. Gejalanya bukan hanya “dalam minda anak anda”. Malah, mereka adalah gejala-gejala kemurungan yang sangat nyata. Punca Kemurungan Kanak-kanak Mungkin anak anda menunjukkan beberapa gejala ini, dan anda yakin dia berasa murung. Anda mungkin tertanya-tanya, “Mengapa?” Bagaimana ini berlaku?” Anda juga mungkin menyalahkan diri kerana berpendapat bahawa anda gagal sebagai ibu bapa. Tetapi janganlah bersikap terlalu tegas terhadap diri sendiri. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemurungan adalah pelbagai dan kompleks. Setengah factor berada di luar kawalan anda, sementara yang lain mungkin mendedahkan beberapa aspek kehidupan keluarga di mana perubahan proaktif dapat dilakukan. Berikut adalah beberapa faktor utama yang menyebabkan kemurungan dalam kanak-kanak dan remaja: • Genetik dan biokimia – Kemurungan sering dikaitkan dengan neurotransmitter dan tindakbalas kimia semula jadi dalam otak. Kadangkala kemurungan berpunca dari gen dan ini adalah sebabnya mengapa kemurungan seolah-olah diwarisi turun-temurun dalam sesetengah keluarga. • Krisis dalam kehidupan peribadi dan keluarga – Penderaan, pengabaian dan kehidupan keluarga yang huru-hara jelas boleh menyebabkan kemurungan di kalangan kanak-kanak. Pengalaman awal yang menyakitkan juga dapat menyebabkan kemurungan di kemudian hari. • Tekanan dan kegagalan terkini – Penyakit serius atau kronik, kematian orang yang disayangi (bahkan kematian haiwan kesayangan), perceraian, perkahwinan semula, pindah rumah, penderaan seksual, bencana alam, putus cinta yang menyakitkan, menjadi mangsa buli dan pengalaman lain yang mengganggu fikiran boleh mengakibatkan kemurungan reaktif, yang lebih berpanjangan dan mendalam daripada proses berduka yang biasa. Jangan jadi seperti Lucy Kini sudah jelas bahawa kemurungan boleh memberi kesan kepada anak-anak anda. Ini perkara yang harus dipandang serius. Institut Kesihatan Mental Nasional melaporkan bahawa pada tahun 2016, kira-kira 3.1 juta remaja (berumur 12-17) mempunyai sekurang-kurangnya satu episod kemurungan serius. Angka ini merupakan hampir 13 peratus populasi remaja. Sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami kemurungan klinikal, jangan bersikap seperti Lucy dengan Charlie Brown dan hanya mengalakkannya supaya “Atasi-lah sahaja masalah-mu!” Berikut adalah beberapa cara untuk mengasihi dan menyokong anak anda jika dia bergelut dengan kemurungan: Waspada-lah terhadap tanda-tanda kemurungan Ramai ibu bapa terkejut ketika anak mereka didiagnosis sebagai mengalami kemurungan. Oleh itu, pastikan mata anda sentiasa terbuka. Akan tetapi, jangan fikir terlalu banyak tentang setiap sikap negatif atau hari buruk yang diharunginya. Namun begitu, jika anda perasan corak atau halatuju hidup yang membimbangkan, jangan abaikannya juga. Dengarlah anak anda dan ambil berat terhadap masalahnya Suatu kajian menunjukkan bahawa 90 peratus remaja yang mahu bunuh diri berpendapat bahawa mereka tidak difahami oleh keluarga. Sekiranya anda mengesyaki apa yang berlaku bukan sekadar perubahan keadaan emosi atau pemberontakan remaja, jangan bertindakbalas dengan sikap acuh tak acuh atau memalukannya. Bayangkan dirimu dalam situasi-nya, perhatikan dia dan luangkan masa untuk mendengar dan memahami cara pemikirannya. Dapatkan penilaian doktor Seorang doktor dapat membantu anda menolak kemungkinan penyakit fizikal dan mengenal pasti sama ada kemurungan adalah masalah yang dihadapi oleh anak anda. Dapatkan kaunseling Cari kaunselor dengan nilai hidup yang sama dan yang pakar dalam pengubatan pesakit muda. Ambil bahagian dalam sesi kaunseling anak anda. Corak interaksi dalam keluarga sering menjadi sebahagian daripada masalah kemurungan dan juga adalah cara penyelesaiannya. Bersedia untuk makan ubat Walaupun iman mungkin merupakan sumber kekuatan yang sangat penting bagi anda dan anak semasa proses ini, penggunaan ubat bukan tanda kelemahan atau kompromi. Ubat antidepresan dapat membantu neurotransmitter berfungsi secara normal dan tidak akan menimbulkan ketagihan dan bukanlah “melepaskan diri dari kenyataan.” Waspada-lah terhadap tanda-tanda keinginan bunuh diri Walaupun sukar dibincangkan, ketahuilah bahawa kemurungan klinikal sering meningkatkan risiko bunuh diri, terutama di kalangan remaja. Fahami isu bunuh diri di kalangan remaja, dan jika anda mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa anak anda seolah-olah mempunyai rancangan bunuh diri, segera dapatkan bantuan. Anda boleh menghubungi kami di 03-3310 0792. Pokoknya ialah: Anda paling memahami anak anda, dan anda berada dalam kedudukan terbaik untuk campur tangan sekiranya berpendapat bahawa dia menghadapi kemurungan klinikal. Oleh itu, berhati-hatilah, bukalah mata anda, jadilah tempat perlindungan yang selamat untuk anak anda. © 2018 Focus on the Family. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin. Asalnya diterbitkan di focusonthefamily.com.3039
- 2 Korintus 9:8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·5 October 2021Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan.305
- Amsal 21:3 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·9 October 2021Melakukan yang benar dan adil lebih disukai Tuhan daripada korban sembelihan.306
- Mazmur 37:4 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·28 September 2021Cari kebahagiaan daripada Tuhan, maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu.301
- Mazmur 40:11 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·1 October 2021Janganlah berhenti memberikan belas kasihan-Mu, ya Tuhan; peliharakanlah aku sentiasa dengan kasih-Mu dan kebenaran-Mu.306
- Roma 15:13 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·3 October 2021Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus.3021
- 1 Timotius 4:12 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 September 2021Jangan biarkan sesiapa menghinamu kerana usiamu yang muda. Jadikan dirimu teladan kepada semua orang beriman dari segi kata-kata, kelakuan, kasih, iman dan kesucian.304
bottom of page










