Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Adakah anda memiliki hidup abadi?
Alkitab menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati Tuhan menyebabkan kita patut menerima hukuman. Oleh sebab pada dasarnya dosa-dosa kita adalah terhadap Tuhan yang abadi, maka hanya hukuman yang juga abadi baru mencukupi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” (Roma 6:23). Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita patut terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3). Dengan iman, kita mesti mengubah penetapan minda kita terhadap Kristus – siapa Dia, apa Dia buat dan mengapa – demi penyelamatan (Kisah Rasul-Rasul 3:19). Jika kita meletakkan kepercayaan kepada-Nya, percaya bahawa kematiannya di atas salib untuk menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang telah dilakukan oleh Kristus di atas salib adalah jalan benar yang menuju ke hidup abadi! “Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu” (Efesus 2:8-9). Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda, berikut adalah satu contoh doa. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan ke atas Kristus yang dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya merupakan satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada-Nya dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya kerana Dia memberikan anda penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. Petikan dari gotquestions.org
- Apakah Yesus Satu-Satunya Jalan Ke Syurga?
“Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.” “OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.” “Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!” “Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.” Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. “Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.” (2 Korintus 4:4). Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk “orang yang amat jahat”. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. “Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati” (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5). “Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya” (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. “Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka” (Efesus 2:2). Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. “Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”.(Yohanes 3:16). “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.” (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu. “Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.”(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. “Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu” (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, “Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.” Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada “pengasas agama” yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) – cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! “Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan”(Kisah Para Rasul 4:12). Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
- Bagaimana saya bertaubat menurut Kekristianan?
Seseorang di kota Yunani bernama Filipi bertanya soalan yang serupa ini kepada Paulus dan Silas. Kita mengetahui cuma sedikit tentang orang ini: dia seorang Ketua Penjara, penyembah berhala dan putus harapan. Dia pernah ingin membunuh diri tetapi ditegah oleh Paulus. Orang ini kemudiannya bertanya, "Tuan-tuan apakah yang harus saya lakukan supaya diselamatkan?" (Kisah 16:30). Fakta bahawa orang ini bertanya menunjukkkan dia memerlukan penyelamatan-dia meramalkan kematiannya semata-mata dan dia memerlukan pertolongan Fakta bahawa dia bertanya Paulus dan Silas menunjukkan dia percaya bahawa mereka mengetahui jawapannya. Jawapan diperoleh dengan cepat dan memadai: "Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan-kamu dan keluargamu" (Kisah 16:31). Kisah seterusnya memperlihatkan bagaimana orang tersebut percaya dan bertaubat. Sejak itu, hidupnya mula berubah. Lihatlah bahawa pertaubatan lelaki ini berdasarkan imannya (percaya). Dia haruslah mempercayai Yesus sahaja. Lelaki ini mempercayai Yesus adalah anak Allah (Allah) dan Mesias yang menggenapi Alkitab (Kristus). Imannya juga merangkumi kepercayaan bahawa Yesus mati bagi dosa dan bangkit lagi kerana itulah khutbah dari Paulus dan Silas (Rujuk Roma 10:9-10 dan 1Korintus 15:1-4). Harfiahnya "bertaubat" bermaksud "berbalik". Saat kita berbalik kepada sesuatu, saat itulah kita berbalik daripadanya. Saat kita berbalik kepada Yesus, kita berbalik daripada dosa. Alkitab menyatakan, berbalik daripada dosa merupakan "penyesalan" manakala berbalik kepada Kristus merupakan "iman". Disebabkan itu, penyesalan dan iman saling lengkap-melengkapi. Sama ada penyesalan mahupun iman diindikasikan dalam 1Tesalonika 1:9, "…bahawa kamu tidak mahu menyembah berhala lagi, tetapi datang kepada satu-satunya Allah yang hidup…" (1Tesalonika 1:9). Hasil daripada pertaubatan sejati Kekristianan ini, orang Kristian dapat meninggalkan gaya hidup dahulu dan kepercayaan yang salah. Semudah-mudah bertaubat secara Kekristianan, anda haruslah mempercayai Yesus anak Allah yang telah mati bagi dosa-dosa anda dan bangkit semula. Anda haruslah bersependapat dengan Allah bahawa anda orang berdosa yang memerlukan penyelamatan, dan anda haruslah mempercayai Yesus sahaja dapat menyelamatkan anda. Saat anda berbalik dari dosa kepada Kristus, Allah telah berjanji untuk menyelamatkan anda dan menganugerahkan Roh KudusNya yang menjadikan anda ciptaan baharu. Kekristianan dalam erti yang sejati bukanlah sebuah agama. Menurut Alkitab, Kekristianan merupakan hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Kekristianan merupakan Allah menawarkan penyelamatan kepada orang yang percaya dan mengakui pengorbanan Yesus Kristus. Seseorang yang bertaubat secara Kekristianan tidak meninggalkan satu agama kemudian menganut agama lain. Bertaubat secara Kekristianan bermaksud menerima anugerah yang ditawarkan oleh Allah dan memulakan hubungan peribadi dengan Yesus Kristuan yang menghasilkan pengampunan dosa dan hidup kekal di syurga setelah meninggal dunia. Adakah anda ingin bertaubat secara Kekristianan setelah membaca artikel ini? Jika menjawab YA, berikut adalah sebuah doa yang memadai dapat dipanjatkan ke hadirat Allah. Mengucapkan doa ini atau doa lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya jika mempercayai Yesus dapat menyelamatkan anda daripada dosa-dosa. Doa ini hanyalah jalan untuk menunjukkan iman kepada Allah dan bersyukur padaNya demi keselamatan yang disediakan buat anda. "Allahku, saya tahu saya telah berdosa terhadapMu dan layak dihukum. Namun, Yesus Kristus telah menanggung hukuman yang sepatutnya buat saya melalui iman kepadaNya maka saya diampun. Saya percaya padaMu demi keselamatanku. Terima kasih di atas anugerah dan pengampunanMu yang menakjubkan ini –anugerah hidup kekal abadi!Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini". petikan dari www.gotquestions.org
- Siapakah Yesus Sebenarnya?
Banyak orang tertanya-tanya bagaimana Yesus (Isa-Almasih) boleh disamakan oleh Allah Bapanya. Mari sama-sama kita tonton keratan video yang memberikan penjelasan tersebut ... Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tekan butang chat di bawah untuk kita menjelaskan pertanyaan yang ada di dalam fikiran anda .. Team Komuniti Digital akan cuba menjawab sebaik mungkin. Tuhan memberkati ..
- Adakah Yesus Tuhan?
Yesus tidak pernah menyatakan dengan ketara di dalam Kitab Injil bahawa “Dia Adalah Tuhan”. Tetapi hal ini tidak bermakna Yesus tidak mengaku bahawa dirinya ialah Tuhan. Sebagai contoh, di Yohanes 10:30, “Bapa dan Aku satu”. Sekali imbas, hal ini nampaknya bukan satu pengisytiharan bahawa Dia ialah Tuhan. Tetapi, apabila melihat kepada reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata Yesus, “Orang Yahudi di situ menjawab, ‘Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Tuhan! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Tuhan!’”(Yohanes 10:33). Orang Yahudi faham bahawa percakapan Yesus itu telah menyamakan Dirinya dengan Tuhan. Dalam ayat berikutnya, Yesus tidak berkata, “Saya bukan Tuhan.” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus benar-benar mengaku Dirinya Tuhan apabila berkata “Bapa dan Aku satu.” Yohanes 8:58 ialah contoh lain, Yesus menjawab, ‘Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada’. Sekali lagi, reaksi orang Yahudi adalah hendak membalingkan batu pada Yesus untuk membunuhnya (Yohanes 8:59). Jika Yesus tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kufur maka orang Yahudi tidak akan cuba membunuhnya. Yohanes 1:1 menyatakan, “Firman itu bersama-sama Allah dan Firman itu adalah Tuhan.” Yohanes 1:14 pula menyatakan, “Firman itu sudah menjadi Manusia dan tinggal antara kita.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Kisah Para Rasul 20:28 menyatakan, “Hendaklah kamu menjaga diri serta menjaga jemaah yang sudah diserahkan kepada pemeliharaan kamu oleh Roh Allah. Jagalah jemaah Allah seperti gembala menjaga domba, kerana Allah sudah menjadikan jemaah milik-Nya sendiri melalui kematian Anak-Nya.” Kisah Para Rasul 20:28 mengumumkan bahawa Tuhan membeli jemaah Tuhan dengan darahnya sendiri. Oleh itu, Yesus ialah Tuhan. Tomas, murid Yesus berkata, “Tuan dan Tuhan saya.” (Yohanes 20:28). Yesus tidak menafikan kata-katanya. Titus 2:13 menggalakkan kita untuk menunggu Tuhan dan Penyelamat kita, iaitu Yesus Kristus (2 Petrus 1:1). Di Ibrani 1:8, Tuhan Bapa mengumumkan, “Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan”. Di Wahyu, seorang malaikat mengarahkan Yohanes supaya hanya menyembah Tuhan (Wahyu 19:10). Beberapa kali Yesus menerima penyembahan daripada orang (Matius 2:11; 14:33; 28:9,17; Lukas 24:52, Yohanes 9:38). Dia tidak menggertak orang yang menyembahnya. Jika Yesus bukan Tuhan, dia akan menghentikan orang daripada menyembahnya, seperti malaikat di Wahyu. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Yesus. Alasan yang paling penting adalah jika Yesus bukan Tuhan, maka kematiannya tidak dapat membayar denda dosa manusia (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan yang dapat membayar denda yang besar itu. Hanya Tuhan yang dapat menanggung dosa dunia ini (2 Korintus 5:21), mati dan bangkit semula – membuktikan Yesus memenangi dosa dan kematian.
- Rorna Lidam
This is a real story “My Testimony” by Rorna Lidam, salah satu Executive Leader dalam Kelompok Joy Centre (SIB). My testimony adalah video yang ditayangkan semasa acara Sunday Service Joy Centre, yang merupakan kesaksian para jemaat yang terpilih dalam Joy Centre bagaimana hidup mereka diubah 360’ Degree melalui kasih Tuhan seterusnya memberi impak besar dalam kehidupan mereka. Selain itu, mereka juga mengongsikan apa values yang telah dipelajari & diterapkan dalam diri mereka melalui kelompok Joy Centre (SIB). Semoga anda diberkati & mendapat inspirasi melalui video “My Testimony” ini. Connect with Joy Centre Church:- Facebook: https://www.facebook.com/joycentresib/ Instagram: https://www.instagram.com/joycentresib/ Twitter: https://twitter.com/joycentresib/ Email: joycentresib@gmail.com Video production by JC Visual-Media, Joy Centre Church.
- Dari Lembah Dadah Kepada Kehidupan Yang Diberkati
Agustinus Iwan Seorang bekas penagih dadah dan pernah menjadi buruan pihak polis. Video ini akan membawa kita melihat, bagaimana beliau keluar dari masalah ketagihan dadah dan bagaimana beliau menemukan Yesus di dalam hidupnya.
- Kisah Pengampunan Seorang Anak Kepada Ayahnya
Prasetya Melepaskan pengampunan adalah tidak mudah bagi semua orang. Begitu juga dengan Prasetya, beliau pernah mengalami kekecewaan dari bapanya sendiri sehingga membawa kepada dendam.
- Panggilan Seorang Pilot
Zifky Priatelna Kesaksian lengkap Zifky, apakah faktor yang mendorong beliau untuk meninggalkan pekerjaannya sebagai juruterbang? Semoga diberkati dengan kesaksian ini.
- Kerasukan Lucifer & Iman Keluarga Ibu Muda Diuji
Jenny Kusuma Seorang Ibu muda bernama Jenny yang melakukan aktiviti rumah tangga, tiba tiba kesihatannya menurun dan bertambah ganjil. Jenny mengalami gangguan iblis dan dengan tidak sedar Jenny telah kerasukan Lucifer. Jadi, apa yang menyebabkan Jenny dirasuki Lucifer ? Apakah ini bermaksud Tuhan ingin menguji iman keluarga dari Ibu Jenny ? Jikalau anda mengalami masalah, chat dengan kami di komuniti-digital.com Kami sedia membantu dan mendoakan untuk saudara dan saudari. Tuhan memberkati
- Kisah Nyata Penyesalan Pengusaha Kaya
Alex Kurniawan Jom kita mendengarkan kesaksian dari Alex Kurniawan & istrinya . Alex yang sempat diberkati Tuhan menjadi pengusaha kaya tiba tiba muflis, dan timbul penyesalan dalam dirinya. Tidak berhenti sampai disitu , suatu hari Alex pun melihat penampakan bayangan hitam. Wah apakah yang menyebabkan Alex merasa menyesal ? Dan apa ertinya disebalik bayangan hitam yang dilihatnya ?
- Tumor Ganas Hampir Mengambil Anak & Nyawaku
Mulyati Salim Mulyanti Salim adalah seorang ibu yang telah didiagnosiskan memiliki tumor dirahim. Hal ini membuat Mulyanti tidak dapat memiliki anak. Dia tidak patah semangat dan terus percaya kepada Tuhan. Mukjizat Tuhan pun terjadi pada dirinya. Pada saat melakukan check-up, didapati tubuh Mulyanti telah hamil. Tapi masalah tidak berhenti disitu saja. Miom yang berada di rahim Mulyanti pun ikut bertumbuh bersama dengan anak yang telah dikandung oleh Mulyanti. Apakah yang akan terjadi dengan Mulyanti dan juga kandungannya? Saksikan tayangan selengkapnya hanya di Komuniti Digital. Jikalau anda mengalami masalah, chat dengan kami di www.komuniti-digital.com Kami sedia membantu dan mendoakan untuk saudara dan saudari. Tuhan memberkati












