top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6129)
KD Post (3260)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Yesaya 53:5In Kehidupan Kristian·22 April 20223017
- Yang Paling Ku TakutiIn Inspirasi & Renungan·1 April 2022Saya menulis post ini dari kampung saya di Ba Kelalan. Sengaja mengambil waktu untuk "berhenti" seketika dengan semua hal hal kesibukan di sekeliling, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan melawat bapa saya. Banyak waktu untuk berdiam, menanti dan mendengar. Setiap hari saya kembali kepada ruang peribadi saya dengan Tuhan dan menanti. Saya teringat, beberapa minggu yang lepas sewaktu satu sesi pemuridan di gereja kami berakhir, pastor kami memanggil semua peserta untuk maju ke depan untuk di doakan. Saya melihat seorang anak gadis menangis dengan teresak esak sepertinya hatinya sangat hancur. Saya memeluk dan berdoa agar Tuhan terus berbicara kepadanya. Selepas habis sesi itu, kami dua berpeluang untuk duduk bersama dan saya seperti lazimnya akan bertanya apa yang dia alami. Dengan nada tersekat sekat dan menangis dia katakan, bagaimana dalam waktu waktu kebelakangan itu dia agak sibuk dengan hal hal sekolah dia sehingga dia tidak ada masa untuk membaca Firman Tuhan dan sebagainya. Dia mula merasakan dia tidak dapat mendengar suara Tuhan dan isi hati Tuhan. Itu membuat dia menjadi panik dan sedih. Seolah olah Tuhan menjauh. Itu membuat dia sangat sedih dan takut. Pada waktu itu, saya juga di tegur dan di ingatkan. Bagaimana, saat saya tidak dapat merasakan hadirat Tuhan secara peribadi dan mendengar suara-Nya, itu membuat saya sangat takut. Saya diingatkan tentang Musa di dalam Keluaran 33:15 “Kata Musa kepada-Nya, "Jika hadirat-Mu tidak memimpin aku, janganlah kami dibawa pergi dari sini.” Ya, yang paling saya takuti adalah berjalan tanpa hadirat Tuhan menyertai saya. Bagaimana dengan anda?3036
- Tangan Tuhan Yang MendisplinIn Bayu Pengharapan·6 September 2021Renungan: Mazmur 32 Sebab siang malam tangan-Mu menekan aku dengan berat, sumsumku menjadi kering, seperti oleh teriknya musim panas.Sela. (ayat 4) Tanpa displin dan kesedaran terhadap hajaran-Nya, kita mungkin lebih menderita dalam kehidupan kerana kita tersesat lagi serta menerima kepahitan. Ibu bapa yang mengasihi anak mereka akan merotan mereka apabila mereka berkelakuan jahat. Ibu bapa yang mengamalkan demokrasi tuntas akan melemahkan moral anak mereka. Sebaliknya, ibu bapa yang bersikap autoritatif mungkin menghasilkan anak yang suka memberontak. Tangan Tuhan diibaratkan tangan seorang bapa yang mendisplin anak- anaknya yang tersayang. Daud telah berdosa terhadap Tuhan dan selama dia berdiam diri, tulang- tulangnya menjadi lesu kerana dia mengeluh sepanjang sehari. Selain itu, sumsum tulang menjadi kering kerana dia berasa tangan Tuhan menekan dirinya. Hanya orang yang peka kepada tangan Tuhan akan mengeluh dan menyesali dosa mereka. Bagi mereka yang bangga akan dosa mereka, pertaubatan tidak mungkin akan berlaku. Daud menasihati orang yang bangga akan dosa dan enggan mengakui tangan Tuhan dengan nasihat ini, “Janganlah seperti kuda dan bagal yang tidak berakal, yang kegarangannya harus dikendalikan dengan tali les dan kekang, kalau tidak ia tidak akan mendekati engkau. Sela.” (ayat 9). Biarlah kita berdoa, “Dosaku kuberitahu kepada-Mu dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan; aku berkata: Aku akan mengaku kepada Tuhan pelanggaran- pelanggaranku, dan Engkau mengampuni kesalahan kerana dosaku.” (ayat 5). Setelah bertaubat, Daud dapat bersorak sorai semula dalam kejayaan kerana tangan Tuhan yang berat digantikan dengan tangan yang mendukung dia dalam kelembutan semula. Oh, sucikan pialaku dari dosaku Aku mengaku dosa dan pelanggaranku Kuatkan tulang-tulangku yang lesu Penuhi sumsumku dengan kasih-Mu Berilah sinar cahaya dan pengampunan-Mu Agar aku mengenal Engkau dan firman-Mu Aku ingin bertumbuh dalam kemuliaan-Mu Aku tidak akan mengikut jalan sendiri lagi Doa: Tuhan, ajari aku bertaubat dan menurut bimbingan-Mu apabila tangan-Mu mendisplin aku agar aku tidak serong lagi.305
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 33) : Ketidaktaatan - Penyebab Tidak DiberkatiIn Doa dan Puasa NECF 2021·7 September 2021Firman Tuhan Hari Ini : 2 Raja-raja 11-20 Rabu, 8 Sep 2021 Kitab Raja-raja menggambarkan bangsa- bangsa yang berpecah daripada kerajaan selatan Yehuda dan kerajaan utara Israel, dan menyatakan perbezaan utama mereka. Politik Yehuda teguh di bawah pemerintahan 20 orang raja daripada salasilah keluarga yang sama selama lebih kurang tiga abad setengah, ketika takhta tetap kukuh dengan keturunan Daud. Sebaliknya, politik Israel bergejolak dengan raja dan dinasti yang sering digulingkan. Dalam sekitar 200 tahun sejarahnya, Israel telah berada di bawah pemerintahan 20 orang raja yang berasal dari sembilan buah keluarga yang berbeza. Semasa menyimpulkan sejarah kerajaan utara, penulis menunjukkan bahawa alasan utama kehancuran Israel oleh Kerajaan Asyur adalah kerana ketidaksetiaan mereka kepada Tuhan, di mana mereka melanggar perjanjian Tuhan dan menyembah tuhan- tuhan lain sesuai dengan adat istiadat dan hukum-hukum kafir. (2 Raja-Raja 17:7-23) Raja-raja Israel dari kerajaan utara melakukan kejahatan di mata Tuhan, kerana mereka berpegang kepada dosa- dosa Yerobeam bin Nebat (2 Raja-Raja 3:3; 10:29-31; 13:2; 14:24; 15:9,18,24,28; 17:9). Sebagai perbandingan, beberapa orang raja Yehuda memerintah dengan benar di mata Tuhan, namun mereka tidak memindahkan mezbah berhala, di mana orang-orang terus mempersembahkan korban dan membakar dupa kepada berhala (2 Raja-raja 12:3, 14:4, 15: 4,35; bab 16). Kira-kira 150 tahun setelah kehancuran kerajaan utara, kerajaan selatan juga dihancurkan oleh Babel, dan rakyatnya dibuang ke dalam perhambaan. Masalah sinkretisme (pencampuran aliran), iaitu menyembah Tuhan dan dewa-dewa pagan lainnya pada masa yang sama, adalah masalah yang sangat serius yang menyinggung Tuhan, penyembahan tuhan-tuhan palsu adalah penyebab utama kehancuran Israel dan Yehuda. Mari kita renungkan adakah Gereja saat ini juga mencampurkan ibadah kita dengan penyembahan berhala, pemikiran dan konsep duniawi yang telah melemahkan kerohanian kita? Ketidaktaatan ialah penyebab tidak diberkati, dan Tuhan menuntut ketaatan yang murni dan sepenuh hati dari Gereja. Doa Hari Ini : Berdoa melawan ibadah sinkretisme yang datang dengan cara yang licik di kalangan umat Tuhan. Doakan agar Roh Kudus menyedarkan kita dalam masalah kekudusan sesuai dengan Firman Tuhan, agar hati kita kembali kepada Dia dalam penyembahan yang sejati. Bertaubat bagi pihak negara dan bangsa kita, termasuk Gereja, atas dosa- dosa yang kita lakukan sebagai satu bangsa dalam penyembahan berhala dan penyembahan yang tidak murni. Berdoa agar hati bangsa berpaling daripada hasrat kita yang menyimpang yang enggan untuk mencari jalan kebenaran dan hidup. Berdoa untuk suku Sonsogon yang tersebar di sepanjang Sungai Magandai di Sabah, agar anak-anak mereka yang berada di sekolah berasrama mendapatkan rawatan jasmani dan mental yang baik, dan mereka akan mendengar Injil yang melayani keperluan batin mereka dan menyembuhkan luka mereka.3031
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 34) : Janji Tuhan yang Tidak BerubahIn Doa dan Puasa NECF 2021·8 September 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : 2 Raja-raja 21-25, 1 Tawarikh 1-5 Khamis, 9 Sep 2021 Orang-orang Israel dan Yehuda menjadi tawanan di negeri asing kerana pemberontakan mereka yang terus-menerus. Itu membuktikan bahawa kemurkaan Tuhan ditimpakan ke atas mereka dan penghakiman-Nya wajar sepenuhnya. Namun, Tuhan menasihati umat-Nya untuk mengakui dosa-dosa mereka dan bertaubat, dan Dia berjanji kepada mereka bahawa mereka akan kembali ke tanah air mereka dari pembuangan. Tuhan telah menepati janji-Nya dengan setia kepada keluarga Daud, dan Dia menegaskan kepada mereka bahawa kerajaan Daud akan menjadi kerajaan kekal bagi umat pilihan-Nya. Tuhan murah hati kepada keturunan Daud kerana kasih-Nya kepada Daud. Meskipun beberapa anaknya jahat, dan dihukum kerana pelanggaran mereka terhadap perjanjian Tuhan, Tuhan tidak akan mencabut pemerintahan beraja dari keluarga Daud. Ada masa penting yang dicatat dalam kitab 2 Raja-raja di mana Yoyakhin raja terakhir Yehuda, meskipun dipenjarakan oleh orang Babel, dibebaskan dan menerima bantuan khusus sepanjang pembuangannya di Babel. Ini menandakan harapan bahawa Tuhan tidak berputus asa terhadap keluarga Daud (2 Raja-Raja 25:27-30). Janji Tuhan untuk kebangkitan semula takhta Daud akhirnya digenapi di dalam Kristus. Kristus adalah keturunan Daud, dan pewaris sah takhta kerana Dia telah memenuhi semua pensyaratan yang ditetapkan oleh Tuhan sebagai keturunan Daud. Setelah kebangkitan-Nya, Kristus bertakhta di syurga. Dia memimpin umat-Nya menuju berkat dan kemenangan, dan Dia akan memerintah sampai semua musuh-Nya dikalahkan. Tuhan Yesus Kristus adalah Raja kekal yang memerintah selama-lamanya, dan Dia akan memenuhi kehendak Tuhan dan janji-janji-Nya yang kekal dan tidak berubah pada akhirnya. Doa Hari Ini : Berdoa agar Tuhan setia menepati semua janji-Nya, kita akan bersyukur atas kasih-Nya yang tiada berkesudahan yang dicurahkan ke atas kita tanpa syarat kerana dengan iman, kita terus dilindungi oleh kuasa-Nya di dalam Kristus Yesus sampai datangnya keselamatan yang sudah siap untuk dinyatakan pada kali yang terakhir. Berdoa agar parti-parti politik menunaikan janji dalam apa pun janji yang mereka buat di depan umum dalam propaganda pilihan raya, supaya mereka tidak hanya akan pandai bermain dengan kata-kata tetapi juga dengan rajin menyusun rancangan dalam pembangunan negara. Berdoa untuk komuniti kecil Tonga yang tinggal di sempadan di antara Thailand dan Malaysia, agar mereka dapat mengejar kemajuan di bandar dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan serta orang Kristian yang melayani di kalangan mereka.3019
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 37) : Gerhana Kekuatan DuniaIn Doa dan Puasa NECF 2021·11 September 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : 1 Tawarikh 26-29, 2 Tawarikh 1-6 Ahad, 12 Sep 2021 Sepanjanghampirlapandekadpemerintahan Daud dan Salomo, kekuasaan besar dunia yang biasanya menguasai Palestin berada dalam kemunduran. Mesir di selatan dan kerajaan Het di utara telah dimusnahkan dengan teruknya oleh Orang Laut, di mana orang-orang Palestin adalah salah satu cawangannya. Asyur lemah, dan Babel belum berkembang. Daud meninggalkan Salomo satu angkatan tentera yang kuat dan berkuasa yang tidak aktif dalam perkhidmatan. Dia mengembangkan hubungan perdagangan yang erat dengan orang Fenisia di Tirus dan membangun jaringan perjanjian dengan negara-negara di sekitarnya. Israel menjadi makmur semasa kekuatan dunia dikalahkan. Setelah kematian Daud, Salomo menjadi raja. Salomo menunjukkan kasihnya kepada Tuhan, pertama dengan ketaatan, dan kedua dengan penyembahannya. Tuhan menampakkan diri kepadanya dan memberitahu dia untuk meminta apa pun yang dia inginkan. Salomo hanyameminta agar janji Tuhan kepada Daud ditepati dan supaya dia diberi hikmat untuk “memimpin umat-Nya yang ramai,” dan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Permintaan ini menyenangkan hati Tuhan. Raja Salomo dijanjikan kebijaksanaan dan juga akan diberi kekayaan dan kehormatan. Dengan berdiam dan beristirahat di hadirat- Nya melancarkan kuasa Tuhan untuk pelayanan. Tuhan menciptakan kita pada dasarnya sebagai makhluk rohani dan jasmani. Meskipun benar bahawa kita berhubung dengan dunia fizikal sebagai makhluk jasmani, kesedaran utama kita ialah pembentukan asas kita sebagai makhluk rohani. Salomo tidak meminta kekayaan atau kehormatan atau nyawa musuhnya, ataupun meminta umur panjang. Sebaliknya, dia meminta hikmat dan pengetahuan agar dia dapat mengadili umat Tuhan. Tuhan sudah tentu akan memenuhi permintaannya. Doa Hari Ini : Carilah tempat yang tenang di rumah anda atau di luar taman dan tetap tenang untuk merenungkan doa Salomo. Berdoalah agar anda mengenal Tuhan lebih lagi untuk memantapkan pelayanan atau panggilan anda. Berdoa agar kerajaan kita menggunakan kebijaksanaan dan pengertian dalam memerangi pandemik dan pembelian serta pengedaran vaksinnya. Berdoa agar pekerjaan penginjilan di kalangan suku Penan-Nibong di Sarawak akan berkesan, dan agar masyarakat Penan-Nibong akan menemukan penghiburan dan kekuatan dalam ketidaktentuan mereka ketika mereka menghadapi gangguan ekonomi dan sosial.3028
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 39) : Titik ButaIn Doa dan Puasa NECF 2021·13 September 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : 2 Tawarikh 17-26 Selasa, 14 Sep 2021 Yosafat adalah raja kedua Yehuda yang baik. Dia berjuang memerangi kemasukan penyembahan Baal di Yehuda dan mengutus orang Lewi dalam misi bergerak untuk menyampaikan Hukum Tuhan kepada semua orang. Imannya sendiri bersinar ketika Yehuda diserang oleh musuh. Dia membangunkan pasukan yang kuat dan mengukuhkan banyak kota. Dia juga menghidupkan kembali sistem hukum atau pengadilan agar sesuai dengan yang ditetapkan dalam Hukum Musa (Ulangan16:18). Tetapi ada “titik buta” dalam dirinya. Dia membuat persekutuan dengan Israel, tidak ada yang berhasil. Malah dia menikahkan anaknya, Yoram, dengan Atalya, salah seorang anak perempuan Ahab, yang sama jahatnya dengan ibunya, Izebel (2 Raja-raja 8: 16-19). Nilai-nilai teras kita menentukan siapa kita. Nilai-nilai ini memberitahu kita mengapa kita melakukan apa yang kita lakukan. Nilai- nilai kita adalah alasan untuk pilihan yang kita buat, teman yang kita pilih, gaya hidup yang kita amalkan dan harta benda yang kita sayang. Raja Yosafat memulai dengan baik dengan niat yang jelas, tetapi dia menjadi lalai dan mengizinkan “titik buta” terjadi ketika dia memerintah kemudian dalam hidupnya. Ada kemungkinan kita jatuh ke dalam “titik buta” kehidupan kita jika kita tidak berhati- hati dan gagal konsisten di mezbah doa harian kita. Berdiam adalah selaras dengan nilai teras kita. Nilai-nilai inti dari mengasihi Tuhan, mengenal Dia, dan mencari keadilan dan kebenaran adalah perisai terhadap godaan harian kita. Roh Kudus akan mengingatkan kita kepada “titik buta” kehidupan yang tercantum dalam 1 Yohanes 2:16. Doa Hari Ini : Ambil 10 minit untuk berdiam di hadapan Tuhan. Izinkan fikiran anda fokus untuk menikmati hadirat-Nya. Sekiranya boleh, mainkan muzik lagu penyembahan dengan lembut. Tuliskan di buku catatan peribadi anda apa saja yang dibawa oleh Roh Kudus ke dalam fikiran anda. Carilah titik buta dan bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengungkapkannya kepada anda. Berdoa agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan hasilkan rancangan yang konkrit untuk membantu mengatasi bencana banjir yang selalu menimbulkan ancaman kepada kawasan-kawasan yang terjejas semasa musim hujan, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur. Berdoa untuk suku kecil Utik di mana sebahagian besarnya tinggal di Sungai Rajom Hulu dan Tatau, Baleh, Sarawak, agar mereka belajar kemahiran hidup yang baru untuk mengatasi perubahan persekitaran, dan agar mereka dijamah oleh Berita Baik tentang Yesus Kristus.3031
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 40) : Bersendirian pada Saat KrisisIn Doa dan Puasa NECF 2021·14 September 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : 2 Tawarikh 27-36 Rabu, 15 Sep 2021 Raja Hizkia dipuji sebagai orang yang “benar di mata Tuhan” (2 Taw 29: 1-12). Pada tahun keempat pemerintahannya, Sanherib dari Asyur menyerbu Israel dan kemudian mereka ditawan dan dibawa ke pembuangan. Sanherib mengancam Yerusalem sehingga Hizkia harus membayar wang tebusan kepada orang Asyur daripada perbendaharaan bait suci. Ejekan terus meningkat, dan Hizkia digoncangkan. Dia meletakkan surat-surat itu di hadapan Tuhan di bait suci dan meminta Dia untuk campur tangan bagi kemuliaan-Nya. Yesaya membawa firman Tuhan kepada Hizkia, mengatakan kepadanya bahawa Tuhan telah mendengar doanya, dan bahawa Yehuda akan selamat, dan tidak ada satu anak panah pun yang akan dilepaskan ke arah Yerusalem (2 Taw. 32: 20-23). Jadi 185,000 orang tentera Asyur mati! Sanherib kembali ke Niniwe di mana dia dibunuh oleh dua anaknya. Berdiam dalam Roh Kudus adalah sikap untuk menghadap Tuhan dalam kerendahan hati dan putus asa agar Tuhan campur tangan ketika menghadapi krisis. Oleh kerana Raja Hizkia dan nabi Yesaya berdoa dan berseru kepada syurga (2 Tawarikh 32:20), Tuhan campur tangan, dan orang Asyur dibunuh oleh para malaikat dan Sanherib terbunuh! KomenluarbiasaDrJohnMulindemengenai tujuan korporat Tuhan menegaskan, “Ketika ada gerakan Tuhan ke atas tanah, ada gerakan balas di negeri itu oleh kerajaan kegelapan. jika anda tetap berada di jalur, Tuhan akan memberitahu anda bahawa anda tidak dapat membuat sendiri dan menghasilkan sendiri. Ketika orang-orang Kristian ini, sedang berbincang untuk mengumpulkan sumber, Tuhan mulai melepaskan Roh Kudus dalam gelombang, baik di dunia “tidak beradab” dan di dunia barat. “ Doa Hari Ini : Ambil 10 minit untuk berdiam di hadapan Tuhan. Matikan semua suara daripada berita, nubuat, tanda dan keajaiban, dan rakan-rakan. Suara Tuhan lemah lembut. Diamlah dan akui siapa Dia. Jangan terburu-buru. Cuma ucapkan terima kasih dan tanyakan perubahan kecil apakah yang perlu anda lakukan? Berdoa agar program yang dilaksanakan oleh TalentCorp di bawah Jabatan Perdana Menteri (contohnya Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Program, REP), Bakat Global Malaysia (The Malaysia Global Talent, MGT) dan Senarai Pekerjaan Kritikal (Critical Occupation List, COL), dll.) akan mewakili kekurangan yang ada dalam industri utama dan membantu memacu strategi kemahiran negara kita. Berdoa untuk suku Semelai (penduduk asal) di mana kampung-kampung mereka berada di sepanjang kawasan tanah lembap di sekitar Tasik Bera, Pahang, agar usaha mereka dalam mengembangkan ekopelancongan berjaya dan membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan perniagaan bagi mereka.3021
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#7)In Manifesto Kerajaan Allah·19 September 2021(d) Lapar dan Dahaga akan Perbenaran 6Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. (Matius 5:6, AVB) Proses pertaubatan di hadapan Allah akan diperlengkapi dengan perubahan amalan yang didorong oleh suatu keinginan yang kuat, iaitu lapar dan dahaga akan perbenaran. Kesedaran tentang kemiskinan rohani mereka dan bersedih dengan hati yang hancur dan remuk, memberi mereka hati yang lemah lembut dan kelaparan dan kehausan untuk perbenaran yang sejati. Keadaan mereka yang terus bertaubat daripada segala yang salah di hadapan Allah, dan segala tarikan dunia ini, akan menghasilkan kesalihan yang disertai dengan rasa puas yang membawa keuntungan besar. 6Kesalihan yang disertai dengan rasa puas membawa keuntungan besar. (1 Timotius 6:6). Kepuasan mereka sebenarnya hanya di dalam Tuhan seperti yang dilafazkan oleh Raja Daud: 4Satu perkara yang kuingini daripada Tuhan, akan kupohonkan: semoga aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan seumur hidupku, melihat keindahan Tuhan dan tinggal di dalam rumah suci-Nya. (Mazmur 27:4, AVB) Hal-hal lain tidak lagi menjadi begitu menarik apabila mereka telah mengecapi perbenaran yang datang daripada Yesus Kristus: 8Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus, 9dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan perbenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada Kristus, perbenaran daripada Allah melalui iman. (Filipi 3:8-9, AVB) Apabila seseorang telah mengecapi nikmat sejati di dalam Allah, perkara lain tidak begitu menarik lagi: 11Engkau akan menunjukkan aku jalan hidup; di hadirat-Mu sepenuh bahagia dirasai, di tangan kanan-Mu nikmat dikecapi selama-lamanya. (Mazmur 16:11, AVB) Selain itu, perbenaran itu datang secara praktikal melalui latihan di dalam Firman Tuhan: 16Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran. (2 Timotius 3:16, AVB) Firman Tuhan mengajar mereka tentang jalan yang benar untuk diambil. Jika mereka melakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak Allah, firman Tuhan akan menegur perbuatan mereka, dan memberi hikmat untuk membetulkannya. Namun begitu, perubahan tidak akan berlaku dengan sekelip mata sahaja. Realitinya ialah sesuatu tabiat mengambil masa yang panjang dengan pengulangan perbuatan yang bertubi-tubi kali, sebelum ia dibentuk di dalam seseorang. Jika kita hendak membentuk tabiat yang baik sesuai dengan ajaran firman Tuhan, kita perlu melakukannya untuk jangka masa yang panjang seolah-olah melalui suatu latihan. Hal ini seperti seorang olahragawan yang perlu berlatih hampir setiap hari untuk beberapa tahun, sebelum dia siap untuk menyertai sesuatu pertandingan. Begitu juga, jika kita memiliki tabiat yang buruk, kita mesti dididik atau dilatih ke arah kebenaran untuk tempoh masa yang panjang, sehingga tabiat yang baik dibentuk untuk menggantikan tabiat yang buruk itu. Mendidik atau melatih ke arah kebenaran merupakan amalan yang paling penting untuk membentuk watak dan perbuatan yang sesuai untuk kita, orang salih Allah. Mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran akan mencari makanan rohani yang terkandung di dalam firman Tuhan yang memberi mereka “tenaga rohani” untuk dilatih ke arah kebenaran. Mereka tidak perlu dipujuk dan didorong untuk membaca, mengkaji dan memahami firman Tuhan sebab mereka sendiri mengalami kepuasan yang datang daripada mengkaji firman Tuhan: 2Seperti bayi yang baru lahir, hendaklah kamu selalu haus akan air susu suci firman Allah, supaya kamu bertumbuh subur sehingga beroleh penyelamatan. 3Kamu sendiri telah mengalami kebaikan Tuhan. (1 Petrus 2:2-3) Sekiranya proses ini terus bertumbuh, orang yang lapar dan haus akan perbenaran akan maju ke tahap orang rohani yang matang, iaitu mereka boleh makan makanan pepejal. Orang yang sebegini telah membiasakan akal mereka untuk membezakan baik dengan buruk. 11Tentang ini kami ada banyak untuk dikatakan, namun sukar hendak diterangkan, kerana pendengaranmu sudah tumpul. 12Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal. 13Orang yang hanya boleh minum susu itu tidak mahir dalam ajaran tentang perbenaran, kerana dia masih bayi. 14Makanan pepejal adalah untuk orang yang sudah dewasa, iaitu mereka yang telah membiasakan akal mereka membezakan baik dengan buruk. (Ibrani 5:11-14, AVB) Maka, mereka menjadi alat-alat perbenaran yang melakukan apa yang baik dan suci. 11Demikian juga, anggaplah dirimu telah mati kepada dosa tetapi hidup kepada Allah dalam Kristus Yesus. 12Oleh itu, jangan biarkan dosa bertakhta dalam tubuhmu yang fana sehingga kamu menurut kemahuannya yang durjana. 13Janganlah persembahkan bahagian-bahagian tubuhmu kepada dosa, sebagai alat-alat kedurjanaan; sebaliknya persembahkanlah dirimu kepada Allah, sebagai orang yang telah dibawa daripada kematian kepada kehidupan; dan persembahkan bahagian-bahagian tubuhmu kepada-Nya sebagai alat-alat perbenaran. 14Kerana dosa tidak akan menjadi tuanmu, disebabkan kamu bukan di bawah hukum, tetapi di bawah kasih kurnia. (Roma 6:11-14, AVB) Mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran dijanjikan akan dipuaskan oleh Allah sendiri. Dengan itu, mereka akan terus hidup dalam pertaubatan untuk mengecapi kepuasan yang abadi ini. Tugasan: Sila mengkaji Filipi 3:1-16. Apakah keinginan Paulus yang paling utama? Apakah dasar untuk keinginan yang sebegini? Apakah implikasinya kepada kita? Renungan Empat sikap yang indah ini memperkayakan perhubungan kita dengan Allah kerana kita senantiasa hidup dalam pertaubatan dan kesucian berdasarkan takut kepada Tuhan. Teliti proses pertaubatan yang telah dipertimbangkan dalam bahagian ini seperti yang digambar kisahkan di bawah: Soalan utama yang kita perlu tanya diri sendiri pada ketika ini ialah, “Adakah sikap saya mencerminkan empat sikap indah yang disebut oleh Tuhan Yesus? Sekiranya ada kekurangan, apakah yang saya patut lakukan untuk terus hidup dalam pertaubatan dan kesucian berdasarkan takut kepada Tuhan?”3070
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#9)In Manifesto Kerajaan Allah·4 October 2021Menunaikan, Bukan Menghapuskan Taurat (Bahagian 1) PENTING! MUSTAHAK! 17"Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya. (Matius 5:17, AVB) Di dalam ayat di atas, terkandung prinsip yang paling penting diajar oleh Tuhan Yesus di dalam Khutbah di Atas Bukit-Nya. Kebanyakan isi kandungan khutbah-Nya berdasarkan aplikasi prinsip ini. Jika kita tidak memahami prinsip ini dengan betul, besar kemungkinan kita akan salah tafsir sembilan perbuatan yang dijelaskan oleh Tuhan Yesus, apabila dia mengaitkannya dengan ujian hati untuk perhubungan kita dengan orang lain. Mari kita pertimbangkan prinsip ini dengan teliti! 17"Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya. Inilah prinsip yang amat penting dan mustahak seperti yang dinyatakan oleh Tuhan Yesus: Yesus datang untuk menunaikan, bukan menghapuskan Hukum Taurat. Pertama sekali, kita mesti memahami dengan jelas maksud Yesus bahawa Dia tidak datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Frasa “Taurat dan ajaran nabi-nabi” merujuk kepada dua bahagian di dalam Kitab orang Yahudi (Perjanjian Lama), yang sebenarnya mengandungi tiga bahagian yang utama (sila rujuk gambar rajah di bawah). Tiga bahagian ini ialah: Taurat (Torah) - Bahagian ini mengandungi lima buku Musa, iaitu lima buku pertama yang sama seperti di bahagian permulaan Alkitab Perjanjian Lama kita. Nabi-nabi (Nevi’im) - Bahagian ini mengandungi buku-buku sejarah dari Yosua sehingga Raja-Raja, buku-buku nabi utama dari Yesaya hingga Yehezkiel, dan buku-buku nabi kecil dari Hosea hingga Maleakhi (Jelas sekali, golongan buku ini berbeza dengan golongan dalam Alkitab Perjanjian Lama kita. Namun begitu, isi kandungan setiap buku ini adalah sama. Hanya susunan dan cara menggolongkannya sahaja yang berbeza.) Tulisan-tulisan (Ketuvim) - Bahagian ini menggolongkan pelbagai jenis tulisan seperti syair, kata-kata hikmah, serta buku-buku sejarah dan cerita. Maka, apabila Yesus menyebut tentang “Taurat dan nabi-nabi,” dia sebenarnya menggunakan singkatan untuk Kitab orang Yahudi, seperti yang dijelaskan di atas. Pada masa yang sama, dia juga memberi fokus kepada hukum-hukum yang terkandung di dalam Taurat, seperti yang diterangkan-Nya dalam ayat 18-19. Oleh sebab itu, saya hanya menyatakan “Hukum Taurat” di dalam prinsip yang diberikan oleh Tuhan Yesus. Mengapakah Yesus mengatakan bahawa dia tidak datang untuk menghapuskan Hukum Taurat? Sekiranya Hukum Taurat dihapuskan oleh Yesus, maka seluruh Perjanjian Lama dibatalkan, dan tidak akan diguna pakai lagi! Dalam kata lain, kita tidak perlu memasukkan Perjanjian Lama ke dalam Alkitab kita. Maka, kita hanya perlu membaca Perjanjian Baru. Selain itu, semua hukum moral di dalam Perjanjian Lama turut dibatalkan dan tidak berfungsi lagi! Ini bermaksud kita bebas untuk berbohong, mencuri, berzina, menyembah tuhan-tuhan lain dan menyembah berhala serta melanggar semua hukum yang tertera di dalam Perjanjian Lama! Sudah tentu hal ini tidak masuk akal dan tidak patut terjadi. Maka, apabila Tuhan Yesus menyatakan dengan tepat bahawa dia tidak datang untuk menghapuskan Hukum Taurat, itu bermaksud Hukum Taurat masih berfungsi! Hal ini perlu diteliti dengan lebih lanjut supaya kita tidak salah faham tentang fungsi Hukum Taurat ini. Hukum Taurat tidak boleh diguna pakai untuk mencapai penyelamatan dengan mengusahakannya bagi melayakkan diri sendiri. Realitinya ialah kita tidak dapat mencapai standard Allah yang terlalu tinggi! Pertama sekali, semua manusia telah berdosa dengan melanggar kebanyakan hukum-hukum Allah. 23Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. (Roma 3:23, AVB) Kedua, melanggar satu hukum sahaja menjadikan kita seorang “pelanggar hukum” yang patut dihukum! 10Melanggar satu perintah Taurat bererti melanggar seluruh hukum…(Yakobus 2:10, AVB) Ketiga, jika kita tidak melakukan kebaikan yang kita tahu patut dilakukan, itu pun dikira sebagai dosa! 17Apabila seseorang tidak melakukan sesuatu yang baik dan sepatutnya dilakukan, maka orang itu berdosa. (Yakobus 4:17, AVB) Dengan standard Allah yang begitu tinggi sekali, tidak hairanlah bahawa kesimpulan yang dibuat oleh Alkitab ialah tidak ada seorang pun yang benar di hadapan Allah. 10Sebagaimana tersurat: "Tiada yang benar, seorang pun tidak. 11Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah. 12Semuanya telah berpaling, semuanya tidak berguna; tiada yang berbuat baik, tiada seorang pun. 13Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan racun ular kapak berbisa di bawah bibir mereka. 14Mulut mereka penuh sumpah seranah dan kepahitan. 15Kaki mereka cepat menumpahkan darah. 16Kemusnahan dan kesengsaraan mereka timbulkan merata-rata, 17sedangkan jalan damai tidak dikenal mereka. 18Rasa takut terhadap Allah tiada dalam jiwa mereka." (Roma 3:10-18, AVB) Kalau begitu, apakah tujuan Allah memberi umat-Nya Hukum Taurat? Paulus menjelaskan tujuan sebenar Hukum Taurat diberikan kepada manusia: 20Oleh itu, tiada siapa pun akan diperbenar di mata Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa. (Roma 3:20,AVB) Paulus menjelaskan bahawa Hukum Taurat tidak diberikan untuk membenarkan sesiapa di mata Allah dengan mengamalkannya, kerana semua manusia memang tidak sanggup dan tidak mampu memenuhi keperluan-keperluan Hukum Taurat. Oleh sebab itu, Hukum Taurat bukan bertujuan untuk menyelamatkan kita. Tujuan Hukum Taurat diberikan ialah untuk menyedarkan atau menginsafkan manusia tentang dosa-dosa mereka. Paulus memberi penerangan dan contoh seperti berikut: 7Jadi, apakah yang akan kita katakan? Adakah hukum itu dosa? Sama sekali tidak! Memang aku tidak mungkin tahu apa itu dosa kecuali melalui hukum. Kerana aku tidak mungkin tahu apa sebenarnya keinginan jahat jika hukum tidak mengatakan, "Jangan ingini milik orang." (Roma 7:7, AVB) Hukum Taurat berfungsi seperti sebuah mesin Sinar-X yang menunjukkan masalah keretakan tulang seseorang, tetapi mesin itu tidak merawat atau menyembuhkan mangsa itu. Contoh yang diberikan oleh Paulus ialah jika Hukum Taurat tidak menyatakan bahawa mengingini milik orang lain adalah dosa, kita tidak akan tahu bahawa keinginan seperti itu memang suatu keinginan yang salah, tetapi menganggapnya sebagai sesuatu perasaan yang biasa. Namun begitu, Hukum Taurat menunjukkan dengan ketara dosa kita, tetapi tidak membantu kita mengatasi hukuman dosa iaitu maut: 23Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. (Roma 6:23, AVB) Maka, apabila Tuhan Yesus mengatakan bahawa dia tidak datang untuk menghapuskan Hukum Taurat, implikasinya ialah hukum Taurat masih diguna pakai sebagai standard moral Allah. Hukum Taurat juga akan diguna pakai untuk menghakimi semua manusia. Jadi, Yesus menjelaskan bahawa dia datang untuk menunaikan Hukum Taurat. Apakah maksud dan implikasi prinsip ini? Fahaman yang amat penting yang selaras dengan prinsip ini adalah Yesus menggantikan kita dalam hukuman dosa apabila dia mati untuk kita di kayu salib. Oleh sebab kita tidak dapat memenuhi keperluan Hukum Taurat, Yesus telah turun ke dunia sebagai manusia untuk menggantikan kita membayar ganjaran atau upah dosa, iaitu kematian (maut). Dalam kata lain, Yesus telah menunaikan keperluan Hukum Taurat bagi pihak kita. Soalannya ialah, “Mengapakah Tuhan Yesus dapat menunaikan keperluan Hukum Taurat, dan apakah yang telah ditunaikan oleh Tuhan Yesus?” Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara: 1. Kelahiran Yesus oleh Anak Dara Yesus telah dilahirkan oleh Maria, seorang anak dara. Fakta ini sangat penting kerana sekiranya Tuhan Yesus dilahirkan kerana perhubungan seksual antara Maria dan Yusuf, Yesus akan lahir dalam dosa, seperti semua orang yang lain. Tetapi malaikat telah memberitahu Yusuf bahawa Maria mengandung daripada Roh Kudus: 20Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi bahawa malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, "Hai Yusuf, anak Daud! Janganlah takut mengambil Maria sebagai isterimu kerana anak di dalam kandungannya adalah daripada Roh Kudus. 21Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka." (Matius 1:20-21, AVB) Perkara ini amat penting supaya Yesus lahir suci, tanpa dosa yang diwarisi daripada Adam. Maka, Tuhan Yesus tidak ada apa-apa dosa di dalam dirinya semasa dia dilahirkan di dalam dunia ini. 2. Kehidupan Yesus yang Tidak Bercela Yesus bukan sahaja lahir dalam kesucian, tetapi dia juga hidup dengan suci, tanpa bercela. Seluruh hidup Yesus, dia tidak melakukan sebarang kesalahan atau dosa. Ayat-ayat berikut menyatakan dengan jelas tentang hakikat ini: 15Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa. (Ibrani 4:15, AVB) 26Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga; (Ibrani 7:26, AVB) 22"Dia tidak melakukan dosa, dan tidak ada tipu daya dalam mulut-Nya." (1 Petrus 2:22, AVB) 5Kamu tahu bahawa Kristus dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia; dalam diri-Nya tiada dosa. (1 Yohanes 3:5, AVB) Inilah keunikan Tuhan Yesus, yang telah menjelma menjadi manusia, supaya sebagai manusia dia layak menggantikan manusia yang berdosa kerana dia suci dan tidak pernah melakukan perbuatan atau memiliki perasaan yang salah di dalam hati-Nya. Hal ini amat penting untuk perkara yang seterusnya. 3. Kematian Yesus yang Menebus Manusia yang Berdosa 18Kristus juga telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita. Dia yang benar telah menderita untuk orang yang tidak benar supaya Dia dapat membawa kita kepada Allah. Dia telah dibunuh secara jasmani tetapi dihidupkan semula sebagai Roh. (1 Petrus 3:18, AVB) Yesus telah menggantikan kita untuk mengalami hukuman dosa, iaitu “dia telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita.” Yesus layak melakukan ini kerana dia benar dan tidak berdosa. Makam dia telah menderita untuk kita, orang yang tidak benar. Sekiranya Yesus tidak suci dan bercela, dia tidak mungkin dapat menggantikan kita dan tidak dapat pulan menebus dosa kita, kerana dia terpaksa bayar untuk dosa-Nya sendiri. Tetapi kerana Yesus adalah suci dan tidak bercela, maka dialah sahaja yang dapat melakukan pengorbanan ini. Untuk menjelaskan hal ini, kita boleh mengambil contoh daripada transaksi di dunia ini. Seorang yang muflis tidak boleh menjadi penjamin kepada orang lain yang ingin meminjam duit daripada bank, kerana dia sendiri berhutang begitu banyak duit dengan orang lain sehingga dia tidak dapat membayarnya. Bagaimanakah dia boleh diterima sebagai penjamin orang lain jika dia berada dalam keadaan kewangan yang begitu teruk sekali? Tiada mana-mana bank akan bersetuju untuk menerima orang yang muflis sebagai penjamin untuk transaksi peminjaman wang. Begitulah juga, orang yang berdosa tidak boleh menebus dosa orang lain kerana dia sendiri berhutang dengan Allah. Setiap orang hanya mempunyai satu nyawa sahaja, jadi apabila dia mati tanpa penyelamatan, dia mesti membayar hutang dosanya sendiri dengan nyawanya sendiri. Hutang dosa mesti dibayar dengan “kematian/maut”. Setiap orang hanya memiliki satu nyawa sahaja. Maka, dia tidak dapat mati untuk orang lain. Keistimewaan dan keunikan Yesus ialah dia tidak berdosa sebagai Anak Allah yang suci. Maka, dia layak untuk menjadi korban yang sempurna, sekali sahaja untuk menebus semua manusia untuk selama-lamanya. Bacalah ayat-ayat berikut dengan teliti untuk memahami fakta yang penting ini: 26Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga; 27Imam besar yang dahulu perlu mempersembahkan korban setiap hari, mula-mula untuk menghapuskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa orang lain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telah melakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Dia mempersembahkan diri-Nya. 28Hukum Taurat melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi imam besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Anak yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya. (Ibrani 7:26-28, AVB) 26Andainya demikian, terpaksalah Dia menderita berkali-kali sejak permulaan dunia. Dia tampil sekali sahaja, sewaktu akhir zaman ini, untuk menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya. 27Sebagaimana manusia ditentukan mati sekali, dan selepas itu dihakimkan, 28begitulah Kristus telah dikorbankan sekali untuk dosa semua manusia. Kepada mereka yang menunggu-Nya dengan penuh pengharapan, Dia akan datang bagi kali kedua, bukan untuk menanggung dosa tetapi untuk menyelamatkan mereka. (Ibrani 9:26-28, AVB) 12Tetapi Imam ini, setelah Dia mempersembahkan satu korban untuk menebus dosa selama-lamanya, duduk di sebelah kanan Allah. 13Dari saat itu Dia menanti hingga musuh-musuh-Nya dijadikan alas kaki-Nya. 14Dengan satu persembahan Dia telah menyempurnakan untuk selama-lamanya semua orang yang disucikan. (Ibrani 10:12-14, AVB) 4. Kebangkitan Yesus menewaskan Maut Yesus telah mati dan dikuburkan, tetapi Dia bangkit semula daripada kematian pada hari yang ketiga: 3Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; 4bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; (1 Korintus 15:3-4) Kuasa kebangkitan Yesus telah mencapai sesuatu yang amat penting, iaitu dia berjaya menewaskan musuh yang terakhir, iaitu Maut. 25kerana Dia harus memerintah sehingga semua musuh telah diletakkan-Nya di bawah kaki-Nya. 26Musuh terakhir yang akan dilenyapkan ialah Maut. 27Segala sesuatu telah ditaklukkan oleh Allah di bawah kaki Kristus. Apabila dikatakan bahawa 'segala sesuatu telah ditaklukkan' jelaslah bahawa Allah, yang membuat segala sesuatu itu takluk kepada Kristus, tidak turut ditaklukkan. (1 Korintus 15:25-27, AVB) Musuh setiap manusia yang terakhir ialah Maut, kerana Mautlah yang menuntut hidup kita pada akhir hayat kita. Tetapi dengan kebangkitan-Nya daripada kematian, Tuhan Yesus telah menewaskan maut dan merampas anak kunci kematian dan alam maut: 18Akulah Dia yang hidup. Aku pernah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku memegang anak kunci kematian dan alam maut. (Wahyu 1:18, AVB) Maka, sekarang, Yesuslah yang berwibawa dan memiliki kuasa ke atas kematian dan alam maut. Orang yang telah ditebus-Nya, tidak akan mati dan tidak akan dilontar ke dalam alam maut lagi. Sebaliknya, orang salih Yesus akan “tidur,” dan terus bangun di firdaus untuk berada bersama-sama-Nya buat selama-lamanya! 13Saudara-saudaraku, kami mahu kamu mengetahui kebenaran tentang orang yang telah mati (koimao, Gk. bermaksud “tidur”), agar kamu tidak bersedih seperti orang yang tidak mempunyai harapan. (1 Tesalonika 4:13, AVB) 6Selepas itu, Dia memperlihatkan diri-Nya kepada saudara-saudara kita, lebih daripada lima ratus orang pada satu masa. Kebanyakan mereka masih hidup, dan ada yang sudah meninggal dunia (koimao, Gk. bermaksud “tidur”). (1 Korintus 15:6, AVB) 43Yesus menjawab, "Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus." (Lukas 23:43, AVB) Maka, kita, yang telah disatukan dengan Kristus dalam kematian dan kebangkitan-Nya, juga akan menewaskan Maut dan dibangkitkan semula dengan tubuh rohani yang tidak boleh binasa: 5Jika kita telah disatukan dengan Kristus kerana kita turut mati bersama-Nya, maka tentulah kita akan disatukan juga dengan-Nya dalam kebangkitan semula-Nya. (Roma 6:5, AVB) 42Demikianlah dengan kebangkitan orang mati: Tubuh disemaikan dalam kebinasaan, dan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan; 43disemaikan dalam kehinaan, dibangkitkan dalam kemuliaan; disemaikan dalam kelemahan, dibangkitkan dalam kekuatan; 44disemaikan dalam tubuh jasmani, dibangkitkan dalam tubuh rohani. Jika ada tubuh jasmani, maka adalah juga tubuh rohani. (1 Korintus 15:42-44, AVB) 51Dengarlah, aku memberitahumu suatu rahsia: Tidak kita semua akan mati, tetapi semua akan diubah 52serta-merta, dalam sekelip mata, ketika berbunyinya sangkakala yang terakhir. Pada saat itu orang mati akan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan, dan kita yang masih hidup akan diubah, 53kerana yang boleh binasa ini mesti mengenakan bentuk yang tidak boleh binasa, dan yang boleh mati ini mesti mengenakan bentuk yang tidak boleh mati. 54Setelah ini berlaku, terbuktilah firman: "Maut telah ditelan dalam kemenangan." 55C"Wahai Maut, di manakah kemenanganmu? Wahai Maut, di manakah sengatmu?" 56Sengat maut ialah dosa, manakala kuasa dosa ialah Taurat. 57Tetapi syukurlah kepada Allah yang telah memberi kita kemenangan melalui Tuhan kita Yesus Kristus. (1 Korintus 15:51-57, AVB) Semua fakta ini terangkum dalam apa yang Tuhan Yesus mengatakan telah ditunaikan-Nya! Sungguh ajaib dan luar biasa anugerah Yesus bagi kita yang tidak layak menerima kasih kurnia-Nya. Kita hanya boleh bersyukur sahaja dengan hati yang tunduk kepada-Nya.3054
- DENGAN APA KAN KU BALAS | Instrumental Flute cover by PaulzNreeIn Pujian & Penyembahan21 August 2021Jangan pernah mengeluh atau kecewa dengan apa yang kamu miliki atau belum miliki dalam dunia ini..sambil mendengarkan lagu ini cuba berdiam sejenak dan katakan dalam hatimu, "Tuhan..dengan apa akan ku balas akan kebaikan-Mu didlm hidupku.." Semoga instrumental lagu ini berkenan di hati Tuhan & yg mendengarnya..30
- CARA KERJA IMANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi21 July 2021Tq dan Amen ! Saya teringat pesanan Paulus kepada Timotious 2 Timotius 2:3-7 AVB “Kamu mestilah ikut serta menanggung kesusahan sebagai seorang askar yang baik di bawah Kristus Yesus. Seseorang yang memegang tugas dalam peperangan tidak akan melibatkan dirinya dengan hal ehwal kehidupan ini, supaya dia mendapat keredaan orang yang mengambilnya sebagai askar. Demikian juga jika seseorang menyertai pertandingan olahraga, dia tidak akan mendapat mahkota kemenangan melainkan dia bertanding mengikut semua peraturan. Petani yang telah bertungkus-lumus, pasti dialah yang pertama menikmati hasil tanaman. Fikirkan kata-kataku kerana Tuhan akan mengurniaimu pengertian dalam semua perkara.”30
bottom of page










