top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6129)
KD Post (3260)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Tuhan ada alasanIn Inspirasi & Renungan·20 July 20213019
- Mazmur 67:7 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·22 August 2021Allah akan memberkati kita, dan setiap pelosok bumi akan takut kepada-Nya.305
- Berjuang Mencapai Mahkota Kehidupan.In Inspirasi & Renungan·25 August 20213032
- Amsal 18:12 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 August 2021Kesombongan mendahului kehancuran, tetapi kerendahan hati mendahului kehormatan. 3010
- PEKERJAAN BARU PADA 5 Ogos 2021In Kesaksian·29 August 2021Puji Tuhan! Selama 3 bulan belum mendapat pekerjaan dan masa itu saya tidak putus asa tetap mencari pekerjaan secara fizikal dan secara online dan juga tetap bersabar dan tetap percaya kepada Tuhan bahwa Dia akan menyediakan segala keperluanku, akhirnya pada 29 Julai 2021 Tuhan telah menjawab doa saya dan menyediakan sebuah pekerjaan yang baru sebagai Juruwang di Pasaraya Lulu Hypermarket. Selepas temuduga dan akan mula kerja pada 5 Ogos 2021. Dan pada hari pertama kerja kaki agar sakit sangat. Kemudian hari yang sebelum pergi kerja saya minta Tuhan, berikan saya kekuatan dan semangat utk saya agar saya dapat berdiri lama dan tiada sakit yg teruk. Berita Baik!!! Pada 29 Ogos 2021 pada petang itu, supervisor letak saya di bahagian Supermarket dan pada hari itu adalah hari minggu dan pelanggan juga banyak, tetapi saya tidak complete apa apa, saya tetap ikut arahan supervisor dan tetap semangat, pada masa tu saya berdiri agar lama juga, walaupun ada sikit sakit tapi dgn kekuatan Tuhan saya masih mampu berdiri lagi. Puji Tuhan! Hanya dengan Kekuatan Tuhan, saya mampu berdiri lama, kalau ikut kekuatan manusia tak mungkin dapat berdiri lama.3018
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#2)In Manifesto Kerajaan Allah·17 August 2021Perhubungan Dengan Allah 3"Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. (Matius 5:3-6, AVB) Tidak ada perhubungan yang lebih penting dalam kehidupan kita selain daripada perhubungan kita dengan Allah. Maka, tidak hairanlah, Tuhan Yesus memulakan Khutbah di atas Bukit dengan memberi empat sikap hati yang indah untuk hidup dalam pertaubatan dan kesucian berdasarkan takut kepada Tuhan. Petrus telah menulis tentang hal ini: 13Oleh yang demikian, bersedialah dengan akal budimu, berjaga-jaga dan sandarkanlah harapan kepada kasih kurnia yang akan kamu terima apabila Yesus Kristus menyatakan diri-Nya kelak. 14Jadilah anak-anak yang taat akan Allah, dan janganlah hidup mengikut nafsumu seperti dahulu, sebelum kamu mengenal-Nya. 15Pastikanlah segala perbuatanmu suci, sebagaimana Tuhan yang memanggilmu itu suci. 16Ada tersurat dalam Kitab Suci, "Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci." 17Jika kamu berdoa kepada Allah Bapa, yang menghakimi manusia dengan adil menurut perbuatan masing-masing, maka sepanjang hayatmu di dunia ini takuti dan patuhilah Dia. 18Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas 19tetapi darah Kristus yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya. 20Dia telah ditetapkan sebelum dunia dicipta, tetapi dinyatakan pada akhir zaman ini untukmu. 21Melalui-Nya kamu percaya kepada Allah, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian dan memberi-Nya kemuliaan, supaya kamu beriman dan berharap kepada Allah. (1 Petrus 1:13-21, AVB) Allah memang Maha Suci dan oleh sebab itu Dia tidak mungkin bersekutu dengan manusia yang berdosa seperti kita. Tetapi kematian Tuhan Yesus telah menebus kita daripada dosa kita dan menyucikan kita untuk menjadi orang salih yang suci. Proses ini merupakan proses pembenaran di dalam Yesus. Namun begitu, kita masih berbuat dosa dan perlu terus disucikan daripada dosa-dosa kita. Kita mesti bertaubat daripada semua perbuatan yang berdosa ini supaya kita boleh terus bersekutu dengan Allah tanpa apa-apa halangan. Maka, hidup dalam pertaubatan adalah suatu proses yang paling asas dalam perhubungan kita dengan Allah yang menuju ke arah menyempurnakan kesucian kita dengan rasa takut kepada Allah. 1Oleh sebab kita telah mendapat janji-janji itu, saudara-saudara yang kukasihi, sucikanlah diri daripada segala yang menajiskan tubuh atau roh, dan sempurnakan kesucian kita dengan rasa takut kepada Allah. (2 Korintus 7:1, AVB) Empat sikap hati ini yang disebut oleh Tuhan Yesus merupakan proses pertaubatan yang berterusan di dalam kehidupan setiap orang salih. Empat sikap yang indah untuk perhubungan kita dengan Allah ialah: Miskin kerohanian Bersedih Lemah lembut Lapar dan dahaga akan perbenaran Kalau kita lihat gambar rajah di bawah, empat sikap itu memang terkait dan dibina secara berurutan daripada satu sikap ke sikap lain yang seterusnya. Mari kita mempertimbangkan keempat-empat sikap hati ini, satu per satu, dan lihat perkaitannya secara berurutan. (a) Miskin Kerohanian 3"Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. (Matius 5:3, AVB) Titik permulaan proses pertaubatan di dalam perhubungan kita dengan Allah adalah menerima dan mengakui bahawa kita adalah pengemis rohani. Hal ini memerlukan kita untuk mengubah fikiran kita tentang siapa kita, dosa yang telah dilakukan oleh kita dan dosa yang masih lagi dibuat oleh kita serta apa yang kita patut lakukan berkaitan dengan keadaan dosa itu. Dalam kata lain, kita perlu mengakui bahawa kita adalah muflis dari segi rohani dan adalah miskin rohani di hadapan Allah kerana dosa-dosa kita. Di minda dan di dalam hati kita, kita mesti menerima hakikat keadaan dosa ini sebagai suatu realiti. Kita memanggil dosa itu sebagai dosa kerana itulah yang dinyatakan dalam Firman Tuhan. Kita yang berdosa telah memberontak terhadap Allah dan melanggar hukum-hukum Allah. Dosa merangkumi apa yang dapat dilihat dan juga apa yang tidak kelihatan, apa yang di luar dan apa yang di dalam hati kita. Hakikat ini berdasarkan fakta bahawa Allah menguji niat hati kita: 7Tetapi firman Tuhan kepada Samuel, "Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati." (1 Samuel 16:7, AVB) 2Periksalah aku, ya Tuhan, dan dugalah aku, ujilah fikiran dan hatiku; (Mazmur 26:2, AVB) 2Segala jalan seseorang bersih menurut pandangannya sendiri, tetapi Tuhan sajalah yang menimbang niat hatinya. (Amsal 16:2, AVB) 3Seruan kami kepadamu tidak berasaskan kesilapan atau niat yang kotor mahupun usaha untuk memperdayamu. 4Sebaliknya, kami sentiasa berkata-kata sebagai orang yang dipandang layak oleh-Nya untuk memegang amanah menyampaikan Injil itu. Kami tidaklah berusaha hanya sekadar menyukakan hati manusia tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah yang menguji hati kami. (1 Tesalonika 2:3-4, AVB) Kesimpulan Allah tentang kita jelas sekali: 23Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. (Roma 3:23, AVB) Tambahan lagi, kita tidak dapat tawar-menawar dengan Allah kerana kita tidak berkemampuan berbuat demikian dengan keadaan miskin rohani kita. Kita tiada pilihan lain kecuali minta ampun daripada Allah agar Dia menunjukkan belas kasihan dan kasih kurnia berdasarkan pengorbanan Anak-Nya yang tunggal, iaitu Yesus Kristus. Oleh sebab itu, sikap hati pertama dalam proses pertaubatan ialah hati yang hancur dan remuk kerana dosa peribadi kita. 17Korban untuk Allah ialah hati yang hancur; hati yang hancur dan sesal, Ya Allah, tidak akan Kauremehkan. (Mazmur 51:17, AVB) Hanya dengan hati yang hancur dan remuk berdepan dengan Tuhan seseorang dapat masuk dan kekal di dalam kerajaan syurga. Orang yang angkuh dan tidak mahu bertaubat tidak mungkin masuk kerajaan syurga. 23Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan. (Amsal 29:23, AVB) 6Walaupun demikian, kasih kurnia yang dianugerahkan oleh Allah lebih kuat, maka tersurat dalam Kitab Suci: “Allah menentang orang yang angkuh tetapi memberikan anugerah kepada orang yang rendah hati.” (Yakobus 4:6, AVB) Kita mesti mengekalkan sikap hati yang hancur dan remuk ini sepanjang hidup kita. Tugasan: Sila kaji Roma 3:9-20. Apakah pandangan firman Tuhan tentang “kebaikan” kita? Adakah anda mempunyai pandangan yang setara dengan pernyataan-pernyataan di dalam petikan ini? Mengapa? Bagaimanakah anda perlu sesuaikan pandangan anda supaya setara dengan apa yang dikatakan dalam firman Tuhan?3041
- PengharapanIn Bayu Pengharapan·19 August 2021Renungan: Filipi 3:10,11 “Berbahagialah orang yang mempunyai Allah Yakub sebagai penolong, yang harapannya pada Tuhan, Allahnya.” (Mazmur 146:5) “Kenapa Tuhan?” berseru Karen kepada Tuhan sewaktu doktor memberitahu dia tentang laporan rawatannya. Kekejutan diikuti perasaan marah namun setelah banyak mencurahkan isi hatinya, satu sel pengharapan bergerak di dalam jiwa Karen. Sel itu memampukan dia menghembus pengharapan kepada keluarganya. Semua sel dalam tubuh Karen terancam barah, dan matanya bagai pudar bulan namun satu sel bersinar terang dan memberi dia pengharapan dalam jiwanya. Semangatnya tidak pernah kendur dan hatinya masih ada pengucapan syukur kepada Tuhan. Dia tidak berasa kalah sekalipun badannya berlebam dan berkuningan kerana pengharapan Bapa Syurgawi telah menghangatkan sel pengharapannya. Dia mengetahui bahawa di syurga, “Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama telah berlalu.” ( Wahyu 21:4) Dia sering menadah tangannya sambil berdoa, “Ya Tuhan, aku bersyukur atas pengharapan dalam Kristus yang hidup!” Sewaktu tubuhnya melemah dan kedua- dua anaknya serta suami menitis airmata di tepi katilnya, Karen hanya bernafaskan pengharapan kepada mereka. Sel pengharapannya terus menggalakkan dia untuk berharap kepada Tuhan. Dia berdoa bagi mereka dan masa depan mereka kerana sel ini tidak pernah angkat bendera putih. Ketika semua selnya dikalahkan oleh penyakit barah, sel pengharapannya bersinar semakin terang. Nafas terakhirnya penuh pengharapan kerana Penyelamat mengalu-alukan kedatangannya dan semua anggota keluarganya diserahkan kepada Tuhan dengan penuh beriman. Sekalipun Karen terpaksa pulang ke rumah Tuhan terlebih dahulu, dia telah menguatkan iman keluarganya sehingga mereka terasa terhibur. Begitu juga sewaktu Rasul Paulus berada dalam penjara, dia sering menafaskan pengharapan. Begitu banyak suratnya bernafaskan pengharapan kepada kita dituliskan menjelang saat-saat terakhir dalam kehidupannya. Membaca surat Paulus yang dituliskan pada akhir riwayat sungguh mengangkat jiwa kita, dan membawa kita ke arena pengharapan yang tidak pernah pudar. Rasul Paulus berkata, “Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya, di mana kau menjadi serupa dengan Dia dalam kematian-Nya, supaya aku akhirnya beroleh kebangkitan dari antara orang mati.” (Filipi 3:10,11) Doa: Tuhan Syurgawi, biarlah sel pengharapan menghembuskan nafas pengharapan kepada aku setiap saat kehidupanku. Ku Tak Tahu Siapa Menguasai Hari Esok Aku tak tahu hari esokku, aku tidak berusaha memahaminya Aku tak tahu hari esokku, terangkah atau jadi gelap Aku tak khuatir hari depan, kerana aku tahu perjanjian-Mu Kini aku hanya bersandar pada Diri-Mu yang Maha Tahu Makin jalan makin terang, bagai tangga ke syurga Tiap beban semakin ringan, hingga jadi terang Di sana terang benderang, tak ada airmata Anugerah selalu melimpah kerana bersekutu dengan-Mu Aku tidak tahu hari esokku, mungkinlah kekurangan, Tiap beban makin meringan hingga awan jadi terang Mungkin aku harus berjalan melalui air dan api Tapi Engkau berjalan dahulu, darah-Nya melindungi Oh esok, banyak perihal aku tidak berusaha memahami Tapi aku tahu siapa yang menguasai Lebih tahu Engkau memimpin aku Ira Stamphill3015
- Gelombang-Gelombangnya TenangIn Bayu Pengharapan·24 August 2021Renungan: Mazmur 107:28-31 “Dibuat-Nya badai itu diam, sehingga gelombang-gelombangnya tenang.” (ayat 29) Sewaktu berumur 46 tahun dan sedang menikmati puncak kerjayanya, David Ng, jejaka Singapura dijangkiti penyakit yang melumpuhkan semua otot dalam tubuhnya. Ahli neurologinya mengatakan dia sedang menghidap ALS. “Penyakit apakah itu? Adakah penyakit ini serius?” tanya Daud kepada doktornya. Penyakit itu menyerang tubuhnya dan pita suaranya serta mematikan kemampuannya untuk bertutur. David Ng tidak suka menganggu orang lain atau meminta pertolongan tetapi kini dia bergantung sepenuhnya pada pertolongan keluarganya. Dia memerlukan bantuan mereka untuk menyuapkannya, memandikannya serta memakaikan pakaiannya; pokoknya bantuan untuk segala yang diperlukan untuk meneruskan keberadaannya. Membunuh seekor nyamuk pun dia tidak berdaya! David Ng berkata bahawa dalam enam tahun kebelakangan itu, dia telah mempelajari banyak tentang Tuhan dibandingkan dengan yang dipelajari seumur hidupnya. Tuhan telah memberi saya harta dalam kegelapan dan kekayaan-Nya disimpan di tempat rahsia supaya saya mengetahui, “Aku akan memberikan kepadamu harta benda yang terpendam dan harta kekayaan supaya engkau tahu bahawa Akulah Tuhan...” (Yesaya 45:3). Pada waktu kegelapan hidup ini, dia belajar mengenai kerendahan hati, kesabaran dan daya tahan menderita serta menikmati kedamaian-Nya di lembah kegelapan. Berlian yang diperolehnya boleh dirumuskan dalam Yakobus 1:4, “Dan biarkanlah ketekunan itu memperoleh buah yang matang, supaya kamu menjadi sempurna dan utuh dan tak kekurangan suatu apa pun.” Hargailah saat kegelapan yang terjadi dalam kehidupanmu. Mutiara-mutiara ilahi yang bersinaran akan mengukuhkan keperibadian anda serta menambahkan cinta anda kepada Tuhan. Pelajaran yang kita terima jauh luarbiasa berbanding dengan pelajaran yang kita pelajari pada waktu kita sihat walafiat. Waktu angin kencang menghembus Badai sungguh mengganas Hatiku yang beriman menyanyi Aku tahu, ya Tuhan Engkau berada di badai itu bersamaku Berkatku berkelimpahan Hartaku tersimpan Di tengah-tengah kegelapan Terang-Mu terpancar indah saat ini Doa: Tuhan, aku menyerahkan keberadaanku kepada Engkau. Di lembah kegelapan, Engkaulah Gembala jiwaku. Yang Terbaik Bagiku Bapa mengetahui yang terbaik bagiku Jadi kenapakah aku perlu takut dan sedih Aku selalu ingin pelangi dan bebunga Tetapi Dia tahu aku perlukan hujan. Aku suka menyambut gelak tawa dan pemberian indah Aku menantikan sorak sorai kemenangan Tetapi bagaimana boleh aku fahami titisan airmata orang lain Kalau tidak aku tidak pernah menitis airmata? Bapaku sedang melatih aku Dengan penderitaan dan kesedihan Dia sediakan ujian untuk melembutkan hatiku Kesabaran hidupku jelas terbentuk308
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 25) : Ketahui Firman-Nya dan Karya-NyaIn Doa dan Puasa NECF 2021·30 August 2021Bacaan Firman Tuhan Hari Ini : 1 Samuel 7-16 Selasa, 31 Ogos 2021 “Ketika mereka turun sampai ke ujung kota, berkatalah Samuel kepada Saul: ““Katakanlah kepada bujang itu, supaya ia pergi mendahului kita, tetapi berhentilah engkau sebentar, maka aku akan memberitahukan kepadamu firman Allah.”” (1 Sam 9:27) Kehidupan Raja Saul menonjol sebagai kehidupan penuh tragedi yang terdiri daripada serangkaian situasi dan keputusan yang, akibat dari perwatakannya yang bermasalah, menyebabkan kematiannya sendiri dan kematian orang-orang yang dikasihinya. Dia bermula dengan baik, dengan iman sederhana yang bergantung kepada Samuel untuk menunjukkan lokasi keldai bapanya yang hilang. Dia ialah seorang pemimpin yang kuat dan berani, menang dalam pertempuran di Yabesh Gilead dan, setelah mengalami tangan Tuhan yang kuat dalam memberikan kemenangan kepada Israel, memberi kemuliaan kepada Tuhan. Malangnya, banyak hal merosot dari sana untuk Saul, dan satu hal yang menonjol ialah kegagalannya yang berulang kali untukmematuhifirmandanperintahTuhan. Samuel berkata kepada Saul dengan ayat yang terkenal ini, “Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan...” (1 Sam 15:22 - AVB). Dalam hidup kita hari ini, kita tahu pekerjaan Tuhan kerana kita melihat dan mengalami tangan-Nya yang kuat berkarya dalam hidup kita dan di gereja kita masing-masing. Namun, iman dan kepercayaan kita kepada Dia akan terbantut jika kita hanya bergantung pada peristiwa-peristiwa “perasaan baik” ini. Beberapa hari yang lalu, saya menulis bahawa iman kita akan dibangunkan dengan mengalami tangan Tuhan dalam hidup kita. Hari ini, saya ingin menambahkan bahawa iman kita akan tumbuh dengan cepat jika kita mengetahui firman-Nya, percaya pada janji- janji-Nya dan mematuhi perintah-perintah- Nya, sesuatu yang gagal dilakukan Saul. Doa Hari Ini : Berdoa agar kita menjadi kuat dalam memahami Firman Tuhan, baik melalui pembacaan firman-Nya, mendengarkan khutbah-khutbah berdasarkanFirman di gereja kita masing-masing, atau mendengar bimbingan Roh Kudus agar iman kita dikuatkan, memampukan kita untuk mencapai hal-hal besar untuk Tuhan. Kajian Kesihatan dan Kematian Nasional terbaru menunjukkan bahawa setiap 3 dari 10 orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami beberapa bentuk masalah kesihatan mental. Berdoa agar rakyat Malaysia menemukan cara untuk melepaskan tekanan mereka dan agar Gereja memainkan peranan yang berpengaruh dalam membantu orang-orang yang menderita dalam kesihatan mental. Berdoa agar masalah pencemaran persekitaran yang dialami oleh masyarakat orang asli ditanggapi secara serius oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan ditangani dengan cara yang adil dan pelaksanaan rancangan yang itu.3023
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 4) : Datanglah ke Peristirahatan IlahiIn Doa dan Puasa NECF 2021·9 August 2021Yakub berusaha sedaya upaya untuk mengungguli orang lain dan akhirnya kehilangan kekuatan fizikalnya setelah sendi pangkal pahanya terseliuh ketika dia bergelut dengan Tuhan. Generasi yang hanya mencari prestasi dengan mengorbankan hubungan baik dengan Tuhan dan manusia akan menemukan gema dalam perjuangan Yakub. Kita mengalami kelesuan jiwa yang mendalam dan keletihan ketika kita menghadapi tuntutan tanpa henti dari budaya yang berpaksikan pada pencapaian. Pelbagai lapisan tekanan hubungan dan emosi yang semakin bertambah di tengah- tengah kerumitan kehidupan moden, dengan mudahnya membawa kepada keletihan yang melampau. Ada juga tuntutan untuk terlibat dalam banyak aktiviti keagamaan “dihormati” agar kita tidak dianggap tidak rohani. Yesus mengundang setiap jiwa yang letih dan berbeban berat untuk datang kepada Dia untuk sebuah janji yang kuat untuk istirahat, kerana kuk-Nya mudah dan beban-Nya ringan (Mat 11: 28-29). Ketika perbuatan daging berhenti dan kita memikul kuk Kristus, kita akan menghasilkan buah, sukacita dan perayaan dalam Roh. Mengambil kuk Kristus dan tinggal di dalam Dia bukanlah suatu sikap pasif kerana kita terlibat secara aktif dengan Dia (Yoh 15:5), mempercayai, memerhatikan, mendengar dan mematuhi suara-Nya. Inilah sikap yang dikehendaki oleh Kristus bagi kita. Kita perlu bekerjasama dengan Dia. Dalam musim puasa dan berdoa ini, marilah kita diam dan berusaha untuk melepaskan semua kuk yang tidak saleh (Yes 58) yang tanpa disedari telah kita pikul. Bahagian hidup manakah yang anda perlu tinggalkan? Yesus sedang menunggu untuk bertemu anda dan menawarkan kuk-Nya, membebaskan beban, ketakutan dan tekanan anda. Doa Hari Ini : Berdoa agar kita dibebaskan berpaksikan pada pencapaian, agar hubungan kita dengan Tuhan tidak menjadi dangkal melainkan akan menjadi persekutuan interaktif yang mendalam di mana kita menemukan ketenangan di dalam Dia. Berdoa untuk orang-orang di sekitar kita yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat peribadi mereka, agar mereka tidak dibebani oleh beban berat dan keletihan, tetapi akan mencari penyelesaian dan menemukan ketenangan di dalam Dia. Berdoa agar lebih ramai profesional dan sukarelawan perawatan kesihatan akan melayani Orang Asli dan Orang Asal yang tinggal di tempat yang tidak ada akses yang dekat dengan hospital atau klinik.3036
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 14) : Tuhan itu Tidak BerubahIn Doa dan Puasa NECF 2021·19 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Bilangan 14-23 Jumaat, 20 Ogos 2021 Politik Malaysia penuh dengan kejutan. Pada tahun 2020, kita menyaksikan “Game of Thrones” (sebuah drama fantasi Amerika) dalam kenyataan. Para ahli politik membawa rakyat ke dalam roller-coaster harapan dan keputusasaan. Keadaan berubah semalaman: kawan menjadi musuh dan sebaliknya; dan orang dalaman menjadi orang luaran dan sebaliknya. Integriti kelihatan sangat kurang di peringkat tertinggi kepemimpinan nasional. Tidak seperti politik manusia, Tuhan itu tetap dan tidak berubah. Dia selalu konsisten dalam karakter, kehendak, dan tindakan- Nya. Alkitab sering menggambarkan Tuhan sebagai yang tidak berubah (Maz 33:11; 102: 26-27; Mal 3: 6; Yak 1:17). Bilangan 23:19 menegaskan bahawa Tuhan bukanlah seperti manusia yang akan melakukan kompromi, tindakan-Nya tidak dapat berubah. Ketika Tuhan berkata kejahatan akan dihukum, itu dihukum. Ketika Tuhan berjanji untuk menyelamatkan mereka yang bertaubat, mereka diselamatkan (contohnya, ular tembaga dalam Bilangan 21). Apakah ini bererti Tuhan benar-benar terlepas daripada ciptaan dan tanpa perasaan apa pun tentang pergumulannya? Dapatkah Tuhan dikurangkan menjadi formula matematik atau robot yang hanya melaksanakan penghakiman tanpa perasaan? Sudah tentu tidak! Alkitab menyatakan bahawa Tuhan senang ketika menciptakan dunia (Kej 1) dan ketika orang berdosa bertaubat (Lukas 15:10). Dia memiliki belas kasihan pada anak-anak-Nya (Maz 103:13). Dia sangat memperhatikan mereka (Yes 41:10; Maz 34: 17-18; 1 Pet 5: 6-7). Namun, tidak seperti manusia, Tuhan selalu bertindak secara konsisten dengan sifat dan ajaran-Nya. Tuhan itu sama, kelmarin, hari ini, dan esok. Dia tidak pernah gagal untuk memenuhi janji-Nya. Dia ialah Tuhan yang kita boleh harapkan. Orang mungkin mengecewakan kita dan perubahan terus- menerus di dunia ini boleh membawa kita ke ketidakpastian yang mendalam, tetapi di tengah-tengah ketidaktentuan dan kekacauan, kita dapat berpegang pada Tuhan. Kasih-Nya yang teguh tidak pernah berhenti. Dia adalah batu karang kita, benteng kita, dan tempat perlindungan kita. Doa Hari Ini : Berdoa agar, sebagai umat Tuhan, fikiran dan tindakan kita tidak akan dipengaruhi oleh pola atau angin dunia ini, tetapi akan berdiri teguh di atas Firman Tuhan yang kukuh dan tetap setia kepada Dia dalam segala keadaan. Berdoa agar mereka yang berada dalam kubu politik yang berlainan supaya tetap berpegang teguh pada keyakinan dan nilai-nilai partinya dan beretika sehingga para penyokongnya boleh mempercayai mereka sebagai wakil mereka untuk membantu memenuhi keperluan mereka. Berdoa untuk suku Kanowit di Kampung Bedil di sepanjang Sungai Rajang, Sarawak, agar hak-hak dasar mereka dipertahankan bahkan ketika mereka kehilangan bahasa mereka kerana percampuran, dan agar mereka mendapatkan kembali identiti mereka yang sesungguhnya di dalam Kristus Yesus.3017
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 32) : Suara Profetik dari Suatu EraIn Doa dan Puasa NECF 2021·6 September 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : 2 Raja-raja 1-10 Selsasa, 7 Sep 2021 Para nabi memainkan peranan utama dalam kerajaan Israel dan Yehuda, dan mereka dikurniakan dengan jabatan kenabian untuk menyampaikan firman dan pesanan Tuhan. Lazimnya, Tuhan berbicara melalui para nabi pada masa itu. Elia dan muridnya, Elisa, adalah dua orang nabi yang sangat dipakai oleh Tuhan. Juga disebutkan ialah nabi-nabi lain seperti Natan, Ahia, Semaya, Yesaya, dan Hulda, dan lain-lain lagi. Setiap kali para raja atau pemimpin mentaati perintah Tuhan yang diucapkan melalui para nabi, mereka menerima perkenanan Tuhan contohnya Raja Yosafat (2 Raja 3:11-27), Naaman (2 Raja pasal 5) dan Raja Israel (6:8-23). Namun, mereka akan dihakimi oleh Tuhan ketika mereka menolak untuk mentaati perintah-Nya, peristiwa yang dimaksudkan termasuk Raja Ahazia (2 Raja- raja 1), Raja Yoram, Raja Ahazia, Raja Ahab dan Ratu Izebel (2 Raja-Raja 9-10) . Para nabi akan mempertahankan kesetiaan mereka kepada Tuhan dengan sepenuh hati, menentang sebarang pakatan politik atau polisi yang mengancam untuk menghancurkan iman orang Israel terhadap Tuhan. Dengan ketaatan yang begitu ketat pada pensyaratan perjanjian suci Tuhan, para nabi sering menemukan diri mereka dalam kedudukan yang bertentangan dengan raja atau ratu. Sering kali, raja atau ratu tidak ragu-ragu untuk berkompromi dengan negara jiran (pagan) mereka dalam hal pendirian politik dan agama mereka, dengan itu melanggar kehendak Tuhan. Ketika negara kita dan dunia berdepan dengan pelbagai keadaan huru-hara dan ketidakpastian pada saat ini, apakah Gereja gagal memberikan suara kenabiannya dan menyampaikan mesej Tuhan kepada generasi ini? Atau yang lebih buruk lagi, adakah Gereja sudah kehilangan arah, dan sekarang sedang dipimpin oleh arus dunia dengan berkompromi tanpa penghujungnya, terumbang-ambing oleh ombak dan pasang surut dunia ini? Doa Hari Ini : Berdoa agar umat Tuhan setia dan jujur dalam menyampaikan Firman Tuhan dalam keupayaan masing-masing, dan mereka yang terlibat dalam pelayanan profetik, pengajaran dan pemberitaan menjadi anak-anak Tuhan yang berintegriti ketika mereka mengendalikan Firman Tuhan. Berdoa untuk sistem dan keseimbangan (check and balance) dalam badan perundangan Malaysia, Parlimen, agar berfungsi sesuai dengan rancangan ia ditubuhkan, dan pendapat yang membina dan positif akan dikemukakan dan dipertimbangkan untuk membantu mempengaruhi proses perundangan. Berdoa untuk Orang Kanaq yang terdapat terutamanya di Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor, dan Pahang, agar berita baik tentang keselamatan sampai kepada kelompok kecil ini, dan anak-anak mereka akan mendapatkan pendidikan yang sewajarnya agar mereka dapat bersaing di pasaran pekerjaan.3034
bottom of page










