top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Diizinkan buat kerja baik pada hari Sabat.In Inspirasi & Renungan·2 February 2022Markus 3:1-6. 1Kemudian Yesus masuk semula ke saumaah.i Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. 2Ada beberapa orang cuba mencari alasan untuk menuduh Yesus. Oleh itu, mereka mengawasi Yesus sama ada Dia menyembuhkan orang itu pada hari Sabat. 3Yesus berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, "Berdiri, marilah ke depan." 4Kemudian Dia menyoal orang di situ, "Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan atau membinasakan nyawa?" Tetapi semuanya berdiam diri. 5Yesus memandang orang di sekeliling-Nya dengan rasa marah dan amat dukacita dengan mereka yang begitu keras hati. Lalu Dia berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, "Hulurkan tanganmu." Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh, lalu tangan itu terus sembuh. 6Orang Farisi keluar dari situ lalu segera berpakat dengan beberapa anggota golongan Herodes untuk membunuh Yesus. Pembangkang terhadap Yesus kian bertambah. Ada orang mengawasi Yesus untuk mencari sebab untuk menuduh dia. Kebetulan ada seorang cacat di saumaah pada hari Sabat itu. Orang ramai sudah tahu bahawa menyelamatkan nyawa dibenarkan pada hari Sabat. Juga orang tahu Yesus, Anak manusia adalah Tuhan atas hari Sabat. Sekarang ada peluang untuk mendalami ajaran mengenai Sabat. Maka Yesus tanya soalan : "Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan atau membinasakan nyawa?”(ayat 4) Untuk faham soalan ini, kita rujuk balik ke contoh Yesus mengenai Raja Daud makan roti persembahan. Di sini, tidak makan ialah ikut hukum (baik) dan makan ialah ingkar hukum (jahat). Waktu makan roti larangan itu, makan menyelamatkan nyawa orang lapar (baik) dan tidak makan mudaratkan nyawa (jahat). Soalan Yesus tepat sekali. Jawaban jelas sekali ialah buat baik. Kita bukan sahaja kena pilih antara baik dan jahat pada hari Sabat. Tiap-tiap hari kita mesti pilih untuk buat baik. Orang ramai tidak menjawab. Tidak menjawab sebenarnya adalah satu pilihan. Mereka tidak menjawab oleh kerana jawaban mereka (buat baik) bukan bahan untuk menuduh Yesus. Apa yang didalam hati mereka sudah nyata. Mereka bukan mahu belajar kebenaran tetapi niat mereka ialah mahu cari alasan untuk menuduh Yesus. Teguran Yesus tepat untuk orang ramai di situ hari itu di saumaah itu. Maka Yesus sembuh orang itu. Dan kebencian orang Farisi terhadap Yesus bertambah. Apakah aplikasi untuk kita? 1. Sabat diwujudkan untuk manusia dan bukan manusia untuk Sabat. Kita dibenarkan laku baik pada hari Sabat. 2. Jaga hati kita dengan baik. Kadang-kadang apa yang kita harapkan Tuhan jawab, tidak dijawab. Bersuykur, terima saja jawaban Tuhan. Jawaban itu walaupun tidak ikut spesifikasi kita, ialah untuk kebaikkan kita. Jangan keras hati saperti orang ramai dalam peristiwa ini. Tuhan berkati.2017
- RABU ABUIn Inspirasi & Renungan·2 March 20222017
- Komplikasi PengguguranIn Keluarga·7 February 2023Oleh Kaylee Cameron Terdapat banyak komplikasi pengguguran dari segi fizikal dan psikologi yang perlu diketahui oleh setiap wanita. “Saya telah menggugurkan kandungan pada usia 17 tahun, dan ia adalah perkara paling teruk yang pernah saya lakukan….” kata Sharon Osbourne, isteri Ozzy Osbourne dan personaliti TV anti-konservatif yang lantang bersuara, dalam rancangan televisyen The Rock of the Osbournes. “Masa itu saya sangat takut. [Klinik pengguguran kandungan] penuh dengan gadis-gadis muda yang lain, dan kami semua dalam ketakutan dan berpandangan antara satu sama lain, dan semua orang berbisu. Saya melolong sepanjang pengalaman pahit tersebut, dan ia amat dahsyat.” Dia memperincikan komplikasi selepas pengguguran dengan berkata, “Saya tidak akan mengesyorkan [pengguguran] kepada sesiapa kerana ia kembali menghantui anda. Apabila saya cuba melahirkan anak, saya kehilangan tiga orang. Saya fikir ia adalah kerana sesuatu telah berlaku pada serviks saya semasa pengguguran. Bukan hanya Osborne yang menghadapi keadaan sedemikian. Kajian menunjukkan peningkatan risiko keguguran untuk wanita yang pernah menggugurkan kandungan, dan ini hanya merupakan permulaan pelbagai komplikasi yang mungkin berlaku. Walaupun bilangan wanita yang menjalani pengguguran agak tinggi, terdapat banyak kesan negatif yang jarang disentuh dalam perbincangan peribadi dan politik. Begitu ramai wanita yang menderita, namun suara mereka terus disenyapkan. Mereka tidak harus menyerahkan diri kepada risiko fizikal dan psikologi yang diakibatkan oleh pengguguran tanpa pengetahuan yang penuh. Komplikasi Fizikal Pengguguran Pengguguran dilation and curettage (D&C) adalah antara pembedahan yang paling kerap dilakukan di Amerika Syarikat. Namun, kekerapan tidak menghapuskan potensi komplikasi fizikal yang serius untuk wanita. Kesan sampingan mungkin termasuk pendarahan, penembusan rahim, jantung berhenti secara mengejut, kejutan endotoksik, kecederaan pada organ bersebelahan, jangkitan yang mengakibatkan kemasukan ke hospital, konvulsi, kehamilan ektopik, luka pada serviks, pecah rahim dan juga kematian. 20 peratus wanita selepas pengguguran mengalami gejala-gejala tersebut dan kesan sampingan yang lain yang ringan atau yang lebih serius. Kajian lain menunjukkan bahawa tanda-tanda jangkitan terjadi dalam lebih daripada 29 peratus pengguguran. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa undang-undang tidak mewajibkan pelaporan pengguguran, dan oleh itu data itu mungkin tidak lengkap. Sebagai rujukan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggunakan pengganda dua apabila membincangkan komplikasi dan statistik pengguguran. Risiko Prosedur Walaupun nampaknya kurang berbahaya, kajian yang dilakukan oleh Food and Drug Administration (FDA), Amerika Syarikat menyimpulkan bahawa pengguguran yang menggunakan ubat mempunyai kadar komplikasi empat kali ganda berbanding dengan pengguguran melalui pembedahan. Maknanya dua pertiga wanita yang melakukan pengguguran awal lebih berkemungkinan mengalami kesan sampingan yang negatif. 10 hingga 15 peratus pesakit akan mengalami pengguguran yang tidak lengkap atau hanya pembuangan sebahagian daripada tisu bayi. Jika tisu yang tinggal tidak keluar dari badan wanita, ia biasanya memerlukan doktor dengan forsep yang memulakan hemostasis (penguncupan yang mirip proses bersalin). Tidak termasuk kaedah penyingkiran, pengguguran yang tidak lengkap menyebabkan pelbagai komplikasi, seperti renjatan, rahim pecah atau tertebuk, kegagalan organ pelbagai sistem, ketidaksuburan dan pendarahan teruk. Kesan pada Kehamilan Masa Depan Pengguguran juga boleh menjejaskan kesuburan dan kehamilan pada masa hadapan. Pertama, wanita selepas pengguguran adalah 2.7 kali lebih berkemungkinan untuk melahirkan anak dengan berat lahir yang sangat rendah. Kemungkinan kehilangan bayi semasa bersalin, atau kelahiran mati, adalah 3.3 kali lebih tinggi untuk kehamilan berikutnya bagi wanita yang pernah melakukan pengguguran, dan peluang untuk bersalin pramatang meningkat dua kali ganda. Placentia previa, di mana plasenta bayi meliputi serviks, meningkat 70 peratus selepas satu pengguguran dan 200 peratus selepas pengguguran berganda. Pengguguran juga mengakibatkan kemungkinan 30 hingga 99 peratus lebih tinggi untuk pendarahan semasa kehamilan berikutnya, meningkatkan risiko kematian perinatal. Kemungkinan kehamilan ektopik iaitu implan telur yang disenyawakan dan berkembang di luar rahim, adalah 1.8 kali lebih tinggi. Komplikasi Pengguguran dari segi Psikologi Kajian Finland pada tahun 2011 menyatakan kesan psikologi negatif pengguguran menunjukkan “pengabaian yang besar” iaitu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada responden mengalami gejala seperti kemurungan, ketakutan tentang ketidaksuburan, tabiat pemakanan yang tidak normal, penurunan harga diri, mimpi buruk, rasa bersalah dan penyesalan. Dalam salah satu kajian pasca pengguguran yang paling lama dijalankan, penyelidik mendapati bahawa emosi negatif meningkat dan kepuasan tentang keputusan yang dibuat merosot dalam tempoh 5 tahun. Fakta membuktikan bahawa terdapat risiko dua kali ganda untuk bunuh diri dan skor kebimbangan Hospital Anxiety and Depression Scale (HADS) yang jauh lebih tinggi untuk mereka yang menggugurkan kandungan berbanding mereka yang mengalami keguguran. Penyalahgunaan dadah atau alkohol adalah perkara biasa juga; wanita yang menamatkan kehamilan mereka adalah 5 kali lebih berkemungkinan menyalahgunakan dadah atau alkohol berbanding mereka yang melahirkan anak. Di samping itu, apabila membandingkan wanita yang kehilangan bayi melalui keguguran, kehamilan ektopik atau kelahiran mati, wanita selepas pengguguran adalah 4 kali lebih berkemungkinan mengakui penyalahgunaan dadah atau alkohol. Bukan sahaja 30 peratus wanita bimbang bahawa pengguguran akan menjejaskan kesuburan, tetapi kebahagiaan kekeluargaan mungkin lebih sukar dicapai. Kajian ini mendapati kekerapan keagresifan terhadap kanak-kanak yang lebih tinggi. Kesan kepada keluarga tidak berakhir di situ; kajian menunjukkan bahawa pengguguran dan/atau sebarang kejadian perancangan keluarga luar tabii meningkatkan kemungkinan perceraian sehingga dua kali ganda. Oleh sebab kurang perhatian media dan kurang pelaporan komplikasi pengguguran, ramai wanita tidak menyedari bahaya yang berkait dengan pengguguran. Ia bukan sahaja mungkin mendatangkan kemudaratan kepada wanita, tetapi ia memberi impak yang ketara kepada orang-orang di sekelilingnya dan generasi akan datang. Walaupun pengguguran mengambil satu nyawa, ia juga memusnahkan orang lain. Sudah tiba masanya untuk memaklumkan wanita tentang apa sebenarnya pengguguran – kemusnahan kehidupan yang menyamar sebagai ‘pilihan’. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin.2017
- StatusIn Inspirasi & Renungan·24 February 2023Ketahuilah status kita di dalam Tuhan Yesus dan Roh Kudus tinggal di dalam hidup kita, sehingga tipu daya Iblis tidak berhasil mengintimidasi kita.. Selamat malam.. Selamat beristirahat..2010
- KemarahanIn Inspirasi & Renungan·24 February 2023Tuhan Yesus ingin kita tidak salah bereaksi, janganlah marah, tinggalkanlah panas hati, hiduplah selalu dalam damai sejahtera yang Dia berikan kepada kita.2013
- TerbiasaIn Inspirasi & Renungan·24 February 2023Sikap memaklumi pelanggaran atau tak menolak penyimpangan akan membuat kita terbiasa dan merasa tidak berbuat kesalahan atau dosa..208
- Malaysia Bumi Tercinta : Jacklyn VictorIn Pujian & Penyembahan·24 February 2023Performed By Jaclyn Victor // Written & Compose By Ps Matthew G Singh2018
- Tetap BersamaIn Inspirasi & Renungan·26 February 2023Tuhan Yesus selalu menemani dan menyertai kita melewati setiap musim kehidupan kita.. Tidak sekalipun Dia meninggalkan kita.. Tetaplah bertahan, tetaplah bersama..2039
- BerdoalahIn Inspirasi & Renungan·26 February 2023Percayalah kepada Tuhan Yesus.. Dia sudah menyelamatkan kita, mengampuni kita, dan memberkati hidup kita.. Berdoalah dengan iman dan kita menerimanya di dalam nama Tuhan Yesus..2018
- BersukacitalahIn Inspirasi & Renungan·13 April 2023Bersukacitalah, sebab Tuhan Yesus memberkati hidup kita.. Walaupun keadaan kita sedang tidak baik, namun percayalah Tuhan Yesus selalu memberkati kita..2020
- Membandingkan DiriIn Inspirasi & Renungan·15 April 2023Tuhan Yesus yakin kita akan menemukan nilai hidup kita yang sesungguhnya di dalam Anugerah-Nya.. Di dalam Dia, kita sangat berharga..2051
- BerharapIn Inspirasi & Renungan·16 April 2023Bangunlah hidup kita di atas dasar firman Tuhan dan letakkan harapan kita hanya dalam Tuhan Yesus, maka kita tidak akan goyah oleh ketidakbenaran yang menyesatkan..2034
bottom of page










