top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6131)
KD Post (3262)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Adakah kita sedang Putus Cinta?In Keluarga·27 March 2023Kamu masih ingat malam-malam tanpa tidur, rasa pening selepas melihat dan senyuman lebarnya yang indah dan menyerikan sebuah bilik. Kamu masih ingat suatu ketika dahulu bila hanya fikiran tentang dia memegang tanganmu menyebabkan sesak nafas dan perut mual. Di setengah negara, ia dipanggil malaria. Dalam budaya kita, ia dipanggil cinta romantik. Malah, beberapa tahun dahulu, dua orang doktor menyebut tentang “Liebeskummer” di Kongres Perubatan Dalaman di Wiebasden, Negara Jerman. “Liebeskummer” – sakit cinta – adalah suatu penyakit yang penuh dengan gejala fizikal. Pada ketika ini, adakah kamu tertanya-tanya ke mana hilangnya ‘gejala-gejala’ tersebut? Mengekalkan keterujaan emosi ‘dilamun cinta’ adalah sukar dan meletihkan. Kilaun berpacaran sering diganti dengan realiti seperti kesempitan kewangan dan kain lampin yang kotor. Dorothy Tennov, pakar psikologi yang mengubati beribu-ribu pasangan, menyatakan bahawa cinta romantik secara purata bertahan selama tiga tahun. Adakah ini fakta yang menyedihkan? Jika benar apa yang dikatakannya, dan jika perkahwinan adalah komitmen seumur hidup, kita perlu mengubah pendekatan kita terhadap cinta romantik. Cinta romantik hanya salah satu jenis kasih yang penting dalam perkahwinan. Jika perkahwinan diibaratkan sebagai sebuah rumah, empat jenis kasih melengkapkan rumah tersebut. 1. Batu asas rumah adalah kasih tak bersyarat. Bila agen rumah mengiklankan sebuah rumah, dia jarang mengulas tentang mutu batu asasnya. Tetapi itulah tempat pertama yang dilihat oleh pakar pemeriksa bangunan bila membuat penilaian sama ada sebuah rumah boleh bertahan lama. Kasih tak bersyarat memberi kestabilan untuk perjanjian yang berkekalan. 2. Bingkai rumah melambangkan kasih persahabatan. Komunikasi terbuka, aktiviti yang dilakukan bersama, gelak ketawa, malah air mata memberi ruang untuk cinta pasangan berkembang. Sebenarnya, pasangan berkahwin yang bahagia paling sering menggambarkan hubungan mereka sebagai persahabatan yang paling akrab. 3. Bila batu asas dan bingkai rumah siap dibina, bumbung – atau cinta romantik – ada tempat bertapak. Bumbung melambangkan cinta romantik kerana ia adalah ‘kemuncak’ pengalaman. Ia adalah kasih yang dijana oleh sifat orang yang dicintai, dan penuh dengan keterujaan. Namun demikian, perkahwinan yang berasaskan cinta romantik semata-mata adalah seperti memunggah bahan binaan bumbung ke tapak kosong dan memikirkan bahawa anda mempunyai sebuah rumah. Bila bumbung bocor, kamu tidak menyingkirkan rumahmu; kamu buat kerja pembaikan yang perlu. 4. Akhirnya, perabot yang dibawa masuk ke dalam rumah yang lengkap melambangkan kasih seksual selepas perkahwinan. Kesemua empat jenis kasih ini perlu untuk perkahwinan anda. Tetapi dalam setengah budaya, cinta romantik telah ditinggikan sehingga mengatasi jenis kasih yang lain. Lagu, drama dan puisi telah mendendangkan keindahan cinta romantik sepanjang sejarah. Kini filem dan iklan membuat perkara yang sama. Cinta romantik adalah serba kekurangan bila dibandingkan dengan kasih tak bersyarat yang cirinya adalah pengorbanan diri. Cinta romantik mencari apa yang boleh ia terima; sebaliknya, matlamat kasih tak bersyarat ialah pemberian kepada orang yang dikasihi. Jika cinta romantik dalam perkahwinanmu telah pudar, pertimbangkanlah keadaanmu dengan bijak. Usahakan-lah pembaharuan cinta romantik tersebut. Adakan malam pacaran yang kerap walaupun anda perlu membayar untuk membayar pengasuh menjaga anak-anak. Tulislah surat cinta kepada suamimu. Beli bunga ros untuk isterimu. Anda harus kreatif dalam cara menunjukkan kasih sayang kepada satu sama lain. Buatlah satu senarai ciri-ciri pasanganmu yang pada mulanya membuat anda tertarik kepadanya. Ciri-ciri itu mungkin sudah kurang berseri, tetapi anda boleh mencarinya dengan sedikit ‘penggilapan’. Jika konflik antara anda berdua telah melenyapkan cinta romantik, carilah bantuan untuk menyelesaikan konflik. Selepas beberapa tahun perkahwinan, Donna dan Pete sedar bahawa cinta romantik sudah hilang. Cabaran kerja, pertengkaran yang kerap dan edaran masa telah memudarkan kilauan yang pada mulanya menyinari hubungan mereka. Mereka tidak berputus asa tetapi melihat cinta romantik dengan lebih realistik. Kemudian mereka mengorak langkah ‘membaiki bumbung’. Mereka membuat komitmen untuk berpacaran dua kali sebulan, meluangkan masa setiap hari untuk komunikasi dan berusaha menyelesaikan isu mertua yang sudah bertahun-tahun mengecewakan mereka. ‘Simtom’ cinta romantik tidak sama kuat seperti dahulu kala. Namun demikian, cinta mereka mendalam bila mereka berusaha memajukan perkahwinan mereka. Jika kamu fikir bahawa kamu sudah putus cinta, ia mungkin kerana perkahwinan memerlukan usaha yang gigih. Ingat: lebih sukar pendakian gunung, lebih bagus pemandangannya! Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin. Dipetik dari Focus on the Family’s Complete Guide to the First Five Years of Marriage, diterbitkan oleh Tyndale. Hak cipta © 2006. Focus on the Family. Hak cipta terpelihara. Mempelajari bagaimana menumpukan perhatian kepada kasih sejati oleh pasangan yang berkahwin bila mengharungi dugaan hidup adalah suatu komitmen. Sila ambil Focus on Marriage Assessment (percuma) untuk memahami kekuatan hubungan anda dan bidang yang harus dipupuk dalam setiap musim perkahwinanmu.2074
- Menambahkan Puji-PujianIn Bayu Pengharapan·20 August 2021Renungan: Mazmur 113 “Sebab Engkaulah harapanku ya Tuhan, kepercayaanku sejak masa mudaku, ya Allah.” (Mazmur 71:5) Wanita ialah makhluk yang lebih beremosi dan kalau kita hanya bergantung pada emosi pasti kita akan terbuai-buai oleh setiap gelora jiwa. Kita mungkin akan menangis, mengomel, berasa depresi dan bermuka asam apalagi mengeluarkan kata-kata yang tidak manis. Tanpa anda menyedarinya, anda sudah tergelincir ke lubang kegelapan kerana emosi yang bercelaru. Pandai-pandai menjaga emosi kita serta berdoa kepada Tuhan. Berkatalah kepada diri sendiri, “Aku tidak mahu menjadi wanita yang berdepresi dan beremosi selalu” tetapi aku mahu bergembira dan menambah puji-pujian kepada-Mu. Aku akan berkata seperti pemazmur, “Tetapi aku sentiasa mahu berharap dan menambah puji-pujian kepada-Mu.” (Mazmur 71:14). Katakan kepada diri sendiri, “Berharap dan menambah puji-pujian kepada Tuhan satu- satunya azamku.” Kami sekeluarga serta sanak saudara yang berjumlah hampir empat puluh orang telah pergi ke Shanghai dan Kun Ming bersama-sama. Setelah memanjat gua- gua dan gunung ganang di Negara China, Kun Ming, saya berasa cukup puas cuma kadangkala saya teringat kepada tandas yang tidak berpintu dan cermin yang memancar sederet...Yang paling seronok kami sekeluarga, sanak saudara, tua dan kecil dapat makan angin bersama serta membeli belah. Bergelak tawa dengan anak-anak saudara yang kecil sewaktu mendaki gua memberi kenangan manis. Sewaktu saya menunjukkan barang hiasan yang murah tetapi cukup cantik kepada teman-teman, tiba-tiba ototku sakit luarbiasa khususnya di bahagian pinggang. Sewaktu berdiri, saya tidak dapat duduk kerana otot saya terlalu tegang dan sakit bahkan saya tidak dapat mengangkat kaki untuk berbaring di katil. Aduh! Saya setengah mati ketika ingin bangun dan turun dari katil saya, entahlah kaki mana yang harus kuturunkan terlebih dahulu. Saya menderita selama seminggu dalam keadaan sedemikian walaupun sudah menelan pil untuk melegakan otot. Adakah aku akan lumpuh sepanjang umur hidupku? Pada saat itu aku berseru kepada Tuhan dan membiarkan Tuhan menguasai emosiku sekalipun aku terpaksa merangkak ke tandas! Hati saya tetap terpaut pada Tuhan. “Sungguh, hatinya melekat kepada-Ku, maka Aku akan meluputkannya, Aku akan membentenginya, sebab ia mengenal nama-Ku. Bila ia berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab, Aku akan menyertai dia dalam kesesakan, Aku akan meluputkannya dan memuliakannya.” (Mazmur 91:15, 16). Puji Tuhan, saya dapat mengalami kesakitan ini tanpa banyak beremosi buruk dan dapat berbaring dengan tenang. “Sekalipun dagingku dan hatiku habis lenyap, gunung batuku dan bagianku tetaplah Allah selama-lamanya.” (Mazmur 73:26). Setiap ototku menikam aku selama dua minggu tetapi aku tetap menyerahkan emosi dan mental kepada Tuhan. Doa: Tuhan Penyayang, ajarlah aku memuji Engkau selalu sekalipun aku mengalami kesesakan dalam batin dan jasmani. Aku Bersyukur Atas Duri Ini Aku bersyukur atas duri ini Yang tertanam dalam kehidupanku Engkau Tuhan yang Maha Esa Dan Tuhan yang bijaksana Aku tetap diperbaharui dalam jiwaku Aku bersyukur kepada-Mu atas duri ini Yang menarik aku ke persahabatan-Mu Engkau tetap Tuhan Maha Kasih Dan Tuhan yang setia Aku lebih dekat kepada-Mu dalam jiwaku Aku bersyukur kalau Engkau tidak cabut duri ini Yang menolongku memahami penderitaan-Mu Engkau yang memakai duri dan kayu salib Aku tetap berterima kasih untuk persekutuan penderitaan ini Aku bersyukur kalau duri ini Engkau ambil Yang selama ini tertanam dalam jiwaku Aku berterima kasih atas kebebasan ini Namun aku tetap berterima kasih atas kehendak-Mu2020
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 16) : Sebelum Anda Melangkah Ke Hadapan, Tetaplah Tenang dan IngatIn Doa dan Puasa NECF 2021·21 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Bilangan 34-36, Ulangan 1-7 Ahad, 22 Ogos 2021 “...berbicaralah Musa kepada orang Israel sesuai dengan segala yang diperintahkan TUHAN kepadanya demi mereka” (Ula. 1:3) Hari ini kita akan memulakan perjalanan kita untuk mengenal Tuhan melalui karya- Nya pada masa lalu. Mengapakah ini penting? Ini kerana iman kita adalah salah satu yang berakar pada sejarah Alkitabiah - peristiwa nyata dicatat dan disimpan untuk kita selama ratusan tahun. Itu adalah kisah yang mengungkapkan siapa Tuhan dan mengungkap Kisah Keselamatan-Nya kepada umat manusia. Ini adalah Kitab Suci - Firman Tuhan yang kuno tapi kekal abadi. Dalam pembacaan hari ini kita sampai pada bahagian akhir kitab Bilangan dan memulakan kitab Ulangan. Bilangan berakhir dengan bangsa Israel siap untuk masuk ke Tanah Perjanjian. Akhirnya, setelah bertahun-tahun mengembara di padang gurun, Tanah Perjanjian menunggu mereka. Tapi mereka tidak terburu-buru masuk. Musa tidak akan mengizinkannya. Sebaliknya, Musa memberi mereka satu siri arahan perpisahan terakhir untuk mengingati perjalanan bersejarah mereka dan hal-hal yang mereka perlu ingat. Hampir seolah- olah mengatakan, “Perlahan-lahan. Berhenti sebentar. Diamlah. Sebelum kita melangkah maju ke masa depan yang dijanjikan, mari kita lihat kembali masa lalu kita. ” Dan inilah yang akan kita lihat dalam beberapa hari ke depan. Berbeza dengan tuhan-tuhan bangsa kafir zaman kuno, Yahweh bukanlah tuhan yang berubah-ubah yang membiarkan umat-Nya meneka. Sebaliknya, tindakan dan Firman-Nya menyatakan kepada mereka karakter-Nya yang tidak berubah. Gunung Batu yang kukuh di tengah-tengah pasir yang bergeser seiring waktu. Di Dasar yang Kukuh ini, jiwa kita dapat menemukan ketenangan. “Musim berubah, dan anda berubah, tetapi Tuhanmu tetap sama, dan aliran kasih-Nya dalam, luas, dan penuh setiap masa ” - Charles Spurgeon - Doa Hari Ini : Berdoa agar kita belajar untuk diam dalam cabaran atau rintangan yang baru dan melihat kembali pekerjaan Tuhan yang luar biasa dan diingatkan akan hadirat-Nya yang tidak pernah gagal ketika kita berjalan dalam rencana ilahi-Nya. Berdoa untuk keberanian baru untuk maju ketika kita menaruh kepercayaan penuh kita kepada Dia. Doakan komunikasi dan koordinasi yang baik di antara semua menteri Kabinet, agar seluruh pasukan eksekutif diperkuat dengan percambahan fikiran dan gabungan kepakaran. Doakan anak-anak Orang Kuala Duano yang tinggal di Pontian dan Batu Pahat, Johor agar mereka menanam minat yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sehingga pendidikan yang tepat akan memberi mereka pilihan untuk pekerjaan dan keadaan hidup yang lebih baik.2024
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 18) : Ingatlah bahawa Tuhan adalah Tuhan atas Seluruh KehidupanIn Doa dan Puasa NECF 2021·23 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Ulangan 18-27 Selasa, 24 Ogos 2021 “Lagi Musa dan para tua-tua Israel memerintahkan kepada bangsa itu: “Berpeganglah pada segenap perintah yang kusampaikan kepadamu pada hari ini.” (Ula 27: 1) Dalam pembacaan Kitab Suci hari ini, Musa mengingatkan akan hukum-hukum Tuhan yang harus dipatuhi di Tanah Perjanjian. Secara cepat akan segera menunjukkan seberapa luas jangkauan undang-undang ini.. Ini terdiri dari undang-undang yang melindungi kehidupan, undang-undang yang melindungi moralitas seksual, undang- undang yang melindungi harta benda, undang-undang tentang persepuluhan dan buah sulung dan semua jenis undang-undang yang mengatur keadilan, perkahwinan dan perniagaan. Undang-undang tersebut merangkumi semua bidang kehidupan. Itu adalah cara untuk membawa orang Israel keluar dari identiti lama mereka sebagai hamba ke dalam identiti baru mereka sebagai orang yang bebas di bawah Tuhan. Salah satu kesalahan terbesar dalam kehidupan Kristian adalah memetak- metakkan iman kita di mana kita mengakui satu hal pada hari Ahad tetapi bertindak dengan sangat berbeza pada hari Isnin. Peribadi di gereja dan peribadi di rumah adalah dua orang yang sangat berbeza. Kita mengatakan kita memberikan hidup kita kepada Tuhan tetapi meninggalkan Dia daripada beberapa keputusan yang terpenting yang kita buat. Dan kita berakhir dengan Kekristianan setengah masak yang tidak memuaskan atau menarik kerana kita tidak ada di sini atau di sana. Mungkin hari ini kita perlu ingat, seperti yang dilakukan oleh orang Israel, bahawa Tuhan adalah Tuhan atas seluruh kehidupan. Bak kata pepatah, “Yesus adalah Tuhan atas semua atau tidak sama sekali.” Semoga Tuhan membawa kita masing-masing ke titik penyerahan penuh kerana hati yang berpecah belah tidak akan membawa kita ke mana- man pun. Amin. Doa Hari Ini : Berdoalah agar kita menjadi orang Kristian yang menjalani gaya hidup yang konsisten, agar kita tidak membiarkan iman kita dipisah-pisahkan, tetapi sebaliknya, menjalani apa yang kita percayai dan akui. Berdoa bagi mereka yang mengalami masalah kemurungan dan kehancuran kerana kewangan, keluarga, kesihatan atau tekanan hubungan, dll. sepanjang musim pandemik, agar Tuhan menyembuhkan mereka secara luar biasa dan agar mereka mendapat kekuatan, harapan dan terang dalam Kristus Yesus dengan berbagai-bagai cara. Suku orang Sian adalah kumpulan yang kecil. Berdoa agar suara mereka didengar, dan agar mereka mendapat hak dan kesejahteraan yang layak bagi setiap warga negara Malaysia. Berdoa agar Tuhan melimpahkan kasih karunia-Nya kepada mereka sebagaimana Dia mencurahkan kasih karunia-Nya kepada orang Israel, suku yang terkecil antara bangsa.2032
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 20) : Ingat Salib KristusIn Doa dan Puasa NECF 2021·25 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Yosua 4-13 Khamis, 26 Ogos 2021 “Dan berkatalah ia kepada orang Israel, demikian: “Apabila di kemudian hari anak- anakmu bertanya kepada ayahnya: Apakah arti batu-batu ini? maka haruslah kamu beritahukan kepada anak-anakmu, begini: Israel telah menyeberangi sungai Yordan ini di tanah yang kering!” (Yos 4: 21-22) Bab-bab awal kitab Yosua ini adalah penuh dengan peristiwa mukjizat Tuhan yang bekerja di kalangan umat-Nya. Dia membelah Sungai Yordan, Dia meruntuhkan tembok Yerikho, dan Dia memberi Israel kemenangan atas orang Kanaan. Tuhan berperang dengan luar biasa untuk Israel. Bahkan matahari berdiri diam untuk menyaksikannya. Yoshua sendiri kuat dan berani dalam pertempuran. Tiga puluh satu raja Kanaan dikalahkan oleh bangsa hamba yang mengembara. Namun, dalam seruan perang dan perayaan kemenangan, kita juga melihat dinamik lain sedang terjadi. Satu perkara di mana orang Israel dipanggil untuk mengingati masa lalu di tengah-tengah semua “penaklukan” yang perlu dilakukan. Kita melihat 12 batu peringatan didirikan di sungai Yordan. Kita melihat generasi baru disunat - tanda identiti perjanjian mereka sebagai umat Tuhan. Kita melihat Paskah dirayakan - peringatan bagaimana Tuhan membebaskan mereka dari Mesir. Kita melihat seluruh bangsa berdiri di gunung yang berlawanan, Ebal dan Gerizim, membaca kata-kata Musa. Kita melihat Yosua membacakan seluruh Kitab Taurat kepada orang Israel. Peringatan, monumen, tanda perjanjian, perayaan, perlafazan, bacaan - alat bantu ingatan yang melibatkan semua deria mereka. Kenangan kita sendiri membentuk sebahagian besar daripada diri kita - yang kita pilih untuk diingat dan yang kita lupakan. Semasa kita bergerak maju, semoga kita selalu ingat Salib Kristus. Raikannya. Akui itu. Ambil bahagian darinya. Kembali kepadanya. Renungkan itu. Percaya itu. Bergantung sepenuh padanya. “Sebab pemberitaan tentang salib memang adalah kebodohan bagi mereka yang akan binasa, tetapi bagi kita yang diselamatkan pemberitaan itu adalah kekuatan Allah.” (1 Kor. 1:18). Doa Hari Ini : Berdoa agar kita memupuk kebiasaan yang terus-menerus untuk mengingati kebesaran dan perbuatan Tuhan yang luar biasa, baik secara peribadi mahupun bersama sebagai gereja, keluarga atau individu sehingga iman kita dapat dikuatkan setiap kali kita mengingatinya. Doakan kedua-dua pendidik dan pelajar menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam sektor pendidikan. Berdoalah untuk semua guru agar mereka mempunyai kebijaksanaan, kemahiran dan teknik untuk menjadikan pelajaran maya mereka lebih hidup dan interaktif agar menarik minat pelajar untuk belajar. Doakan kumpulan Murik yang tinggal di rumah panjang yang dibina di sepanjang Sungai Baram di Sarawak agar mereka dapat menjalani kehidupan dalam Kristus Yesus. Berdoalah agar mereka yang telah menerima Kristus supaya dimuridkan dalam Firman Tuhan.2038
- Iman DicabarIn Bayu Pengharapan·25 August 2021Renungan: Ayub 1 “Dengan telanjang aku keluar dari kandungan ibuku, dengan telanjang juga aku akan kembali ke dalamnya. Tuhan yang memberi, Tuhan yang mengambil, terpuji nama Tuhan!” (Ayub 1:21) Siapakah yang akan mempersalahkan Ayub jika dia menyoalkan kebaikan Tuhan terhadap nasibnya. Bayangkan. Bagaimanakah reaksi anda sekiranya dalam sekelip mata, kehilangan kereta, rumah, anak, dan perniagaan anda terpaksa ditutup kerana kerugian yang besar? Apalagi, isteri anda mengomel dan mengutuk anda terus? Pernahkah anda berseru, “Tuhan, segalanya tidak adil!” Adakah anda marah dengan Tuhan kerana sesuatu yang tidak anda ingini terjadi dalam kehidupan anda? Reaksi Ayub? Ayub berkata, “Dengan telanjang aku keluar dari kandungan ibuku, dengan telanjang juga aku akan kembali ke dalamnya. Tuhan yang memberi juga Tuhan yang mengambil, terpuji nama Tuhan!” (Ayub 1:21) Reaksi iblis? “Kulit ganti kulit! Orang akan memberikan segala yang kepunyaannya serta nyawanya. Tetapi ulurkanlah tangan-Mu dan jamahlah segala yang dipunyainya, ia pasti mengutuki Engkau di hadapan-Mu,” iblis mencabar Tuhan. ( Ayub 1:11). Iblis menyiksa Ayub dengan bisul dari telapak kakinya hingga ke kepalanya sehingga Ayub terpaksa mengambil serpihan kaca dan menggaruk-garuk badannya. Reaksi isterinya? Maka berkatalah isterinya kepadanya: Masih bertekunlah engkau dalam kesalihanmu? Kutukilah Tuhanmu dan matilah!” (Ayub 2:9) Reaksi Ayub? Ayub berkata kepada isterinya, “Engkau berbicara seperti perempuan gila! Apakah kita mahu menerima yang baik daripada Tuhan, tetapi tidak mahu menerima yang buruk?” (Ayub 2:10) Kesimpulannya: Dalam kesemuanya itu, Ayub tidak berbuat dosa dengan bibirnya. Reaksi kita? Bagaimana kalau kita tertimpa kecelakaan seperti Ayub? “Tambahlah kasihku akan Tuhan, inilah doaku, Oh, dengarkan. Hiburkan hatiku, tambahlah kasihku kepada-Mu. Oh Tuhanku. Meskipun susah, aku tetap setia, aku lebih rindu kepada-Mu. Oh Tuhanku.” (Elizabeth P. Prentiss) Doa: Tuhan dalam keadaan buruk atau bencana, aku tetap akan memuji Engkau! Aku mahu seperti Ayub tidak berdosa dalam ucapan mahupun perbuatanku.2015
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 23) : Keyakinan kepada Tuhan melalui mengenal DiaIn Doa dan Puasa NECF 2021·28 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Hakim-hakim 11-21 Ahad, 29 Ogos 2021 “Sedang di kamarnya ada orang bersiap-siap. Kemudian berserulah perempuan itu kepadanya: “Orang-orang Filistin menyergap engkau, Simson!” Tetapi ia memutuskan tali-tali busur itu seperti tali rami yang terbakar putus, apabila kena api. Dan tidaklah ketahuan di mana duduk kekuatannya itu. “ (Hakim-hakim 16: 9) Tuhan mempunyai rancangan untuk Samson. Dia harus diasingkan dan dikuduskan untuk Tuhan sejak dia dilahirkan dan akan melepaskan Israel dari tangan orang Filistin. Simson menjadi hakim terhadap orang Israel selama 20 tahun dan pada umumnya melakukan apa yang Tuhan rancangkan untuknya meskipun banyak kekurangan karakternya. Boleh dikatakan bahawa apa yang membuat Simson boleh bertahan selama bertahun-tahun adalah kerana dia mengetahui ikrar nazarnya dan mentaatinya hampir sepanjang hidupnya. Dia mendapat keyakinan dari Tuhan kerana mengetahui bahawa dia tidak boleh memotong rambutnya kerana ianya adalah sumber kekuatannya dari Tuhan. Akan tetapi, keyakinan pada Tuhan ini menyebabkan dia yakin pada diri sendiri, bangga dan menganggap dari dirinya sendiri adalah sumber kekuatannya dan memberitahu rahsianya kepada Delila. Ketika dia bangun dari tidurnya, dengan rambutnya telah dipotong oleh orang Filistin, dia masih berfikir bahawa dia dapat mengalahkanorang Filistin, dia tidak tahu bahawa Tuhan telah meninggalkannya. Sebagai orang percaya yang dewasa rohani, kita seharusnya tidak terperangkap ke dalam perangkap keyakinan diri ini. Hari demi hari, kita perlu mengenal Tuhan, pekerjaan- Nya dan janji-janji-Nya dalam hidup kita dan percaya kepada Tuhan, percaya kepada Dia untuk segala-galanya. Kita harus ingat bahawa semua yang baik tentang kita adalah dari Tuhan saja. Doa Hari Ini : Berdoa agar kita belajar menyingkirkan segala sesuatu yang menghalang dan melemahkan kita dan sebaliknya, tetap bergantung pada Dia sehingga kita akan diberi keupayaan untuk melakukan semua hal melalui Dia yang memberi kita kekuatan. Berdoa untuk pasukan perubatan Malaysia yang telah memerangi pelbagai virus dan penyakit berjangkit di barisan hadapan, agar mereka berwaspada dalam perawatan dan perlindungan diri, dan kedamaian Tuhan akan menjaga fikiran dan hati mereka. Berdoa agar kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengeluarkan cara-cara yang jelas untuk membantu suku masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk membebaskan diri daripada lingkaran kemiskinan yang telah wujud selama berabad-abad.2013
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#4)In Manifesto Kerajaan Allah·29 August 2021Topik Berfokus "Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan yang Sejati": Proses Pertaubatan (Bahagian 1) - Mengapa? Scenario ini berlaku berpuluh-puluh kali di dalam setiap keluarga yang ada kanak-kanak. Dua orang adik-beradik berkelahi. Ibu atau bapa campur tangan, dan memaksa kedua-dua budak itu untuk mengatakan kepada satu sama lain, “Saya minta maaf” dan berjabat tangan. Mereka melakukannya di hadapan ibu atau bapa. Masalah selesai! Betulkah masalah itu sudah selesai dengan begitu mudah sekali? Apakah kedua-dua budak itu betul-betul menyesal tentang perbuatan mereka? Adakah mereka meminta ampun dengan jujur? Apakah mereka telah benar-benar memaafkan satu sama lain? Adakah perhubungan mereka telah dijalin semula melalui perdamaian yang sejati? Penyelesaian begini, sebenarnya, tidak berkesan. Kedua-dua budak itu tidak berubah di dalam hati mereka dan perhubungan mereka masih bermasalah dan mempunyai halangan. Lambat laun, mereka akan bergaduh lagi, dan scenario itu akan diulangi. Kitaran ini akan berlaku berulang-ulang, yang membuktikan bahawa punca masalah itu tidak sebenarnya ditangani. Begitulah juga scenario pertaubatan yang cepat dan cetek apabila diamalkan oleh orang Kristian yang melakukan dosa. Apabila mereka sedar bahawa mereka telah berdosa, mereka berdoa kepada Allah, “Minta maaf, Tuhan. Saya telah berdosa. Ampunilah saya. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa.” Pertaubatan begini tidak berkesan, dan mereka sebenarnya tidak dilepaskan daripada cengkaman dosa-dosa itu. Dalam kata lain, orang Kristian yang bertaubat dengan cepat tanpa mengambil masa untuk melalui proses pertaubatan yang sejati, tidak akan memperolehi kemenangan ke atas dosa-dosanya. “Bertaubatlah!” merupakan perkhabaran pertama yang diisytiharkan oleh Yohanes Pembaptis dan Tuhan Yesus: 1Pada masa itu Yohanes Pembaptis menyampaikan berita ini di gurun di Yudea. 2Dia berseru, "Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!" (Matius 3:1-2, AVB) 17Yesus pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, "Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!" (Matius 4:17, AVB) Langkah pertama untuk masuk ke dalam kerajaan syurga adalah seseorang itu mesti bertaubat dahulu. Untuk lahir semula dengan sempurna, selain daripada bertaubat, dia mesti percaya di dalam Yesus Kristus, sesuai dengan Injil Penyelamatan Yesus: 14Setelah Yohanes dipenjarakan, Yesus pergi ke Galilea lalu mengkhabarkan Injil daripada Allah. 15Yesus berkata, "Sudah genap masanya dan kerajaan Allah hampir tiba. Bertaubatlah dan percayalah akan Injil ini!" (Markus 1:14-15, AVB) Kombinasi bertaubat dan percaya merupakan tindakan yang pertama untuk memperolehi penyelamatan. Namun begitu, pertaubatan bukan sekadar semasa kita pertama kali diselamatkan. Malah, hidup dalam pertaubatan adalah perkara yang amat penting sepanjang hidup setiap orang Kristian. Mengamalkan proses pertaubatan mesti menjadi suatu amalan yang dilakukan dengan jujur dan konsisten. Ramai orang Kristian dibelenggu oleh dosa dan tidak dapat melepaskan diri daripada jerat dosa. Hal ini tidak patut terjadi sebab firman Tuhan memberi kita jaminan bahawa orang salih di dalam Kristus, sepatutnya hidup bebas daripada kuasa dosa: 4Melalui baptisan itu, kita dikuburkan dengan Dia dan ikut mati bersama-Nya. Demikian juga, sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian melalui kemuliaan Allah Bapa, kita juga dapat menikmati kehidupan yang baru. 5Jika kita telah disatukan dengan Kristus kerana kita turut mati bersama-Nya, maka tentulah kita akan disatukan juga dengan-Nya dalam kebangkitan semula-Nya. 6Kerana kita tahu bahawa diri kita yang dahulu telah disalib bersama-Nya supaya tubuh dosa itu dapat dihapuskan, dan kita tidak lagi diperhamba oleh dosa. 7Kerana sesiapa yang telah mati, dia dibebaskan daripada dosa. 8Jika kita telah mati bersama Kristus, kita percaya bahawa kita akan hidup dengan-Nya juga. 9Kerana kita tahu bahawa oleh sebab Kristus telah dibangkitkan daripada kematian, Dia tidak mungkin mati lagi; kematian tidak berkuasa atas-Nya lagi. 10Dengan kematian-Nya, Dia telah mati kepada dosa sekali untuk selama-lamanya; tetapi dengan kehidupan-Nya, Dia hidup kepada Allah. 11Demikian juga, anggaplah dirimu telah mati kepada dosa tetapi hidup kepada Allah dalam Kristus Yesus. (Roma 6:4-11, AVB) Salah satu hakikat Injil Penyelamatan Yesus yang paling menakjubkan dan ajaib ialah kita disatukan dengan Kristus. Apabila kita dibaptis dengan air semasa kita bertaubat, secara rohani, semua dosa kita dipindahkan kepada Yesus. Maka, apabila kita masuk ke dalam air secara iman, kita yang disatukan dengan Kristus, mati bersama-sama-Nya. Seterusnya, apabila kita berada di dalam air semasa pembaptisan, kita dikuburkan bersama-sama dengan Kristus. Akhir sekali, apabila kita keluar dari air, kita bangkit dari kematian, bersama-sama dengan Kristus. Itulah realiti rohani apabila kita dibaptis dengan pertaubatan yang sejati dan ikhlas. Kelahiran semula dengan sempurna bermaksud kita disalibkan bersama-sama Kristus supaya tubuh dosa kita dapat dihapuskan dan kita tidak lagi diperhamba oleh dosa. Maka, sebahagian daripada akibat dilahir semula dengan sempurna ialah kita dilepaskan daripada cengkaman dosa. Hal ini menjadi kenyataan sebab sesiapa sahaja yang telah mati, dibebaskan daripada jerat dosa. Hutang dosanya telah dilunaskan dan dia dibebaskan daripada tuduhan salah. Kita diperbenarkan oleh Yesus. Jadi, kita yang telah mati bersama-sama dengan Kristus, malah bangkit bersama-sama-Nya, patut hidup secara bebas daripada segala dosa. Hal ini demikian kerana sepanjang hidup kita sebagai orang salih, kita masih disatukan dengan Kristus. Maka, hidup dan kuasa Kristus masih terus berfungsi di dalam hidup kita. Kebenaran ini dinyatakan oleh Paulus begini: 20Aku telah disalib bersama Kristus, bukanlah aku lagi yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalam aku. Dalam hidup jasadku sekarang aku hidup dengan iman kepada Anak Allah, yang mengasihiku dan menyerahkan diri-Nya untukku. (Galatia 2:20, AVB) Paulus mengatakan bahawa bukanlah kita lagi yang hidup, tetapi Kristus yang hidup di dalam kita. Maka, mustahillah bagi orang yang mana Kristus hidup di dalamnya, masih dibelenggu oleh dosa. Hakikat ini diterangkan oleh Yohanes: 4Sesiapa yang berbuat dosa, dia melakukan keleluasaan kerana dosa itu perbuatan keleluasaan. 5Kamu tahu bahawa Kristus dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia; dalam diri-Nya tiada dosa. 6Oleh itu, sesiapa yang tetap di dalam Kristus tidak akan berbuat dosa berterusan. Sesiapa yang terus berbuat dosa belum melihat dan mengenal Dia. (1 Yohanes 3:4-6, AVB). Perbuatan keleluasaan (iaitu hidup tanpa batas untuk melakukan dosa) memang tidak cocok dan tidak sesuai untuk orang salih, kerana sesiapa yang “tetap di dalam Kristus tidak akan berbuat dosa berterusan.” Bagaimanakah seorang yang mengatakan dia dipersatukan dengan Kristus yang Maha Suci, masih melakukan dosa secara berterusan. Itu seakan-akan mengatakan bahawa Yesus juga melakukan dosa. Tidak mungkin! Yesus mati dan bangkit untuk menghapuskan kuasa dosa ke atas orang salih yang disatukan dengan-Nya. Seorang yang telah lahir semula dengan sempurna telah diubahkan dan disucikan. Maka, dia tidak mungkin selesa dengan dosa-dosa di dalam hidupnya. Namun begitu, ramai orang Kristian mengeluh bahawa, secara realitinya, mereka masih bergelut dengan dosa, malah ditewaskan oleh godaan serta melakukan dosa-dosa tertentu secara berterusan. Mengapakah ini menjadi pengalaman yang lumrah dalam kalangan orang Kristian? Salah satu sebab ialah orang Kristian yang sedemikian tidak diajar dengan baik bagaimana hidup dalam pertaubatan. Tambahan pula, mereka tidak sedar bahawa pertaubatan ialah suatu proses. Jika seseorang tidak sedar tentang langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini, maka pertaubatannya adalah cetek dan tidak berkesan. Keadaan ini menyebabkan mereka masih terperangkap dalam dosa-dosa yang tertentu. Adakah anda mahu mencapai kebebasan daripada dosa-dosa yang spesifik dan memperolehi kemenangan yang mutlak ke atasnya? Apakah anda sudah cukup jemu dengan rasa bersalah yang menyusul setiap perbuatan dosa anda? Apakah anda sudah bersedia untuk melangkah ke arah kehidupan yang suci dan tidak bercela? Sekiranya jawapan anda kepada soalan-soalan ini ialah “Ya,” marilah kita belajar dengan teliti proses pertaubatan dan mengamalkannya di dalam kehidupan kita. (Nota: Sila ikuti bahagian yang seterusnya)2044
- Kesaksian di sebalik "Quill-flags"In Tarian Profetik & Seni Kreatif1 March 2022Wow...sangat diberkati, terus menjadi berkat sist..20
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 24) : Mengenal Tuhan bererti Mempercayai DiaIn Doa dan Puasa NECF 2021·29 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Rut 1-4, 1 Samuel 1-6 Isnin, 30 Ogos 2021 “...dan para tua-tua berkata: “Kamilah menjadi saksi. TUHAN kiranya membuat perempuan yang akan masuk ke rumahmu itu sama seperti Rahel dan Lea, yang keduanya telah membangunkan umat Israel...” (Rut 4:11) Kisah Rut merupakan salah satu kegemaran saya di dalam Alkitab. Kisahnya bermula secara tragik dengan kematian suami Naomi, Elimelekh dan kemudian kedua-dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon, meninggalkan Naomi dengan dua orang menantu perempuannya, Rut dan Orpa. Keputusan Rut untuk tetap bersama ibu mertuanya dan mengikutinya ke mana pun dia pergi sangat berbeza dengan keputusan Orpa untuk kembali kepada bangsa dan tuhan-tuhannya. Rut menyatakan bangsa Naomi sebagai bangsanya, dan Tuhan mereka, Tuhannya. Apa yang Rut ketahui tentang Tuhan adalah melalui Naomi, dan itu sudah cukup baginya. Dia memutuskan untuk sepenuhnya mempercayai-Nya dan berkata kepada Naomi, “Beginilah kiranya TUHAN menghukum aku, bahkan lebih lagi dari pada itu, jikalau sesuatu apapun memisahkan aku dari engkau, selain dari pada maut!” (Rut 1:17) Dan kita semua tahu bagaimana cerita berakhir bagi Ruth, ketika dia mendapat nikmat Tuhan yang luar biasa dan akhirnya berkahwin dengan Boaz. Rut, yang pernah menjadi orang luar dan asing bagi Tuhan, bukan hanya menjadi bahagian dari Israel tetapi juga merupakan keturunan Kristus. Sepanjang pandemik, kita telah mendengar kesaksian demi kesaksian tentang umat Tuhan yang menyatakan kebaikan dan kemurahan-Nya yang luar biasa meskipun dalam keadaan sulit. Beberapa orang pernah mengalami kesembuhan kerana Tuhan menyembuhkan penyakit yang serius. Tuhan memang melakukan pekerjaan yang luar biasa pada mereka yang mengenal-Nya dan percaya kepada-Nya. “TUHAN itu baik; Ia adalah tempat pengungsian pada waktu kesusahan; Ia mengenal orang-orang yang berlindung kepada-Nya” (Nahum 1:7) Doa Hari Ini : Berdoa agar kita terus percaya kepada Dia dan bergantung kepada Dia untuk kesejahteraan orang yang kita kasihi, kesihatan kita, karier kita, dan perniagaan kita. Menegakkan sistem penjagaan kesihatan nasional di hadapan Tuhan dan minta kepada-Nya untuk memberikan kebijaksanaan kepada pemerintah kita untuk menyelesaikan masalah dengan tuntutan yang sangat banyak yang disebabkan oleh wabak tersebut. Berdoa agar hak-hak Orang Asli dan Orang Asal disokong oleh semua pihak dan agar mereka memiliki akses yang bebas atas pemilikan dan penggunaan tanah nenek moyang mereka, dan menerima pampasan yang sewajarnya atas kehilangan tanah.2021
- TETAPLAH BERSYUKURIn Kehidupan Kristian18 August 2021Amen !!! Kehendak Tuhan adalah untuk kita bersyukur (1 Tesalonika 5:18). Terima Kasih atas peringatan ini. Filipi 4:6 6 Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah.20
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 26) : Bukankah ada Sebabnya?In Doa dan Puasa NECF 2021·31 August 2021Bacaan Hari Ini : 1 Samuel 17-26 Rabu, 1 Sep 2021 Tema kita untuk beberapa hari ke depan adalah “Mengenal Tuhan” dan Mengetahui Karya-Nya pada masa depan. Kita akan melihat kehidupan, kejayaan, kegagalan, dan warisan Daud. Dalam Kisah Para Rasul 13:22, Tuhan berkata, “Aku telah mendapat Daud bin Isai, seorang yang berkenan di hati-Ku dan yang melakukan segala kehendak-Ku.” Ini bererti Daud melakukan apa pun yang Tuhan ingin dia lakukan. Tidakkah anda semua setuju bahawa manusia memerlukan sebab untuk percaya, sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri untuk hidup bahkan sanggup mati untuknya? Itulah yang dialami Daud untuk Tuhan. Daud lebih mementingkan tujuan Tuhan daripada kemuliaan dan kehormatan peribadinya sendiri. Dia mempunyai semangat yang berkobar-kobar akan nama dan tujuan Tuhan. Dalam pertemuannya dengan Goliat, Daud disalah faham dan ditegur di tengah khalayak ramai oleh saudaranya sendiri, mungkin juga ditertawakan di tengah-tengah tentera yang lain. Eliab mengejeknya dan berkata, “Aku kenal sifat pemberanimu dan kejahatan hatimu: engkau datang ke mari dengan maksud melihat pertempuran.” ( 1 Sam 17:28). Namun, Daud tidak membiarkan kata-kata yang menyakitkan itu menghentikannya. Tidak mudah baginya untuk menutup suara-suara negatif dan menyakitkan; malah, kejayaan itu sangat penting dan mendorongnya untuk mencapai kejayaan itu. Dia pergi keluar untuk memenuhi panggilannya yang ditetapkan Tuhan dan menjatuhkan raksasa yang mengancam. Dalam pertempurannya dengan Goliat dia memberitahu orang Filistin, “Engkau mendatangi aku dengan pedang dan tombak dan lembing, tetapi aku mendatangi engkau dengan nama TUHAN semesta alam, Allah segala barisan Israel yang kau tantang itu.” (1 Sam 17:45). Daud hidup dan bernafas untuk kemuliaan nama Tuhan, dan penyebaran kemasyhuran Tuhan. Dia mengenal Tuhannya dan menjadi sebahagian daripada rancangan Tuhan. Doa Hari Ini: Berdoa agar kita memiliki sebab Alkitabiah yang bernilai untuk kita hidup dan mati untuknya, dan sebab ini yang membentuk setiap aspek hidup kita sekarang. Berdoa bagi gereja-gereja dan orang yang percaya kepada Kristus di Malaysia untuk hidup dan bernafas untuk kemuliaan nama Tuhan, untuk sungguh-sungguh dalam menyebarkan kemasyhuran Tuhan dan untuk berjalan dalam rancangan dan tujuan ilahi-Nya. Berdoa untuk suku Berawan yang tinggal di rumah panjang di Sungai Baram, Sarawak, agar mereka mengalami sentuhan lembut Tuhan dalam memenuhi keperluan jasmani, mental, dan rohani mereka2015
bottom of page










