top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6131)
KD Post (3262)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- 3 Perkara Yang Paling Ditakuti Anak Remaja AndaIn Keluarga·25 February 2022Oleh Kevin Leman Apakah yang paling ditakuti oleh anak remaja anda? Ia berbeza daripada apa yang anda khuatiri untuk mereka. Dr. Kevin Leman membincangkan tiga perkara yang anda mungkin tidak sedar tetapi ditakuti anak remaja anda dan apa yang mereka perlukan daripada anda supaya mereka tidak takut lagi. Perkara yang paling ditakuti oleh anak remaja anda berbeza daripada perkara yang menyebabkan anda terjaga pada waktu malam. Kebanyakan kebimbangan ibu bapa adalah secara teori dan berasaskan masa depan – kekhuatiran terhadap keselamatan anak remaja mereka di sekolah dan keupayaan mereka untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar. Mereka bimbang tentang mendapat tempat di universiti, pekerjaan dan layanan tidak adil oleh rakan sebaya. Para remaja, sebaliknya, takut dengan apa yang sudah ada di depan mereka. Walaupun media sosial meluaskan perspektif global mereka, apa yang paling mereka fikirkan adalah lebih sempit daripada apa yang anda duga. Tiga jenis ketakutan semula jadi mendorong reaksi para remaja. Apabila anda mengetahui ketakutan tersebut dan perkara yang paling diperlukan oleh anak remaja daripada anda, anda boleh memberikan apa yang sudah ada dalam kawalan – penawar berkekalan untuk membantu mereka mengatasi dan muncul dengan perspektif yang positif. Ketakutan No 1: Penolakan Siapa yang tidak mahu disenangi dan diterima? Tetapi dengan remaja, keinginan ini mengatasi segala-galanya kerana dorongan yang kuat untuk menjadi anggota suatu kumpulan. Lebih buruk lagi, di kalangan rakan sebaya, orang yang disukai adalah berdasarkan siapa yang paling tinggi dalam senarai populariti untuk hari itu, jadi penolakan sukar dielakkan. Apabila kawan terbaik Becca meninggalkannya, Becca berasa sangat kecewa. Dan apabila Aaron, yang sangat suka bersukan, tidak dapat menyertai pasukan bola keranjang, dia mahu berhenti dari segala aktiviti dan bertukar sekolah. Penawar penolakan Penawar kepada penolakan adalah kasih dan penerimaan tanpa syarat di rumah. Oleh kerana penolakan adalah sebahagian daripada kehidupan, mempelajari cara mengendalikannya secara positif adalah penting. Jika anak remaja anda menduduki tangga terakhir dalam senarai populariti rakan sebaya atau gagal menyertai suatu pasukan atau kelab, anda harus dengar dengan empati, dan kemudian membantunya melihat ‘gambaran keseluruhan’. “Tidak hairanlah anda berasa sedih. Ini memang menyakitkan hati. Tetapi tahukah anda? Apabila saya melihat anda, saya melihat seseorang yang istimewa – sikapmu yang suka membantu orang lain dan semangat anda untuk (isi tempat kosong). Ingat ketika anda (berkongsi cerita), dan anda tidak berputus asa? Nah, anda akan menyelesaikannya kali ini juga. Saya percaya padamu, dan saya bertuah kerana mempunyai anak sepertimu.” Dengan kasih sayang dan penerimaan tanpa syarat sedemikian, anak remaja boleh belajar untuk menerima penolakan dengan tenang dan menjadi berdaya tahan. Ketakutan No. 2: Ketidakpastian dan ditinggalkan bersendirian Anak remaja anda mungkin berlagak seperti tiada apa-apa yang mengganggu mereka, tetapi sebenarnya mereka sentiasa risau. Apa yang sentiasa bermain di fikiran mereka ialah persekitaran di kalangan rakan sebaya di mana hanya yang kuat akan dapat bertahan dan mereka yang berada di kedudukan tertinggi pun boleh dijatuhkan pada bila-bila masa. Itu menyebabkan dunia mereka di luar rumah menjadi bergelora, tetapi jika ditambahkan dengan ketidakpastian di rumah – seperti Maya, yang ayahnya tiba-tiba mendapat tugasan di luar negara yang panjang, atau Trevor yang ibu bapanya sedang melalui proses perceraian yang menyakitkan – akibatnya ialah ketidakpastian yang boleh melumpuhkan. Penawar ketidakpastian Penawar kepada ketidakpastian adalah kestabilan di rumah. Apabila anak remaja anda pulang ke rumah, mereka memerlukan suasana yang selamat dan tenang di mana mereka boleh menyusunkan pemikiran mereka akibat peristiwa yang membingungkan pada hari itu. Anda adalah tonggak dalam persekitaraan mereka yang berubah dengan pesat. Mereka perlu tahu bahawa anda bersama mereka, tidak akan meninggalkan mereka dan mengutamakan mereka daripada kerja. Maya perlu diyakinkan bahawa walaupun ayahnya berada di luar negara, ibu akan bersamanya. Trevor kadangkala berasa seperti bola ping pong yang dilantunkan antara dua rumah, tetapi dia tahu rumah ibunya adalah tempat yang selamat dan tenang untuk menyelesaikan kegawatan dan dia selalu berpeluang untuk berbincang pada bila-bila masa dia bersedia. Tiada pengalaman yang lebih teruk daripada melalui hari yang buruk, berasa keperluan untuk bercakap tentangnya tetapi tiada sesiapa yang dipercayai untuk berbincang. Apabila kesukaran timbul di dapur anda, katalah dengan nada rendah, “Saya dapat melihat bahawa anda telah mengalami hari yang sukar. Kalau awak nak cakap, saya ada di sini.” Kemudian apabila mereka membuka mulut (lambat laun ini akan berlaku), dengarlah secara aktif. Ujarkan “Wah, saya faham mengapa anda susah hati,” atau “Beritahu saya lebih lanjut tentang itu,” dan anda akan berasa kagum dengan apa yang akan diberitahu. Memberikan teladan di mana keperibadian-mu tidak berubah, mempunyai keutamaan yang sesuai, dan yang paling penting, kehadiranmu yang mantap dalam hidup anak-anak remaja menjaminkan batu asas yang mengatasi sebarang ketidakpastian yang dihadapi oleh mereka. Ketakutan No. 3: Menjadi sasaran Ketakutan boleh bermaharajalela dalam kumpulan rakan sebaya yang kompetitif atau ganas. Sebarang ciri anak remaja anda yang “berlainan”, termasuk pakaian, sikap “penyendiri” atau hakikat mereka berada di sisi orang yang berasa tidak selamat yang perlu memastikan bahawa dialah orang yang paling hebat, akan menghasilkan suatu sasaran besar di belakang anak anda. Dengan kemudahan menyebarkan khabar angin melalui telefon pintar, ia bukan hanya sekadar membuli secara bersemuka. Sifat ketanpanamaan media sosial dengan akibat buruk yang sedikit – jika ada pun – bermakna sesiapa sahaja boleh mengatakan apa-apa tentang orang lain pada bila-bila masa dan berkongsinya dengan menekan satu butang, dan ia akan kekal selama-lamanya di alam semesta elektronik. Tidak ada “pembetulan,” seperti pengalaman pahit Megan selepas bekas “kawan terbaik selamanya” (BFF) mengkhianatinya untuk mendapat penerimaan sementara oleh rakan-rakan yang suka mengumpat. Remaja hari ini sentiasa takut menjadi sasaran yang seterusnya. Penawar dijadikan sasaran Penawar bila dijadikan sasaran ialah perspektif yang seimbang dan jaminan bahawa “kita akan mengharunginya bersama-sama”. Perkara buruk memang boleh berlaku, dan orang lain boleh berkelakuan kejam. Kedua-duanya adalah fakta kehidupan dan oleh itu, anda harus menyediakan anak remaja anda sebelum ia berlaku, jika boleh. Kongsi-lah pengalaman bila anda disasarkan. Jelaskan bahawa ramai pembuli berkelakuan sedemikian kerana mereka berasa tidak selamat, dan menjatuhkan seseorang membuatkan mereka berasa penting buat sementara waktu. Mengetahui kebenaran ini menghilangkan sedikit kepedihannya. Jika anak remaja anda telah terluka seperti Megan, biarkan dia meluahkan perasaannya atau menangis tanpa dihakimi. Jangan tambah bahan api ke dalam api. Sebaliknya, katakan, “Beritahu saya dengan lebih lanjut” untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. Selepas itu, hitung sampai 10. Kemudian katakan, “Tidak hairanlah anda kecewa. Saya akan kecewa jika itu berlaku kepada saya. Jadi apakah langkah anda seterusnya?” Gesaan kecil itu menggalakkan peralihan daripada hanya meluahkan perasaan kepada penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Apabila ibunya menggunakan penawar itu, Megan mencipta taktiknya sendiri, disokong dengan persetujuan ibunya. Keesokan paginya, Megan berjalan ke kumpulan yang mengumpatnya dan berkata terus terang, “Apa yang saya buat agak bodoh, kan? Saya tidak akan melakukannya lagi.” Dia bersikap acuh tak acuh seolah-olah itu bukan masalah besar, kemudian meneruskan perjalanannya, meninggalkan kumpulan pengumpat itu yang kini bisu. Dalam dua saat, dia telah melepaskan dirinya dari dijadikan sasaran. Akui-lah bahawa anak remaja anda lebih bijak daripada yang anda bayangkan. Tetapi mereka masih memerlukan jaminanmu sebagai pendengar dan sandaran. Setiap kali anak remaja anda melangkah keluar dari pintu rumah, ketiga-tiga ketakutan itu menyelubungi mereka. Oleh itu, adakah sesuatu yang mengejutkan jika mereka kadang-kadang bertindak balas terhadap tekanan tinggi itu dengan bertengkar dengan adik-beradik atau anda? Tetapi apabila anda memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik sikap tersebut, anda boleh memberikan sokongan untuk perjalanan harian mereka yang bergelora di kalangan remaja lain. © 2018 Kevin Leman. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.2036
- Mazmur 119:112 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·4 November 2021Aku telah mencenderungkan hatiku untuk menjalankan ketetapan-Mu selama-lamanya, hingga ke akhir. 205
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#13)In Manifesto Kerajaan Allah·30 October 2021Berpengasihan (Bahagian 3: Apabila Lebih Baik Tinggalkan Atau Mengelak) Kita perlu mengimbangkan pengajaran tentang sifat indah berpengasihan ini kerana jika kita terlalu ekstrem, kita akan mengalami kecederaan yang tidak berbaloi atau yang tidak membawa apa-apa manfaat. Pengajaran sikap berpengasihan ini tidak bermakna kita perlu menerima semua ancaman, penderaan dan penganiayaan tanpa tentangan dan tanpa had. Kalau kita mempertimbangkan contoh Tuhan Yesus, dia tidak selalu berdiri diam-diam dan menerima cemuhan, serangan dan cabaran. Banyak kali Tuhan Yesus tinggalkan situasi itu atau mengelak sahaja. Tuhan Yesus berbuat demikian terhadap tiga jenis orang yang toksik. Orang yang berjiwa pembunuh. Orang yang angkuh dan menentang secara terang-terangan. Orang yang hanya menggunakan orang lain. Mari kita mempertimbangkan tindakan Yesus terhadap orang-orang yang toksik begini. 1. Orang yang berjiwa pembunuh Orang yang berjiwa pembunuh adalah orang yang ingin mencederakan anda dengan sengaja. Dalam kes Tuhan Yesus, musuh-musuhnya yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin agama Yahudilah yang menunjukkan ciri-ciri ini dengan ketara. Baca ayat-ayat ini dan belajar tindakan yang wajar untuk diambil terhadap orang-orang yang berjiwa pembunuh ini: 14Ketika itu orang Farisi beredar dari situ lalu berpakat hendak membunuh Yesus. 15Apabila Yesus mengetahui pakatan itu, Dia pun meninggalkan tempat itu. Ramai orang mengikut-Nya dan ramai yang disembuhkan-Nya daripada pelbagai penyakit. (Matius 12:14-15, AVB) 28Semua orang di dalam saumaah yang mendengar kata-kata ini naik berang. 29Mereka bangun lalu mengusir Yesus dari kota itu. Dia dibawa ke puncak gunung tempat kota itu dibina kerana mereka mahu menghumbankan-Nya ke bawah. 30Tetapi Yesus berjalan di tengah-tengah mereka dan beredar dari situ. (Lukas 4:28-30, AVB) 59Setelah itu, mereka memungut batu untuk merejam Yesus, tetapi Yesus menyembunyikan diri-Nya lalu meninggalkan Bait Suci. (Yohanes 8:59, AVB) 39Mereka mencuba lagi menangkap Yesus, tetapi Yesus dapat melepaskan diri daripada tangan mereka. 40Yesus kembali ke seberang Sungai Yordan lalu tinggal di tempat Yohanes membaptis orang dahulu. (Yohanes 10:39-40, AVB) 53Sejak hari itu, orang Yahudi berpakat hendak membunuh Yesus. 54Yesus tidak lagi pergi ke sana ke mari secara terbuka di antara orang Yahudi. Dia beredar ke daerah bernama Efraim dekat gurun, dan menetap di sana bersama murid-murid-Nya. (Yohanes 10:53-54, AVB) Di dalam setiap kes di atas Tuhan Yesus tidak berdiri dan membiarkan diri-Nya dicederakan atau dibunuh secara membabi buta. Sebaliknya, Tuhan Yesus meninggalkan, beredar dari tempat itu, menyembunyikan diri, melepaskan diri atau mengelakkan musuh-musuh-Nya. Kalau Tuhan Yesus tidak berbuat demikian, sudah tentu dia telah dibunuh sebelum masa-Nya. Jadi, orang yang berjiwa pembunuh terhadap kita patut juga ditinggalkan dan dielakkan sejauh mana yang boleh. Itulah tindakan yang paling sesuai jika kita bersikap berpengasihan. 2. Orang yang angkuh dan menentang secara terang-terangan Ada sebilangan orang yang angkuh dan hanya ingin menjatuhkan kita dengan mencabar iman kita. Orang yang bersifat begini biasanya ingin mencari gaduh sahaja. Kalau kita cuba berkongsi dengan lemah lembut dan rasional, kita akan sedar bahawa usaha kita adalah sia-sia sahaja. Tujuan mereka hanya untuk berdebat dan menentang kita. Mereka tidak berminat mengetahui kebenaran. Mari kita membaca satu episod Yesus dengan orang yang sebegini: 1Pada suatu hari ketika Yesus mengajar orang ramai di dalam Bait Suci dan menyampaikan Injil, ketua-ketua imam, ahli-ahli Taurat dan para tua-tua datang kepada Yesus. 2Mereka berkata kepada-Nya, "Katakanlah kepada kami dengan kuasa siapakah Kamu melakukan perkara-perkara ini. Dan siapakah yang memberi-Mu kuasa itu?" 3Yesus menjawab, "Aku juga hendak bertanya kepadamu suatu perkara. Katakanlah kepada-Ku, 4baptisan Yohanes daripada syurga atau daripada manusia?" 5Mereka pun berbincang sesama sendiri, "Kalau kita berkata, 'Daripada syurga,' Dia akan berkata, 'Kalau begitu, mengapa kamu tidak percaya kepadanya?' 6Sebaliknya, kalau kita berkata, 'Daripada manusia,' orang ramai sudah tentu akan merejam kita kerana mereka yakin bahawa Yohanes itu seorang nabi." 7Mereka pun menjawab kepada Yesus bahawa mereka tidak mengetahui dari mana asalnya baptisan Yohanes itu. 8Oleh itu, Yesus pun berkata kepada mereka, "Aku pun tidak akan memberitahumu dengan kuasa apa Aku melakukan perkara-perkara ini." (Lukas 20:1-8, AVB) Pada ketika Yesus dicabar oleh musuh-musuh-Nya tentang punca kuasa-Nya, dia hanya menanya satu soalan kepada mereka, “Kuasa pembaptisan Yohanes berpunca daripada syurga atau manusia?” Musuh-musuh Yesus terus mengasingkan diri untuk membincangkan jawapan untuk soalan ini. Mereka mendapati bahawa mereka betul-betul terperangkap oleh Tuhan Yesus dengan soalan tersebut. Jika mereka menjawab, punca kuasa datang daripada syurga, mereka jangka bahawa Yesus akan tanya mengapa mereka sendiri tidak percaya dan memberi diri untuk dibaptis oleh Yohanes Pembaptis. Jawapan ini menggambarkan mereka sebagai orang yang munafik dan keras hati kerana tidak mematuhi apa yang yang datang daripada syurga! Tetapi jika mereka menjawab bahawa punca kuasa pembaptisan Yohanes adalah hanya daripada manusia, mereka tahu bahawa ramai orang yang percaya pembaptisan Yohanes adalah di bawah naungan syurga akan tersinggung dengan pernyataan itu, malahan mungkin akan merejam mereka kerana menghujat Allah. Jadi mereka memilih jalan yang selamat dengan menjawab, “Kami tidak tahu!” Tindakan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak berminat mencari kebenaran. Sebaliknya, mereka hanya ingin memerangkap dan mencari gaduh dengan Tuhan Yesus. Tindak balas Yesus yang sangat jelas ialah untuk mengelak mereka apabila dia membalas, “Aku pun tidak akan memberitahumu dengan kuasa apa Aku melakukan perkara-perkara ini.” Dalam situasi yang tertentu dengan orang yang angkuh dan menentang kita dengan tujuan untuk memerangkap atau menjatuhkan kita, cara yang paling sesuai ialah tanya soalan untuk mendedahkan dakwaan mereka yang tidak berasas, sebagaimana yang dilakukan oleh Tuhan Yesus. Kita berbuat demikian dengan meminta bukti dan sebab mereka membuat tuduhan tersebut. Contohnya, jika seseorang menuduh bahawa Alkitab kita telah diubah, tercemar dan tidak boleh dipercayai, kita boleh tanya balik soalan-soalan ini: Apakah yang telah diubahkan? Bolehkah saudara(i) tolong tunjukkan dengan spesifik? Bilakah perubahan itu berlaku? Siapakah yang membuat perubahan itu? Mengapakah AlKitab diubahkan oleh mereka? Apa terjadi kepada salinan yang asal? Apakah bukti bahawa perubahan yang didakwa anda betul-betul berlaku? Saya memanggil ini kaedah Judo. Kaedah ini sangat berkesan dengan mereka yang angkuh dan menentang secara terang-terangan. Akhirnya, tindakan Yesus terhadap orang begini ialah jalan dan tinggalkan mereka sahaja: 34Seluruh penduduk bandar itu pun datang berjumpa dengan Yesus dan memohon-Nya pergi dari daerah itu. 1Yesus menaiki sebuah perahu lalu ke seberang, dan sampai di bandar tempat Dia tinggal. (Matius 8:34-9:1, AVB) 11Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan mula bersoal jawab dengan-Nya. Untuk menduga-Nya, mereka meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga. 12Yesus mengeluh lalu menjawab, "Mengapakah orang zaman ini mencari suatu tanda ajaib? Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kepada orang zaman ini." 13Yesus meninggalkan mereka dan kembali ke perahu lalu ke seberang. (Markus 8:11-13, AVB) 15Tetapi apabila ketua imam dan ahli Taurat melihat segala mukjizat yang dilakukan-Nya, dan kanak-kanak berseru di dalam Bait Suci, "Hosana bagi Anak Daud!" mereka berasa marah. 16Mereka berkata kepada Yesus, "Kamu dengarkah apa yang dikatakan mereka?" Yesus menjawab, "Ya, belum pernahkah kamu baca,'Daripada mulut kanak-kanak dan bayi yang masih menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.' "17Kemudian Dia meninggalkan mereka dan keluar dari kota itu lalu pergi ke Betania. Dia menginap di situ. (Matius 21:15-17, AVB) Paulus telah memberi dorongan dan nasihat ini yang sangat sesuai apabila kita menghadapi orang yang angkuh dan menentang dengan terang-terangan: 23Jauhi perbahasan yang sia-sia dan jahil, kerana kamu tahu semua ini mencetuskan perkelahian. 24Hamba Tuhan tidak harus berkelahi. Sebaliknya, mereka mestilah lemah lembut kepada semua orang, pandai mengajar, sabar, dan 25dengan rendah hati menegur orang yang menentang, semoga Allah membukakan hati mereka untuk bertaubat supaya mereka mengenal kebenaran, 26lalu mereka menjadi waras semula dan terlepas daripada cengkaman Iblis yang telah memerangkap mereka untuk melakukan kehendaknya. (2 Timotius 2:23-26, AVB) Paul mengesyorkan kita menjauhi daripada terjerumus dalam perbahasan yang sia-sia dan jahil. Pada hakikatnya, apabila kita berhadapan dengan mereka yang bersikap ingin berdebat sahaja dan tidak mahu mempertimbangkan sesuatu topik dengan waras, tidak ada kebaikan yang boleh diperolehi pada akhirnya. Malahan, kedua-dua pihak akan menjadi marah dan besar kemungkinan akan tercetus perkelahian. Jika perbualan semakin “panas” dan orang itu menjadi agresif serta marah, tindakan yang paling baik sebagai seorang yang bersikap berpengasihan ialah menghentikan perbualan itu. Jika orang tidak mahu dengar walau pun kita bercakap dengan lemah lembut, rasional, waras dan rendah hati, lebih baik tangguhkan perbincangan itu untuk masa yang lebih sesuai, jika kita fikir kita masih ada peluang untuk didengari oleh orang itu. Jika, tidak, jalan sahaja dan tinggalkannya. Tindakan sebegini dalam keadaan demikian tidaklah salah, walhal adalah bijak. 3. Orang yang hanya menggunakan orang lain. Orang toksik ketiga ialah mereka yang hanya menggunakan dan memperalatkan orang lain untuk kepentingan dirinya sahaja. Untuk orang yang sebegini, Tuhan Yesus menunjukkan bahawa terdapat had melayani mereka. Pada suatu ketika Yesus telah mengerjakan suatu mukjizat dengan memberi makan kepada lima ribu orang (Yohanes 6:1-15). Setelah berbuat demikian, Dia beredar daripada mereka ke sebuah bukit untuk berseorangan diri. Pada keesokan hari, dia dan murid-murid-Nya meninggalkan tempat itu (Yohanes 6:16-20). Apabila orang ramai sedar bahawa Yesus telah beredar, mereka menaiki perahu untuk mencari Yesus di Kapernaum (Yohanes 6:22-24). Apabila mereka menjumpai Tuhan Yesus, mereka menanya Dia bila Dia sampai di situ. Yesus menjawab mereka dengan mengatakan, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu mencari-Ku bukan kerana kamu melihat tanda-tanda mukjizat, tetapi kamu telah dapat makan sehingga kenyang.” (Yohanes 6:26) Tuhan Yesus ketahui bahawa orang-orang begini tidak serius mengikuti-Nya tetapi hanya ingin memperalatkan-Nya sahaja. Anda boleh membaca bagaimana Yesus menangani mereka dengan mencabar mereka dengan ajaran yang cukup keras (Yohanes 6:27-65). Akibatnya ialah: 66Selepas itu, ramai murid Yesus menjauhkan diri dan tidak lagi mengikut-Nya. (Yohanes 6:66, AVB). Yesus tidak membiarkan diri-Nya diperalatkan oleh orang-orang yang sebegini. Maka, kita pelajari daripada Tuhan Yesus bagaimana mengimbangkan sikap berpengasihan dengan fikiran yang waras untuk tidak menerima tindakan orang yang terus mencederakan atau mempergunakan kita. Kita mesti mempunyai batas atau had untuk orang-orang yang toksik. Caranya ialah untuk meninggalkan mereka atau mengelak mereka. Jadi, minta hikmat daripada Tuhan bila masa yang sesuai untuk bertindak sedemikian. Apakah anda berada dalam situasi yang berhadapan dengan orang-orang yang toksik? Patutkah mengambil iktibar daripada teladan Tuhan Yesus dan membuat keputusan yang tegas untuk meninggalkan atau mengelak situasi yang tidak bermanfaat itu? Keputusan adalah di tangan anda!2061
- PendosaIn Inspirasi & Renungan·25 February 2023Tuhan Yesus telah mengampuni kita dan Dia'pun telah menerima kita dengan kasih-Nya.. Hiduplah sebagai Ciptaan Baru dalam anugerah-Nya.2017
- Ulangan 5:33 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·4 October 2021Tempuhlah segala jalan yang diperintahkan Tuhan, Allahmu, kepadamu supaya kamu dapat hidup, keadaan kamu baik, dan lanjut umurmu di negeri yang akan kamu miliki.207
- Saudara Mara Yesus KristusIn Inspirasi & Renungan·21 June 2022Markus 3: 31-35. Saudara Mara Yesus Kristus. 31Apabila ibu dan saudara-saudara Yesus tiba, mereka menanti di luar dan menyuruh orang memanggil-Nya. 32Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Yesus berkata kepada-Nya, "Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka hendak bertemu dengan-Mu." 33Yesus menjawab, "Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?" 34Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, "Lihat, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku! 35Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku." Penantian di luar menyebabkan mesej dihantar ke Yesus. Peristiswa ini ialah perlakuan yang biasa, tetapi Yesus mengunakannya untuk ajar sesuatu. Apakah ajaran itu? Ajaran itu ialah: 35Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku." Soalan yang penting yang timbul dari kata Yesus ialah apa itu kehendak Allah? Kehendak Allah ialah apa yang difirmankan oleh Allah. Allah ialah Allah yang berucap dengan ciptaanNya. Kita, manusia, ialah kemuncak ciptaanNya. Manusia, dicipta ikut rupa Allah boleh faham dan laku kehendak Allah. Sebelum Adam dan Hawa memberontak, mereka boleh berbual dengan Allah. Hari ini Allah bercakap dengan kita melalui Alkitab iaitu firman Allah. Dia juga bisik kepada kita melalui Ruh Kudus yang tinggal dalam setiap orang yang percaya. Orang yang mengkufuri Ruh Kudus kehilangan satu cara untuk Allah bercakap dengan dia. Bahkan dia tidak diampuni. (Lihat Renungan sebelum) Laku kehendak Allah ialah laku baik, laku adil, laku kasih. Tetapi kehendak Allah yang paling penting sekali ialah ini: 40Demikianlah kehendak Bapa-Ku, iaitu setiap orang yang melihat Anak-Nya dan percaya kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir." (Yohanes 6:40). Sebenarnya percaya dalam Yesus ialah asas untuk kita laku kehendak Allah. Tanpa Yesus didalam kamu, kamu punya laku baik, laku adil, laku kasih diibaratkan sebagai kain kotor. (Yesaya 64:6) Kamu mahu laku baik? Percaya Yesus dahulu. Dan kamu akan menjadi saudara mara Yesus. Kamu akan menjadi anak Allah. Tuhan berkati.2034
- Tekun BerdoaIn Inspirasi & Renungan·4 March 2023Saat berada dalam pergumulan, tetaplah berdoa dengan ketekunan.. Di dalam Tuhan Yesus, kita memiliki kekuatan yang baru dan pengharapan kita tidak mengecewakan..2011
- Roma 1:20In Grafik Firman Tuhan & Animasi·14 August 2021Sejak dunia diciptakan, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, semuanya jelas ternyata serta difahami melalui segala ciptaan-Nya. Oleh itu, mereka tidak dapat berdalih lagi.2017
- 1 Yohanes 4:18 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 December 2021Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna.209
- ‘Kehidupan Dalaman’ si SuamiIn Keluarga·14 September 2021oleh Shaunti Feldhahn “Saya telah berkahwin selama 30 tahun, tapi saya tidak percaya saya langsung tak tahu tentang perkara ini.” Saya tidak dapat mengira berapa kali seorang wanita mengeluarkan kenyataan ini selepas saya memberikan syarahan mengenai subjek ini. Bila saya menemu ramah lebih daripada 1,500 orang lelaki untuk sebuah buku mengenai kehidupan dalaman si suami, saya mulai sedar bahawa kaum wanita mempunyai banyak tanggapan salah terhadap kaum lelaki – dan bagaimana persepsi tersebut mempengaruhi hubungan antara kita. Adakah anda mahu melihat laki anda dengan cara baru? Pertimbangan beberapa penemuan saya seperti berikut: Cinta sahaja tidak mencukupi “Hanya cinta yang diperlukan,” kata sebuah lagu popular. Kita sebagai wanita memang bersetuju. Sebenarnya, dalam suatu kajian yang dilakukan di seluruh negara, tiga perempat orang lelaki menyatakan bahawa mereka rela menggantikan perasaan bahawa si isteri mencintai mereka dengan sikap hormat dan percaya dari si isteri. Walaupun kita rasa hairan tentang perkara ini, namun sikap hormat sama seperti rasa kasih sayang untuk seseorang lelaki. Mencintai lelaki anda dengan cara yang diperlukannya bermakna bahawa dia boleh merasakan kepercayaan dan kekaguman anda terhadapnya. Walaupun sebilangan besar daripada kita menghormati laki kita, kita mungkin tidak sedar bahawa ada kalanya kata-kata atau tindakan kita menyampaikan maksud yang sebaliknya. Kami tertanya-tanya apabila dia marah kerana perkara-perkara remeh, seperti mengusiknya tentang ketidakcekapannnya sebagai tukang paip amatur atau mencadangkan agar dia meminta arahan semasa dalam perjalanan. Dia naik berang kerana mesej yang didengarnya ialah, “Kau bodoh!” Sekiranya inilah persepsinya terhadap apa yang kamu katakan sehari suntuk – walaupun itu bukan maksudmu – ia sangat menjejaskan sikapnya terhadap dirinya dan anda. Ada banyak petunjuk untuk mencegah masalah ini, tetapi ramai di antara kita yang langsung tidak perasan petunjuk tersebut. Sebagai contoh, kita diingatkan bahawa suami harus mengasihi isteri dan isteri harus menghormati suami. Sebagai kaum wanita, kami memang cemerlang dalam pernyataan rasa cinta, tetapi ini bukan keperluan utama seorang lelaki. Sudah tentu, ada kalanya kamu kurang rela menghormatinya. Tetapi sama seperti kamu mahu dia memilih untuk mencintaimu ketika kamu tidak mudah dicintai, laki anda memerlukanmu memilih untuk menunjukkan rasa hormat tanpa syarat. Pilihan itu memberi kesan yang luar biasa dalam nalurinya. Sepanjang tinjauan saya, lelaki sering berkata mustahil mereka mencapai matlamat menjadi lelaki yang kuat, boleh dipercayai, penyayang tanpa sokongan dan pengesahan positif tanpa syarat dari si isteri. Bagaimana kita melakukannya? Sebagai permulaan, kita harus berusaha jadi lebih peka terhadap sikap tidak hormat yang tak disengajakan dan memilih sikap, kata-kata dan tindakan yang menghormati. Contohnya, dia memerlukanmu menghormati penilaiannya; mempersoalkan keputusan yang diambilnya membuatkan si suami berasa tidak cekap. Walau apa pun, elakkan perkataan yang memperlekehkannya. Katakan kepadanya, "Saya bangga dengan anda!" Seks mengubah segala-galanya. Keperluan utama yang kedua, selain dari keperluan suami untuk sikap hormat dari si isteri, ialah keperluannya agar anda menginginkannya secara seksual. Tidaklah mengejutkan bila kita nyatakan bahawa kaum lelaki memerlukan seks lebih dari kaum wanita. Namun demikian, para isteri sering salah faham tentang apakah maksudnya seks untuk seorang lelaki. Kami cenderung menganggap seks sebagai keperluan fizikal kaum lelaki. Tetapi semasa saya mengkajinya, kesimpulan yang didapati ialah seks juga memenuhi keperluan emosi yang sangat kuat – dia perlu tahu bahawa anda menginginkannya. Dengan cara yang mendalam, perasaan bahawa dia diingini secara seksual memberikan keyakinan dan kesejahteraan kepada seorang lelaki dalam setiap bidang kehidupannya. Sebaliknya – ketiadaan seks atau seks yang berlaku secara ‘mekanikal’ kerana anda ‘harus lakukannya’ melukai hatinya sama seperti dia tiba-tiba memberi ‘perlakuan senyap’ kepadamu. Percayalah, mendapatkan seks yang mencukupi bukanlah perkara terutama. Hampir semua lelaki yang diwawancara – 97 peratus – berkata bahawa walaupun si isteri bersetuju melakukan hubungan seks setiap kali diminta, hubungan seks tidak bermakna jika isteri tidak menginginkannya. Apabila kita mengatakan ‘tidak’ kepada seks, maksudnya ialah kita tidak mahu seks pada ketika itu. Tetapi dia mendengar mesej yang menyakitkan iaitu kita tidak mahukan dia. Seorang lelaki berkata, “Ketika dia berkata ‘tidak’, rasanya seperti ditolak oleh isteri. ‘Tidak’ bukan sekadar ‘tidak’ kepada seks; mesejnya ialah ‘tidak’ terhadapnya sebagai seorang lelaki”. Sebaliknya, mengambil ‘langkah pertama’ dalam hubungan seks sekali-sekala menghantar mesej yang kuat dan menggalakkan kepada lelaki anda. Untuk merapatkan hubungan dengan suami, kita harus menerima dan menyelesaikan perbezaan yang luar biasa antara suami dan isteri. Sekiranya ia dilakukan, kita ada peluang besar untuk memberi keyakinan kepada si suami untuk menjadi lelaki dengan peribadi yang dimahukannya. © 2007 Focus on the Family. Hakcipta terpelihara. Hakcipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin. Usaha menumpukan perhatian pada cinta sejati walaupun mengharungi cabaran kehidupan adalah suatu komitmen. Ambillah kuiz percuma kami, Focus on Marriage Assessment untuk memahami hubungan anda berdua dan bidang-bidang yang harus dipupuk dalam setiap musim perkahwinan yang berlainan.2010
- Mari kita jadi cermin memantulkan kemuliaan TUHAN dengan cemerlangIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 August 2021Tetapi wajah kita, orang-orang Kristen, tidak berselubung. Kita dapat menjadi cermin yang memantulkan kemuliaan Tuhan dengan cemerlang. Dan sementara Roh Tuhan bekerja di dalam kita, kita makin menjadi seperti Dia. 2 Korintus 3:18 FAYH https://bible.com/bible/2727/2co.3.18.FAYH2015
- Kejadian 22:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 August 2021Maka Abraham menamai tempat itu "Tuhan menyediakan." Oleh sebab itu sehingga kini ini orang mengatakan, "Di atas gunung Tuhan, peruntukan akan disediakan." 2012
bottom of page











