top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6131)
KD Post (3262)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Markus 4 :21- 25In Inspirasi & Renungan·27 September 2022Markus 4 :21- 25 Ibarat tentang pelita 21CYesus berkata pula, "Pernahkah orang memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu atau katil? Tentu diletakkannya di atas kaki pelita. 22DYang tersembunyi akan dinyatakan, yang dirahsiakan akan didedahkan. 23Jika kamu bertelinga, dengarlah." 24ESelepas itu Yesus berkata, "Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi. 25FSesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya." Pelita dipasang untuk memberi cahaya, supaya orang dalam kegelapan boleh melihat. Tiada orang pasang lampu dan letaknya dibawah tudung supaya keadaan terus gelap. Yesus mengajar ibarat ini dengan merujuk kepada Markus 4: 12 12Bsupaya: 'Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan berpaling dan diampuni!' " petikan dari Yesaya 6: 9,10. Kata yang di terjemakan sebagai supaya ialah terjemahan Yunani ina (hina) Kalau diterjemahkan sebagai supaya saperti di teks ini, ia nampak sebagai Yesus hendak buat orang luar tidak faham. Tetapi ini bukan maksud Yesus. Kata ina ada maksud “self fulfilling”. Self fulfilling ertinya: orang yang mendengar itu lah bertanggungjawab samaada dia faham atau tidak faham. Kalau dia mahu tahu dia akan tahu. Kalau dia tak mahu tahu, dia tidak akan tahu. Hal ini saya telah terangkan pada perkongsian sebelum ini. Jadi ibarat Yesus tentang pelita merujuk kepada firman Yesaya ini. Ibarat (parable) bukan digunakan suapya orang dalam kegelapan terus dalam kegelapan. Ibarat digunakan oleh Yesus untuk memberi keterangan mengenai Kerajaan Allah. Ibarat di pakai supaya orang dalam kejahilan dapat tahu – saperti pelita menghapus kegelapan. Selepas memberi keterangan ini, Yesus teruskan dengan , "Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi. 25FSesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya." Maksud ibarat ini ialah ukuran kamu terhadap firman Tuhan akan digunakan untuk mengukur kamu sendiri. Ini ialah keterangan mengenai “ina”. Kalau kamu anggapkan firman atau ucapan Yesus sebagai sesuatu yang bernilai dan kamu mahu tahu lagi, kamu akan dapat pengertian. Tuhan akan menerangkan supaya kamu faham. Contoh ialah murid Yesus. Mereka tak faham. Maka mereka tanya Yesus apa maksud ibarat tentang seorang penabur. (Markus 4:10). Yesus terangkan. Dan pengetahuan mereka sudah bertambah selepas keterangan Yesus. Kalau sikap kamu terhadap firman Tuhan ialah tak berminat, tak nak tahu, kamu rugi besar. Sedikit pengertian yang kamu ada sebelum ini akan hilang juga. Kenyataan ini benar dalam kehidupan umat Kristian. Kalau seorang Kristian tidak taati firman yang dia sudah tahu, (kerana dia malas, atau dia cuai atau dia kehilanagn iman, atau atas sebab lain) akhirnya lama kelamaan, apa yang dia tahu pun hilang , dilupakan atau dia langsung tidak percaya lagi. Berhati-hati saudara saudari, jangan menjadi cuai, kalau ada firman yang kamu tak faham, cari dengan tekun dan kamu akan dapat. Kita mengingati kata Yesus dalam Matiua 7 7"Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 8Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. Tuhan berkati.20127
- Yesaya 55:11 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·16 October 2021Demikianlah firman yang Kusampaikan: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya.209
- 2 Timotius 1:7 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·2 November 2021Allah tidak memberi kita roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib. 206
- Tangisan MalamIn Bayu Pengharapan·28 August 2021Renungan: 1 Petrus 1:3-7 “...sepanjang malam ada tangisan, menjelang pagi terdengar sorak sorai.” Mazmur 30:6 Kita akan terhibur apabila kita menerima pahala kelak walaupun kini kita bersusah payah dan menangis kerana penderitaan. Seorang ibu yang mengalami kesakitan melahirkan anak tahan menderita kerana dia akan menimang cahaya mata. Demikian juga seorang petani bertungkus lumus di bawah keterikan matahari kerana dia tahu kebanggaan menuai padi segar dan keseronokan menghidang keluarganya dengan padi harum, hasil hempas pulasnya. Tanyalah petani sewaktu menuai beras Bario yang terkenal itu. Aku pernah berasa kebanggaan mereka sewaktu mereka memberi aku sekantung beras mereka. Segala keluh kesah umat Tuhan akan diakhiri dengan sorak sorai dan kemuliaan apabila mereka berada di hadirat Tuhan. “Bergembiralah akan hal itu, sekalipun sekarang ini kami seketika harus berdukacita oleh pelbagai pencobaan.” (1 Petrus 1:6) Apakah maksud semua kesengsaraan ini.“Maksud semuanya itu ialah untuk membuktikan kemurnian imanmu yang jauh lebih tinggi nilainya daripada emas yang fana, yang diuji kemurniannya dengan api-sehingga kamu memperoleh puji-pujian dan kemuliaan dan kehormatan pada hari Yesus Kristus menyatakan diri-Nya.” (1 Petrus 1:7) Damai sejahtera jiwa membuktikan kemurnian iman Spafford sewaktu mengalami penderitaan yang luarbiasa. Spafford mengalami kebahagiaan sebagai seorang peguam yang cukup berjaya di Chicago. Dia mempunyai empat cahaya mata perempuan yang ayu dan beliau juga anggota Presbyterian yang berpengaruh, dan pendukung penginjil Moody. Pada tahun 1871, api menjilat semua harta keluarganya. Ketika Spafford merancang membawa keluarganya bercuti ke Britain serta menolong Moody dalam pelayanan, urusan mendadak menyebabkan dia menangguh pelayarannya. Bagaimanapun dia menghantar isteri dan anak-anaknya ke kapal S.S. Ville Du Harve dengan maksud menyusul ke sana. Kapal itu mengalami kecelakaan dan keempat-empat anaknya meninggal dunia. Ketika bertemu dengan isteri, kesedihan hatinya bagai ombak menjulang namun beliau menulis, “Bila damai seperti sungai mengiringi jalanku, dan kesengsaraan seperti ombak menjulang. Apapun yang menjadi bahagianku, Engkau mengajar aku untuk berkata nyamanlah, nyamanlah jiwaku.” Doa: Tuhan, Engkau tempat perlindungan dan kekuatanku serta penolongku dalam kesesakan. Tangisan hanya untuk semalam sahaja dan sorak sorai pasti menjelang pagi.2014
- Marilah kami sebagai kanak-kanak dalam hal kejahatan tetapi matang dalam akal fikiranIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 August 2021Saudara-saudaraku! Janganlah kamu menjadi kanak-kanak dalam akal fikiranmu. Berhubungan hal kejahatan, memang kamu harus menjadi kanak-kanak, tetapi akal fikiranmu hendaklah matang. 1 Korintus 14:20 AVB https://bible.com/bible/2271/1co.14.20.AVB2010
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 21) : Kesatuan Gereja dalam PandemikIn Doa dan Puasa NECF 2021·26 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Yosua 14-24 Jumaat, 27 Ogos 2021 “Kemudian berkatalah imam Pinehas bin Eleazar kepada bani Ruben, bani Gad dan bani Manasye: “Sekarang tahulah kami bahwa TUHAN ada di tengah-tengah kita...” (Yos 22:31) Hari ini kita meneruskan perjalanan mengenal Tuhan melalui karya-karyaNya pada masa sekarang. Kepercayaan kita tidak berakar pada sejarah alkitabiah sahaja. Iman kita tidak boleh wujud dalam kekosongan. Iman kita terus dibina dengan mengalami tangan Tuhan dalam kehidupan kita hari ini. Dalam bacaan hari ini, kita mengetahui bahawa selama tujuh tahun, kaum Ruben, kaum Gad, dan separuh suku Manasye membantu suku-suku lain menaklukkan musuh mereka. Mereka melakukannya dengan penuh ketaatan dan kemudian tibalah waktunya bagi mereka untuk kembali ke tanah mereka di sebelah timur Sungai Yordan. Sebelum menyeberangi Sungai Yordan, tentera mereka membina sebuah mezbah berdekatan dengan neraka. Orang Israel bertindak setelah mendengar berita itu, memikirkan bahawa mezbah di sungai Yordan mewakili tempat pengorbanan dan penyembahan yang bersaing dengan khemah suci Tuhan di Silo. Syukur, perang dapat dihindari ketika suku-suku Timur menjelaskan bahawa mezbah adalah peringatan bagi generasi akan datang, dengan demikian secara damai menyelesaikan salah faham mengenai tujuan mezbah tersebut. Walaupun terdapat pandemik Covid-19, kita telah menyaksikan kesatuan yang lebih besar antara gereja-gereja di Malaysia. Gereja- gereja yang lebih besar membantu gereja- gereja kecil secara kewangan, memberi pelajaran percuma tentang bagaimana melakukan pelayanan dalam talian di Zoom, di samping banyak hal yang lain. Acara dan seminar dikongsi secara bebas dan dapat diakses oleh banyak orang secara dalam talian.Gereja-gerejaberdoabersama,dengan teknologi yang memungkinkan gereja-gereja berkumpul dari empat penjuru negara ini. Sungguh, kita dapat mengatakan bahawa “hari ini kita tahu bahawa TUHAN ada di tengah-tengah kita”, dan telah membawa kita lebih dekat daripada sebelumnya, ketika kita melayani Dia bersama. Doa Hari Ini : Berdoa agar kita meletakkan kepercayaan penuh kita kepada Tuhan ketika kita melakukan perjalanan melalui normal baharu, berdoa khususnya agar orang Kristian dipersatukan ketika kita melayani Dia, mengetahui bahawa semua yang kita lakukan adalah untuk melebarkan Kerajaan-Nya dan kemuliaan-Nya. Berdoa agar Dasar Pelancongan Nasional 2020-2030 yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan berkesan membawa pertumbuhan ekonomi dan pendapatan melalui projek-projek masa depan yang dilaksanakan di bawah kementerian tersebut. Sebilangan besar Bajau Laut masih buta huruf, tidak berpendidikan, dan miskin kerana gaya hidup yang berpindah-randah mereka. Berdoa untuk para “Bajau laut” di Sabah, agar anak-anak mereka memiliki capaian kepada pendidikan dan bantuan yang diperlukan.2028
- KeselamatanIn Kesaksian·18 April 2022“Kamu dahulu tersisih daripada Allah dan merupakan seteru dalam pemikiranmu kerana perbuatanmu yang jahat. Akan tetapi, sekarang Allah telah mendamaikan kamu dengan diri-Nya melalui kematian tubuh Anak-Nya, supaya Dia dapat memperhadapkan kamu sebagai orang suci, yang tidak bercela dan tidak bersalah di hadapan-Nya –” Kolose 1:21-22 AVB Dahulu kita jauh dari Allah. kita memusuhi-Nya karena kelakuan dan fikiran jahat. Tetapi sekarang, dengan kematian Anak-Nya, Allah membuat hubungan kita dengan Dia menjadi baik kembali. Dengan cara itu kita dapat dibawa menghadap Allah dalam keadaan yang suci, murni dan tanpa cela.2047
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#14)In Manifesto Kerajaan Allah·4 November 2021SUCI HATI (Bahagian 1): Mulut Yang Boleh Dipercayai Sikap hati kedua yang indah untuk perhubungan kita dengan orang lain ialah suci hati. 8Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. (Matius 5:8, AVB) Seorang Kristian yang mempunyai hati yang suci merupakan seorang yang bermoral tinggi mengikut standard firman Tuhan. Maka, tidak hairanlah apabila firman berikut menyatakan hal ini dengan jelas: 3Siapa yang boleh naik ke bukit Tuhan? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya? 4Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu. 5Dia akan diberkati Tuhan dan menerima kebenaran daripada Allah Penyelamatnya. 6Inilah keturunan yang mencari Dia, yang mencari wajah-Mu, ya Allah Yakub. (Mazmur 24:3-6, AVB) Maka, orang yang suci hatinya adalah orang yang mempunyai kerinduan yang mendalam untuk mencari wajah Allah. Oleh sebab itu, Yesus berjanji bahawa orang yang suci hatinya “akan melihat Allah!” Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan orang yang bermoral tinggi mengikut standard firman Tuhan? Petunjuknya diberikan dalam mazmur itu juga apabila seorang yang murni hatinya dikaitkan dengan “manusia yang bersih tangannya” dan “tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu.” Perbuatan (tangan) dan pertuturan (mulut) orang sebegini tidak ada sebarang kesalahan tetapi menunjukkan standard kebenaran yang tinggi. Secara praktikal, orang yang suci hatinya boleh dipercayai tentang kesaksiannya (kata-katanya) atau untuk melakukan apa yang dia janjikan. Segala janji dan kata-katanya akan dikotakan. Hal ini dibincangkan oleh Tuhan Yesus di dalam Khutbah di Atas Bukit-Nya: 33"Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: 'Jangan bersumpah palsu. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.' 34Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah. 35Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Yerusalem, kerana itu kota Raja Agung, iaitu Allah. 36Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmu walau sehelai. 37Katakan sahaja 'Ya' atau 'Tidak' dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana." (Matius 5:33-37, AVB) Ajaran yang digunakan kepada nenek moyang pada masa itu ialah, “Jangan bersumpah palsu. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.” Dalam kata lain, apa yang telah dijanjikan kepada Tuhan dan manusia mesti ditunaikan. Ajaran ini berdasarkan Hukum Taurat berikut: Daripada Hukum Sepuluh: 16Jangan memberi kesaksian palsu terhadap sesamamu. (Keluaran 20:16, AVB) Hukum ini diperkembangkan lagi di buku lain dalam koleksi Taurat, seperti berikut: 12Jangan bersumpah palsu atas nama-Ku agar jangan sampai kamu mencemarkan nama Allahmu. Akulah Tuhan. (Imamat 19:12; AVB) 2Jika seorang lelaki bernazar kepada Tuhan atau mengikat dirinya dengan mengangkat sumpah, dia tidak boleh melanggar sumpahnya, tetapi hendaklah dia berbuat sebagaimana yang telah dia sendiri ucapkan itu. (Bilangan 30:2, AVB). 13Takutlah kepada Tuhan, Allahmu, beribadatlah kepada-Nya, dan bersumpahlah demi nama-Nya. (Ulangan 6:13, AVB) 20Takutlah kepada Tuhan, Allahmu, dan beribadatlah kepada-Nya. Berpautlah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya. (Ulangan 10:20, AVB) Maka, mengikut apa yang dinyatakan dalam Hukum Taurat, seseorang yang berjanji, terutama sekali apabila dia bersumpah demi nama Allah, mesti menunaikan apa yang telah dijanjikan. Orang bersumpah demi nama Tuhan untuk meningkatkan kredibiliti atau kebolehpercayaan janjinya, supaya orang lain akan lebih mempercayai apa yang dijanjikan atau dikatakannya. Amalan ini diguna pakai untuk menyakinkan orang lain dan memang digalakkan di dalam Hukum Taurat. Prinsip ini dijelaskan dalam ayat ini daripada Perjanjian Baru: 16Orang memang bersumpah dengan nama yang lebih besar daripada dirinya, dan suatu sumpah sebagai pengesahan mengakhiri segala pertikaian. (Ibrani 6:16, AVB) Namun demikian, Tuhan Yesus telah mengejutkan pendengar-Nya dengan mengatakan, “Jangan bersumpah!” Mengapa Tuhan Yesus mengatakan ini? Adakah dia menentang atau meniadakan Hukum Taurat? Mengapakah dia memberi perintah ini? Tuhan Yesus tidak meniadakan Hukum Taurat. Kita mesti ingat bahawa tujuan Yesus memberi ajaran-Nya ialah untuk mengajar kita bahawa kita mesti mengatasi kesalihan ahli Taurat dan orang Farisi yang memberi penekanan kepada mematuhi amalan luaran. Jadi, melalui apa yang dia mengajarkan, Tuhan Yesus membawa amalan-amalan ke suatu peringkat yang lebih mendalam lagi, iaitu ke peringkat dalaman, iaitu di hati kita. Amalan menyumpah demi nama Tuhan ialah sesuatu amalan yang menggunakan sesuatu di luar orang yang sedang berjanji atau bersaksi untuk menyakinkan orang lain. Tuhan Yesus mengarahkan kita untuk tidak menyumpah demi apa jua pun, sama ada langit, bumi, kota Yerusalem atau rambut kita, iaitu semua perkara yang di luar kita. Sebaliknya, Tuhan Yesus mengarahkan seorang yang suci hatinya kata “ya” atau “tidak” sahaja. Kalau dia mengatakan “ya,” maka orang lain sepatutnya yakin bahawa dia akan melakukannya. Kalau dia mengatakan “tidak,” maka orang lain akan ketahui bahawa dia tidak akan melakukannya. Dalam kata lain, kata-katanya sudah cukup menyakinkan kerana reputasinya sebagai seorang yang bermoral tinggi. Kata-katanya boleh dipercayai dan tidak perlu diragui oleh sesiapa, malahan tidak perlu menggunakan sesuatu yang di luar dirinya untuk menyakinkan orang lain. Rekod peribadi daripada gaya hidupnya memang cukup membuktikan bahawa dia bukan seorang yang bercakap bohong atau berdusta. Jadi, apa yang dia katakan atau janjikan boleh dipercayai dengan sepenuhnya. Kredibiliti atau kebolehpercayaan kata-katanya datang daripada dalam dirinya, iaitu peribadinya! Nama baiknya sudah memadai untuk menyakinkan orang lain. Oleh sebab itu, nama baik kita adalah sesuatu yang amat berharga. 1Nama baik patut lebih didambakan daripada banyak harta, dihargai orang lebih baik daripada perak dan emas. (Amsal 22:1, AVB) Dalam kata lain, nama baik adalah jauh lebih bernilai daripada harta benda duniawi. Jangan biarkan nama kita dicemari dengan pelbagai kata-kata atau perbuatan yang keji dan salah. Setiap kali, nama kita dikaitkan dengan dosa atau perkara-perkara yang bertentangan dengan moral mengikut firman Tuhan, kredibiliti nama kita terjejas. Kebolehpercayaan kita sebagai seorang manusia akan menurun dan orang akan was-was tentang kita. Contohnya dari dunia ini boleh membantu kita untuk memahami betapa pentingnya kita perlu menjaga nama baik kita. Sekiranya seseorang ingin mendapat pinjaman bank, perkara pertama yang pihak bank itu akan buat ialah membuat suatu semakan nama orang itu yang menyeluruh, iaitu tentang rekod urusan kewangannya. Jika mereka dapati orang itu selalu tidak membayar hutang kad kreditnya atau banyak berhutang dengan bank-bank lain, besar kemungkinan permohonan untuk meminjam duit daripada bank itu akan ditolak. Dalam kata lain, nama baik orang telah terjejas kerana rekodnya dan kredibiliti mereka dipersoalkan. Begitulah juga, nama baik kita akan mempengaruhi kebolehpercayaan orang lain terhadap kata-kata dan janji-janji kita. Maka, berusahalah untuk menjaga nama kita dalam kalangan semua orang supaya integriti dan moral atau akhlak kita tidak tercemar. Satu lagi perkara yang kita mesti sedar ialah kita boleh mengambil masa yang lama, mungkin bertahun-tahun untuk membina reputasi atau nama yang baik, tetapi hanya satu kesalahan boleh meruntuhkan segala-galanya dengan sekelip mata. Jadi, letakkan standard yang tinggi dan jangan berkompromi sedikit pun sejauh mana yang boleh. Kita perlu selalu menyemak dan menguji diri kita dan amalan kita supaya kita tidak berdosa atau melanggar firman Tuhan. Selain itu, bergantung kepada Roh Kudus untuk membantu kita hidup dengan hati yang suci. Begitulah seorang yang suci hatinya. Dia takut kepada Tuhan dan tidak tergamak untuk melakukan sebarang dosa dengan mulutnya, mahupun tangannya. Seperti yang dikatakan oleh Yesus, jika apa yang disimpan di dalam hati adalah suci dan baik, maka sudah pasti apa yang meluap keluar daripada hati yang sebegitu, memang mesti kata-kata yang suci dan baik juga. 45Orang yang baik membuahkan hal-hal yang baik daripada khazanah simpanannya kerana hatinya penuh kebaikan; orang yang jahat membuahkan hal-hal yang jahat kerana hatinya penuh kejahatan. Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya." (Lukas 6:45, AVB) Dalam kata lain, apa yang di dalam dan apa yang ditunjukkan di luar mestilah sama, iaitu baik, murni dan suci. Oleh sebab itu, jagalah hati kita dengan baik, supaya apa yang masuk ke dalam hati kita adalah perkara-perkara yang baik dan suci: 23Jagalah hatimu lebih daripada segalanya, kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan. (Amsal 4:23, AVB) Hati yang suci akan memancar “mata air kehidupan”, iaitu kata-kata yang memberi hidup kepada jiwa orang lain dan membina mereka. Secara praktikalnya, apa yang dilakukan di luar, adalah berpunca daripada apa yang terkandung di dalam hati kita: 24Buanglah penipuan daripada mulutmu, dan jauhkanlah bibir mungkar daripadamu. 25Hendaklah matamu memandang ke hadapan, dan tatapanmu lurus ke arah di depanmu. 26Ratakanlah jalan bagi kakimu, pastikan segala jalanmu akan teguh. 27Janganlah menyimpang ke kanan atau ke kiri; jauhkanlah kakimu daripada kejahatan. (Amsal 4:24-27, AVB) Jagalah dengan rapi “pintu-pintu deria” kita, terutamanya apa yang dilihat dan apa yang didengar oleh kita. Tuhan Yesus mengajar tentang hal ini: 22"Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. 23Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!" (Matius 6:22-23, AVB) Jika kita membiarkan perkara-perkara yang jahat, mungkar dan kotor masuk melalui pintu-pintu deria kita, maka hati kita akan dipenuhi dengan kejahatan itu. Hati yang jahat akan akhirnya melakukan kejahatan juga. Jadi, jangan berkompromi dari segi apa yang anda tonton, dengar atau baca. Di dalam dunia ini, memang terdapat pelbagai rangsangan yang bertentangan dengan prinsip dan etika yang dipelopori oleh firman Tuhan. Kita mesti berusaha untuk menapis semua rangsangan yang sebegitu, dan dengan sengaja menyingkirkannya supaya perkara-perkara tersebut tidak masuk ke dalam hati kita. Jika kita tonton televisyen, wayang gambar atau dengar rancangan radio, kita perlu berbuat demikian dengan aktif, iaitu membezakan apa yang benar dengan yang palsu, apa yang perbenar dan apa yang jijik. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, termasuk kawan-kawan di gereja dan persekutuan Kristian, kita juga mesti selalu berwaspada menerima mesej yang salah dan bertentangan dengan firman Tuhan. Jika kita membaca apa yang dimuat naik dalam media sosial, kita mesti selalu membezakan nilai-nilai yang alkitabiah, betul dan baik dengan apa yang duniawi. Kita hanya boleh berbuat demikian jika kita selalu membaca firman Tuhan dan menyimpannya di dalam hati kita: 9Bagaimanakah seorang pemuda menyucikan jalannya? Dengan berhati-hati menurut firman-Mu. 10Dengan sepenuh hatiku aku telah mencari-Mu; janganlah biarkan aku menyimpang daripada perintah-perintah-Mu. 11Firman-Mu telah kusimpan baik-baik dalam hatiku supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu. (Mazmur 119:9-11, AVB) Kita bukan sahaja menyimpan firman Tuhan di dalam hati kita, tetapi kita juga menggunakannya sebagai latihan yang berterusan untuk menilai rangsangan yang diterima dari luar dengan firman Tuhan tersebut: 14Makanan pepejal adalah untuk orang yang sudah dewasa, iaitu mereka yang telah membiasakan akal mereka membezakan baik dengan buruk. (Ibrani 5:14, AVB) Kalau kita berbuat demikian, kita akan bertumbuh menuju ke kematangan rohani. Jadi, tanya diri sendiri: Adakah saya mengamalkan latihan rohani yang berterusan ini? Apakah saya membaca, merenung, menyimpan dan menggunakan firman Tuhan setiap hari? Apakah firman Tuhan digunakan untuk menilai dengan aktif dan berterusan semua input yang saya terima daripada dunia? Adakah saya dapat membezakan apa yang baik dengan yang buruk, yang betul dengan yang salah, yang perbenar dengan yang jijik? Adakah saya selalu berusaha menjaga nama baik dan reputasi saya? Apakah amalan yang saya perlu kikis daripada kehidupan saya untuk mengelak nama baik saya terjejas? Apakah hati saya suci?2050
- Lagu TUHAN YESUS BERKATIIn Pelayanan Kanak-Kanak·6 August 2021Pernahkah anda nyanyikan lagu Inggeris "London Bridge"? Nah, saya ada buatkan supaya kami dapat nyanyi sambil memberkati satu sama lain. Bagaimana kami boleh main dan nyanyi sekali? Dua orang menghadap dan berpegang tangan, naikkan tangan sambil teman-teman lain bergilir berjalan di bawah tangan mereka. Apabila nyanyi " kami semua" dan "dan juga aku", kedua-dua pasangan tangan akan turun, "kurungkan" teman. Selepas itu, ucapkan "TUHAN YESUS BERKATIMU!" Kamu juga boleh gantikan perkataan "kasih" dengan "suka", "lindung", "jaga", dan "sembuh". Semoga kamu dapat nyanyikan dan bermain bersama-sama dengan sukacita! Tuhan Yesus berkati!2026
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#8)In Manifesto Kerajaan Allah·26 September 2021Perhubungan Dengan Orang Lain Sebelum Yesus menyampaikan penutup-Nya untuk Khutbah di atas Bukit, Dia telah memberi suatu pernyataan yang menjadi kegemaran orang ramai: 12Segala sesuatu yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi." (Matius 7:12, AVB) Pernyataan ini kerap kali dikenali sebagai Hukum Emas (The Golden Rule), dan merupakan suatu petunjuk yang terkenal bagaimana kita patut melayani orang lain. Aplikasinya yang khusus adalah begini - apa yang baik yang anda ingin orang lain berbuat terhadap anda, buatlah sedemikian dengan mereka dahulu. Sebaliknya, kejahatan yang anda tidak mahu orang lain berbuat terhadap anda, jangan pula buat terhadap mereka. Semasa Tuhan Yesus mengutus dua belas orang murid-Nya untuk keluar melayani, Dia telah memberi suatu petunjuk: Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. (Matius 18:8, AVB). Saya memanggil petunjuk ini Hukum Platinum, dan petunjuk ini boleh diolah sedemikian: “Segala sesuatu yang Allah lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada orang lain.” Kedua-dua hukum ini, iaitu Hukum Emas dan Hukum Platinum, memberi kita petunjuk yang sangat berguna dan penting untuk membimbing kita semasa kita berinteraksi dengan orang lain. Lebih-lebih lagi, hukum tersebut adalah sejajar dengan apa yang Tuhan Yesus perkenalkan, iaitu sikap hati yang indah untuk perhubungan kita dengan manusia. 7Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." (Matius 5:7-12, AVB) Lima sikap hati yang indah untuk perhubungan kita dengan orang lain ialah: Berpengasihan Suci hati Mendamaikan manusia Dianiaya demi perbenaran Dihina, dianiaya dan difitnah kerana Yesus Kelima-lima sikap hati yang indah ini bertindih satu sama lain seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah: Kalau kita menggunakan Hukum Platinum yang dinyatakan tadi, maka kita boleh nyatakan lima sikap hati yang indah ini dalam bentuk begini: Sebagaimana Tuhan berpengasihan terhadap saya, maka saya perlu berpengasihan terhadap orang lain. Sebagaimana Tuhan suci hati-Nya dalam tindakan-Nya terhadap saya, maka saya perlu juga suci hati saya dalam tindakan saya terhadap orang lain. Sebagaimana Tuhan mendamaikan saya dengan Dia, maka saya perlu mendamaikan orang dengan Tuhan dan dengan orang lain. Sebagaimana Tuhan Yesus dianiaya demi perbenaran, maka saya perlu bersedia dianiayai demi perbenaran dalam kalangan manusia. Sebagaimana Tuhan Yesus dianiaya demi kita, maka saya perlu bersedia dianiayai oleh orang lain kerana iman saya di dalam Yesus Kristus. Sebelum kita meneliti setiap sikap hati yang indah ini dengan lebih mendalam, saya juga ingin menarik perhatian kita kepada sembilan perbuatan salah yang telah dinyatakan oleh Tuhan Yesus dalam isi kandungan khutbahnya (kita telah mengenal pasti perbuatan-perbuatan ini pada awal pertimbangan kita tentang “Manifesto Kerajaan Allah untuk Pemuridan Sejati #1”, iaitu di bawah tajuk “Rangka Khutbah Di Atas Bukit”). Perbuatan-perbuatan berikut, memang tidak sesuai untuk orang salih dan mereka yang memiliki sikap hati yang indah, iaitu: Kemarahan (5:21-26) Nafsu dan perzinahan (5:27-32) Berbohong (5:33-37) Membalas dendam (5:38-42) Membenci (5:43-47) Mengingini pujian dan kemuliaan daripada manusia (6:1-18) Mengasihi wang dan kekayaan (6:19-24) Kegelisahan dan kekhuatiran (6:25-34) Menghakimi orang lain (7:1-5) Kita boleh mengaitkan sembilan perbuatan ini dengan sembilan sikap hati yang indah terhadap Allah dan orang lain seperti demikian: Izinkan saya untuk memberi sedikit penerangan supaya anda dibantu memahami keterkaitan isi kandungan dalam jadual di atas. Empat sikap hati kita yang indah terhadap Allah merupakan perubahan yang berlaku di dalam kita, dan biasanya tidak dapat dikesan secara langsung dari luar. Namun begitu, empat sikap hati kita yang indah terhadap Allah ini mendorong lima sikap hati kita yang indah terhadap orang lain. Dalam kata lain, keberhasilan empat sikap hati kita yang indah terhadap Allah boleh dikesan secara tidak langsung berdasarkan kewujudannya lima sikap hati kita yang indah terhadap orang lain - hal ini boleh dilihat sebagai ujian hati berdasarkan perbuatan luaran kita. Contohnya, orang yang memiliki hati yang insaf tentang kemiskinan rohaninya, akan menunjukkan sikap berpengasihan dalam tindak balasnya terhadap orang lain, iaitu dia tidak senang marah terhadap orang lain dan tidak akan membalas dendam terhadap mereka yang berbuat salah kepadanya. Maka, ujian hati sama ada kita memiliki hati yang insaf tentang kemiskinan rohani ialah sama ada kita dapat mengatasi kemarahan dan keinginan untuk membalas dendam terhadap orang membuat kesalahan kepada kita. Itulah ujian getir secara praktikal dalam kehidupan harian kita yang akan menentukan sama ada hati kita betul-betul sudah diubah dan dibentuk oleh Roh Kudus. Seterusnya, orang yang benar-benar bersedih dalam hatinya kerana kesedaran terhadap dosa-dosa khususnya akan menunjukkan tindakan yang suci apabila dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, dia tidak akan berbohong dengan orang lain, kerana itu merupakan perbuatan luaran yang salah terhadap orang lain serta dia berdosa kepada Allah. Orang yang lemah lembut dalam hatinya pula, akan mempunyai kecenderungan untuk membawa pendamaian antara manusia. Contohnya, dalam situasi perkahwinan di mana berlaku perzinahan dan keinginan untuk bercerai, mereka akan berusaha untuk mendamaikan kedua-dua pihak, suami dan isteri. Sikap yang tidak memihak dan tidak menghakimi orang lain amat perlu untuk menjadi pendamai dalam situasi yang amat rumit seperti ini. Akhir sekali, orang yang lapar dan dahaga akan perbenaran mempunyai kesediaan untuk dianiayai demi perbenaran atau Tuhan Yesus. Ujian hati mereka ditunjukkan oleh ketabahan mereka walaupun diancam kerana pegangan mereka untuk mengekalkan perbenaran dalam kehidupan dan amalan mereka. Contohnya, orang salih akan diuji dalam hal wang dan kekayaan. Adakah mereka tergamak untuk melakukan kesalahan seperti mengambil rasuah, mengejar kekayaan tanpa batas, dan sebagainya. Selain itu, adakah kehidupan mereka dikuasai oleh kegelisahan dan kekhuatiran sepanjang masa? Kesemua ini merupakan ujian hati mereka, yang dapat diperhatikan dari luar. Selain itu, ujian hati mereka juga ditunjukkan oleh ketaatan mereka kepada Tuhan Yesus apabila mereka dianiayai kerana iman mereka. Dalam keadaan begini, adakah mereka akan membenci musuh-musuh mereka? Apakah mereka lebih mengingini pujian dan kemuliaan daripada manusia, berbanding dengan pujian dan kemuliaan yang datang daripada Allah? Pilihan mereka apabila diuji dengan ancaman daripada musuh-musuh Allah, akan menentukan sama ada mereka benar-benar lapar dan dahaga akan perbenaran yang datang daripada Allah. Maka, dalam bahagian-bahagian yang seterusnya, kita akan mempertimbangkan secara terperinci, setiap sikap hati yang indah terhadap orang lain dalam konteks ujian hati dan perbuatan luaran, seperti yang telah diajar oleh Tuhan Yesus dalam isi kandungan khutbah-Nya. Pelajaran-pelajaran ini sangat praktikal dan amat mencabar. Namun begitu, jika kita tabah mengharunginya, hati kita akan dibentuk dan ditransformasikan sehingga perbuatan dan amalan dalam hidup kita, akan lebih mirip kepada teladan yang ditunjukkan oleh Tuhan Yesus sendiri. Tetapi, sebelum kita menyelami kebenaran ajaran Tuhan Yesus tentang empat sikap hati yang indah terhadap orang lain dalam Manifesto Kerajaan Allah untuk Pemuridan yang Sejati, kita perlu memahami satu prinsip penting yang diajar oleh Tuhan Yesus. Prinsip ini akan mendasari semua interpretasi Yesus tentang Hukum Taurat yang terkandung dalam isi kandungan khutbah-Nya. Hal ini, kita akan selidiki dalam bahagian yang berikutnya.2047
- Matius 6:21 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 September 2021Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.206
- Yohanes 15:13 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·17 September 2021Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya.203
bottom of page











