top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6133)
KD Post (3264)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Roh Kebenaran membimbing ke arah segala kebenaranIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 September 2021https://bible.com/bible/2271/jhn.16.13.AVB103
- Kasih TUHAN dan kesetiaanNYA sangat tinggi!In Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 October 2021Kasih-Mu, ya Tuhan, menjangkau langit, kesetiaan-Mu mencecah awan. Mazmur 36:5 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.36.5.AVB103
- Marilah mengistiharkan Kesetiaan dan Penyelamatan TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·8 October 2021Aku tidak menyembunyikan perbenaran-Mu dalam hatiku; aku telah mengisytiharkan kesetiaan-Mu dan penyelamatan-Mu. Aku tidak merahsiakan kasih-Mu dan kebenaran-Mu daripada perhimpunan besar. Mazmur 40:10 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.40.10.AVB104
- Roma 8:26In Kehidupan Kristian·8 October 2021103
- Aku menantikan TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·8 October 2022Tetapi aku akan menantikan TUHAN; aku akan berharap kepada Allah yang akan menyelamatkan aku. Allahku akan mendengar doaku. MIKHA 7:7 BM https://bible.com/bible/402/mic.7.7.BM103
- Saya tidak takut sebab Tuhan cahaya ku, penyelamatan ku dan kekuatan kuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·11 October 2022Tuhan cahayaku dan penyelamatanku – siapa perlu kutakuti? Tuhan kekuatan hidupku – siapa harus aku gentar? Mazmur 27:1 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.27.1.AVB104
- Firman TUHAN kekal selama-lamanyaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 October 2022Terdengar suara orang berseru, “Isytiharkanlah berita ini!” “Berita apa yang harus kuisytiharkan?” aku bertanya. “Isytiharkanlah bahawa manusia bagaikan rumput; mereka seperti bunga yang tidak tahan lama. Rumput menjadi kering dan bunga pun layu, apabila TUHAN menghembuskan angin yang panas. Manusia juga sama seperti rumput. Rumput menjadi kering dan bunga pun layu, tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya.” YESAYA 40:6-8 BM https://bible.com/bible/402/isa.40.6-8.BM105
- Serahkan diri kepada TUHAN dan IA akan memperbarui pikirkan kita dan dapat tahu kehendak TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·27 November 2022Itu berarti janganlah kita ikuti cara hidup yang tidak baik yang sudah menjadi kebiasaan dalam dunia ini. Tetapi marilah kita serahkan diri kepada Allah, dan Ia akan memperbarui pikiran kita. Dengan begitu kita dapat mengetahui apa yang termasuk dalam kehendak Allah, dan apa yang terbaik dalam setiap situasi. Maksudku: Kita dapat mengerti dan memilih apa yang baik dan bijaksana bagi kita, dan apa yang menyenangkan Tuhan. Roma 12:2 AMD https://bible.com/bible/199/rom.12.2.AMD108
- Tanda-tanda Penderaan EmosiIn Keluarga·30 November 2022Oleh Mark A. Mayfield Terdapat perbezaan yang ketara antara interaksi yang tidak sihat dan penderaan secara lisan atau emosi. Pasangan suami isteri perlu faham dan mengenali perbezaan tersebut. Apakah tanda-tanda penderaan? Isteri saya, Sarah, dan saya berada di dapur pangsapuri kami yang seluas 800 kaki persegi. Saya sedang bersiap untuk pergi kerja apabila dia bertanya tentang jadual saya untuk hari itu. “Betul ke? Saya telah memberitahu anda jadual saya semalam!” saya mengherdik. Ketika itu, saya dan Sarah baru berkahwin selama 10 bulan dan dikurniakan cahaya mata. Saya sedang menangani dua pekerjaan di samping belajar di beberapa kelas seminari. Tekanan, malam tanpa tidur dan kekurangan komunikasi yang sihat mengakibatkan persekitaran yang tegang. Kami tidak sering bergaduh, tetapi apabila kami melakukannya, ia adalah perang habis-habisan. Pagi itu saya membentak kerana saya telah berasa diketepikan, diabaikan dan tidak penting, tetapi apa yang diharapkan saya tidak realistik. Sarah tidak ingat perbualan kami dari malam sebelumnya kerana kurang tidur dan kabut mental kerana menjaga bayi yang baru lahir. Walaupun reaksi saya adalah tidak bertimbang rasa, defensif dan negatif, ia tidak bersifat mendera. Pada petang itu saya mengenali perkara yang mencetuskan reaksi saya dan menyedari betapa buruknya saya mengendalikan situasi itu. Saya mengakui kelakuan saya dan meminta maaf kepada Sarah. Orang sering bertanya kepada saya, “Bilakah corak komunikasi negatif menjadi penderaan?” dan “Bagaimanakah anda mengenali tanda-tanda penderaan emosi dan secara lisan dalam perkahwinan?” Ramai orang menunjukkan gaya komunikasi yang lemah yang tidak boleh diterima, dan kaunseling boleh membantu. Tetapi terdapat perbezaan yang jelas antara komunikasi yang tidak sihat dan penderaan. Pertengkaran atau perselisihan faham boleh menyebabkan orang berasa sedih, tetapi itu tidak semestinya penderaan. Sebaliknya, seorang pasangan mungkin menunjukkan kecenderungan untuk mendera, tetap pasangan yang lain boleh menganggap atau memaafkannya sebagai sebahagian daripada pertengkaran atau perselisihan faham. Pasangan suami isteri perlu mengenali dan memahami perbezaan tersebut. Mari kita lihat apakah penderaan emosi dan secara lisan: Tanda-tanda penderaan lisan Para kaunselor sering menggunakan istilah penderaan emosi dan lisan untuk menggambarkan hubungan yang berunsur penderaan yang tidak melibatkan kecederaan fizikal. Ramai orang menggunakan istilah-istilah tersebut secara bergantian. Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut, saya biasanya menganggap penderaan lisan sebagai sebahagian penderaan emosi kerana penderaan secara lisan (misalnya, panggilan nama yang menjatuhkan martabat seseorang dan cakap-cakap yang merendahkan maruah) menjejaskan emosi secara mendalam. Berikut adalah beberapa contoh penderaan lisan: • Ugutan secara lisan: “Jika anda tidak melakukan ………… untuk saya, saya akan pastikan hidup anda sengsara, (nama yang merendahkan maruah) bodoh.” • Sifat agresif secara lisan: “Apa yang kamu katakan? Ingat apa yang berlaku lepas awak cakap macam tu?” • Penghinaan secara lisan : “Wah! Itu benar-benar bodoh. Apa yang awak fikirkan? Oh tunggu! Awak memang tidak berfikir.” Ini adalah panggilan nama yang menjatuhkan martabat seseorang dan sering berlaku di khalayak ramai atau di hadapan keluarga. Dalam hubungan yang berunsur penderaan yang teruk, interaksi pasangan boleh menjadi lebih jelas. Apabila seorang suami memanipulasi isterinya dengan intimidasi lisan, sifat agresif dan penghinaan, dia memperkecilkan identiti, tujuan, harga diri dan maruah isteri. Jenis penderaan ini mungkin berkembang secara halus dari semasa ke semasa dengan tingkah laku seperti menyalahkan, memalukan, sindiran sengit, sabotaj, penghinaan dan panggilan nama yang merendahkan maruah. Si suami boleh mengancam keselamatan isteri, mengasingkannya atau enggan berpuas hati dengan apa sahaja yang dikatakan atau dilakukannya. Sudah tentu, isteri juga boleh menjadi pendera dalam hubungan itu juga. Penderaan lisan boleh menjadi terang-terangan dan agresif, dicirikan dengan menjerit atau membuat ugutan. Atau ia boleh berlaku secara halus, menghasilkan satu bentuk manipulasi yang dipanggil gaslighting (lihat berikutnya). Tanda-tanda penderaan emosi Walaupun penderaan emosi dan lisan berjalan seiring, beberapa tanda amaran hubungan yang berunsur penderaan emosi adalah jika pasangan anda: • Menggunakan sindiran untuk menyakiti anda. Dalam hubungan yang berunsur penderaan emosi, pasangan akan menggunakan sindiran untuk merendahkan, menghina dan mengkritik tetapi menyamarkannya sebagai “bergurau”. • Berkeras ingin tahu lokasi anda 24 jam setiap hari. Terdapat perbezaan antara mengetahui di mana pasangan anda berada dan menguruskan secara terperinci setiap pergerakannya. Saya dan Sarah sering menghantar mesej teks untuk kekal berhubung, tetapi masa itu kami melampaui batas. Kini kami menggunakan aplikasi telefon pintar yang menjejaki lokasi hanya untuk memastikan pasangan selamat. • Fokus pada kelemahan dan memperkecilkan pencapaian. Makanan tidak pernah dimasak dengan betul, tuala tidak dilipat dengan betul, rumah tidak pernah cukup bersih, anda tidak pernah mendapat gaji yang cukup. Tidak ada yang cukup baik. Apabila anda mencapai sesuatu, ia akan segera diketepikan, diperkecilkan atau diabaikan. Tuduhan bahawa anda tidak pernah melakukan apa-apa yang betul adalah ciri perhubungan yang menderakan emosi. • Enggan memberi benda yang baik untuk menghukum anda. Dalam perkahwinan yang sihat, seorang pasangan tidak menghukum yang lain dengan keengganan memberi atau menggunakan kasih sayang, seks atau wang sebagai alat tawar-menawar. Sudah tentu, ia tidak bermakna pasangan tidak bergelut dengan perbezaan dalam bidang ini. • Berubah dari panas ke sejuk tanpa sebab. Jika pasangan anda mengalami perubahan ‘angin’ yang ketara dan tidak mengalami gangguan bipolar, dia mungkin seorang pendera. Anda mungkin menggambarkan tingkah lakunya sebagai watak Jekyll–and–Hyde iaitu kadangkala berkelakuan baik dan kadangkala buruk. Selain dari tindakan dan komunikasi pasangan anda, tingkah laku dan emosi anda sendiri boleh menunjukkan bahawa anda berada dalam hubungan yang berunsur penderaaan emosi: Anda sangat berhati-hati untuk mengelakkan konflik. Anda cuba untuk tidak menimbulkan masalah atau mencipta masalah. Tingkah laku anda mungkin kelihatan baik, berbelas kasihan dan bertimbang rasa dari luar, tetapi anda mengorbankan keperluan dan identiti anda sendiri untuk mengelak menyusahkan pasangan anda. Anda meminta maaf walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Pembelajaran bagaimana mengakui kesilapan dan meminta maaf adalah kunci kepada perkahwinan yang sihat. Tetapi dalam perkahwinan yang bersifat penderaan, ia adalah berat sebelah. Selalunya, anda yang meminta maaf untuk segala-galanya, walaupun anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Anda berasa kasihan kepada pasangan walaupun dia menyakiti anda. Jika anda mengenali dan bersetuju dengan perkara ini, tetapi masih memberi alasan dan mempertahankan kelakuan pasangan, anda mungkin berada dalam perkahwinan yang berunsur penderaan. Perasaan kasihan terhadap pasangan anda adalah gejala yang sukar untuk difahami dan diproses. Tanda-tanda penderaan emosi yang halus Walaupun penderaan emosi yang terang-terangan mudah dikenali, sesetengah tingkah laku penderaan sukar dikesan. Satu jenis penderaan emosi yang halus dikenali sebagai gaslighting. Ini adalah apabila seseorang memanipulasi orang lain untuk mempersoalkan kewarasannya sendiri. Berikut adalah beberapa tanda gaslighting: • Pasangan anda memberi kasih sayang tetapi kemudian tiba-tiba menarik baliknya. • Pasangan anda menegaskan perkara tidak berlaku seperti yang anda lihat, dan dia sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza tentang realiti. • Pasangan mengaitkan motif tindakan anda dengan perkara yang bertentangan dengan niat anda. • Anda cuba untuk menjelaskan perasaan anda, tetapi pasangan anda meremehkan dan menyalahkan anda kerana bertindak balas secara berlebihan. • Anda mempersoalkan kepercayaan dan pendapat anda. • Anda menyunting setiap perkataan sebelum anda bercakap, menukar apa-apa yang mungkin disalah ertikan oleh pasangan anda. • Hubungan anda mengalami ketidakseimbangan kuasa: Pasangan anda membuat semua keputusan dalam hubungan itu. • Kebanyakan interaksi membuatkan anda berasa tidak penting atau malu. Ini bukan senarai yang lengkap, dan sebenarnya, gaslighting mungkin sukar untuk dikenali. Contohnya, dalam perhubungan yang bersifat penderaan, anda mungkin sering meminta maaf tanpa mengetahui apa kesalahan anda. Tetapi apabila pasangan yang menganiaya sedang melakukan gaslighting, dia akan memutarbelitkan situasi untuk menjadikannya kelihatan seperti itu salah anda. Anda tidak sedar anda sedang dimanipulasi sehingga boleh mendapatkan perspektif yang betul tentang masalah anda. Sila dapatkan bantuan profesional jika anda atau seseorang yang anda kenali berada hubungan yang disyaki berunsur gaslighting. Dapatkan bantuan untuk sebarang penderaan Kami sering menilai pelbagai jenis penderaan mengikut tahap keselamatan atau keterukan tetapi kadangkala memandang remeh penderaan yang bukan fizikal. Sebarang bentuk penderaan – sama ada fizikal, emosi atau lisan – tidak boleh dipandang ringan. Jangan gunakan artikel ini sebagai senarai diagnostik untuk membantu anda menyifatkan pasangan anda sebagai pendera jika dia hanya bergelut dengan komunikasi atau penyelesaian konflik. Gunakannya untuk membantu anda mengenal pasti sama ada anda atau seseorang yang dikenali berada dalam perkahwinan yang berunsur penderaan emosi atau lisan dan memerlukan sokongan. Sokongan boleh datang daripada mentor, rakan, kaunselor bertauliah atau kumpulan sokongan individu yang sedang pulih daripada situasi penderaan yang serupa. Jika tingkah laku pasangan anda bertambah buruk dan anda mula berasa tidak selamat secara fizikal, pertimbangkanlah semua pilihan anda untuk memastikan keselamatan anda. Tanya kaunselor tentang sumber di kawasan anda. Rujuk kepada ahli terapi bertauliah untuk membantu anda menilai keadaan. Dapatkan sokongan dan keselamatan untuk membantu menamatkan kitaran penderaan dalam perkahwinan anda. © 2019 Mark Mayfield. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.1025
- Diberkatilah orang yang bersukacita dan merenung hukum Tuhan siang dan malamIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·2 November 2022Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek. Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan, dan merenung hukum-Nya siang dan malam. Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu. Apa sahaja yang dilakukannya berjaya. Mazmur 1:1-3 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.1.1-3.AVB1011
- Melalui Kristus kami dilepaskan daripada kuasa kegelapanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·4 November 2022Dia telah melepaskan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kerajaan Anak yang dikasihi-Nya, melalui Dialah kita ditebus dan mendapat pengampunan dosa. Kolose 1:13-14 AVB https://bible.com/bible/2271/col.1.13-14.AVB102
- PERHATIKAN PERKATAAN KITA!In Inspirasi & Renungan·24 February 2023Markus 7:29 Maka kata Yesus kepada perempuan itu: ‘Karena kata-katamu itu, pergilah sekarang sebab setan itu sudah keluar dari anakmu’. Semua orang memiliki hak untuk berbicara. Namun jangan pernah lupakan, perkataan kita berkuasa, dengan kata lain akan membuahkan sesuatu dalam hidup kita. Apakah mendatangkan kebaikan, atau sebaliknya membawa hal buruk bagi kita, semua tergantung pada ucapan atau perkataan kita. Seorang ibu sedang menghadapi pergumulan hidup yang berat. Anaknya sedang dirasuk roh jahat. Dia percaya Tuhan Yesus dapat membebaskan anaknya dari belenggu si jahat, sebab itu ia memohon kepada Yesus agar menolongnya. Kendati Yesus menolak, Yesus menguji imannya, tetap saja si ibu mengucapkan perkataan yang baik. Sehingga, Tuhan memperhitungkan perkataan imannya itu dan menyembuhkan anak perempuannya. Ketika Tuhan seakan belum mengabulkan permintaan atau keinginan kita, jangan terburu-buru menghakiminya pilih kasih. Jangan menghujatNya, dan jangan pernah perkatakan hal negatif. Percayalah, Tuhan tahu apa yang terbaik. Tuhan pun tahu kapan harus menolong kita. Karena perkataan kita mengandung kuasa, maka tak perlu menyerah untuk mengucapkan yang baik. Hingga pada waktu Tuhan, pergumulan kita dijawab oleh Tuhan. Apa pun kenyataan yang kita hadapi, berhati-hatilah jangan sampai suatu keadaan membuat kita berucap tak senonoh, perkataan kita dapat mendukakan hati Tuhan. Sebuah pepatah mengatakan “mulutmu, harimau-mu” memiliki makna untuk berhati-hati dengan perkataan kita, sebab perkataan kita dapat merugikan atau “menyerang balik” diri kita. Selalu pastikan, setiap perkataan kita itu membangun, mendatangkan berkat, menyenangkan hati Tuhan dan memuliakan namaNya. Pak Ferry1031
bottom of page











