top of page

Cari

3265 results found with an empty search

  • Roh Takut Kepada Tuhan

    Pr. Eddy Marson

  • Jangan Cuba Untuk Menyakiti Atau Membunuh Orang Pilihan Tuhan

    2 Samuel 1:13-16 (AVB)     13 Kemudian Daud bertanya kepada orang muda yang menyampaikan khabar itu kepadanya, “Dari manakah asalmu?” Jawabnya, “Hamba ini anak seorang pendatang, seorang Amalek.” 14 Kata Daud kepadanya, “Tidakkah engkau takut menghulurkan tangan untuk membinasakan orang yang dilantik TUHAN?”  15 Lalu Daud memanggil seorang daripada kalangan pemudanya, katanya, “Dekatinya dan seranglah dia!” Maka orang itu menyerang dan membunuh pemuda itu.  16 Lalu berkatalah Daud kepada pemuda itu, “Darahmu tertanggung atas dirimu sendiri, kerana mulutmu sendiri bersaksi tentang dirimu dengan berkata, ‘Hamba telah membunuh orang yang dilantik TUHAN.’ ” Pengajaran/ Refleksi. 1. Walaupun Raja Saul telah melawan kehendak Tuhan pada suatu ketika, tetapi dia tetap raja pilihan TUHAN seperti yang terdapat dalam pembacaan kita pada hari ini. 2. Orang Amalek yang telah memberitahu Daud bahawa dia telah membunuh Raja Saul. Daud bertanya kepadanya, "Mengapa engkau berani membunuh raja pilihan TUHAN?" Kemudian Daud memanggil seorang daripada anak buahnya dan memberikan perintah supaya menikam pemuda Amalek itu sampai mati, kerana itu adalah kesalahannya sendiri, kerana dia mengaku bahawa dia yang membunuh raja pilihan TUHAN. Firman Tuhan ini mengajar kita supaya kita tetap menghormati orang pilihan Tuhan. Jangan sekali-kali menyakiti dan apa lagi membunuhnya, ia pasti ada balasannya daripada Tuhan. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Daud Dan Anak Buahnya Meratap, Berkabung Dan Berpuasa

    2 Samuel 1:6-12 (AVB)          6 Jawab orang muda itu, “Kebetulan aku berada di Gunung Gilboa, lalu kulihat Saul bersandar pada tombaknya. Kulihat pula rata-rata dan pasukan berkuda mengejarnya. 7 Ketika dia menoleh ke belakang, dia melihat hamba lalu memanggil hamba. Hamba menjawab, ‘Daulat, Tuanku.’ 8 Dia bertanya kepada hamba, ‘Siapakah engkau?’ Jawab hamba kepadanya, ‘Hamba ini seorang Amalek.’ 9 Lalu katanya kepadaku, ‘Tolong, berdirilah di sisiku dan bunuhlah aku, kerana aku sekarat tetapi masih bernyawa.’ 10 Maka berdirilah hamba di sisinya lalu membunuhnya, kerana hamba tahu bahawa dia tidak akan hidup lagi setelah mengalami kekecundangan itu. Lalu hamba mengambil mahkota yang ada di kepalanya serta gelang yang ada di lengannya dan membawanya ke mari, kepada tuanku.” 11 Kemudian Daud dan semua orang yang ada bersamanya mengoyakkan pakaian masing-masing. 12 Mereka meratap, menangis, dan berpuasa sampai waktu maghrib kerana Saul, dan Yonatan, anaknya itu, serta kerana umat TUHAN, dan keturunan kaum Israel yang telah gugur bahana mata pedang itu. Pengajaran/ Refleksi. 1. Setelah Daud mendengar kematian Raja Saul dan anaknya Yonatan maka anak buahnya mengoyakkan pakaian mereka kerana dukacita. 2. Mereka meratap, berkabung, dan berpuasa sepanjang hari itu bagi Raja Saul dan Yonatan anaknya dan bagi umat TUHAN yang sangat banyak terbunuh dalam pertempuran itu. Dalam alkitab yang kita baca hari ini, membuktikan bahawa pada zaman perjanjian lama juga ada namanya "meratap, berkabung dan berpuasa" pada waktu mereka mengalami kedukaan. Tujuan mereka melakukan perkara tersebut adalah untuk menyerahkan semua kedukaan mereka kepada Tuhan, agar Tuhan memberikan kepada mereka penghiburan dan ketabahan untuk menghadapi semuanya. Pada saat ini sekiranya saudara dalam kedukaan dan penderitaan, saudara juga boleh melakukan perkara yang sama, sebagai tanda penyerahan penuh kepada Bapa, Tuhan kita, agar dia memberikan pertolongan dan membebaskan kita daripada yang jahat. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Kematian Raja Saul Dan Anak-Anaknya

    1 Samuel 31:4-6, 9-13 (AVB)         4 Berkatalah Saul kepada pembawa senjatanya, “Hunuslah pedangmu dan tikamlah aku, supaya jangan datang kalangan yang tidak bersunat ini menikam aku dan mempermainkan aku.” Namun begitu, pembawa senjata yang amat takut itu enggan menurut perintah itu. Maka Saul sendiri mengambil pedang itu dan menjatuhkan dirinya ke atasnya. 5 Apabila pembawa senjatanya melihat bahawa Saul sudah mati, dia juga menjatuhkan dirinya ke atas pedangnya, lalu mati bersama-sama Saul.  6 Pada hari itu, gugurlah Saul, ketiga-tiga orang anaknya dan pembawa senjatanya, dan seluruh tenteranya. 9 Lalu mereka memenggal kepala Saul, melucutkan baju perangnya dan mengutus beberapa orang berkeliling tanah orang Filistin untuk menguar-uarkan hal itu di rumah-rumah berhala mereka dan juga kepada rakyat. 10 Mereka menyimpan baju besi Saul di dalam kuil Asytoret serta memakukan mayatnya di tembok kota Bet-Sean. 11 Apabila penduduk Yabesh-Gilead mendengar apa yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Saul, 12 semua orang yang gagah perkasa segera mengadakan perjalanan semalam-malaman. Mereka mengambil mayat Saul dan mayat anak-anaknya dari tembok Bet-Sean. Setelah itu, mereka pulang ke Yabesh dan membakar mayat-mayat itu. 13 Lalu mereka mengambil tulang-tulang itu dan menguburkan semuanya di bawah pokok tamariska di Yabesh. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari. Pengajaran/ Refleksi. 1. Sungguh kasihan melihat kematian Raja Saul. Oleh kerana beliau tidak mahu mati dibunuh oleh musuh mereka, maka Raja Saul meminta pembawa senjatanya membunuhnya, tetapi pembawa senjata itu tidak berani melakukannya. Oleh itu Raja Saul menghunus pedangnya dan menikam dirinya sendiri. Begitu juga dengan pembawa senjata Raja Saul menikam diri sendiri. Ketiga anak lelaki Raja Saul dan semua pembawa senjatanya meninggal pada hari itu. 2. Musuh Raja Saul memenggal kepalanya dan mengambil baju perangnya dan disimpan di dalam kuil Dewi Asytoret dan badannya dipakukan pada tembok kota Bet-Sean. Beberapa orang Yabes yang paling berani datang ke Bet-Sea dan menurunkan jenazah Raja Saul dan anak-anaknya dari tembok kota, lalu membawanya kembali ke Yabes, dan membakar jenazah-jenazah itu di sana. Walaupun Raja Saul telah meninggalkan Tuhan dalam kehidupannya, tetapi orang Yabes tetap prihatin kepadanya dan mengambil jenazahnya, membakarnya dan mengumpul tulang-tulangnya dan mengembumikannya di bawah pokok Tamariska di kota Yabes, lalu mereka berpuasa selama tujuh hari. Firman Tuhan hari ini mengajar kita, supaya kita tetap prihatin terhadap satu sama lain. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Roh Nasihat

    Pr. Eddy Marson

  • Iman Beberapa Orang Menggerakkan Hati Yesus

    Ketika Yesus melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Saudara, dosamu sudah diampunkan.” Lukas 5:20 AVB   Pada suatu hari Yesus sedang mengajar di sebuah rumah. Beberapa orang datang mengusung seorang lumpuh yang berbaring di atas tikar dan mereka mencari jalan untuk membawanya ke dalam rumah supaya mereka dapat meletakkannya di hadapan Yesus. Sayangnya, usaha mereka gagal kerana ramai orang bersesak-sesak di sekeliling Yesus.   Oleh itu, mereka membawa orang lumpuh yang berbaring di atas tikar ke atas bumbung rumah itu. Kemudian mereka membuka genting supaya dapat menurunkan orang lumpuh itu dengan tikarnya sekali di hadapan Tuhan Yesus di tengah-tengah orang ramai.   Ketika Yesus melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Saudara, dosamu telah diampunkan.” Yesus menyaksikan betapa besarnya iman kawan-kawan orang lumpuh itu, maka hati Yesus tergerak untuk menyembuhkannya. Selepas itu, Yesus juga berkata kepada orang lumpuh itu, “Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah!” Seketika itu juga, dia bangun di hadapan mereka sekalian. Dia mengangkat tikar tempat dia berbaring tadi lalu pulang sambil memuji Allah.   Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Janganlah kita mudah menyerah kalah kepada halangan yang sedang kita hadapi kerana dalam segala perkara pasti ada jalan keluar yang disediakan Tuhan untuk kita. Berimanlah kepada Tuhan Yesus kerana iman kita akan menggerakkan Roh Kudus untuk bekerja bagi pihak kita.   Doa : Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan memohon agar Tuhan memberi aku hati yang teguh dan tetap percaya kepada-Mu. Walaupun banyak cabaran yang harus aku harungi, tidak ada apa-apa yang terlalu sukar bagi-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Roh Pengertian

    Pr. Eddy Marson

  • Respons Lelaki Berpenyakit Kusta Sewaktu Melihat Yesus

    Pada suatu hari Yesus berada di sebuah bandar. Terdapat seorang yang berpenyakit kusta. Apabila dia melihat Yesus, dia meniarap lalu merayu kepada-Nya, “Tuan, jika Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku.” Lukas 5:12 AVB   Ketika seorang lelaki yang berpenyakit kusta (iaitu penyakit kulit yang sangat mengerikan) melihat Yesus di sebuah bandar, dia dengan serta-merta datang kepada Yesus lalu meniarap dan merayu kepada-Nya, “Tuan, jika Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku.”   Dia memohon kepada Tuhan Yesus dengan hati yang sungguh-sungguh untuk menyembuhkan dirinya daripada penyakitnya. Atas kesungguhan hatinya Yesus pun menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!” Pada saat itu juga, penyakit kustanya hilang. Setelah Yesus menyembuhkan lelaki tersebut, Yesus pun menyuruhnya, “Jangan beritahu sesiapa pun hal ini tetapi pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam serta persembahkan korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka bahawa kamu sudah ditahirkan.” Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini sewaktu kita menghadapi masalah dalam hidup kita? Apakah yang kita lakukan? Adakah kita seperti lelaki yang berpenyakit kulit yang mengerikan, datang kepada Tuhan Yesus untuk memohon pertolongan-Nya? Bagi Tuhan Yesus tidak ada yang mustahil. Dia akan mendengar seruan kita dan siap menolong kita.   Doa : Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk menyerahkan segala cabaran hidupku. Tolonglah aku untuk mengatasi masalah yang aku hadapi pada saat ini. Aku memohon kekuatan dan ketabahan daripada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.

bottom of page