Support Us
Support Us
Cari
3265 results found with an empty search
- Roh Kebijaksanaan
Pr. Eddy Marson
- Berkat Perlu Dikongsi
Mereka memanggil rakan-rakan dari perahu lain supaya datang menolong. Mereka datang lalu memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu hampir tenggelam. Lukas 5:7 AVB Sewaktu Petrus dan saudaranya menebarkan jala mereka di tempat yang diperintahkan Yesus kepada mereka, jala mereka dipenuhi terlalu banyak ikan sehingga jala mereka hampir-hampir terkoyak. Walaupun jala mereka sarat dengan ikan, jala mereka tidak terkoyak kerana apa yang diberikan Tuhan kepada mereka adalah cukup-cukup untuk ditanggung oleh jala mereka. Sebab Dialah Tuhan yang memberi secukup-cukupnya tanpa merosakkan jala mereka. Setelah melihat terlalu banyak ikan di dalam jala mereka, Petrus dan saudaranya pun memanggil rakan-rakan dari perahu lain supaya datang menolong. Mereka datang lalu memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu-perahu itu hampir tenggelam. Kalau dua buah perahu pun hampir tenggelam, apa lagi jika hanya sebuah perahu digunakan. Nyatalah bahawa sebuah perahu sahaja tidak termuat semua ikan tersebut! Ingat, sekiranya Petrus dan saudaranya tidak berkongsi tangkapan ikan dengan orang lain, sudah tentu bencana akan terjadi kepada perahu mereka, iaitu perahu mereka pasti akan tenggelam. Oleh sebab mereka sudi berkongsi ikan itu dengan orang lain, perahu mereka tidak jadi tenggelam. Demikian juga dengan hidup kita pada hari ini. Sekiranya kita tidak mahu berkongsi berkat Tuhan yang kita terima dalam hidup kita, besar kemungkinan kita akan lemas dalam berkat tersebut. Demi mengelakkan diri kita daripada lemas dalam berkat Tuhan, kita hendaklah berkongsi berkat Tuhan dengan orang lain. Tuhan memberkati kita agar kita turut memberkati orang lain di sekeliling kita. Jadilah berkat Tuhan kepada orang lain. Doa : Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon bimbingan-Mu terhadap berkat yang saya terima dalam hidup ini, agar aku tahu berkongsi dengan orang lain. Ajarlah aku untuk menjadi berkat kepada semua orang. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Penyembuhan Identiti Dan Maruah Kita
Oleh Pr Daniel Tan
- Roh Tuhan
Pr. Eddy Marson
- Berkat Mengikut Perintah Yesus
Setelah selesai mengajar, Dia berkata kepada Simon, “Tolaklah ke air yang dalam dan tebarkan jalamu untuk menangkap ikan.” Lukas 5:4 AVB Pada suatu hari semasa Yesus berdiri di tepi pantai Tasik Genesaret, ramai orang berasak-asak mengerumuni-Nya untuk mendengar firman Allah. Oleh itu, Yesus naik ke dalam salah sebuah perahu, iaitu perahu Simon dan memintanya untuk menolak perahu itu jauh sedikit dari pantai. Lalu Yesus duduk dan mengajar orang ramai dari perahu itu. Setelah Yesus selesai mengajar, Dia berkata kepada Simon, “Tolaklah ke air yang dalam dan tebarkan jalamu untuk menangkap ikan.” Maka Simon menjawab, “Tuan, semalaman kami cuba sedaya upaya tetapi tidak dapat menangkap apa-apa pun! Tetapi, kerana kata-kata Engkau itu, maka aku akan menebarkan jala.” Setelah mereka menebarkan jala, mereka berjaya menangkap ikan. Sewaktu mereka mengangkat naik jala mereka, didapati jala mereka sarat dengan ikan sehingga jala itu hampir terkoyak. Jika kita taat mengikut perintah Tuhan Yesus, pastilah kita akan berhasil kerana segala-gala yang ada di dunia ini merupakan hasil ciptaan Tuhan sendiri dan tertakluk pada kuasa-Nya. Oleh itu, kita perlu mematuhi apa yang diperintahkan oleh Tuhan kepada kita. Doa : Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon agar aku tetap taat kepada perintah-Mu. Tolonglah aku untuk sentiasa bergerak dalam kuasa Roh Kudus. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Yesus Pergi Ke Rumah Petrus Demi Menyembuhkan Ibu Mertuanya
Yesus meninggalkan saumaah itu lalu pergi ke rumah Simon. Ibu mertua Simon sedang demam panas, dan mereka memohon kepada Yesus untuk menolongnya. Lukas 4:38 AVB Ada orang memberitahu Yesus bahawa ibu mertua Simon Petrus sedang sakit di rumah, iaitu dia demam panas. Mereka memohon kepada Yesus untuk menolongnya. Oleh itu, Yesus segara meninggalkan saumaah (rumah ibadat) lalu pergi ke rumah Simon Petrus untuk bertemu dengan ibu mertuanya. Setibanya Yesus di rumah Simon Petrus, Dia segera pergi mendekati katil ibu mertua Petrus yang sedang sakit. Dia membentak demam itu untuk meninggalkan tubuh ibu mertua Petrus. Dengan serta-merta demam panas ibu mertua Petrus hilang. Setelah sembuh, dia segera bangun dan melayan mereka. Apakah yang akan kita lakukan apabila kita melihat seseorang sedang menghadapi masalah pada hari ini? Apakah kita bertindak seperti orang yang datang kepada Yesus untuk memberitahu-Nya tentang keadaan ibu mertua Simon Petrus yang sedang sakit? Oleh sebab ada orang pergi memberitahu Yesus tentang keadaan ibu mertua Petrus, maka penyembuhan terjadi. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Sekiranya kita membawa orang yang menghadapi masalah ke hadirat Tuhan melalui doa kita, pastinya sesuatu yang ajaib juga akan terjadi. Sesungguhnya, janganlah kita tawar hati atau berputus asa untuk membawa orang yang mengalami masalah dalam doa kita kepada Tuhan Yesus. Doa : Ya Bapa yang di syurga, aku datang memohon agar Tuhan menggunakan hidupku sebagai saluran berkat kepada orang lain. Berilah aku hati yang teguh berdoa demi orang lain tanpa berasa letih atau jemu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Roh Jahat Mengenal Yesus
Yesus membentak roh iblis itu, “Diam! Keluar daripada dia!” Roh iblis itu menghempaskan orang itu di hadapan mereka lalu keluar daripadanya tanpa mencederakannya. Lukas 4:35 AVB Sewaktu Yesus pergi ke Kapernaum, sebuah kota di jajahan Galilea, dan mengajar orang di saumaah (rumah ibadat), terdapat seorang yang dirasuk oleh roh iblis yang durjana. Orang itu berteriak dengan suara yang sangat kuat, “Ah, apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Yesus orang Nazaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau ini. Engkau Yang Suci daripada Allah!” Yesus pun membentak roh iblis itu, “Diam! Keluar daripada dia!” Roh iblis itu menghempaskan orang itu di hadapan mereka lalu keluar daripadanya tanpa mencederakannya. Semua orang tercengang dan berkata sesama sendiri, “Betapa hebat kata-kata-Nya! Dengan penuh wibawa dan kuasa Dia memerintah roh-roh jahat itu, mereka terus keluar.” Pengakuan roh jahat yang merasuk orang itu, menjadi bukti nyata bahawa Yesuslah Tuhan dan Penyelamat yang telah datang ke dunia ini. Doa : Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memuji dan mengagungkan nama-Mu kerana Engkaulah Tuhan dan Penyelamat bagi hidupku. Dalam-Mu hatiku tetap damai sejahtera. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Oleh Bilur-BilurNya Kita Menjadi Sembuh
Oleh Pr Wagner Daniel
- Yesus ditolak di Nazaret
Yesus menambah, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tiada seorang nabi pun yang diterima di kotanya sendiri .” Lukas 4:24 AVB Pada suatu hari Sabat Yesus berdiri di saumaah (rumah ibadat) untuk membaca Kitab Suci yang berisi perkhabaran daripada Kitab Nabi Yesaya tentang kedatangan Mesias. Lalu Dia membuka kitab itu untuk membaca ayat yang tersurat: “Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun keredaan Tuhan!” Setelah selesai membaca ayat tersebut, Yesus berkata kepada mereka yang mendengar-Nya, “Pada hari ini ayat Kitab Suci ini telah terlaksana ketika kamu mendengarnya.” Namun demikian, terdapat dua respons daripada orang yang mendengar kata-kata indah-Nya itu. Golongan pertama sangat kagum, tetapi golongan kedua ragu-ragu. Sebab mereka mengenal siapa ibu bapa Yesus, justeru mereka berkata, “Bukankah Dia anak Yusuf?” Maka mereka menolak pemberitaan Yesus, malah mereka mula merancang untuk membunuh-Nya. Jelaslah bahawa kata-kata-Nya menimbulkan kebencian dan kemarahan di dalam hati mereka. Walaupun mereka orang sekampung (orang Nazaret) dengan-Nya, mereka tidak menerima pemberitaan-Nya tentang penggenapan nubuat Nabi Yesaya tentang diri-Nya. Mereka bangkit dan mengusir Yesus dari kota itu. Dia dibawa ke puncak gunung tempat kota itu dibina kerana mereka mahu menghumbankan-Nya ke bawah. Akan tetapi, rancangan mereka gagal, kerana terlalu banyak orang di sekeliling Yesus. Oleh itu, Yesus dapat berjalan di tengah-tengah mereka dan beredar dari situ. Mereka tidak dapat menangkap Yesus! Atas penolakan mereka, Yesus menambah, “ Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tiada seorang nabi pun yang diterima di kotanya sendiri.” Oleh itu, jika kita ditolak semasa kita mengkhabarkan berita baik kepada keluarga kita atau kawan kita, ingatlah bahawa Yesus juga telah ditolak dan dibenci tetapi tidak menyerah sama sekali, kerana pembawa berita baik akan diberkati Tuhan. Doa : Ya Bapa yang di syurga, aku datang memohon kekuatan daripada-Mu. Walaupun pemberitaanku tentang-Mu mungkin ditolak, teguhkanlah imanku. Biarlah semangatku tidak menjadi luntur tetapi bertambah kuat. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Kuasa Kehendak Yang Terserah
Oleh Pr Daniel Tan
- Panggillah Tuhan Semasa Kesesakan, Jangan Panggil Arwah Orang Telah Mati
1 Samuel 28:3, 8, 10-15 (AVB) 3 Adapun Samuel sudah mati dan seluruh Israel meratapinya. Mereka telah menguburkannya di Rama, di kotanya. Pada masa itu juga Saul telah menyingkirkan pemanggil arwah dan ahli sihir dari negeri itu. 8 Saul pun menyamar dengan mengenakan pakaian lain lalu pergi dengan disertai oleh dua orang. Pada malam hari sampailah mereka di kediaman wanita itu. Kata Saul, “Tenunglah untukku dengan perantaraan arwah. Hadirkan bagiku orang yang akan kusebut kepadamu.” 10 Maka bersumpahlah Saul kepadanya demi TUHAN, katanya, “Demi TUHAN yang hidup, engkau tidak akan terkena hukuman kerana hal ini.” 11 Tanya perempuan itu, “Siapakah yang harus kuhadirkan untukmu?” Jawabnya, “Hadirkanlah Samuel bagiku.” 12 Ketika perempuan itu melihat Samuel, dia pun menjerit dengan suara yang nyaring. Perempuan itu berkata kepada Saul, “Mengapakah tuanku memperdaya hamba? Tuanku ialah Saul!” 13 Kata raja kepadanya, “Jangan takut. Apakah yang kaulihat?” Kata perempuan itu kepada Saul, “Hamba melihat sesuatu roh muncul dari dalam bumi.” 14 Saul bertanya, “Bagaimanakah rupanya?” Jawabnya, “Ada seorang tua muncul. Dia diselubungi sehelai jubah.” Saul tahu bahawa itulah Samuel. Lalu dia membongkok dan sujud memberi hormat. 15 Berkatalah Samuel kepada Saul, “Mengapakah engkau mengganggu aku dengan menghadirkan aku?” Jawab Saul, “Aku sedang dalam keadaan tersepit lantaran orang Filistin memerangi aku, sedangkan Allah telah menjauhi aku dan tidak lagi menjawab aku, sama ada dengan perantaraan para nabi atau melalui mimpi. Oleh sebab itu aku memanggil engkau supaya engkau memberitahukan kepadaku apa yang harus kulakukan.” Pengajaran/ Refleksi firman tuhan melarang setiap umat-nya untuk memanggil arwah orang yang telah meninggal supaya kita tidak menjadi najis. carilah tuhan allah yang hidup yang dapat membantu kita bila-bila masa. Jangan menggunakan khidmat pemanggil arwah dan para ahli sihir. Jangan mencari mereka sehingga kamu tercemar kerana mereka. Akulah TUHAN, Allahmu. (Imamat 19:31 AVB) Carilah Tuhan dan panggillah Dia semasa engkau dalam kesesakkan. Tuhan sedia untuk menolong kita yang minta tolong. Tuhan penolong kita yang setia dan lemah lembut. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit
- Jangan Berbuat Jahat Dan Tamak, Sebab Tuhan Telah Memberikan Segalanya Kepada Kita
1 Samuel 30:22-24 (AVB) Akan tetapi, semua orang jahat dan dursila dalam kalangan yang pergi bersama-sama Daud berkata, “Kerana mereka tidak pergi bersama kita, kita tidak akan memberikan kepada mereka sesuatu apa pun daripada rampasan yang kita rebut kembali. Mereka hanya boleh membawa isteri dan anak masing-masing, lalu pergi.” Tetapi Daud berkata, “Saudara-saudaraku, jangan berbuat begitu terhadap apa yang dikurniakan TUHAN kepada kita. Dia telah melindungi kita dan menyerahkan ke dalam tangan kita gerombolan yang datang menyerang kita. Siapakah yang akan mendengar kamu dalam hal ini? Sebagaimana bahagian orang yang pergi berperang, demikian pulalah bahagian orang yang tinggal menjaga barang-barang kita. Mereka harus memperoleh bahagian yang sama.” Pengajaran/ Refleksi. 1. Daud melarang anak buahnya untuk berbuat jahat dan tamak terhadap barang jarahan yang mereka perolehi daripada orang Amelek. 2. Daud berkata kepada mereka, Hai saudara-saudara, janganlah berbuat jahat dan tamak dengan apa yang sudah diberikan TUHAN kepada kita dan memberi kemenangan terhadap gerombolan perompak. Mereka yang tidak iku berperang pun mendapat bahagian yang sama, sebab mereka tinggal untuk menjaga barang-barang mereka. Tuhan berikan kami hati yang baik dan murah hati terhadap satu sama lain. Jauhkan kami daripada yang jahat dan ketamakkan. Terima kasih Bapa yang baik, berkatilah kami sesuai kehendak-Mu. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit












