top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6135)
KD Post (3266)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Haleluya! Saya akui Yesus ialah Penyelamat dan Tuhan sayaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 October 2021Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah Tuhan dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan; kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan." Roma 10:9-10 AVB https://bible.com/bible/2271/rom.10.9-10.AVB104
- Keintiman Fizikal yang semakin berkembangIn Keluarga·20 October 2021Seks menyatukan dua insan dalam hubungan intim yang paling mendalam dan menyeluruh. Kemesraan fizikal yang saling memuaskan melibatkan pengiktirafan bahawa seks adalah salah satu hadiah terbaik, jika bukan yang terbaik, untuk pasangan yang sudah berkahwin. Apabila ia dinikmati bersama keselamatan yang wujud dalam perkahwinan, seks seolah-olah syurga. Melaluinya, suami dan isteri boleh mengalami keintiman yang sedalam mungkin. Pasangan yang berjaya bersedia untuk membincangkan perkara yang mereka sukai dan tidak suka secara seksual dan membuat penyesuaian untuk memenuhi keperluan masing-masing. Hubungan intim mereka penuh dengan kasih sayang dan kemesraan, dan mereka faham bahawa membina hubungan seksual yang sihat adalah usaha sepanjang hayat yang memerlukan penyesuaian dan komunikasi. Dalam perkahwinan yang kuat dan sihat, pasangan tidak menganggap seks sebagai “tugas” atau “kewajiban”. Sebaliknya, mereka melihatnya sebagai “tarian” yang menggembirakan di mana suami isteri mengutamakan keperluan dan minat pasangannya dan mengkaji cara memberi secara seksual kepada pasangannya. Berikut adalah beberapa langkah penting yang membentuk corak asas tarian ini yang mempesonakan: Meletakkan batu asas Kita mulakan dengan anggapan bahawa seks dan seksualiti memang penting. Mereka adalah asas bagi seluruh makna hubungan perkahwinan. Kesatuan seksual sangat penting untuk proses kebersamaan dan ia harus dinikmati sepenuhnya dalam perkahwinan. Di samping itu, suami isteri harus menjaga kesucian “tempat tidur perkahwinan” dengan kelakuan yang setia terhadap pasangan mereka. Kecurangan seksual adalah pengkhianatan besar terhadap pasangan anda dan merupakan salah satu perkara yang paling menjejaskan perkahwinan. Memupuk Keberahian Budaya kita cuba meyakinkan kita secara terang-terangan atau secara tidak ketara bahawa seks paling seronok apabila ia dipisahkan dari pengalaman harian. Budaya tersebut memperdayakan kita untuk percaya bahawa hubungan yang paling mengujakan adalah yang berlaku di luar lingkaran rutin biasa. Keintiman dengan “perempuan tua” atau “laki tua” kita dianggap sebagai membosankan seperti semangkuk oatmeal yang sejuk. Tetapi, adakah ini benar? Sebenarnya tujuan seks ialah mengenali seseorang dengan mendalam dan dalam berbagai konteks. Seks dengan pasangan anda sebenarnya merangkumi persefahaman dan perkongsian yang sepenuhnya dalam setiap bidang kehidupan. Semua ini menunjukkan bahawa anda harus ‘memupuk semangat’ dengan mengekalkan percintaan yang utuh di tengah-tengah hubungan anda. Anda boleh melakukannya melalui malam berpacaran, makan malam diterangi cahaya lilin, dan perbualan ikhlas dari “hati ke hati”. Ini adalah hakikat yang jarang dikenali atau diakui oleh masyarakat kita yang taksub dengan seks: sumber kehangatan seks yang paling menyeronokkan dan bermakna bukanlah dari hawa nafsu sembarangan tetapi dari sentuhan cinta romantik yang lemah lembut semasa interaksi harian. “In-othering” Kasihilah pasangan anda seperti anda mengasihi diri sendiri – ini adalah rahsia sebenar di sebalik cinta romantik antara lelaki dan wanita dan ikatan fizikal di mana ia mencapai kesempurnaan. Charles Williams, rakan C. S. Lewis dan anggota Inklings yang menjadi legenda, menyebutnya sebagai misteri “in-othering” atau “co-inherence”. Inilah keajaiban di mana saya ada dalam diri anda dan anda ada dalam diri saya. Istilah Williams merangkumi dengan sempurna bagaimana hubungan cinta tumbuh menjadi perkahwinan sejati, dan perkahwinan sejati diubah menjadi ikatan jiwa. Dua badan bersatu, dua jiwa terkunci dalam pelukan erat. Pasangan yang membina hubungan mereka berdasarkan keakraban fizikal dan emosi yang sejati mempunyai salah satu penanda penting untuk perkahwinan yang berjaya dan bertahan lama. Pasangan ini tahu apa maksud dan tujuan hubungan seks dalam perkahwinan. Menilai seks dalam konteksnya Seks yang sangat bermakna umpama kek perkahwinan. Ini adalah sesuatu yang dicipta satu lapisan demi satu lapisan. Anda bermula pada tahap yang paling asas dan terus berusaha. Anda mulakan hubungan dengan cara yang kecil dan sederhana, kemudian mengekalkannya dan membangunkannya dari masa ke semasa. Hubungan seks boleh diibaratkan sebagai lapisan gula pada kek. Sentuhan akhir yang anda letakkan pada lukisan yang telah diusahakan dengan lama dan bertungkus-lumus untuk mencapai “kesempurnaan”. Inilah yang dimaksudkan oleh Dr. Kevin Leman ketika memilih judul Sex Begins In The Kitchen untuk buku terlarisnya mengenai keintiman dalam perkahwinan. Judul tersebut bukanlah cubaan menciptakan gambaran yang penuh sensasi tentang pelukan penuh ghairah di atas kaunter dapur. Sebaliknya, dia berniat menyampaikan idea bahawa seks sebenarnya merupakan demonstrasi kasih sayang oleh pasangan untuk satu sama lain dalam semua bidang kehidupan – dalam berkomunikasi, berkongsi fikiran dan perasaan, bahkan dalam membantu membuat kerja rumah tangga. Beliau mengemukakan idea bahawa apa yang berlaku di bilik tidur sebenarnya adalah penghubung terakhir dalam rangkaian acara yang bermula beberapa jam dahulu ketika jari anda berdua tersentuh bila mencuci pinggan bersama-sama. Dari laman web Focus on the Family di focusonthefamily.com. © 2016 Focus on the Family. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.1045
- Yudas telah menerima godaan Iblis, apakah saya menolak godaan?In Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 March 2022Yesus tahu bahwa malam sebelum hari raya Paskah itu adalah malam yang terakhir bagi-Nya di dunia ini, sebelum Ia kembali kepada Bapa-Nya. Selama makan malam, Iblis telah membisikkan ke dalam hati Yudas Iskariot, anak Simon, bahwa malam itulah saat untuk menjalankan rencana pengkhianatan terhadap Yesus. Yesus tahu bahwa Bapa telah memberikan kepada-Nya segala sesuatu dan bahwa Ia telah datang dari Allah dan akan kembali kepada-Nya. Dan betapa Ia mengasihi murid-murid-Nya! Yohanes 13:1-3 FAYH https://bible.com/bible/2727/jhn.13.1-3.FAYH104
- 1 Korintus 15:54-55 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 October 2021Setelah ini berlaku, terbuktilah firman: "Maut telah ditelan dalam kemenangan." "Wahai Maut, di manakah kemenanganmu? Wahai Maut, di manakah sengatmu?"104
- 1 Yohanes 4:12 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·17 October 2021Tiada siapa pernah melihat Allah tetapi jika kita kasih-mengasihi, Allah tetap ada di dalam kita dan kasih-Nya disempurnakan di dalam diri kita.105
- Amsal 16:3 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·6 October 2021Serahkanlah perbuatanmu kepada Tuhan, maka rancanganmu akan terlaksana.1011
- Hati Yang mendengar Suara TuhanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 September 20221027
- Ayub 42:10 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·18 December 2021Setelah Ayub berdoa untuk sahabat-sahabatnya, Tuhan memulihkan keadaan mereka. Kemudian Tuhan menambahkan segala milik Ayub dua kali lipat ganda dari dahulu.105
- 1 Yohanes 4:16 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·3 December 2021Kita tahu dan yakin sepenuh hati bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi sesama manusia tetap ada di dalam Allah, dan Allah tetap di dalam dia.105
- Jadilah orang bijak yang mengusahakan yang baik dan ikut Jalan yang benarIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·1 October 2021Siapa mengusahakan yang baik, akan dipercaya dan mendapat hormat; siapa merencanakan yang jahat ada di jalan yang sesat. Amsal 14:22 BIMK https://bible.com/bible/27/pro.14.22.BIMK105
- Tinggal Bersama sebelum Berkahwin membina Perkahwinan yang lebih kukuh?In Keluarga·24 October 2022Oleh Glen T. Stanton Ramai yang tersilap anggap bahawa bersekedudukan adalah cara berkesan untuk menguji kemungkinan suatu bakal perkahwinan akan berjaya. Tetapi adakah perbuatan bersekedudukan langkah bijak untuk pasangan yang inginkan perkahwinan yang sihat dan bertahan lama? Bersekedudukan – tinggal bersama tanpa berkahwin – telah menjadi lebih popular sejak enam dekad yang lalu. Sejak 1960, bilangan pasangan yang bersekedudukan telah meningkat hampir dua puluh kali ganda di Amerika Syarikat. Dua dekad yang lalu telah menyaksikan penambahan yang pesat, dengan peratus pasangan bersekedudukan bertambah kira-kira 50 peratus sejak pertengahan tahun 1990-an. Dari segi angka, ini adalah pertambahan lebih daripada dua kali ganda. Kini, lebih daripada 60 peratus perkahwinan adalah terdiri daripada orang yang pernah bersekedudukan dengan pasangan mereka atau dengan orang lain pada suatu masa dahulu. Kebanyakan orang tersilap percaya bahawa bersekedudukan adalah cara berkesan untuk menguji suatu bakal perkahwinan untuk menentukan sama ada pasangan itu serasi. Tetapi adakah bersekedudukan langkah bijak untuk pasangan yang inginkan perkahwinan yang sihat dan bertahan lama? Adakah ia ujian yang baik? Adakah ia membantu membina hubungan yang lebih kukuh dan sihat? Berita baik ialah kita tidak payah tertanya-tanya tentang jawaban kepada soalan-soalan penting ini. Banyak kajian yang berwibawa dalam bidang sains sosial dari universiti terkemuka di dunia telah menjawab soalan-soalan ini. Keputusannya muktamad. Kajian tersebut membenarkan kita belajar dari pengalaman berjuta-juta orang yang telah bersekedudukan tanpa berkahwin. Marilah kita meneliti soalan-soalan penting yang diajukan tentang bersekedudukan. Bukankah perkahwinan dan bersekedudukan pada asasnya adalah perkara yang sama iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mengadakan perkongsian hidup? Para penyelidik memberitahu kita bahawa bersekedudukan tidak sama sekali dengan perkahwinan. Mereka adalah hubungan yang sangat berbeza. Malah, para penyelidik mendapati bahawa tingkah laku orang yang bersekedudukan cenderung menyerupai cara orang bujang hidup dan menangani hubungan mereka. Ahli sosiologi terkemuka, James Q. Wilson menjelaskan, “Para sarjana semakin menganggap bersekedudukan sebagai pengganti keadaan bujang dan bukan alternatif kepada perkahwinan.” Secara ringkasnya, pasangan yang bersekedudukan tidak berkelakuan seperti orang yang berkahwin. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa terdapat ketidaksamaan komitmen antara dua jenis hubungan ini yang mewujudkan perbezaan yang penting dan boleh dikesan. Walaupun pasangan mungkin serupa dari segi sosio-ekonomi, pasangan bersedudukan – berbanding dengan pasangan yang berkahwin – cenderung mempunyai: · Hubungan yang kurang sihat dan tidak menentu. · Kadar perpisahan lima kali ganda lebih tinggi. · Dua hingga lima kali ganda lebih tinggi tahap keganasan fizikal dan penderaan emosi yang serius. · Pengurangan perasaan bahagia dan keadilan dalam hubungan mereka. · Dua hingga lapan kali ganda lebih tinggi kadar kecurangan seksual. · Perkongsian kewangan yang kurang saksama. · Kadar kelakuan berisiko yang jauh lebih tinggi, misalnya memandu secara merbahaya dan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Tambahan pula, kemungkinan kaum lelaki yang bersekedudukan membantu membuat kerja rumah tangga adalah lebih rendah. Bukankah tinggal bersama suatu ‘pandu uji’ yang bijak untuk bakal perkahwinan? Kamu tidak akan membeli sebuah kereta sebelum memandunya terlebih dahulu, bukan? Jadi, kenapakah anda mahu mengahwini seseorang tanpa melihat bagaimana anda berdua dapat hidup bersama? Ini nampaknya munasabah pada zahirnya, tetapi jawabannya bukanlah apa yang dijangka. Pakar sains sosial jarang mendapat kesimpulan yang begitu muktamad dan konsisten seperti yang dicapai tentang bersekedudukan iaitu ia berkait rapat dengan kemungkinan perceraian yang lebih tinggi. Mereka yang kahwin dengan pengalaman bersekedudukan mempunyai kemungkinan 50 hingga 80 peratus lebih tinggi bercerai, berbanding dengan pasangan berkahwin yang tidak pernah bersekedudukan. Hakikatnya, akibat paling konsisten yang ditunjukkan dalam kajian ialah kaitan antara bersekedudukan sebelum berkahwin dan peningkatan risiko perceraian yang mendadak. Keputusannya sama untuk pasangan yang bersekedudukan pada tahun 80-an, 90-an dan 2000-an, dan juga untuk pasangan yang bersekedudukan pada tahun 60-an dan 70-an. (Ada yang menyatakan bahawa pasangan yang bersekedudukan mempunyai lebih banyak masalah dalam hubungan dengan orang lain kerana stigma budaya. Ini bukanlah satu faktor kerana pada masa kini, hampir tiada stigma untuk mereka yang tinggal bersama tanpa berkahwin.) Suatu rencana yang diterbitkan di Journal of Marriage and Family telah meninjau banyak kajian tentang bersekedudukan serta kejayaan perkahwinan. Kesimpulannya: “Bertentangan dengan kepercayaan yang berleluasa, bersekedudukan secara amnya ada kaitan dengan kesudahan negatif dari segi kualiti dan kestabilan perkahwinan.” Adakah ‘memandu uji’ suatu bakal perkahwinan langkah yang bijak? Dua sarjana terkemuka di University of Denver telah membuat ringkasan tentang isu ini: “Kepercayaan bahawa bersekedudukan sebelum berkahwin mengurangkan kemungkinan perceraian tidak mempunyai apa-apa bukti; namun demikian, ia adalah kepercayaan yang dipegang dengan teguh.” Bukankah bersekedudukan lebih adil, memberikan lebih banyak pengaruh dan kebebasan kepada wanita daripada perkahwinan? Perkahwinan secara amnya memanfaatkan lelaki dan wanita dengan sama rata. Namun demikian, buku saya The Ring Makes All the Difference adalah salah satu sumber pertama yang menunjukkan bagaimana dan kenapa bersekedudukan cenderung menjejaskan kaum wanita dengan lebih mendalam daripada kaum lelaki. Seorang wanita yang berkahwin mempunyai kedudukan yang lebih kukuh dan berpengaruh dalam hubungannya daripada seorang teman wanita yang tinggal bersama. Marilah kita lihat beberapa sebabnya. Harapan palsu: Tidak kira kaum, etnik atau taraf sosio-ekonomi, wanita secara konsisten lebih berkemungkinan percaya bahawa hubungan bersekedudukan adalah langkah menuju perkahwinan. Para lelaki lebih berkemungkinan hanya bersuka ria dan mereka puas hati mengekalkan keadaan sedemikian. Ini bermakna kaum wanita adalah pihak yang mengimpikan sesuatu yang besar kemungkinannya tidak akan berlaku. Komitmen yang tidak sama: Kajian mendapati lelaki yang bersekedudukan kurang komited terhadap hubungan dengan pasangannya sebelum dan selepas perkahwinan, berbanding dengan wanita. Keadaan ini lebih jarang wujud untuk lelaki yang tidak pernah bersekedudukan. Pengkaji University of Denver yang disebutkan di atas memberi amaran, “Wanita mungkin berada dalam keadaan merugikan dari segi kuasa dalam hubungan sebab merekalah yang lebih komited.” Mereka menjelaskan, “Lelaki yang bersekedudukan dengan isteri sebelum berkahwin, secara amnya kurang sikap dedikasi terhadap isteri, walaupun selepas perkahwinan.” Para wanita sekalian, sekiranya anda inginkan suami yang kurang komited, bersekedudukan dengannya sebelum berkahwin adalah salah satu cara yang paling baik untuk mencapai matlamat tersebut. Lebih kuasa untuk lelaki: Walaupun lelaki kurang komited kepada hubungan dan kurang minat berkahwin, dia “mempunyai lebih banyak kuasa untuk menentukan sama ada hubungan tersebut bertukar menjadi perkahwinan,” jelaskan pengkaji-pengkaji dari Bowling Green University di Bowling Green, Ohio. Wanita adalah pihak yang terpaksa bermimpi tentang hari kedatangan cincin pertunangan. Oleh itu, bersekedudukan dengan seseorang adalah cara yang sangat berkesan untuk meningkatkan kemungkinan mendapat pasangan yang: · Kurang komited terhadap perkahwinan anda. · Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang kurang sihat. · Kemungkinan yang lebih tinggi berlaku curang. · Kemungkinan yang lebih rendah menyokong anda dari segi praktikal dan emosi. · Pada keseluruhannya, lebih bersikap negatif dalam hubungan. · Berkelakuan ganas terhadap anda. · Kurang adil dalam perkongsian membuat kerja rumah tangga. Tetapi jika anda ingin mengelakkan gejala buruk tersebut dan mempunyai perkahwinan yang lebih bahagia dan stabil, anda harus menolak bersekedudukan. Soalan dan Jawaban: Tinggal bersama sebelum berkahwin Soalan: Adakah tinggal bersama sebelum berkahwin ujian yang bagus untuk keserasian pasangan? Teman lelaki dan saya berasal dari keluarga yang berpecah belah, dan kami mahu memastikan bahawa hubungan kami tidak akan berakhir dengan perceraian seperti hubungan ibu bapa. Jawaban: Banyak pasangan yang berniat baik percaya bahawa tinggal bersama sebelum berkahwin adalah cara yang baik untuk mengetahui sama ada mereka boleh membina perkahwinan yang teguh. Gerak hati kita seolah-olah menyatakan bahawa ‘pandu uji’ akan memberi semua maklumat yang perlu untuk meramalkan sama ada perkahwinan akan berjaya atau gagal. Malangnya, keadaan sebaliknya yang ditunjukkan bila fakta diteliti. Kajian terbaik menunjukkan bahawa pasangan yang tinggal bersama sebelum berkahwin mempunyai kadar perceraian 50 peratus lebih tinggi dari mereka yang tidak bersekedudukan. Pasangan sedemikian juga mempunyai kadar keganasan domestik yang lebih tinggi dan lebih berkemungkinan terjebak dalam hubungan sulit. Jika terdapat kehamilan dalam pasangan bersekedudukan, lelaki berkebarangkalian lebih tinggi akan meninggalkan hubungan tersebut dalam tempoh dua tahun, meninggalkan seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anak tanpa ayah. Pilihan yang lebih baik ialah kaunseling sebelum perkahwinan. Cara terbaik menguji keserasian anda untuk berkahwin ialah berpacaran sekurang-kurangnya setahun sebelum pertunangan. Pada masa yang sama, anda harus mengambil bahagian dalam program kaunseling yang berstruktur yang mempunyai unsur ujian psikologi. Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.1048
- Tetaplah BerdoaIn Inspirasi & Renungan·17 May 2023Tetaplah berdoa dan jadilah kuat dalam anugerah Tuhan Yesus.. Tetaplah percaya, sebab kita akan melewati semua ini dengan kekuatan-Nya..1066
bottom of page











