top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6127)
KD Post (3258)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Perkahwinan yang istimewaIn Keluarga·14 August 2021Mempunyai perkahwinan yang istimewa tidaklah sesukar seperti yang disangkakan. Di sini saya mahu memberi anda satu cabaran. Cuba tanya diri anda 3 soalan kritikal ini sebelum anda tidur malam ini: Apache perkara pertama yang anda katakan kepada pasangan anda ketika anda bangun pagi ini? Semasa anda pergi bekerja, adakah anda memeluknya atau hanya melambai ketika anda keluar? (atau keluar tanpa berkata apa-apa pun?) Semasa anda sampai di rumah selepas waktu kerja, adakah anda gembira untuk melihatnya atau hanya tertanya-tanya apakah hidangan untuk makan malam? (atau terus bermain dengan anak anda?) Sikap dan tindakan kita setiap hari mempunyai kesan yang besar kepada keadaan perkahwinan kita. Tindakan kasih sayang dan hormat yang kecil, jika dilakukan secara konsisten merupakan asa penting dalam pembinaan perkahwinan yang luar biasa. Apakah tindakan atau perbuatan kecil yang boleh anda amalkan hari ini untuk membawa kasih sayang Tuhan kepada pasangan anda? Pelukan kecil, kemanjaan, ucapan terima kasih, hubungan mata dan senyuman kepadanya…..4138
- Roma 8:35 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 August 2021Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang?419
- Salib..."Salibkanlah!"In Inspirasi & Renungan·18 July 2021Kunampak khalayak di depan Pilatus, Wajah merah, penuh marah, “Salibkanlah!” kemarahan berkobar-kobar, Cercaan dan penghujatan bertambah-tambah. Di tengah-tengah khalayak ramai berteriak kuat, “Kuhadir di antaranya, Di tengah suara riuh gemuruh, Suaraku jelas, terang dan nyata. Darah yang suci aku alirkan, Tangan Dia aku pakukan Kristus Tuhan aku salibkan Dengan ejekan aku gabungkan Sekitar Salib kulihat jelas, Orang mengejek, seru dan serak, Suaraku juga yang paling kuat, Menyerang galak, membentak-bentak. (Horatius Bonar)4119
- Beritakan kebaikan TUHAN kepada semua orang.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 July 2021Mazmur 105:1 Bersyukurlah kepada TUHAN, serulah nama-NYA; beritahulah bangsa-bangsa tentang perbuatan-NYA. Doa : Bapa kami yang di Syurga, terimakasih atas segala perbuatanMU untuk penebusan dan pengampunan dosa kami. Perbuatan Tuhan Yesus memperdamaikan kami kepada Tuhan. Nama Tuhan Yesus layak ditinggi-tinggikan dan kami mahu puji dan sembah Tuhan. Terimakasih atas segala perlindungan, kesembuhan dan mendengar doa kami. Dalam nama Yesus, Amen.4138
- Kesaksian MadelineIn Kesaksian·7 July 2021Saya dididik oleh ibubapa saya mengenali dan mengamal agama saya. Saya tidak pernah meragui atau menyoal ajaran agama saya yang telah diajar semenjak kecil lagi. Tetapi pada suatu hari semasa saya menuntut diuniversiti, seorang rakan kuliah saya yang beragama Kristian bertanya soalan ini kepada saya, " Jika kamu mati sebentar lagi, tahukah kamu samada kamu akan ke syurga atau neraka?" Saya tersentak dengan soalan ini kerana tiada siapa pun pernah menyoal saya mengenai perkara ini. Namun demikian saya cuba juga menjawap soalannya. Jawapan saya kepada soalan itu adalah "Saya tidak tahu. Kewajipan saya adalah memenuhi semua amalan dalam agama saya dengan harapan Tuhan akan menerimanya dan apabila saya mati saya harap segala amalan ini akan menyelamat saya dari api neraka". Rakan saya seterusnya berkata "Bagi orang Kristian, kami tahu bahawa bila kami mati kelak kami akan ke syurga." Saya terdiam mendengar jawapannya. Dalam hati saya berfikir betapa bongkaknya rakan saya ini. Semenjak perbualan kami itu saya sering kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya itu. Apa yang menyebabkan orang Kristian begitu pasti mengenai nasib mereka di akhirat nanti? Soalan inilah yang mendorong saya untuk membaca kitab Injil. Setelah membaca kitab Injil, dua perkara yang menarik perhatian saya adalah: (1) Roma 3:23-25 AVB “Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.” Jelas dari ayat ini, manusia diselamatkan oleh iman kita kepada Yesus Kristus. Ini bukan merupakan hasil usaha kita melainkan berkat Allah. Dengan ini tiada siapa pun boleh memegahkan diri mereka dengan amalan mereka. Kita semua tiada perbezaan dihadapan Tuhan yang Maha Kuasa dan Adil kerana Yesus yang telah menebus segala dosa kita. Saya sedar setelah membaca ayat ini bahawa manusia tidak dapat menyelamatkan diri mereka daripada dosa kerana memang sifat manusia—kita tidak dapat mencapai tahap kesucian tanpa satu dosa pun. Oleh kerana itulah Yesus disalib kerana hanya dengan kematiannya dosa manusia dapat ditebus. (2) Matius 23:25-26 AVB “Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.” Disini jelas Yesus membenci sifat hipokrit didalam amalan agama. Saya tahu melalui pengalaman saya sendiri betapa senangnya untuk sembahyang berkali-kali, berpuasa tetapi dalam hati saya penuh dengan perasaan hasad dengki terhadap orang lain dan dibelakang orang saya mencaci atau bercakap buruk mengenai mereka. Saya sedar setelah membaca ayat ini betapa benarnya apa Yesus berkata mengenai sifat manusia yang semulajadi. Oleh kerana sifat manusia ini yang tidak pernah jauh dari dosa—sebab itulah manusia tidak ada keupayaan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri daripada bala api neraka. Dan hanya dengan kematian Yesus dosa manusia dapat ditebus. Allah telah memberi manusia penyelesaian kepada dilema manusia. Kita hanya perlu percaya dan menerima hakikat bahawa Yesus Krisyus lah jalan pengampunan dosa kita kerana tanpanya kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Setelah memikirkan semua yang telah saya baca dalam kitab Injil, saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Kristian. Semenjak hari itu, saya tidak pernah kesal dengan keputusan ini.4148
- Miskin Rohani?In Inspirasi & Renungan·15 November 2021Diberkatilah Mereka Yang Miskin Rohani Renungkan: Matius 5:3 (AVB) Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Ucapan bahagia pertama seolah-olah menyebabkan kita berfikir yang buruk, tetapi yang sebaliknya adalah baik. Yesus berkata, pada dasarnya, “Yang paling bahagia dan orang yang paling beruntung ialah orang yang sangat memerlukan.” Jikalau kita melihat secara sekilas, ini tidak masuk akal. Ini adalah kerana roh kita adalah ingin menjadi lebih seperti Allah. Oleh itu, adalah lebih masuk akal jikalau kita mahu kaya dengan kerohanian kita. Perkataan miskin pula, di dalam ayat 3 ini , bukanlah tentang keadaan ekonomi dan nilai fizikal kita ataupun tentang kerendahan nilai kita. Tetapi adalah berkenaan dengan kemiskinan kita dengan “aset rohani” (spiritual assets). Yesus ada memberikan satu perumpamaan ataupun ibarat di dalam Lukas 18:9-14, yang membandingkan doa seorang Farisi dengan seorang pemungut cukai. (pemungut cukai pada ketika itu, terkenal dengan penipuan dan mereka bekerja dengan kerajaan yang “corrupt”). Orang Farisi masuk ke bait suci lalu berdoa bahawa dia: Bukanlah orang yang tamak Bukanlah orang yang menipu Bukanlah orang yang berzina Bukan seperti pemungut cukai, Dia berpuasa 2x seminggu. Dan memberikan persepuluhan Orang Farisi memberikan senarai “aset rohani” Nya kepada Tuhan. Seolah-olah dia menunjukkan kekayaan rohaninya, berbanding dengan pemungut cukai. Kita lihat, berbanding dengan pemungut cukai: Dia berdiri jauh sedikit di Bait Suci Dia tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada. Dan berkata “Ya, Allah, kasihilah hamba, orang yang berdosa ini”. Dia mengaku bahawa dia adalah seorang yang “miskin rohani” Yesus berkata di dalam ayat 14, Lukas 18:14 “Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” Tiada salahnya kita ditinggikan tetapi hanya siapa yang meninggikan kita: Jikalau kita meninggikan diri sendiri, kita akan direndahkan. Jikalau Tuhan yang meninggikan kita, kita berdiri di atas dasar yang kukuh. Lukas 18:14 (AVB) Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” Jikalau kita mahu diberkati, kita harus mempunyai sikap “kemiskinan rohani”. Ini adalah sikap yang bergantung kepada Tuhan. Apabila Yesus mengatakan, “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.” Ini berbicara tentang ketergantungan kita kepada Tuhan. Bukan diri kita sendiri, tetapi kita bergantung kepada Tuhan. Efesus 2:8-9 (AVB) 8 Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9 bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah41181
- Tanda-tanda Amaran Hubungan SulitIn Keluarga·28 August 2021oleh Beth J. Lueders Walaupun hubungan sulit selalunya tidak dijangka, ada gejala yang dapat dikenali dalam suatu perkahwinan yang bermasalah. Elena mendapati bahawa suaminya bukan hanya membeli-belah dalam talian sepanjang malam di komputer. Steve secara kebetulan melihat isterinya mencium jurulatih senaman di tempat letak kereta gimnasium. Kebanyakan hubungan luar nikah tidak bermula dengan pengakuan yang jujur: "suami saya pergi ke luar bandar" atau "isteri saya tidak akan mengesyaki apa-apa." Biasanya ada sesuatu yang tidak beres dalam perkahwinan sebelum pasangan yang tidak berpuas hati mengucapkan perkataan-perkataan menggoda ini. Berikut adalah faktor-faktor yang boleh mencetuskan kecurangan dalam perkahwinan: • Mencari peningkatan ego di luar perkahwinan anda. Lelaki cenderung terjerumus dalam hubungan luar nikah untuk membina imej diri atau harga diri seksual mereka. Wanita disyaki mengadakan hubungan sulit untuk memuaskan keperluan mendalam mereka untuk cinta, penghargaan dan kasih sayang. Berhati-hatilah terhadap kebergantungan pada orang lain di luar perkahwinan sebagai sumber utama cinta, nilai diri dan kehormatan. • Mengabaikan amalan bercakap secara terbuka antara satu sama lain. Sekiranya anda hanya bercakap dengan pasangan anda mengenai bil-bil dan kerja rumah, anda mungkin akan menghadapi masalah. Menahan pemikiran dan perasaan tidak akan meningkatkan ketelusan dalam hubungan anda. Berlatihlah bagaimana berbual tentang perkara kecil dan ini boleh membuka pintu untuk perkongsian yang lebih mendalam. • Keengganan menyelesaikan konflik. Setiap pasangan akan mengalami tempoh di mana komunikasi menjadi sukar. Adalah penting untuk tidak “membina tembok” antara anda dan pasangan anda. Setengah orang menyembunyikan luka mereka sementara yang lain menunjukkan emosi mereka secara tidak wajar. Kedua-dua tingkah laku ini tidak konstruktif. Kedua-dua cara ini mewujudkan sekatan emosi. Konflik yang tidak diselesaikan boleh mencetuskan pengasingan diri dan membuat anda cenderung untuk melarikan diri dari perkahwinan anda. • Pengurangan amalan berseronok dan bersantai bersama. Ingatlah kali terakhir anda dan pasangan menikmati temujanji atau percutian hujung minggu bersama. Seperti pepatah lama, "Pasangan yang bermain bersama, tetap bersama." Sekiranya tanggungjawab kerjaya, keluarga dan rumah tangga mengatasi gelak ketawa dan persahabatan dengan pasangan anda, anda perlu memperuntukkan masa untuk percutian bersantai supaya dapat meluangkan masa bersama. • Masa perpisahan yang semakin bertambah. Tuntutan perjalanan kerja, anak-anak yang sakit atau minat dan hobi yang berbeza adalah masalah biasa yang dapat memisahkan pasangan. Semakin banyak masa yang anda habiskan berasingan dari pasangan, semakin besar godaan untuk menjauhkan diri dalam hubungan anda. • Membiarkan tekanan dan keletihan setiap hari menjejaskan hubungan intim anda. Jadual masa yang penuh dan proses membesarkan anak adalah dua sebab biasa suami dan isteri berasa jemu atau letih dalam hubungan intim mereka. Keadaan romantik, dalam sekelip mata, dapat mengingatkan anda tentang sebab anda saling mencintai. Semua perkahwinan memerlukan masa pembaharuan dan penilaian secara mendalam faktor-faktor yang menjejaskan hubungan intim. • Membiarkan kehidupan cinta anda menjadi hambar dan bukannya mengujakan. Keakraban dan kebosanan boleh muncul perlahan-lahan dalam mana-mana perkahwinan. Berhati-hatilah sebelum anda memutuskan untuk merangsangkan kehidupan seks anda dengan meninggalkan pasangan anda untuk kekasih yang lebih menarik. Sekiranya anda atau pasangan anda tiba-tiba tidak berminat untuk melakukan hubungan seks antara satu sama lain, pastikan anda mengkaji sebab sebenarnya. • Menyerah kepada hidup harian yang menjemukan. Sedikit misteri dapat menyebabkan perkahwinan anda menjadi lebih menarik. Banyak pasangan terjebak dalam hubungan sulit kerana minat yang berkurangan terhadap pasangan mereka. Salah satu cara untuk meneruskan kebahagiaan perkahwinan adalah dengan mengejutkan pasangan anda dengan nota cinta atau percutian atau hadiah yang tidak dijangka. • Hidup dalam keengganan menghadapi kenyataan. Berpura-pura bahawa masalah tidak wujud dalam perkahwinan hanya akan menambahkan jurang antara anda dan pasangan. Banyak hubungan luar nikah bermula apabila pasangan yang kecewa menghadapi realiti dalam perkahwinan dengan meminta rakan sekerja atau rakan jantina berlainan untuk sokongan. Anda harus berani menghadapi kebenaran tentang pergumulan dalam perkahwinan anda. • Melupakan komitmen antara satu sama lain. Lama kelamaan pasangan cenderung lupa mengapa mereka jatuh cinta. Dalam budaya yang permisif, kita memerlukan keberanian dan tekad untuk menghormati komitmen dan bukannya mencari cara mudah. • Gagal menentang serangan dan godaan. Dalam dunia kita yang taksub tentang seks, suami atau isteri yang paling tidak bersalah boleh menjadi mangsa godaan seksual. Sebelum anda atau pasangan terjebak dalam situasi yang mencurigakan, kamu berdua harus berbincang tentang langkah-langkah melindungi perkahwinan anda. Anda mungkin perlu mengelakkan pertemuan selepas waktu kerja, hotel tertentu dalam perjalanan perniagaan dan majalah, filem atau media yang memberahikan. Memikirkan "Kali ini sahaja," boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. Banyak faktor yang mendorong perkahwinan kepada kegagalan. Pastikanlah hubungan anda kaya sepanjang hayat dengan bertindak pada hari ini juga untuk menjaga kesetiaan perkahwinan anda. Salah satu cadangan terbaik untuk perkahwinan bermasalah adalah meminta bantuan kaunselor. Selalunya, melibatkan pihak ketiga - terutama pihak yang terlatih untuk memberi nasihat - dapat mendedahkan masalah yang asas dan membimbing anda dan pasangan ke jalan penyembuhan. Hak Cipta © 2005 Beth J. Lueders, bethlueders.com. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa dijamin. Digunakan dengan izin.4153
- Menjadi terang dan garam duniaIn Inspirasi & Renungan·14 August 2021"Kitalah Alkitab yang dibaca dunia; kitalah pengakuan yang dunia perlukan; kitalah khutbah yang didengari dunia.' - Billy Graham4123
- 1 Yohanes 5:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·24 July 2021Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya.3313
- CARA KERJA IMANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 July 20211) Faith= Believing + Speaking (Iman & Perkatakan) 2)Faith=Believing + Action (Percaya & Bertindak dalam Hati) Dia sudah mendengar berita-berita tentang Yesus, maka di tengah-tengah orang banyak itu ia mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jubah-Nya. Markus 5:27 TB https://bible.com/bible/306/mrk.5.27.TB3353
- Showing The LightIn Inspirasi & Renungan·18 August 20213335
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 7) : PertaubatanIn Doa dan Puasa NECF 2021·12 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Keluaran 11-20 Perintah pertama daripada Yesus adalah “bertobatlah dan percayalah kepada Injil!” “ (Mrk 1:15) Ini juga merupakan mesej teras daripada Yohanes Pembaptis (Mat 3:2). Adalah selamat untuk menganggap kata- kata ini mempunyai erti yang penting kerana menandakan permulaan pelayanan-Nya. Apakah sebenarnya maksud bertaubat? Pemahaman umum kebanyakan berkaitan dengan menyesal kerana sikap, tingkah laku, gaya hidup dan banyak lagi yang salah. Seperti yang ditentukan dalam Doa Bapa (Mat. 6:9-13), kita didorong untuk mengakui kekurangan kita setiap hari dan menerima kasih karunia dan pengampunan Tuhan. (1 Yoh 1:9) Makna bertaubat yang lebih lengkap lebih dari sekadar menyesal atas tingkah laku yang buruk. Kamus mendefinisikan bertaubat sebagai “rasa sedih atas dosa atau kesalahan yang harus disingkirkan untuk mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik.” Kata Yunani untuk bertaubat adalah metanoia, yang bermaksud “perubahan hati yang berubah bentuk: terutama, perubahan rohani.” Bertaubat adalah berbalik atau membuat pilihan sedar untuk mengubah arah kehidupan seseorang. Ini menuju ke bahagian terdalam dan inti keberadaan kita dan berusaha untuk mengubah kita dari sana. Lebih dari sekadar mengatakan, “Saya minta maaf,” bertaubat adalah tindakan yang bertekad, berterusan, dan sedar yang memimpin hidup seseorang ke arah yang sama sekali berbeza. Itu adalah arahan pertama Yesus bagi mereka yang ingin mengikuti-Nya. Pertaubatan mengajak kita untuk mempersiapkan sesuatu di luar pemahaman duniawi kita. Ia adalah syurga yang “meresapi” kehidupan kita - Tuhan dapat melakukan dengan berkelimpahan, melampaui jangkaan kita. (Efe 3:20). Yesus memanggil kita untuk melepaskan diri daripada rutin kehidupan sehari-hari, kuk, perintah kedagingan kita, gangguan, godaan - segala sesuatu yang Saitan menggoda Hawa di Taman. Pertaubatan bererti masuk ke dalam rutin Tuhan, arah Tuhan, fokus Tuhan dan menjalani kehidupan seperti yang diinginkan Tuhan. Umat Israel dipanggil untuk perjalanan hidup seperti itu bersama Tuhan dengan keluarnya mereka dari Mesir. Mereka menerima hukum kehidupan baharu dan mereka mengikuti jejak Tuhan untuk memasuki Tanah Perjanjian. Doa Hari Ini : Berdoa agar pemikiran dan tingkah laku kita sesuai dengan kepercayaan dan pengakuan kita. Mintalah Roh Kudus untuk meyakinkan kita tentang bahagian-bahagian di mana kita perlu bertaubat dan mula memberi respons kepada apa yang dikatakan-Nya. Berdoa agar gereja-gereja di Malaysia bersinar terang seperti kota di atas bukit di mana tingkah laku baik kita akan dapat dilihat oleh semua orang dalam komuniti kita, agar Tuhan akan menerima semua kemuliaan dan pujian yang layak diberi kepada Dia. Berdoa agar kampung-kampung Orang Asli dan Orang Asal yang kekurangan kemudahan elektrik dan kemudahan asas akan mendapat bekalan mereka, sehingga keadaan kehidupan mereka secara keseluruhan dapat lebih ditingkatkan.3368
bottom of page










