top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Iman ditengah Pandemik (bagian 2)In Inspirasi & Renungan·9 August 2021Shalom selamat pagi semua jemaat Tuhan. Jika kemarin saya telah membawa kita untuk merenungkan 3 perkara tentang :” Iman ditengah Pandemik” iaitu Iman yang Kreatif, Iman yang Proaktif serta Iman yang Sensistif. Pada pagi hari ini saya mahu memberkati kita dari sisi yang lain iaitu tentang 3 perkara juga iaitu : A. Iman yang Tersaji. Apa Maksudnya ? • Alkitab mengatakan bahawa Iman itu adalah Dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat (Ibrani 11 : 1) • Demikian jugalah dengan “Iman yang Tersaji”itu adalah Iman yang tak dapat dilihat, namun dapat terwujud. Jadi Iman yang tersaji itu adalah Iman yang dapat di Implementasikan dalam bentuk Tindakan Nyata. Bukan sekedar diperkatakan tetapi dilakukan (Yak 2 : 17) • Dalam kondisi Pandemik saat ini, sebagai satu tindakan Iman yang Tersaji adalah, kita sebagai anak-anak KerajaanNya tetap mengikuti SOP yang berlaku, meskipun tanpa pengawasan. Itulah Gambaran Iman yang tersaji. B. Iman yang Teruji • Kata “Teruji”bererti keteguhan terhadap ujian. Iman yang teruji adalah sesuatu gambaran Iman yang telah mengalami berbagai Ujian. • Alkitab senantiasa memberikan gambaran tentang “Iman yang Teruji”. Mulai dari Abraham sehinggalah Paulus, telah memberi kita berbagai pelajaran dan pemahaman supaya Iman yang kita milikipun tahan Uji. Kerana Iman yang Tahan Ujilah yang akan menang dalam Pencobaan yang kelak menerima mahkota kehidupan. • Dalam Yak 1: 12 berkata : “Berbahagialah orag yang bertahan dalam pencobaan , sebab apabila ia sudah tahan uji, ia akan menerima mahkota kehidupan yang dijanjikan Allah kepada barang siapa yang mengasihi Dia. Oleh yang sedemikian , marilah kita sama-sama membina Iman yang ada pada kita supaya memiliki “Iman Yang Teruji” C. Iman yang Terpuji • Kata “terpuji” bererti memiliki kualiti yang terbaik, dan Cemerlang. Jadi “Iman yang Terpuji”, bukanlah Iman tanpa hambatan dan Halangan, tetapi, kita mampu menang meskipun banyak yang menghadang. • Tuhan menghendaki supaya kita anak-anakNya,mampu menghasilkan Iman yang Terpuji, di tengah Pandemik. • Kerana Allah sedang mencari Iman yang seperti ada ditengah Pandemik saat ini Tuhan Yesus memberkati! #solideogloria Pr Datin Rosmaida S-Justin4121
- Perkahwinan yang istimewaIn Keluarga·14 August 2021Mempunyai perkahwinan yang istimewa tidaklah sesukar seperti yang disangkakan. Di sini saya mahu memberi anda satu cabaran. Cuba tanya diri anda 3 soalan kritikal ini sebelum anda tidur malam ini: Apache perkara pertama yang anda katakan kepada pasangan anda ketika anda bangun pagi ini? Semasa anda pergi bekerja, adakah anda memeluknya atau hanya melambai ketika anda keluar? (atau keluar tanpa berkata apa-apa pun?) Semasa anda sampai di rumah selepas waktu kerja, adakah anda gembira untuk melihatnya atau hanya tertanya-tanya apakah hidangan untuk makan malam? (atau terus bermain dengan anak anda?) Sikap dan tindakan kita setiap hari mempunyai kesan yang besar kepada keadaan perkahwinan kita. Tindakan kasih sayang dan hormat yang kecil, jika dilakukan secara konsisten merupakan asa penting dalam pembinaan perkahwinan yang luar biasa. Apakah tindakan atau perbuatan kecil yang boleh anda amalkan hari ini untuk membawa kasih sayang Tuhan kepada pasangan anda? Pelukan kecil, kemanjaan, ucapan terima kasih, hubungan mata dan senyuman kepadanya…..4138
- Menjadi terang dan garam duniaIn Inspirasi & Renungan·14 August 2021"Kitalah Alkitab yang dibaca dunia; kitalah pengakuan yang dunia perlukan; kitalah khutbah yang didengari dunia.' - Billy Graham4122
- Roma 8:35 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 August 2021Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang?419
- Beritakan kebaikan TUHAN kepada semua orang.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 July 2021Mazmur 105:1 Bersyukurlah kepada TUHAN, serulah nama-NYA; beritahulah bangsa-bangsa tentang perbuatan-NYA. Doa : Bapa kami yang di Syurga, terimakasih atas segala perbuatanMU untuk penebusan dan pengampunan dosa kami. Perbuatan Tuhan Yesus memperdamaikan kami kepada Tuhan. Nama Tuhan Yesus layak ditinggi-tinggikan dan kami mahu puji dan sembah Tuhan. Terimakasih atas segala perlindungan, kesembuhan dan mendengar doa kami. Dalam nama Yesus, Amen.4138
- Miskin Rohani?In Inspirasi & Renungan·15 November 2021Diberkatilah Mereka Yang Miskin Rohani Renungkan: Matius 5:3 (AVB) Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Ucapan bahagia pertama seolah-olah menyebabkan kita berfikir yang buruk, tetapi yang sebaliknya adalah baik. Yesus berkata, pada dasarnya, “Yang paling bahagia dan orang yang paling beruntung ialah orang yang sangat memerlukan.” Jikalau kita melihat secara sekilas, ini tidak masuk akal. Ini adalah kerana roh kita adalah ingin menjadi lebih seperti Allah. Oleh itu, adalah lebih masuk akal jikalau kita mahu kaya dengan kerohanian kita. Perkataan miskin pula, di dalam ayat 3 ini , bukanlah tentang keadaan ekonomi dan nilai fizikal kita ataupun tentang kerendahan nilai kita. Tetapi adalah berkenaan dengan kemiskinan kita dengan “aset rohani” (spiritual assets). Yesus ada memberikan satu perumpamaan ataupun ibarat di dalam Lukas 18:9-14, yang membandingkan doa seorang Farisi dengan seorang pemungut cukai. (pemungut cukai pada ketika itu, terkenal dengan penipuan dan mereka bekerja dengan kerajaan yang “corrupt”). Orang Farisi masuk ke bait suci lalu berdoa bahawa dia: Bukanlah orang yang tamak Bukanlah orang yang menipu Bukanlah orang yang berzina Bukan seperti pemungut cukai, Dia berpuasa 2x seminggu. Dan memberikan persepuluhan Orang Farisi memberikan senarai “aset rohani” Nya kepada Tuhan. Seolah-olah dia menunjukkan kekayaan rohaninya, berbanding dengan pemungut cukai. Kita lihat, berbanding dengan pemungut cukai: Dia berdiri jauh sedikit di Bait Suci Dia tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada. Dan berkata “Ya, Allah, kasihilah hamba, orang yang berdosa ini”. Dia mengaku bahawa dia adalah seorang yang “miskin rohani” Yesus berkata di dalam ayat 14, Lukas 18:14 “Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” Tiada salahnya kita ditinggikan tetapi hanya siapa yang meninggikan kita: Jikalau kita meninggikan diri sendiri, kita akan direndahkan. Jikalau Tuhan yang meninggikan kita, kita berdiri di atas dasar yang kukuh. Lukas 18:14 (AVB) Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” Jikalau kita mahu diberkati, kita harus mempunyai sikap “kemiskinan rohani”. Ini adalah sikap yang bergantung kepada Tuhan. Apabila Yesus mengatakan, “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.” Ini berbicara tentang ketergantungan kita kepada Tuhan. Bukan diri kita sendiri, tetapi kita bergantung kepada Tuhan. Efesus 2:8-9 (AVB) 8 Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9 bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah41181
- Kesaksian MadelineIn Kesaksian·7 July 2021Saya dididik oleh ibubapa saya mengenali dan mengamal agama saya. Saya tidak pernah meragui atau menyoal ajaran agama saya yang telah diajar semenjak kecil lagi. Tetapi pada suatu hari semasa saya menuntut diuniversiti, seorang rakan kuliah saya yang beragama Kristian bertanya soalan ini kepada saya, " Jika kamu mati sebentar lagi, tahukah kamu samada kamu akan ke syurga atau neraka?" Saya tersentak dengan soalan ini kerana tiada siapa pun pernah menyoal saya mengenai perkara ini. Namun demikian saya cuba juga menjawap soalannya. Jawapan saya kepada soalan itu adalah "Saya tidak tahu. Kewajipan saya adalah memenuhi semua amalan dalam agama saya dengan harapan Tuhan akan menerimanya dan apabila saya mati saya harap segala amalan ini akan menyelamat saya dari api neraka". Rakan saya seterusnya berkata "Bagi orang Kristian, kami tahu bahawa bila kami mati kelak kami akan ke syurga." Saya terdiam mendengar jawapannya. Dalam hati saya berfikir betapa bongkaknya rakan saya ini. Semenjak perbualan kami itu saya sering kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya itu. Apa yang menyebabkan orang Kristian begitu pasti mengenai nasib mereka di akhirat nanti? Soalan inilah yang mendorong saya untuk membaca kitab Injil. Setelah membaca kitab Injil, dua perkara yang menarik perhatian saya adalah: (1) Roma 3:23-25 AVB “Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.” Jelas dari ayat ini, manusia diselamatkan oleh iman kita kepada Yesus Kristus. Ini bukan merupakan hasil usaha kita melainkan berkat Allah. Dengan ini tiada siapa pun boleh memegahkan diri mereka dengan amalan mereka. Kita semua tiada perbezaan dihadapan Tuhan yang Maha Kuasa dan Adil kerana Yesus yang telah menebus segala dosa kita. Saya sedar setelah membaca ayat ini bahawa manusia tidak dapat menyelamatkan diri mereka daripada dosa kerana memang sifat manusia—kita tidak dapat mencapai tahap kesucian tanpa satu dosa pun. Oleh kerana itulah Yesus disalib kerana hanya dengan kematiannya dosa manusia dapat ditebus. (2) Matius 23:25-26 AVB “Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.” Disini jelas Yesus membenci sifat hipokrit didalam amalan agama. Saya tahu melalui pengalaman saya sendiri betapa senangnya untuk sembahyang berkali-kali, berpuasa tetapi dalam hati saya penuh dengan perasaan hasad dengki terhadap orang lain dan dibelakang orang saya mencaci atau bercakap buruk mengenai mereka. Saya sedar setelah membaca ayat ini betapa benarnya apa Yesus berkata mengenai sifat manusia yang semulajadi. Oleh kerana sifat manusia ini yang tidak pernah jauh dari dosa—sebab itulah manusia tidak ada keupayaan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri daripada bala api neraka. Dan hanya dengan kematian Yesus dosa manusia dapat ditebus. Allah telah memberi manusia penyelesaian kepada dilema manusia. Kita hanya perlu percaya dan menerima hakikat bahawa Yesus Krisyus lah jalan pengampunan dosa kita kerana tanpanya kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Setelah memikirkan semua yang telah saya baca dalam kitab Injil, saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Kristian. Semenjak hari itu, saya tidak pernah kesal dengan keputusan ini.4148
- Tanda-tanda Amaran Hubungan SulitIn Keluarga·28 August 2021oleh Beth J. Lueders Walaupun hubungan sulit selalunya tidak dijangka, ada gejala yang dapat dikenali dalam suatu perkahwinan yang bermasalah. Elena mendapati bahawa suaminya bukan hanya membeli-belah dalam talian sepanjang malam di komputer. Steve secara kebetulan melihat isterinya mencium jurulatih senaman di tempat letak kereta gimnasium. Kebanyakan hubungan luar nikah tidak bermula dengan pengakuan yang jujur: "suami saya pergi ke luar bandar" atau "isteri saya tidak akan mengesyaki apa-apa." Biasanya ada sesuatu yang tidak beres dalam perkahwinan sebelum pasangan yang tidak berpuas hati mengucapkan perkataan-perkataan menggoda ini. Berikut adalah faktor-faktor yang boleh mencetuskan kecurangan dalam perkahwinan: • Mencari peningkatan ego di luar perkahwinan anda. Lelaki cenderung terjerumus dalam hubungan luar nikah untuk membina imej diri atau harga diri seksual mereka. Wanita disyaki mengadakan hubungan sulit untuk memuaskan keperluan mendalam mereka untuk cinta, penghargaan dan kasih sayang. Berhati-hatilah terhadap kebergantungan pada orang lain di luar perkahwinan sebagai sumber utama cinta, nilai diri dan kehormatan. • Mengabaikan amalan bercakap secara terbuka antara satu sama lain. Sekiranya anda hanya bercakap dengan pasangan anda mengenai bil-bil dan kerja rumah, anda mungkin akan menghadapi masalah. Menahan pemikiran dan perasaan tidak akan meningkatkan ketelusan dalam hubungan anda. Berlatihlah bagaimana berbual tentang perkara kecil dan ini boleh membuka pintu untuk perkongsian yang lebih mendalam. • Keengganan menyelesaikan konflik. Setiap pasangan akan mengalami tempoh di mana komunikasi menjadi sukar. Adalah penting untuk tidak “membina tembok” antara anda dan pasangan anda. Setengah orang menyembunyikan luka mereka sementara yang lain menunjukkan emosi mereka secara tidak wajar. Kedua-dua tingkah laku ini tidak konstruktif. Kedua-dua cara ini mewujudkan sekatan emosi. Konflik yang tidak diselesaikan boleh mencetuskan pengasingan diri dan membuat anda cenderung untuk melarikan diri dari perkahwinan anda. • Pengurangan amalan berseronok dan bersantai bersama. Ingatlah kali terakhir anda dan pasangan menikmati temujanji atau percutian hujung minggu bersama. Seperti pepatah lama, "Pasangan yang bermain bersama, tetap bersama." Sekiranya tanggungjawab kerjaya, keluarga dan rumah tangga mengatasi gelak ketawa dan persahabatan dengan pasangan anda, anda perlu memperuntukkan masa untuk percutian bersantai supaya dapat meluangkan masa bersama. • Masa perpisahan yang semakin bertambah. Tuntutan perjalanan kerja, anak-anak yang sakit atau minat dan hobi yang berbeza adalah masalah biasa yang dapat memisahkan pasangan. Semakin banyak masa yang anda habiskan berasingan dari pasangan, semakin besar godaan untuk menjauhkan diri dalam hubungan anda. • Membiarkan tekanan dan keletihan setiap hari menjejaskan hubungan intim anda. Jadual masa yang penuh dan proses membesarkan anak adalah dua sebab biasa suami dan isteri berasa jemu atau letih dalam hubungan intim mereka. Keadaan romantik, dalam sekelip mata, dapat mengingatkan anda tentang sebab anda saling mencintai. Semua perkahwinan memerlukan masa pembaharuan dan penilaian secara mendalam faktor-faktor yang menjejaskan hubungan intim. • Membiarkan kehidupan cinta anda menjadi hambar dan bukannya mengujakan. Keakraban dan kebosanan boleh muncul perlahan-lahan dalam mana-mana perkahwinan. Berhati-hatilah sebelum anda memutuskan untuk merangsangkan kehidupan seks anda dengan meninggalkan pasangan anda untuk kekasih yang lebih menarik. Sekiranya anda atau pasangan anda tiba-tiba tidak berminat untuk melakukan hubungan seks antara satu sama lain, pastikan anda mengkaji sebab sebenarnya. • Menyerah kepada hidup harian yang menjemukan. Sedikit misteri dapat menyebabkan perkahwinan anda menjadi lebih menarik. Banyak pasangan terjebak dalam hubungan sulit kerana minat yang berkurangan terhadap pasangan mereka. Salah satu cara untuk meneruskan kebahagiaan perkahwinan adalah dengan mengejutkan pasangan anda dengan nota cinta atau percutian atau hadiah yang tidak dijangka. • Hidup dalam keengganan menghadapi kenyataan. Berpura-pura bahawa masalah tidak wujud dalam perkahwinan hanya akan menambahkan jurang antara anda dan pasangan. Banyak hubungan luar nikah bermula apabila pasangan yang kecewa menghadapi realiti dalam perkahwinan dengan meminta rakan sekerja atau rakan jantina berlainan untuk sokongan. Anda harus berani menghadapi kebenaran tentang pergumulan dalam perkahwinan anda. • Melupakan komitmen antara satu sama lain. Lama kelamaan pasangan cenderung lupa mengapa mereka jatuh cinta. Dalam budaya yang permisif, kita memerlukan keberanian dan tekad untuk menghormati komitmen dan bukannya mencari cara mudah. • Gagal menentang serangan dan godaan. Dalam dunia kita yang taksub tentang seks, suami atau isteri yang paling tidak bersalah boleh menjadi mangsa godaan seksual. Sebelum anda atau pasangan terjebak dalam situasi yang mencurigakan, kamu berdua harus berbincang tentang langkah-langkah melindungi perkahwinan anda. Anda mungkin perlu mengelakkan pertemuan selepas waktu kerja, hotel tertentu dalam perjalanan perniagaan dan majalah, filem atau media yang memberahikan. Memikirkan "Kali ini sahaja," boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. Banyak faktor yang mendorong perkahwinan kepada kegagalan. Pastikanlah hubungan anda kaya sepanjang hayat dengan bertindak pada hari ini juga untuk menjaga kesetiaan perkahwinan anda. Salah satu cadangan terbaik untuk perkahwinan bermasalah adalah meminta bantuan kaunselor. Selalunya, melibatkan pihak ketiga - terutama pihak yang terlatih untuk memberi nasihat - dapat mendedahkan masalah yang asas dan membimbing anda dan pasangan ke jalan penyembuhan. Hak Cipta © 2005 Beth J. Lueders, bethlueders.com. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa dijamin. Digunakan dengan izin.4153
- 1 Yohanes 5:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·24 July 2021Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya.3313
- CARA KERJA IMANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 July 20211) Faith= Believing + Speaking (Iman & Perkatakan) 2)Faith=Believing + Action (Percaya & Bertindak dalam Hati) Dia sudah mendengar berita-berita tentang Yesus, maka di tengah-tengah orang banyak itu ia mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jubah-Nya. Markus 5:27 TB https://bible.com/bible/306/mrk.5.27.TB3353
- Showing The LightIn Inspirasi & Renungan·18 August 20213335
- Markus 1: 21 -28In Inspirasi & Renungan·31 July 2021Renungan Harian Markus 1:21-28 21Yesus dan murid-murid-Nya tiba di Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Yesus masuk ke saumaahi lalu mengajar. 22FMereka kagum dengan ajaran-Nya kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka. 23Ketika itu seorang yang dirasuk roh jahat berada di saumaah. Dia berseru: 24"Apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Yesus orang Nazaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau ini. Engkau Yang Suci daripada Allah!" 25Yesus membentak roh itu, "Diam! Keluar daripada dia!" 26Roh jahat itu menggoncang-goncang tubuh orang yang dirasuknya lalu keluar sambil menjerit. 27Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, "Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh jahat dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya." 28Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea. Dalam injil nya, Markus hendak beritahu pembaca injil atau cerita ini siapa dia Yesus Kristus. Kita sudah tahu dari peristiwa awal yang diceritakan oleh Markus bahawa Yesus Kristus ialah Anak Allah. Yesus ialah Allah dalam bentuk manusia, manusia yang bernama Yesus Kristus. Dalam petikan hari ini, Markus beritahu kita peristiwa-peristiwa yang lain yang berlaku waktu Yesus mulai misinya. Di Kapernaum, sebuah bandar kecil di Galilea, Yesus mengajar di sebuah saumaah. Dan orang ramai kagum dengan ajarannya. Dia mengajar dengan wibawa yang tidak terdapat pada guru Taurat yang mereka seringkali dengar. (ayat 21,22). Ini peristiwa pertama. Peristiwa kedua ialah Yesus menemui seorang yang dirasuk roh jahat. (ayat 23,24) Dan roh jahat itu mengenal Yesus sebagai orang dari Nazaret dan sebagai dia “ yang suci dari Allah” Siapa ini Yesus Kristus? Roh jahat pun kenal dia sebagai warga Nazaret yang berasal dari Allah. Roh jahat itu tidak memanggil Yesus sebagai Anak Allah, tetapi sebagai “yang suci dari Allah”. Kalau kita tambah fakta ini kepada 1) Roh Kudus menghinggap atas dia (Markus 1:10) 2) suara Allah sendiri dari langit berkenan dia sebagai “Anak-Ku” (Markus 1: 11), saya rasa 3 fakta ini menuju kepada satu kesimpulan sahaja. Peristiwa ke tiga (ayat 25, 26) ialah roh jahat itu mematuhi arahan Yesus. Diarah keluar, dia keluar. Orang ramai yang menyaksikan tiga peristiwa ini dalam saumaah tercengang dan mulai berbisik sesama sendiri. (27) Ada kamu juga mulai berfikir dan bertanya siapakah Yesus Kristus? Kalau kamu ada soalan mungkin kamu boleh hubungi Komuniti Digital atau boleh tanya soalan dalam comment. Tuhan berkati.33699
bottom of page









