top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6135)
KD Post (3266)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Marilah kita memuliakan nama Tuhan bersama-samaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·28 July 2022Aku akan memuji Tuhan setiap waktu; puji-pujian untuk-Nya akan sentiasa di bibirku. Jiwaku akan mengisytiharkan kebesaran Tuhan; rakyat yang menderita akan mendengar dan bersukacita. Pujilah kebesaran Tuhan bersamaku; marilah kita memuliakan nama-Nya bersama-sama. Mazmur 34:1-3 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.34.1-3.AVB105
- ABC Firman TUHAN huruf C, aktivitiIn Pelayanan Kanak-Kanak·11 August 2021Campakkan khuatir saya pada TUHAN. TUHAN jaga saya. Mazmur 55:22 Serahkanlah bebanmu kepada Tuhan Dia akan menolongmu; Dia tidak akan membiarkan orang yang benar dikalahkan. Mazmur 55:22 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.55.22.AVB1065
- Apabila Kanak-kanak Melihat PornografiIn Keluarga·27 November 2021oleh Rob Jackson Tiada ibu bapa yang sihat mahu memikirkan bahawa anaknya menonton pornografi, tetapi perkara ini sering berlaku. Sesetengah penyelidik telah menyatakan bahawa usia purata pendedahan kepada pornografi telah turun kepada 8 tahun. Sebelum zaman Internet, kanak-kanak lazimnya berumur antara 11 hingga 13 tahun apabila mereka mula menonton pornografi yang lebih ‘ringan’(soft-core) yang terdapat dalam majalah lucah. Kanak-kanak hari ini hidup dalam budaya di mana pornografi tegar melimpah ruah. Anak-anak kita digoda setiap hari, dan kita perlu mengingati fakta ini apabila kita berkesempatan untuk mengalihkan perhatian mereka daripada pornografi. Apa yang amat penting ialah ibu bapa tidak seharusnya menumpukan semua perhatian mereka kepada anak lelaki dan mengenepikan anak perempuan. Pornografi dan media lain yang berunsur seksual boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak perempuan dan juga kanak-kanak lelaki dan sering menjejaskan dengan teruknya keupayaan mereka untuk membentuk hubungan yang sihat bila dewasa. Matlamat Kami mahu menjadi ibu bapa yang mempunyai matlamat hidup yang jelas. Adalah keistimewaan dan tanggungjawab kami untuk mendidik anak-anak tentang seksualiti. Kami mahu bermula lebih awal, dan meneruskannya sepanjang masa mereka tinggal bersama kami di rumah. Matlamat utama untuk seksualiti anak-anak kita ialah mereka akan dapat melihat interaksi dinamik antara seksualiti dan kerohanian. Sebagai ibu bapa, kami ingin membantu mereka memahami, sebagai contoh, bahawa hubungan seks adalah suatu luahan cinta yang dikongsi antara suami dan isteri. Teladan yang kita beri pada hari ini dalam perkahwinan mungkin akan dicontohi dalam perkahwinan anak-anak kita. Dengan membantu anak-anak kita melihat gambaran yang menyeluruh tentang kesucian seks, kita lebih bersedia untuk menghadapi masalah pornografi apabila dan jika ia berlaku dalam kehidupan mereka. Adakah anda dan pasangan anda berkongsi nilai teras yang sama? Sebaik-baiknya, ibu bapa akan berkongsi nilai teras yang sama yang menggalakkan kesucian dalam kehidupan seksual. Perpaduan ini akan memudahkan pemulihan anak anda. Sebaliknya, jika ibu bapa kanak-kanak tidak bersepakat tentang pornografi, pemulihan kanak-kanak akan menjadi lebih sukar. Penglibatan berulang kanak-kanak dengan pornografi mungkin merupakan tanda rumah tangga yang tidak bahagia. Apabila masalah ini mula timbul, ibu bapanya mungkin boleh mendapat manfaat daripada terapi perkahwinan jika mereka terus berbelah bahagi tentang pornografi secara umum atau gagal bersetuju tentang cara memudahkan pemulihan anak mereka. Walau bagaimanapun, sebelum anda mula menyalahkan diri sendiri, sedarlah bahawa sebarang pendedahan kepada pornografi boleh membahayakan kanak-kanak – malah kanak-kanak yang sihat. Maksudnya di sini bukan untuk menyalahkan ibu bapa tetapi membantu mereka mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin menjejaskan pemahaman anak-anak mereka tentang seksualiti atau pemulihan mereka. Adakah anak saya sengaja melihat pornografi? Saya yakin bahawa kanak-kanak adalah mangsa penderaan seksual yang terselindung apabila mereka berhadapan dengan bahan lucah. Oleh itu, anak-anak kita memerlukan kita menjadi peneraju yang sihat untuk kesejahteraan mereka – walaupun kita mesti berdepan dengan isu pendedahan sengaja mereka kepada pornografi. Jika kanak-kanak didapati mempunyai pornografi, adalah penting untuk tidak cepat membuat kesimpulan. Soal siasat yang keras dan impulsif kemungkinan besarnya akan menyebabkan anak anda menyembunyikan keadaan yang sebenar. Rasa malu yang tidak sihat selalunya membawa kepada lebih banyak penglibatan dengan pornografi. Anda harus mengkaji bagaimana anak anda diperkenalkan kepada pornografi. Sebagai contoh, adakah seseorang memperkenalkan anak anda kepada pornografi? Pakar kesihatan mental mengiktiraf perbezaan kuasa yang berlaku akibat usia, dan jika orang yang memperkenalkan pornografi itu lebih tua sebanyak tiga atau empat tahun, ini merupakan sejenis penderaan seks. Insiden ini harus dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan. Hak Cipta © 2004 Rob Jackson. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi.10120
- Mengembalikan Kepercayaan Selepas Pengakuan Ketagihan PornografiIn Keluarga·13 August 2022Oleh Geremy Keeton & Joann Condie Menyembuhkan perkahwinan selepas kerosakan yang disebabkan oleh ketagihan pornografi bukanlah perkara mudah. Perkahwinan yang sihat memerlukan komitmen yang mendalam daripada kedua-dua pasangan. Dan untuk memulihkan perkahwinan yang rosak, kedua-duanya mesti mengambil tindakan. “Saya telah minta maaf, dan saya ikhlas.” Randy memberikan Marcia pandangan malu, kemudian beralih kepada ahli terapi. “Sudah sebulan saya tidak menonton pornografi. Kami telah menghadiri sesi ini selama tiga minggu sekarang. Berapa lama lagi proses ini?” “Ia akan mengambil masa selama yang diperlukan,” kata ahli terapi itu. “Tetapi semakin anda menekan Marcia untuk mempercayai anda, semakin sukar untuk dilakukannya. Anda perlu melihat perkara ini dari perspektifnya. Tingkah laku awak telah melukai hati dia. Perubahan singkat dalam tabiat tidak mencukupi untuk memulihkan kepercayaannya. Anda perlu bersabar dan dengan rendah hati mengikut pelan pemulihan untuk menunjukkan perubahan hati anda.” Ahli terapi memberi isyarat ke arah Marcia, “Untuk memberi Marcia peluang untuk sembuh, anda perlu mewujudkan akauntabiliti dan mendapatkan sokongan kumpulan lelaki yang dipercayai dan kaunselor. Adalah tidak selamat untuk dia meneruskan dengan hidupnya sehingga dia melihat hala tuju tingkah laku anda yang berubah dari segi jangka panjang.” Marcia melipat tangannya dan mengangguk. Pandangan ahli terapi beralih ke arahnya. “Bagi awak Marcia,” katanya, “sejauh yang saya tahu, Randy benar-benar insaf atas apa yang dia lakukan. Ia memerlukan dua pihak Menyembuhkan perkahwinan selepas kerosakan yang disebabkan oleh ketagihan pornografi bukanlah perkara mudah. Dari segi reka bentuknya, perkahwinan yang sihat memerlukan komitmen yang mendalam daripada kedua-dua pihak. Samalah untuk penyembuhan perkahwinan yang terjejas – kedua-dua pasangan mesti mengambil langkah khusus untuk memulihkan hubungan mereka. Sebelum kita mengkaji langkah-langkah khusus itu, kita perlu memahami bagaimana ketagihan pornografi dapat merosakkan kepercayaan. Kepercayaan boleh dipulihkan Kepercayaan itu cair, seperti sungai. Ia mengalir berdasarkan seberapa konsisten ia dipupuk. Ia memerlukan pemberian input setiap hari untuk mengekalkan kepercayaan pada tahap yang sihat. Apabila suami mengaku mempunyai masalah dengan pornografi, kepercayaan menjadi kering. Untuk mengisinya semula, suami mesti menunjukkan sifat amanah melalui tindakan yang boleh diperhatikan. Berita baik ialah sama seperti air boleh mengubah anak sungai kering menjadi sungai yang mengalir, memulihkan kepercayaan akhirnya akan membantu membina hubungan yang berkembang maju. Lama kelamaan, anda dan suami akan mengalami detik-detik kelegaan dan pembaharuan. Tetapi seperti yang Randy sedar, ia mengambil masa lebih daripada beberapa minggu sebelum kepercayaan itu dipulihkan. Selalunya, ia memerlukan usaha membina kepercayaan selama beberapa tahun untuk perkahwinan mencapai tahap di mana kepercayaan penuh dan tidak berbelah bahagi wujud. Apabila ini berlaku, ini adalah hasil daripada pelaburan dalam amalan akauntabiliti yang konsisten dan perkongsian hati melalui banyak perbualan yang telus. Kekal di lorong anda Randy dan Marcia terpaksa belajar bahawa kedua-duanya tidak boleh mengharapkan pasangannya melakukan semua kerja untuk memulihkan perkahwinan. Mereka perlu bekerja bersama-sama untuk memulihkan hubungan mereka. Tanggungjawab suami adalah untuk memulakan tindakan yang membina kepercayaan, hidup dengan amanah dan menyakinkan isteri bahawa tingkah lakunya benar-benar telah menjadi stabil dan berubah. Ini termasuk pelbagai tindakan atau garis sempadan yang ditetapkan yang memastikan kesetiaannya dan membuktikan komitmen jangka panjangnya untuk pemulihan. Sebagai contoh, banyak kumpulan pemulihan lelaki membantu suami mencipta senarai garis sempadan tingkah laku dan akibat pelanggaran untuk membantu mereka mengelakkan godaan yang melampau. Mereka bersetuju untuk mematuhi dan menyemak perkara khusus ini dengan kaunselor dan lelaki yang menyokong mereka dalam kumpulan itu. Jika mereka tergelincir atau mengalami godaan yang kuat, mereka membincangkannya dengan rakan pemulihan mereka dan memutuskan cara untuk bertindak balas dengan lebih baik pada masa hadapan. Perjalanan untuk memahami punca dosa ketagihan mereka ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Menentukan apa tindakan yang membina kepercayaan Para isteri, dengan pemberian pendapat anda, suami boleh mempelajari tindakan mana yang paling bermakna kepada anda dan membantu membina kepercayaan. Ini mungkin termasuk suami anda membuat panggilan telefon pantas atau menghantar swafoto yang membuktikan keberadaannya di sesuatu tempat. Ia mungkin bermakna menggunakan teknologi yang tidak begitu canggih dan sekatan komputer atau telefon tertentu untuk seketika waktu. Langkah lain mungkin merupakan menutup akaun media sosial yang bermasalah, memutuskan atau meminimumkan hubungan berisiko dan menukar pekerjaan. Biasanya, suami memerlukan bantuan dan sokongan yang mencukupi untuk mempelajari langkah-langkah ini dan berani mengambilnya. Saya biasanya mengesyorkan agar isteri bertegas dengan tindakan membina kepercayaan yang tidak boleh dirunding ini: suami anda memberi anda akses kata laluan kepada semua peranti dan akaun, dia mendapatkan sokongan dan akauntabiliti lelaki dan dia mendapatkan kaunseling profesional. Bagi anda sebagai isteri, tanggungjawab anda ialah bersedia menerima usaha membina kepercayaan dari pihak suami. Lakukannya tanpa bersikap lembut atau mudah tertipu. Tetapi anda perlu mengakui jika dia memberikan usaha yang benar dan ikhlas dalam perkahwinan anda. Walaupun rekodnya tidak sempurna, anda boleh yakin bahawa hubungan anda adalah penting baginya jika dia ikhlas dan pada umumnya konsisten dalam mengikuti rancangan pemulihannya. Jika anda tidak rela mengampuni atau berdamai, usaha suami untuk mendapatkan kepercayaan anda tidak akan bermakna kepada anda. Begitu juga, jika anda tidak menjaga diri anda secara fizikal, emosi dan rohani, anda tidak akan dapat mengenali atau menerima usaha perdamaian suami anda. Anda tidak akan mempunyai tenaga untuk melihat perubahan dalam tingkah lakunya. Pada ketika itu, anda berdua akan lebih cenderung untuk menyerah kalah dalam perkahwinan anda. Sudah tentu, anda telah melalui banyak cabaran. Anda akan memerlukan masa untuk memproses kesakitan dan apa yang hilang sebelum anda boleh berharap untuk berdamai. Tetapi apabila anda bersedia untuk bergerak ke arah pemulihan, langkah yang perlu diambil termasuk memperkayakan hidup anda, bekerja dengan kaunselor profesional, menjaga keperluan fizikal anda dan mendapatkan bantuan kumpulan sokongan. Anda menghadapi jalan yang sukar dan panjang, tetapi ia boleh dilakukan dan sebenarnya mempunyai ganjaran sepanjang perjalanan. Semasa anda berdua mengambil langkah ke arah pemulihan, anda akan dapat menyaksikan kerja keras dan dedikasi satu sama lain untuk membaiki hubungan anda, dan itu akan memberi anda harapan. Pelbagai isu boleh mencetuskan kebiasaan penggunaan pornografi. Memahami keperluan yang lebih mendalam bagi individu yang terjejas oleh masalah biasa ini adalah penting. Hubungi pembantu yang terlatih, dan jika anda pasangan suami isteri, lakukan bersama-sama. Perubahan boleh dilakukan! Kami boleh membimbing anda semasa anda mengambil langkah pertama anda ke arah pemulihan. Anda boleh menghubungi kami di 03-3310 0792 atau e-mel support@family.org.my © 2018 Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.1049
- Keselamatan bukan dari kami sendiri tetapi karunia dari TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 September 2021Karena kemurahan-Nya, Saudara diselamatkan karena iman kepada Kristus. Keselamatan tidak berasal dari Saudara sendiri, melainkan juga merupakan suatu karunia dari Allah. Efesus 2:8 FAYH https://bible.com/bible/2727/eph.2.8.FAYH105
- Mazmur 119:103 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·3 November 2021Betapa manisnya kata-kata-Mu bagiku, lebih manis daripada madu bagi lidahku!105
- Jadilah sahabat setia bahkan saudara yang sama-sama menanggung kesusahanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·2 October 2021Seorang sahabat selalu setia kepada kawan, tapi seorang saudara ikut menanggung kesusahan. Amsal 17:17 BIMK https://bible.com/bible/27/pro.17.17.BIMK1010
- 2 Korintus 9:7 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·28 November 2021Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira.105
- Haleluya! Firman Tuhan bekerja di dalam kami yang percaya.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·17 October 2021Kami juga selalu bersyukur kepada Allah karena cara kamu menerima pesan-Nya. Kamu mendengar pesan itu dari kami dan menerimanya sebagai perkataan Allah, bukan perkataan manusia. Dan sesungguhnya itu adalah firman Allah, yang bekerja di dalam kamu yang percaya. 1 Tesalonika 2:13 AMD https://bible.com/bible/199/1th.2.13.AMD106
- Tujuan TUHAN semua akan dipersatukan di bawah pemerintahan YesusIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·9 November 2021Tujuan Allah ialah supaya apabila waktunya tiba, segala sesuatu di surga dan di bumi akan dipersatukan di bawah pemerintahan Kristus. Tambahan pula, melalui Kristus Allah telah memilih kita sesuai dengan keinginannya sejak awal. Dan apa yang diputuskan Allah, itulah yang dilakukan-Nya. Efesus 1:10-11 FAYH https://bible.com/bible/2727/eph.1.10-11.FAYH103
- Aku tidak mengetepikan ketetapanNYA, di hadiratNYA aku mengatasi kejahatan dalam dirikuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 July 2022Segala hukum-Nya ada di hadapanku sebagai panduan; dan aku tidak mengetepikan ketetapan-Nya. Di hadirat-Nya aku tidak bercela dan aku mengatasi kejahatan dalam diriku. Maka Tuhan memberiku ganjaran kerana aku melakukan yang benar, kerana Dia tahu tanganku bersih daripada dosa. Mazmur 18:22-24 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.18.22-24.AVB1012
- Mazmur 139:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 December 2021Aku akan memuji-Mu, kerana aku dicipta dengan mengagumkan dan menakjubkan; sungguh menakjubkan ciptaan-Mu, dan ini amat diketahui oleh jiwaku.103
bottom of page












